Oleh |
''Kadang-kadang wanita goda kita'' |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 18-04-05 14:00
Assalamuaalikum...
KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - "Kadang-kadang sebut saja seksual dan gangguan seksual bukan saja lelaki menggoda wanita tetapi kadang-kadang wanita menggoda kita, bak kata pepatah Melayu 'bertepuk tak sebelah tangan'," kata Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) semasa mencelah ucapan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Penerbangan (Pindaan) 2005 oleh Idris Harun (BN - Tangga Batu) di parlimen hari ini.
Beliau berkata, oleh sebab itu sewajarnya Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengkaji kembali pakaian pramugarinya.
Ini katanya, pakaian pramugari MAS tidak perlu hendak dibandingkan dengan syarikat penerbangan seperti Pakistan Airline, Arab Saudi Airline ataupun Qatar Airlines bahkan dengan syarikat British Airway pun mereka lebih sesuai daripada mengenakan kebaya yang dipakai pramugari MAS.
Malah katanya, baju mereka sepeti 'cheongsum' tertutup sampai ke atas dada.
"Saya pun gusar juga kerana kita ini semua bukan Malaikat Jibrail, kita manusia biasa, itulah sebabnya pramugari kita ini kadang-kadang dia nak hendak tunduk untuk "serve' kepada kita kadang kita tengok dia sendiri pun rasa malu kerana nak tutup dadanya, apalah salah mengena pakaian kebangsaan, pakai kebaya tapi dengan lebih kemas, dan lebih sopan," katanya.
Sementara itu, Idris yang menyambung ucapannya berkata, beliau menyokong saranan Salahuddin dan meletakkan tanggungjawab itu kepada pengurusan MAS supaya dapat membezakan antara seksi dan 'beauty'.
"Seksi tidak semestinya 'beauty' dan 'beauty' tidak semestinya seksi dan dua perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh MAS," katanya. - mks.
----------------- Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
|
anieda
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.03.2005 Ahli No: 15153
Posting: 70
Dari: shah alam, selangor
|
Posting pada: 18-04-05 15:25
Betui tuh..!!
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-04-05 15:26
Ada benarnya..
Ana : tergoda walaupun tak sengaja...
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-05 15:38
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-04-05 15:46
"Saya pun gusar juga kerana kita ini semua bukan Malaikat Jibrail, kita manusia biasa"
yelah kalau dah kiri kanan macam tu susah hati saya .....kita bukan malaikat....(memetik kata-kata Salehudin Ayub)
Ana : jujur walaupun namapak macam gatal...
|
cahayainsani
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-05 16:00
Ana:jujur walaupun nampak macam gatal...
macam mana tu cuba meke terangkan dengan teman.....
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-04-05 16:10
yelah kita bukan malaikat..
kekadang mata rakus untuk melihat
kekadang mata terlepas pandang
kekadang mata memadang yang haram
walaupun hati merasa dosanya
Nafsu dan akal sentiasa berperang
nafsu panglima nya syaitan
akal panglima nya iman
sentiasa berperang jihad
kekadang tertewas
kekadang menang
sehingga kita di penghujung nyawa
zulman mengaku dosa walaupun hina
sebab dosa tidak perlu dibangga...
Ana : Susahnya menjaga pandangan....
----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 18-04-05 20:25
macam mana tak tergoda..... dah terbuka segalanyer didepan mata... mata naik juling mulut mula la meleleh....
sekari nampak signboard "jangan dekati zina."
tak sedar lagi...
tapi sekali nampak pencegah maksiat datang.. terus sarung kopiah kat kepala...
nampak gaya manusia lebih takut pada pencegah maksiat bnerbanding azab Allah..
----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 22-04-05 13:20
# Lelaki dikurniakan 9 akal, 1 nafsu= andai, 9 akal dikuasai 1 nafsu... bermakna lelaki tu tak cukup iman laie...
# Seorang wanita yang sengaja memperlihatkan kelebihan wanita pada seorang lelaki yang bukan muhrim... wanita itu, sehodoh-hodoh wanita di dunia... Ingat, kehidupan besar maknanya... Wanita, mahal harganya...
Jangan gadaikan maruah demi memuaskan nafsu dunia...
jadila wanita termahal dimata seorang suami....
D'1 and only........
|