Tentu sahabat sekalian pernah m'dengar ttg kisah Luqman yg bijaksana dlm surah Luqman di dlm Al Qur'an Al-Karim...
Pengarang kitab Al_Kasyaf m'jelaskan, beliau adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dgn Nabi Daud AS dan menuntut ilmu drnya. Ibnu Abbas berkata bhw Luqman bukan Nabi, juga bkn Raja, namun seorg penggembala b'kulit hitam yg kemudian di beri kurnia kemerdekaan dan pengetahuan.
Mari b'sama kita dengar kisah ketaatannya yg jitu t'hadap Allah SWT...
Diriwayatkan dr Sai'id bin Amir b'kata." Telah b'cerita kpd kami, Abu Ja'far :
"Luqman Al-Habasy adalah seorg hamba milik seorg lelaki. Suatu ketika, dia dibawa ke pasar utk di jual. Luqman b'tanya kpd seorg lelaki yg b'hasrat utk m'belinya: "Apa yg akan kamu lakukan t'hadap diriku (setelah kamu beli nanti)?"
"Kamu akan ku suruh melakukan itu dan ini," jawab calon pembeli.
"Aku mohon kpdmu agar m'batalkan niatmu utk m'beliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kpd para calon pembelinya hingga dtglah calon pembeli lainnya.
"Apa yang hendak kamu lakukan t'hadap diriku (setelah kamu m'beliku nanti)?" kata Luqman.
"Kamu akan ku beri tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya.
"Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman. Lelaki t'sebut kemudian m'bayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya.
Majikan Luqman pd saat itu juga mempunyai tiga org anak wanita yang m'jadi pelacur di desa itu. Pd suatu ketika, majikannya pergi ke kebun. Sebelum b'angkat dia b'pesan kpd Luqman :
"Aku telah menyiapkan makanan di dlm kamarnya, sepeninggalku kuncilah pintu dan kamu harus m'jaga pintu ini. Dan jgnlah sekali-kali kamu m'buka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!" Sejenak kemudian ketiga puteri majikannya dtg dan b'kata kpd Luqman,
"Bukalah pintu ini!" Krn telah menerima pesan dari majikan, maka Luqman pun menolak utk membukanya dan akhirnya ketiga gadis itu marah dan memukulnya. Luqman kemudian m'bersihkan darah yg m'basahi tubuhnya dan kembali b'jaga di depan pintu . Apabila si majikan pulang, ia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.
Dlm kesempatan berikutnya, si majikan kembali ke kebunnya. Sbgmana dia telah berpesan kepada Luqman, dan selagi itulah Luqman menjaga amanah yg telah diberikan oleh majikannya. Dan sbgmana peristiwa semalam, Luqman dicederakan oleh tiga org puteri majikannya krn beliau enggan m'buka pintu sptmana yg diarahkan oleh wanita2 t'sebut.
Melihat keteguhan hati Luqman, puteri sulung majikannya kemudian berasa simpati t'hadap Luqman dan b'kata: "Mengapa hamba Habsyi ini lebih mengutamakan ketaatan kpd Allah SWT b'banding aku? Demi Allah, aku akan b'taubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itupun bertaubat kpd Allah SWT.
Si bongsu berkata, "Mengapa hamba Habsyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kpd Allah Subhanahu wa Ta'ala b'banding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat" Demikianlah si bongsu akhirnya mengikut jejak kakak sulungnya dgn b'taubat kpd-Nya.
Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat , puteri kedua majikan Luqman b'kata "Mengapa dua orang saudaraku dan hamba Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah SWT b'bandingku? Demi Allah, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.
Setelah ketiga puterinya yang bekerja sbg wanita pelacur itu b'taubat, maka teman sekerjanya di desa berkata,
"Mengapa budak Habsyi dan ketiga gadis si fulan itu lebih mengutamakan taat kpd Allah SWT b'banding kami?" Hal t'sebut m'dorong mrk utk b'taubat sbgmana rakannya sehingga jadilah mrk sebagai ahli ibadat di desa itu."
Demikianlah bhw usaha dakwah bukan hanya melalui ucapan lisan ttp jg melalui tindakan, atau amalan yg ditunjukkan oleh Luqman Al-Hakim dlm memegang teguh amanah yg sudah m'jadi tugasnya. Sehingga fitrah seorg manusia utk selalu beribadat kepada Tuhan m'jadi kenyataan tatkala melihat seorg yg mampu menjalankan ibadah itu dgn baik…
Sumber : Mereka Yg Kembali. Ibnu Qudamah Al-Maqdisy terjemahan Abu Ahmad Najeh dan M Luqman Hakiem, Risalah Gusti, ed 1, Surabaya, 1417 H. Hal 120-122. Dgn beberapa perubahan.
Allahu Ta'ala a'lam...-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.