Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kisah Benar di Parlimen sebuah negara Islam;apa pandangan anda?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kisah Benar di Parlimen sebuah negara Islam;apa pandangan anda?

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah Benar di Parlimen sebuah negara Islam;apa pandangan anda?

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 16-04-05 13:34


Pakaian sendat pramugari MAS jadi topik hangat
KUALA LUMPUR 13 April - Isu pakaian pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) menjadi topik hangat apabila Idris Haron (BN-Tangga Batu) menyatakan pakaian pramugari ketika ini terlalu mengikut bentuk badan.

Menurutnya, pakaian seumpama itu boleh menjuruskan kepada perlakuan rakus penumpang lelaki di dalam kapal terbang.

``Saya sentiasa memerhati gelagat anak muda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan apabila ditanya kepada mereka kenapa suka duduk di KLIA, mereka menjawab hendak melihat pramugari yang cantik.

``Kata anak muda itu, gelagat pramugari yang berjalan dengan lenggang lenggok itu umpama ratu cantik dan ia bukan sahaja terhad kepada pramugari MAS malahan pramugari dari semua penerbangan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Penerbangan (Pindaan) 2005 bagi bacaan kali kedua pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan Idris menyebabkan Dr. Rozaidah Taib (BN-Ampang) bangun dan menyatakan bawah kajian menunjukkan perlakuan ganas lelaki bukan disebabkan oleh pakaian wanita.

Katanya, ini kerana kebanyakan mangsa seksual adalah mereka yang tidak langsung berpakaian seksi.

``Kenapa bila berlaku salah laku, perempuan sahaja yang disalahkan,'' katanya.

Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) kemudiannya bangun dan meminta supaya Idris menghormati diri sendiri dulu supaya ahli Parlimen menjadi contoh kepada masyarakat bahawa mereka memahami mengenai isu pakaian.

Menurut Eng, kajian jelas menunjukkan bahawa pakaian bukan faktor yang mendorong kepada perlakuan ganas sebaliknya ia disebabkan oleh lelaki yang tidak tahu menjaga kelakuan dan tidak beriman.

Isu pramugari itu turut menarik perhatian Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) apabila beliau bangun dan bertanya: ``Apakah Yang Berhormat (Idris) sakit ke kalau melihat perempuan jelita.... kerana setahu saya, lelaki lain tidak mengapa.''

Perkara itu juga menyebabkan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Putih) menambah dengan meminta supaya pramugari memakai sekurang-kurang tudung yang nipis sesuai dengan perkembangan Islam Hadhari.

Sambil memberi contoh ketika menyewa kapal terbang luar ketika hendak menunaikan ibadah haji, beliau berkata walaupun pramugari itu bukan beragama Islam, namun mereka tetap memakai tudung.

Sumber: Utusan Malaysia,16 April 2005
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_05.htm



-----------------
Image hosted by Photobucket.com"http://img.photobucket.com/albums/v734/double_tenth/16.jpg" alt="Image hosted by Photobucket.com">

[ Posting ini telah di edit oleh: mohdnurhakimin pada 2005-04-16 13:35 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 13:48


Quote:
Perkara itu juga menyebabkan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Putih) menambah dengan meminta supaya pramugari memakai sekurang-kurang tudung yang nipis sesuai dengan perkembangan Islam Hadhari.

good...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 13:50





kene anta memorandom ni... nanti ana bagitau sahabat ana,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:05


kesian kat YB idris...
pandangan beliau diperlekehkan..
YB Baling tak menjawab ker..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:26


Quote:

On 2005-04-16 16:05, sukri96 wrote:
kesian kat YB idris...
pandangan beliau diperlekehkan..
YB Baling tak menjawab ker..



YB Baling tak pi parlimen kot aritu.... ehehehe

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-04-05 16:33


Quote:
Kenyataan Idris menyebabkan Dr. Rozaidah Taib (BN-Ampang) bangun dan menyatakan bawah kajian menunjukkan perlakuan ganas lelaki bukan disebabkan oleh pakaian wanita.
Katanya, ini kerana kebanyakan mangsa seksual adalah mereka yang tidak langsung berpakaian seksi.
"Kenapa bila berlaku salah laku, perempuan sahaja yang disalahkan,'' katanya.



kekadangkan....rase macam betul...tak semua ahli2 parlimen dan pemimpin2 negara malaysia skang nie adalah org yg bijak dan pandai memimpin negara....tgk kat atas....ade gelaran DR....tak kisahlah samada dia PhD ker atau medical doctor....tapi berhujah kat parlimen macam berhujah kat pasar mlm je... then suke menipu rakyat....tak semestinya bile seseorg tue ade PhD atau medical doctor, dia mmg bijak....contoh paling mudah ialah sorang doctor yg menjadi MB yg buat kerja kotor mengamalkan rasuah sampai memusnahkan sebuah taman di selangor....dan juga bekas PM yg jugak seorang doctor tapi suke kelentong rakyat mase zaman pemerintahannya....

kebanyakkanya jadi ahli parlimen dan pemimpim hanya utk mengaut keuntungan dan menjadi org kaya segera.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:37



sebab diorang bijak la ramai yg guna kebijakan mereka tu kpd yg salah...

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:41


Quote:

YB Baling tak pi parlimen kot aritu....


nak kena potong elaun nih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

anis_surfina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2003
Ahli No: 3472
Posting: 28
Dari: bumi wakafan

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-04-05 17:05


isy.. isy.. isy..

astaghfirullah.. mcm nie ke pemimpin2 negare..??



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_surfinaProfil   Hantar PM kepada anis_surfina   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-04-05 17:25


Tetap tidak menyokong UMNO...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-05 17:29




biarkan pemimpin-pemimpin begini terjun dengan juak-juaknya....biarkan...biarkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-04-05 17:33


Quote:
biarkan pemimpin-pemimpin begini terjun dengan juak-juaknya....biarkan...biarkan



tak boleh nak biarkan je abg_imam...kite rakyat kene humban je diorg2 nie dlm tempat pelupusan sampah....hidup menyusahkan rakyat dan merosakkan negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-05 18:24




sokong-sokong....tp mcm mane dgn masyarakat di luar sane?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-05 21:30


tuh lah..masalah besar ni..aku ni orang umno..tapi kalau benda agama buat memain ni yang mendidih ni..aku pantang betoilah..aku sokong umno sebab ada tujuan..tapi yang penting BUKAN SEBAB DUIT...tapi kalau dah agama pon dipermainkan tuh yang tak betoi tuh..terutama kisah jeslina tuh..aku mendidih betoi pasal teks marina mahathir tuh..tak kira lah kau anak pm ker apa ker..
aku dok kat sini pon takut nak balik melesia sebenarnya..aku tak kuat lagi nak menempuh pancaroba kat melesia nun..aku tak tau ler camna korang semua boleh tahan..ya allah kuatkanlah aku untuk menempuh pancaroba di melesia kelak ya allah berikanlah aku kekutan untuk aku merubah remaja dan diriku demi menuju ke arah agama mu ya allah..

-----------------
streamyx

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-04-05 22:59


abg_imam....itulah yg dinamakan perlunya perubahan atau anjakan paradigma.

kebanyakkan rakyat kat negara maju semuanya berani mempertahankan hak mereka sebagai rakyat...human-right-issues....mereka takkan biarkan je pemimpin mereka hidup semakin kaya dan senang manakala mereka rakyat hidup semakin miskin....itulah rahsia kejayaan rakyat2 kat negara maju.....bile election, mereka berani buat perubahan menolak parti memerintah dan mengambil parti pembangkang menjadi pemerintah....tiada pun masalah economy bahkan economy mereka semin naik and naik and naik lagi.....contoh mudah ialah japan and united states...anyway, kali nie kebanyakkan rakyat america membuat kesilapan dlm mengekalkan bush...habis economy mereka merudum habis + nilai dollar jatuh.

utk itu abg_imam...kita kenalah tingkatkan dakwah kite dan menyebarkan info yg betul utk menyedarkan rakyat bahawa parti yg memerintah malaysia skang nie banyak melakukan penyelewengan....dan jugak bukan sahaja parti yg memerintah skang nie je yg bleh, tetapi pihak pembangkang jugak mampu dan berkebolehan utk memerintah negara.....kite kene buang "fobia" yg ade pd rakyat malaysia skang nie yg takut utk buat perubahan dan semesti mereka nie takut kpd UMNO.....kite kene berusaha jadikan dan melahirkan rakyat malaysia seperti juga rakyat kat negara2 maju....berani tegur pemimpin, berani buat boikot, berani turun buat bantahan beramai2, berani mendakwa polis2 yg menyalahgunakan kuasa, berani mendakwa pemimpin yg menyalahgunakan kuasa, berani mengambil gambo2 kegiatan kotor polis dan pemimpin2 negara supaya boleh didedahkan kpd rakyat umum dan sebagainya.

sebagai seruan dan dakwah tambahan...kite kene didik ahli2 ukhwah nie menjadi seperti mane yg saya tulis kat atas....berani menyuarakan pendapat dlm semua isu...bukan hanya dlm isu cinta, cintan, hukum agama dan sebagainya, tapi jugak berani dlm isu global seperti isu rasuah, isu keganasan pihak polis di malaysia, isu penyalahgunaan kuasa pemimpin, isu ketidakadilan kereta proton dan sebagainya.....sbb saya nampak ahli2 ukhwah ramai tak berani bincang isu2 yg besar, yg global dan yg melibatkan national.


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-05 23:08


..

Quote:
Perkara itu juga menyebabkan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Putih) menambah dengan meminta supaya pramugari memakai sekurang-kurang tudung yang nipis sesuai dengan perkembangan Islam Hadhari.



Woo.. kalu pakai tudung nipis sampai nampak bebayang telinga dan anak rambut... sama dgn x pakai tudung jugak lah....

p/s: mana menteri islam had hari yg lain... membisu saja ka..

...............................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

aidi04
Warga Rasmi
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15818
Posting: 1
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-05 23:17


akum.nie org baru cube2 nak bg komen skit.
ana cukup tension bile MP dpt kenaikkan elaun 10% sedangkan kat parlimen entah ape2 dibincangkan tue.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aidi04Profil   Hantar PM kepada aidi04   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-05 07:59


Quote:

kalu pakai tudung nipis sampai nampak bebayang telinga dan anak rambut... sama dgn x pakai tudung jugak lah....



nnt kalau kata pakai tudung penuh,berlitup mcm perli menteri lain plak..

menteri lain xsokong pasal Datin Seri Indon tak bertudung.nak sokong takut kedudukan tergugat ...
dunia2x

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

penjejak_iman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6679
Posting: 35
Dari: alam ruh

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-04-05 16:50


Tahniah atas pendapat2 yg bernas.Ramai sebenarnya yang pandai berfikir..tp kenapa yg memerintah golongan yang macam tak tau nak guna akal fikiran? hmm..ginilah jadi bila kepimpinan diberikan pada yg bukan ahli....teruskan sahabat2 semua memberi teguran terhadap kepincangan dan kemungkaran yg berlaku dlm masyarakat hari ini.Walaupun yg ditegur golongan yg tuli dan tak makan saman,namun Allah tak lihat pada hasilnya,yg penting apa usaha yg kita dah buat....jgn risau kerana satu hari nanti,negara ni akan jadi milik kita jua...justeru apa yg kita lakukan hari ni menentukan siapa kita akan datang..chaiyok!

Bookmark and Share

    


  Member Information For penjejak_imanProfil   Hantar PM kepada penjejak_iman   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 10:58


tinggalkan dunia yg sementara nie utk kehidupan yg abadi akhirat kelak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 14:11


pasal kenyataan pakai tudung nipis tu, mmg la sama mcm x pakai tudung gak... tapi at least ada pembaharuan... start pakai nipis dulu... nanti agak suasana tenang ckit, upgrade la isu tudung bagi tebal ckit.... pastu labuh ckit....

bab pakaian ketat tu, mcm mana menteri pompuan tu leh kata camtu.... lelaki kalau dah tgk pompuan pakai ketat ikut badan, samala cam x pakai baju kan.... nak salah lelaki sbb x reti jaga kelakuan?.... dah tu pompuan x salah ke meransang lelaki dgn pakai ketat2 ikut lekuk badan tu?.... tu la kalau dah otak letak kat lutut....

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 17:05


emmm.. sama ngan xpakai baju..
dah namapak bentuk badan...
takkan diorang xder perasaan malu kot bila pakai baju camtu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 17:20




takkan nak biarkan si luncai dengan labunya shj....

jika kita cadangkan suatu tata pemakaian yang lebih Islamik, sudah pasti akan dicop sebagai ekstremis agama.....ntah lah .....


TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-04-05 17:25




itulah dinamakan di persimpangan dilema

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 11:58


IMAN SETIPIS KULIT BAWANG...

--------------------------------------------------------------
ISLAM HADHARI?????????????????????????

ISLAM DULU;KINI;DAN SELAMANYA.........TIDAK ADA ISTILAH ISLAM HADHARI.......!!!


-----------------
sweet_srikandi

Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 12:16


Quote:

On 2005-04-19 14:11, ctmuslimah wrote:
pasal kenyataan pakai tudung nipis tu, mmg la sama mcm x pakai tudung gak... tapi at least ada pembaharuan... start pakai nipis dulu... nanti agak suasana tenang ckit, upgrade la isu tudung bagi tebal ckit.... pastu labuh ckit....

bab pakaian ketat tu, mcm mana menteri pompuan tu leh kata camtu.... lelaki kalau dah tgk pompuan pakai ketat ikut badan, samala cam x pakai baju kan.... nak salah lelaki sbb x reti jaga kelakuan?.... dah tu pompuan x salah ke meransang lelaki dgn pakai ketat2 ikut lekuk badan tu?.... tu la kalau dah otak letak kat lutut....

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa



sokong pendapat akak..
cuma..hehe..leh ke diterima...
mengamuk lak SIS..
paklah kan takut ngan SIS...
heheh...
kak endon nak campak mana..
nori lagi..marina lagi..
uish..pening pala kite..
paklah rileks je......
biar para MP gaduh....
biar ada yg sokong..ada yg bantah..
heheh...
bila ada 2 pendapat dr satu kem..maka senang hati paklah..
org nampak ni pembaharuan ni..
maka dpt lagi sepenggal..

p/s..yg bodoh..siapa..kita2 ni jugak.....
nak buat camne..belajar sampai U pun bodo gak

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 11:35


Quote:

...
bila ada 2 pendapat dr satu kem..maka senang hati paklah..



2 pendapat ... tp jawapan dah ada...
faham2 ajelah..
kalau tak naper buat promosi kebaya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.693732 saat. Lajunya....