Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: anemia (kanser darah)


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» anemia (kanser darah)

Please Mendaftar To Post


Oleh anemia (kanser darah)

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-03 10:57


PENGENALAN
Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

TANDA-TANDA
*Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.

*Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.

*Pendek nafas apabila melakukan senaman..

*Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.

*Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.

*Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.

*Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

*Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.

SEBAB-SEBAB
*Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12.

*Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.

*Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik..

*Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.

*Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).

*Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.

*Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.

*Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.

*Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Rujuk doktor di mana beliau akan menentukan sebab dan rawatan yang sewajarnya..

PETUA MENCEGAH
Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 05-07-03 00:46


assalammualaikum....

terima kasih lah kepada ukhtie tentang info itu...

oh ya nak tanya ssikit nie....
kalau seseorang itu memaang sudah disahkan oleh doktor memang menghidap aneamia...setelah itu dia tidak melaku pemeriksaan lanjut kerana pesakit merasa dia dah sihat ...so boleh ker anggapan pesakit itu terima??

wassalam ...

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-03 22:20


as'kum..terima kasih pada saudari yg bertanya. seelok2nya, pesakit tu kena rajin buat pemeriksaan. kena rajin ambil ubat jika itu yg telah ditetapkan doktor.

tak boleh beranggapan seperti itu walaupun dia sudah mengikuti pemindahan tulang sum-sum .masih perlu buat pemeriksaan doktor bagi memastikan kaedah itu berkesan. ada sesetengah anemia yg akan berulang semula setelah dirawat. apa2pun.. jika saudari menghidap penyakit ni, sentiasalah berjumpa dengan doktor utk menentukan tahap kesihatan saudari.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-02-04 01:19


ermm...anemia tu kanser darah ke? setahu saye leukimia yg kite assume sebagai kanser..anemia tu bukan kanser...just kurang hb jer....nak tambah hb...makan makanan yg kaya ngan ferum...hati..sayur hijau ..kuning telur..makanan laut..tp makanan laut n hati tak leh mkn byk sangat plak..kos high in colesterol laa..

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

azlan_zaman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3339
Posting: 48
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-04 17:17




ermm.. ia ada kaitan tak dengan tekanan darah.. maksudnya kaitan dengan tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi...

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azlan_zamanProfil   Hantar PM kepada azlan_zaman   Pergi ke azlan_zaman's Website   Quote dan BalasQuote

Anis_Nabilah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6538
Posting: 12
Dari: hati emas

Selangor  


posticon Posting pada: 11-02-04 02:17



nampaknya anis mungkin salah seorang penghidap anemia...
doktor yang buat check up itu hari kata....anis cuma kurang darah, dan dia bagi pil tambah darah yang berbentuk bulat ,nipis dan colour coklat...doktor tu kata kalau ubat tu habis, datang sekali lagi -buat check up, tapi .....minggu lepas baru anis pegi klinik tu...
sambil amalkan, apa yang doktor tu suruh...anis tak de ambik apa -apa jenis ubat lagi...just vitamin.

tapi doktor tu suruh anis pergi buat pemeriksaan lanjut di hospital, dan minta supaya dijalankan ujian darah...
tapi , anis belum pergi lagi...macam mana nak cakap dengan ayah?

risaulah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anis_NabilahProfil   Hantar PM kepada Anis_Nabilah   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-04 08:48


Quote:

On 2004-02-10 17:17, azlan_zaman wrote:
ia ada kaitan tak dengan tekanan darah.. maksudnya kaitan dengan tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi...


anaemia disebabkan oleh keabnormalan dari segi bilangan dan size serta komposisi sel darah merah. tiada kaitan dengan tekanan darah.

ukhtie Anis_Nabilah, Anemia sebenarnya boleh dielakkan sekiranya anda mengambil berat mengenai kesihatan. Cara yang paling mudah, anda harus mematuhi jadual pemakanan sihat. Sekiranya anda gemar memakan daging, pastikan juga anda makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda “vegetarian” anda harus mengambil vitamin B12 bagi mengelakkan berlakunya kerosakan neurologi secara kekal. Wanita mengandung misalnya, harus mengambil zat besi dan asid folik bagi meningkatkan keperluan bayi.

p/s: setiap penyakit pasti ada ubatnya... kecuali AIDS.. opss.. yg terbaru SARS.. SELSEMA BURUNG...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus

turkey  


posticon Posting pada: 22-09-04 14:51




[/quote]
anaemia dan leukemia adalah kategori kanser darah.. di mana anaemia merujuk kepada sel darah merah dan leukemia pula merujuk kepada sel darah putih.

maaf, ana hanya nak membetulkan fakta tu..anaemia bukanlah kanser darah merah tetapi ia adalah satu kondisi yang merujuk kepda kekurangan Hb didalam darah ataupun Hb tak kurang tetapi tidak berfungsi dengan baik., bila sebut anaemia shaja ia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan simptom atau tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit seperti Iron Deficiency Anaemia, Acute Lymphoblastic Leukemia, Myeloproliferative Disorder, Haemolytic Anaemia,Megaloblastic Anaemia, Thalassemia dan bermacam macam lagi jenis penyakit yang melibatkan sistem haemopoitik dan limphoid manusia.Ada juga jenis penyakit dari sistem badan yang lain yang boleh menyebabkan anaemia seperti chronic renal failure-sistem urinari. Oleh itu, hanya Leukemia shaja sperti Acute Lymphoblastic Leukemia(ALL), Acute Myeloid Leukemia(AML) yang boleh dipanggil kanser darah. Sekadar info tambahan, ALL biasanya berlaku kepada kanak-kanak manakala AML biasanya terjadi kepada orang dewasa. Leukemia biasanya dirawat dengan chemotherapy dan jika pesakit tersebut mempunyai simptom anaemia, maka pelbagai jenis rawatan boleh diberikan. Antaranya ialah Vitamin B12 dan Folate, synthetic erythropoietin,dan jika tiada pilihan transfusi darah(red cell pack) harus dilakukan.Itu shaja, harap info ini berguna dan tidak membawa kekeliruan..

-----------------
Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hubb_qilafProfil   Hantar PM kepada Hubb_qilaf   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-08 06:52


tu pelik dengan tajuk topik..
anemia adalah condition dimana decreased in HB concentration @ function
leukimia = kanser darah.. macam kata ukh Hubb_qilaf

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.464616 saat. Lajunya....