Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 hari yang lalu
nur_takwa88: 22 hari yang lalu
kismis: 22 hari yang lalu
qaulah_atrah: 33 hari yang lalu
muaz9768: 37 hari yang lalu
Rashdin: 43 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: petanda kekasih curang.....(",)


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» petanda kekasih curang.....(",)

Please Mendaftar To Post


Oleh petanda kekasih curang.....(",)

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 17-04-05 10:32


Pasangan anda berkemungkinan curang apabila
situasi ini pernah atau sering berlaku:

1. Asyik resah melihat jam tangan apabila
bersama anda. Selalunya anda dan si dia
menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi
sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila
bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan
seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia
juga sering mengejar masa sehingga anda
sanggup ditinggalkan berseorangan kerana
kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini
sering berlaku, anda patut berhati-hati
kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih
lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2. Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating
dengan anda. Sedang asyik berdating dan anda
sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu
sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada
saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki
atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini
anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan
tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila
anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke
klinik atau pulang ke rumah, dia menolak
bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.
Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari
alasan untuk melarikan diri dari anda dan
bersama kekasih lain.

3. Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar
bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda
mengajaknya keluar samada menonton wayang,
makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi
kini dia sering menolak dengan seribu alasan.
Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan
dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa.
Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah
bosan dengan anda dan ingin meninggalkan
anda.

4. Menjadi panas baran dan sering mencari
kesilapan anda. Si dia berubah sikap dari
seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan
anda yang paling kecil pun seolah-olah besar
baginya dan anda sering dimarahi walaupun di
depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-
upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia
tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk
sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu
menengking anda atau memaki hamun anda
disebabkan perkara2 yang kecil ataupun
kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi
ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya
kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi
menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin
si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan
kebencian anda terhadapnya dan berharap anda
akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi
kerana layanan buruknya hanya menyebabkan
anda menderita.

5. Tidak membenarkan anda memegang atau
membelek telefon bimbitnya.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-
belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur
dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia
membenarkan anda melihat kandungan memori
telefon bimbitnya samada SMS, nama
pemanggil, simpanan nombor telefon dan
sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau
bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun,
sekiranya dia berkeras tidak mahu anda
membelek telefon bimbitnya, anda patut
mencurigainya kerana kemungkinan dia
menyimpan nombor telefon atau SMS teman
wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat
kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia
kecurangannya terbongkar.

6. Tidak lagi rajin menelefon anda.
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda
sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia
sentiasa mengambil berat dan menelefon anda
walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti
si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin
menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon
anda langsung. Anda pula yang terpaksa
menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila
ditanya ada saja alasannya dan paling popular
ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi
berminat dengan anda dan mungkin hanya akan
kembali menelefon anda apabila ada
kepentingan lain.

7. Berubah sikap dengan ketara.
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang
dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia
membosankan. Jika dulu dia sering menghantar
kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat
begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan
masalah serta bergurau senda, sekarang dia
lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi
mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan
hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.
Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda
dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya
yang ketara adalah petanda kemungkinan dia
sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat
dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-
terang supaya diri anda tidak akan dipermain-
mainkan!

8. Asyik lewat ketika temujanji.
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu
tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu,
barulah nampak bayangannya. Anda merajuk
tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan
pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di
tempat kerja atau paling mudah terlupa! Jika
sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan
tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda
meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi
jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam,
tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak
muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih
logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat
kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih
dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji
itu tak mustahil dengan wanita lain!

9. Menerima panggilan telefon secara rahsia.
Sedang makan-makan bersama kekasih anda,
dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika
biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau
membuka SMS di hadapan anda, kini dia
menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.
Jika sedang duduk, dia akan bangun dan
melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok
dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan
atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan
membacanya dan memadamkan secepat yang
mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda.
Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika
bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan
dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda
dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap
anda!

10. Mematikan telefon bimbit ketika bersama
anda.
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik
mematikan telefon bimbitnya ketika bersama
anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila
anda bertanya, dia akan menjawab kononnya
tidak mahu mengganggu masanya bersama
anda. Alasan sebegini mungkin diterima
sekiranya anda bersamanya ketika di panggung
wayang atau menikmati hari istimewa seperti
Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia
mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut
ada orang tertentu membuat panggilan ketika
bersama anda! Ini mungkin salah satu petanda si
dia berlaku curang atau menyimpan banyak
pasangan!

11. Telefon bimbitnya asyik engaged, tidak
berjawab atau terus mati.
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya
sering mati. Jika tidak mati, taliannya asyik busy,
tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala
berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba
menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak
berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti
jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat
langsung. Tak guna ada telefon bimbit jika tidak
boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan
sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku
kerana ia adalah salah satu petanda si dia
berkelakuan curang. Si dia mungkin sengaja
mematikan telefon bimbitnya ketika bersama
kekasih lain!

12. Kerap memberi alasan sibuk dan penat.
Anda mungkin sudah merancang sesuatu
bersamanya di hujung minggu tetapi si dia
memberikan alasan sibuk dan tidak dapat
bersama anda. Si dia juga sanggup
membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.
Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti
menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami
tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu
hilang kesabarannya. Sekiranya kerjaya si dia
sememangnya menuntut pengorbanan waktu,
mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda
tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai
banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa
curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia
benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-
pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting
dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki
daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13. Sering tersasul menyebut nama wanita lain.
Pelik apabila sedang anda berbual-bual
dengannya di telefon, dia memanggil anda
dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia
cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang
berdating, dia tersasul memanggil anda dengan
nama yang lain. Jika anda bertanya, dia akan
mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah
nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya
dan apa saja yang dapat menyelamatkan
keadaannya. Apabila anda mendail telefon
bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak
seolah-olah tidak pasti siapa yang
memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda
menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak
tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya
anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti
cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut
tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan
dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana
kemungkinan besar si dia mempunyai banyak
teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah
kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat
membezakan suara anda dengan suara teman-
teman wanitanya yg lain.

14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda
kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri
seminar atau outstation yang lama di tempat yang
lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi
adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih
berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak
dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia
bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia
rajin menulis surat, menghantar email atau SMS
dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali
sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si
dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi
menghubungi anda. Jika anda berjaya
menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi
seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan
ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan
dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat
pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15. Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada
pakaiannya.
Anda tentu bengang apabila mendapati ada
kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi
wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak
sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya
berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi
ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai
alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda
disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar
tidak diperdayakan.

16. Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin
mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak.
Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja
lebih masa atau ingin bermain tenis dengan
rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini
bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin
tahu segala urusannya atau mahu mengongkong
pergerakan pasangan, tetapi sekadar mengambil
tahu dan mengambil berat. Jika kekasih anda
seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab
tanpa rahsia. Tetapi sekiranya pertanyaan ini
menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda
pula mempunyai sebab untuk meragui
keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia
membenci soalan ini kerana tidak mahu anda
mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

shuhaila
Warga Rasmi
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10646
Posting: 12
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 17-04-05 13:27


islamic boy...ana telah merasai point anta yg ke-14...iaitu=14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda
kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri
seminar atau outstation yang lama di tempat yang
lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi
adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih
berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak
dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia
bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia
rajin menulis surat, menghantar email atau SMS
dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali
sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si
dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi
menghubungi anda. Jika anda berjaya
menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi
seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan
ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan
dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat
pengganti anda ketika berada di tempat baru.

hmmmm......
kini kami telah pun berpisah tanpa kata putus...
ana mendapat tahu dia ada gf lain...melalui membe dia sendiri...dan juga dgn pengetahuan ana...

[ Posting ini telah di edit oleh: shuhaila pada 2005-04-17 13:28 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For shuhailaProfil   Hantar PM kepada shuhaila   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-04-05 13:33




sedih jugak yer...ana pun pernah begitu...

dia curang mase kami berkawan lagi...

kini dia kawin dgn budak tu....

nak cari lawyer konon....biarlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-04-05 14:53





Curang.... lth.....jangan masuk jurang cukup


Ana : Diri ini ibarat "worksyop" lepas bersihkan , repair maner yg patut , cat akhlak bagi cantik... ana lepaskan kepada jodoh2 mereka.....

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-04-05 14:57




wah...enta woksyop...

pompuan-pompuan ni kereta rosaklah pd enta yer?...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-04-05 15:27




tak la macam tu dan tak semestinya perempuan (abg Imam perempuan saje hehehehe...)..... .... ana cuma tuan penasihat 25%.... ...kat tempat keje ana ni makwe org, bini org, memeber lelaki pun ada ..
bila ana jadi sahabat... ana akan cuba ubah , baiki , nasihat mana yang patut ., pada masa sama ana akan repair diri (muhasabah ) untuk jadi lebih baik......janji hati ikhlas......

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 17-04-05 21:47




salah tu.. tu buat cam tu sebab nak kita tahu apa yang kita lakukan tu adalah maksiat...

dia nak suruh kita sabar la tu.. mungkin dah banyak kali dia baca artikel kat ukhwah ni... so insaf la dia... cuma lelaki ni susah sikit nak faham... asyik nak berkepit jer....

mana tak dia marahh....



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 17-04-05 23:42


jgnla sedih...... perkara yang lepas...

jodoh pertemuan adalah di tangan tuhan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 18-04-05 11:52


Quote:
islamic boy...ana telah merasai point anta yg ke-14...iaitu=14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda
kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri
seminar atau outstation yang lama di tempat yang
lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi
adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih
berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak
dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia
bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia
rajin menulis surat, menghantar email atau SMS
dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali
sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si
dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi
menghubungi anda. Jika anda berjaya
menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi
seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan
ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan
dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat
pengganti anda ketika berada di tempat baru.

hmmmm......
kini kami telah pun berpisah tanpa kata putus...
ana mendapat tahu dia ada gf lain...melalui membe dia sendiri...dan juga dgn pengetahuan ana...




Terkadang.......... Kepercayaan yang dulu dah hilang kot!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-04-05 17:17


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

cboy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.04.2005
Ahli No: 15786
Posting: 28
Dari: Kudat

Sabah  


posticon Posting pada: 19-04-05 14:07


cerita ni macam kamek pernah terbaca dalam majalah satu masa dulu...
kekasih curang? mungkin jg kita pernah berlaku curang sebelum ni, ye ler allah tu adil.
so tepuk dada tanya nak makan apa...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cboyProfil   Hantar PM kepada cboy   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 15:53




-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-04-05 15:58




aik...riyas?...

mcm terkenang kisah lalu jer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 17:07


bagi saya x semestinyer... ada gak yg dpn kita cukup baik, telefon x pnh engage, setiap kali ajak kelur, ok je.... x resah tgk jam... tapi dlm diam pasang yg lain..... yg jenis ni pandai cover.... tau xpe...

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 19-04-05 18:21




yang pandai cover ni la kita kena berjaga2, jangan samapi tertipu lka....



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 19:07




untuk apa menyinta kalau tak ingin setia..
cinta bukan memilki tapi menyatukan..
ana pernah rasa mcm tue.. dicurangi.. skrg
ni kitorang dh tade pape.. kdg2 rasa sedih gak..
tak semestinya kita buat yg terbaik kita tak akan
dicurangi.. sbb mungkin pd dia kita belum lg yg terbaik..
so, sbg jalan tghnya baik ana undur diri kan..
lagipun ana rasa ana tak mampu jd sesempurna yg dia nak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 19-04-05 19:16




biasa la tu... anissa..
manusia semua nak yang terbaik... mana ada yang nak yang buruk...
tapi kita tak sedar dalam masa yang sama kita adalah yang terburukk....

dia menolak kita kerana telah menemui intan permata yang sempurna tetapi dia tak sedar dia telah membuang sebiji mutiara yang amat sukar dicari dan amat tinggi nilainyer...

manusia sentiasa bertindak bodoh kalau asyik ikut nafsu...



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 09:29


Quote:

On 2005-04-19 15:58, wrote:


aik...riyas?...

mcm terkenang kisah lalu jer...



pandaila ABg_IMaM.... buat lawak ye...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 12:48




biarlah.. selagi tidak hilang cinta illahi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 20-04-05 15:57



cinta Allah cinta abadi kan??
Dia tak pernah curang pada hamba2-Nya..
tapi kita yang slaloo curang pada Dia...

Ana jugk pernah terkecewa... tapi takderla teruks sangat kerana Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 20-04-05 21:31




redha dengan apa yang terjadi..



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117414 saat. Lajunya....