Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Nur Muhammad


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Nur Muhammad

Please Mendaftar To Post


Oleh Nur Muhammad

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 16:00



NUR MUHAMMAD
ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH oleh alkausar
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller, Ismail Dhul-Qarnayn dan Prof. Dr. Abdul Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.)
1. ASAS DARI AL-QURAN
1.1 Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:


Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Qur’an 5:15-Terjemahan Ar-Rahman)
Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:

Jalal al-Din al-Suyuti(Tafsir al-Jalalayn, 139):
"Ia adalah Rasullullah s.a.w"

Ibn Jarir al-Tabari (Jami‘ al-bayan, 6.161):
" Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."

Fakhr al-Razi (al-Tafsir al-kabir, 11:194):
"Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"

al-Baghawi (Ma‘alam al-Tanzil, 2.228):
" Ia bermaksud Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam "

dan Qurtubi (Ahkam al-Qur’an , 6.118) berpendapat seperti di atas
dan Mawardi (al-Nukat wa al-‘uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad"
bagitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H).
Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah didzahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."
al-Qariberkata dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia. Beliau juga mengatakan (1:114, edisi Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan baginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan."
Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari adalah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir; tegasnya menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian.
1.2 Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang berusaha mengumpul berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasa’is al-kubra, pada bab pertama, hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran:



(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka); (Qur’an 33:7-Terjemahan Ar-Rahman)
Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).
Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:

Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa.".

1.3 Penjelasan bagi Ayat 26:217-219:




Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. (Qur’an 26:217-219 -Terjemahan Ar-Rahman)
Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;
Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'. (lihat Qadi `Iyaddi bawah)
1.4 Firman Allah s.w.t:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 24:35-Terjemahan Ar-Rahman)

Suyuti berkata dalam al-Riyad al-aniqa:

" Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan."
1.5 Firman Allah s.w.t:



Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. (Surah 33:45-46 -Terjemahan Ar-Rahman)
Qadi al-Baydawi berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau, ia mungkin bermaksud lampu."
Ibn Kathir menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi., ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak siapa menolak melainkan ......"
Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk semua yang menyinari."
al-Zarqani dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan langsung."
~~~~~ o O o ~~~~~



2. ASAS DARI HADITH
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:

2.1 Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757

2.2 Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahanda ku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam
beberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,
Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,
dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130 dan
Hakim.

2.3 Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.
Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
al-Tilimsani

2.4 Jabir ibn `Abd Allah r.a. berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mu, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........." (petikan sebahagian).

`Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."
`Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib. Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd al-Razzaq (m 211H) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400 ahadith.
`Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
`Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
Nabahani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, juga lihat al-Qasim #261.)

2.5 Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).

2.6 Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4)
2.7 Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasa’is al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.
~~~~~ o O o ~~~~~

3. ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN
.
3.1 Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:
"Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini
engkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam diri
semasa mereka menutup diri mereka dengan daun daun
Kemudian engkau turun melalui masa
Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar
dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.
Kami berjalan in dalam sinaran itu
dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "
Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, dan
juga disebut olehIbn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,
Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'

3.2 Ibn `Abbas berkata, "Ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s."
Ibn `Abbas juga menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219) di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."

al-Shifa oleh Qadi `Iyad.

3.3 Lain-lain rujukan berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas sila lihat :
Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.

3.4 Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."
3.5 Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau ‘manusia’, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :
Muhammad adalah seorang manusia,
tetapi tidak seperti kemanusiaan
Baginda adalah permata,
sementara manusia adalah batu.
3.6 Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikan kepercayaan seperti ini dengan Islam yang tulin kembali.

3.7 Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Ini jelas pada ayat 24:35, jikapun diterjemahkan sebagai "Allah, Dia Cahaya langit dan bumi. ......." tidak dapat dipisahkan dengan "Petunjuk Allah kepada nurNya itu;" pada ayat yang sama. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan pada Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah hendaklah diletak pada prespektif yang sebenar seperti juga Baitullah tidak seharusnya dilihat sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah sebagai unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.
Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.



~~~~~ o O o ~~~~~


4 RUMUSAN

4.1 Ketara pada penjelasan di atas, Muhammad sebagai Nur ataupun Nur Muhammad bukanlah suatu perkara asing pada zaman dan di antara kalangan para sahabat, Salaf as-salihin mahupun generasi Khalaf as-sadiqin. Ulama-ulama tafsir dan hadith pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien ini telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing walaupun diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri.
Sebagai contoh, Al-Bukhari yang bergelar Imam hadith adalah jauh lebih tinggi kemampuannya dari seseorang yang bertaraf hafiz hadith. Sebagai imam hadith termaklum bahawa penguasaan ahadith beliau jauh melebihi 600,000 perawian. Tidakkah menghairan kenapa beliau memasukkan hadith di atas di dalam Sahih beliau yang merujuk kepada apa yang diistilahkan sebagai Nur Muhammad, jika beliau sendiri tidak yakin mahupun menerima insitusi Nur Muhammad? Paling mudah dan selamat, beliau boleh memutuskan untuk tidak memasukkan perawian hadith berkenaan di dalam Kitab sahih beliau walaupun ia sahih dari segi sanad. Justeru, adakah Imam Bukhari was-was terhadap matan hadith berkenaan?

Dari sudut tasawwuf, institusi Muhammad s.a.w itu adalah luas dan jauh lebih luas dari kefahaman umum. Jika tidak, tasawwuf sendiri tidak akan jadi satu bidang pengajian yang formal jika ia bagitu mudah. Bagitu juga institusi Muhammad s.a.w dalam tasawwuf tidak akan dikaji secara mendalam jika telah ada cabang lain dalam Islam yang mampu mengkaji lebih baik dari bidang tasawwuf sendiri. Institusi Muhammad s.a.w perlu dikaji dengan lebih luas, lebih teliti dan lebih jitu kerana ada dalil dari Al-Quran dan hadith mahupun riwayat para sahabat, tabien dan tabiet-tabien yang menunjukkan sedemikian rupa. Ini memerlukan ia dikaji dengan lebih mendalam agar dapat diletakkan asas yang tepat terhadap institusi berkenaan.

Penulisan ini adalah setakat untuk menampakkan bahawa ada asas untuk mengkaji dan perlu dikaji Muhammad sebagai Nur, selain daripada setakat menerima Muhammad sebagai "abu basyar" sahaja. Paling ringkas, orang awam sendiri sedar bahawa institusi diri mereka sendiri mempunyai jasmani dan rohani. Itupun tidak mereka kaji sepenuhnya dan menjadikan ia satu bidang yang formal. Contoh, bidang kedoktoran sahaja adalah cuma sebahagian dari bidang jasmani. Kita tak dapat nak nafikan bahawa institusi pengkajian ini adalah amat luas dan melibatkan beratus ribu pakar diseluruh pelusuk dunia baik muslim mahupun bukan, dan masih ada lagi banyak persoalan yang berlum berjawab berbanding dengan yang telah dapat dijawab. Jawapan inipun seringkali diperbaiki dan diubah, dari masa ke semasa.

Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf. Kita tidak nafi kewibawaan mereka dalam bidang mereka. Cuma persoalannya, pernahkah seorang pakar gigi mempersoalkan berkenaan pengajian perbedahan ataupun istilah-istilahnya? Pernahkah pakar jiwa yang mempunyai berbagai-bagai therapy mereka mempersoalkan kenapa rawatan cancer mengunakan perkataan therapy dalam istilah chemotherapy? Jauh sekali seorang jurutera letrik. Inilah yang dikatakan "professional ethic. "Sesungguhnya Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

Semua melaung-laungkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim lain yang sependapat dengannya dan tidak lebih dari itu.

Antara sumber rujukan terawal berkenaan isu ini ialah kepada Prof. A. E. Affifi (edisi 1938). Adakah ini dalil? Paling dekat setakat yang penulis pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun bagitu adakah ini dalil, sedangkan edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang. Selain dari itu, rujukan demi rujukan rata-rata 'berkiblatkan' L. Massignon, Prof. Reynold A. Nicholson dan anak muridnya A.E. Affifi, M.A. Palacios, Whittaker(The Neo-Platonists), Wensinck (Encyclopedia of Islam) dan sepertinya. Tidakkah ini bertaqlid?

Ada baiknya, sangkalan seperti ini di rujuk terus kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik lagi asli. Ini lebih tepat walaupun masih tidak dapat diterima sebagai dalil. Sekurang-kurangnya kita yang meraba-raba mencari kebenaran akan tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu.

Mengapa amat kurang dan kebanyakan masanya tiada rujukan kepada nas dan ahadith, baik terhadapnya mahupun sebaliknya. Pun bagitu, perlu diingatkan bahawa penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh.

Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:

1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan tafsirnya sekali
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.

Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga penulis yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan penulis di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semestinya penulis akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.

~~~~~ o O o ~~~~~






[ Posting ini telah di edit oleh: SystemOfAdown pada 2005-04-16 00:56 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 16:03


بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم



KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU

DALAM KONTEKS WACANA SUNNI-

SATU PENGAMATAN AWAL



OLEH:



MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY



Tulisan ini insya’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, , Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya,Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya.Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah.Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalamn hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd.Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu. Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya.Mudah –mudahan kita ini mengenali nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya .Amin.



Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh


Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha &Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22).Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud:”Aku adalah perbendahraan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.hal.10).Juga dinukilknya hadith bermaksud:”Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammads s.a.w.”(ibid.10).Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi.Dinukilnya juga hadith yang bermaksud:”Aku (nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”.(ibid.10).Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada baginda (iaitu daripada nurnya).(ibid. hal.10).Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:”Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu”(ibid.10).Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.”(ibid.11).Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:”Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah”(ibid.11).



Kemudian beliuau menukil hadith nur Muhammad.Antaranya ialah yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal”(ibid.11); dan yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah aialah al-Qalam”,(ibid.11); dan yang bermaksud:”Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh”(ibid.11).Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yan g ternyata daripada hadith yang



==



*Penulis amat berterima kasih kepada Encik Aman Hj Hasan dan Encik ‘Abd al-‘Aziz Hj Hasan dari Pustaka Aman Press –jazaka’llahu khairan kathiran untuk mereka berdua – atas kebenaran menggunakan bahan-bahan yang ada dalam Aman Press untuk menjayakan penulisan ini.











dinukilkan beliau yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku”(ibid.11).Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”.(ibid.11).



Mengikut Syaikh Nur al-Din Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna:”Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal , maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad , iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada-uem)(Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12).Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, seb ab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.



Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilikkepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir.(ibid.13).



Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid.13).



Kemudian beliau menyebut basgaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya diAllah tujuh petala langit.Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang.(ibid.13).Demikian seterusnya.



Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin.Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak , diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun.Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.



Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah.(ibid.15).



Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak



Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:



Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” .

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” ( berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang , t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah..Pada halaman 3 dst terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau :



“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan sutu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-Orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya ; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala , maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi”(hal. 3).



Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu ,menjadi fardu sujud , lalu difardukan sermbahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilitk kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripoada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia , muyrsalin, ulama, syuhada dan solihin.Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia.(hal.3-4).



Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:



Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi , golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal.4)



Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur.Mereka itu ialah Abu bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali.Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.



Kata pengarang : dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.



Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orangt-oirang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulut menjadi orang puiasa.Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal.5).Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya.(hal.5).



Beliau menyebut hadith qudsi ( كنت كنزا مخفيا فأحببت أن أعرف فخلقت الخلق لاعرف )



:Adalah Aku perbendahraan yang tersembunyi maska Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal.6)



kemudian beliau menyebut hadith nabi s.a.w. أول ما خلق الله تعالى نورى وفى رواية روحى



Ertinya yang awal-wal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Al;lah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut.Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi: خلقت الاشياء لاجلك وخلقتك لاجلى


Ertinya :Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal.6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.



Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).


Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh



Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001).Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani.Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka.Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu.Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya.Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha,’ sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal.Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.



Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:



Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkaqn oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya.. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.


Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh


Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji” .Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal.2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud” Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”:wink: yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun…



Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya : “Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya :Al-hamdulillah , kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad , daripada engkau Aku memulakan pen ciptaan dan (dengan engkau) Aku mengklhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ makia Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;



Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh , sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka…



Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim,…umat nabi Musa…, umaqt Nabi ‘Isa…, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w.,…kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka,terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.



Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad.Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakang nya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada n ur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia.Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi baginda.Maka malaikat mengadap wajaihnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Syith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya . (hal.3).



Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:



Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur’an dan Sunnah.



Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (5.15).



Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”.



"قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور" هُوَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "وَكِتَاب" قُرْآن "مُبِين" بَيِّن ظَاهِر





Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:

" قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور " أَيْ ضِيَاء ; قِيلَ : الْإِسْلَام , وَقِيلَ : مُحَمَّد عَلَيْهِ السَّلَام ; عَنْ الزَّجَّاج .

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan dikatakan :Muhammad s.a.w dari al-Zajjaj.Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.





Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur” : telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.







قَدْ جَاءَكُمْ يَا أَهْل التَّوْرَاة وَالْإِنْجِيل مِنْ اللَّه نُور , يَعْنِي بِالنُّورِ مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , الَّذِي أَنَارَ اللَّه بِهِ الْحَقّ , وَأَظْهَرَ بِهِ الْإِسْلَام , وَمَحَقَ بِهِ الشِّرْك



Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (5.15) dinyatakan:



قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ " يَقُول تَعَالَى مُخْبِرًا عَنْ نَفْسِهِ الْكَرِيمَةِ أَنَّهُ قَدْ أَرْسَلَ رَسُوله مُحَمَّدًا بِالْهُدَى وَدِين الْحَقّ إِلَى جَمِيع أَهْل الْأَرْض

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.



Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’



وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang.Kata Ibn ‘Abbas : dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan baginda sebagai nabi (akhir zaman).Kata ‘Ikrimah : Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.



Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan:

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ



وَقَوْله تَعَالَى " وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ قَتَادَة " الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ فِي الصَّلَاة يَرَاك وَحْدك وَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث " سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي " وَرَوَى الْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .

Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud.Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah.Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri.Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang baginda sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’.Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.

Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan ayat 5.15 , kenyataannya ialah seperti berikut:

(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud :”Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab yang nyata” )-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam (iaityu Nabi Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya, maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud :Tidaklah Kami mengutus engkau 9wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut:

Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya adalah dengan mengambil kira baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula sekali dijadikan Allah ; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Maha pemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).

Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur (yang agung) , nur dari segala nur , dan nabi yang terpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Daqn pada sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menedrima pendapat ini dari segi ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak boleh menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi isayaratnya)…” (ibid.III.369).



Dalam kitab yang sama,(Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya :”Hakikat keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt wujud (“lil-jami’”:wink: itu ialah dengan iktibar bahawa baginda adalah penengah –wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”:wink: atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”:wink: dari awalnya, dan itu ialah kerana nur baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal ; maka dalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah –Allah menyucikan asrar mereka- ada terdapat huraian berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada ini.”



Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “ Miftah al-sa’adah”.Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan , dan manusia akan berkedudukaun seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang setengahnya berseteru dengan yang lainnya.



Maka setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah , dan tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah dengan sebab terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian tentangnya.Maka alam ini adalah seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu tidak akan ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah dan pengajiannya ) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan binasa, maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan nubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”.juz 9, hal.100).



Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan mereka yang sujud” (al-Shu’ara.217-219) , selain daripada maksud bahawa nabi beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan lainnya, pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135) menerangkan bahawa: “dan daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka itu ialah para anbia ‘a.s.s. , dan makna “melihat gerak-geri engkau sebagaimana gerak-geri mereka yang selain daripada engkau dari kalangan para anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka, sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir tentang “mereka yang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah, antara mereka ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga , melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan “gerak-geri engkau di kalangan mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya baginda (sebagaqi Nur Muhammad-uem) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-salatu wassalam- …’(ibid.X.135)







Dalam Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam Abul-Hasan ‘Ali bin Ahmad al,-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang bermaksud Telah datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata, katanya nur ya’ni Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan Kitab yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196.

Demikian juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah Labid li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenal dalam abad ke-19) -di tepinya Tafsir al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan:

Ayat yan g bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul iaitu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ( dan Kitab yang nyata) iaitu Qur’an…

Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud :dan pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud,yaitu Ia melihat gerak-geri kamu dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud serta duduk bersama-sama mereka yang semb ahyang bila engkau menjadi imam dalam berjemaah dengan mereka , dan dikatakan dan Ia melihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi para mu’minin dan mu’minat , semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah dan Aminah ; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad saqlla’Llahu ‘alaihi wa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke dalamdiri mereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi) dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanya kepada orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yang selain daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak menyembah berhala melainkan selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain dari Allah…(ibid.II.119).



Hadith berkenaan dengan Nur:

Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

(827 – أول ما خلق اللهُ نورُ نبِيكِ يا جابر – الحديث

رواه عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد الله بلفظ قال قلت‏:‏ يا رسول الله، بأبي أنت وأمي، أخبرني عن أول شيء خلقه الله قبل الأشياء‏.‏ قال‏:‏ يا جابر، إن الله تعالى خلق قبل الأشياء نور نبيك من نوره، فجعل ذلك النور يدور بالقُدرة حيث شاء الله، ولم يكن في ذلك الوقت لوح ولا قلم ولا جنة ولا نار ولا ملك ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا جِنِّيٌ ولا إنسي، فلما أراد الله أن يخلق الخلق قسم ذلك النور أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الجزء الأول القلم، ومن الثاني اللوح، ومن الثالث العرش، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الجزء الأول حَمَلَة العرش، ومن الثاني الكرسي، ومن الثالث باقي الملائكة، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الأول السماوات، ومن الثاني الأرضين، ومن الثالث الجنة والنار، ثم قسم الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الأول نور أبصار المؤمنين، ومن الثاني نور قلوبهم وهى المعرفة بالله، ومن الثالث نور إنسهم وهو التوحيد لا إله إلا الله محمد رسول الله‏.‏ الحديث‏.‏ كذا في المواهب‏.‏(





Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya , kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arasy, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi , maka daripada juzu’ yang pertyama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi.Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka.Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian : yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah,daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib”( iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).



Dan seterusnya:



وقال فيها أيضا‏:‏ واختُلِف هل القلم أول المخلوقات بعد النور المحمدي أم لا‏؟‏ فقال الحافظ أبو يعلى الهمداني‏:‏ الأصح أن العرش قبل القلم، لِما ثبت في الصحيح عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ قدر الله مقادير الخلق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة، وكان عرشه على الماء، فهذا صريح في أن التقدير وقع بعد خلق العرش، والتقدير وقع عند أول خلق القلم، فحديث<صفحة 311> عبادة بن الصامت مرفوعا ‏"‏أول ما خلق الله القلم، فقال له أكتب، فقال رب وما أكتب‏؟‏ قال أكتب مقادير كل شيء‏"‏ رواه أحمد والترمذي وصححه‏.‏

وروى أحمد والترمذي وصححه أيضا من حديث أبي رزين العقيلي مرفوعا‏:‏ إن الماء خلق قبل العرش‏.‏

وروى السدي بأسانيد متعددة إن الله لم يخلق شيئا مما خلق قبل الماء، فيجمع بينه وبين ما قبله بأن أولية القلم بالنسبة إلى ما عدا النور النبوي المحمدي والماء والعرش انتهى





Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah Qalam makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani : yang asah ialah ‘Arasy sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya : Sabda Rasulullah s.a.w :Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arasynya atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arasy; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ub adah bin al-samit , marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arasy”.

Dan al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan antgara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan dengan yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis.





Dan yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah:

824– أول ما خلق الله القلم‏.‏

رواه أحمد والترمذي وصححه عن عبادة بن الصامت مرفوعا بزيادة فقال له أكتب، قال رب وما أكتب‏؟‏ قال أكتب مقادير كل شيء،

قال ابن حجر في الفتاوى الحديثية قد ورد أي هذا الحديث بل صح من طرق، وفي رواية إن الله خلق العرش فاستوى عليه، ثم خلق القلم فأمره أن يجري بإذنه، فقال يا رب بم أجري‏؟‏ قال بما أنا خالق وكائن في خلقي من قطر أو نبات أو نفس أو أثر أو رزق أو أجل، فجرى القلم بما هو كائن إلى يوم القيامة، ورجاله ثقات إلا الضحاك بن مزاحم فوثقه ابن حبان وقال لم يسمع من ابن عباس، وضعفه جماعة، وجاء عن ابن عباس رضي الله عنهما موقوفا عليه‏:‏ إن أول شيء خلقه الله القلم، فأمره أن يكتب كل شيء ورجاله ثقات،

وفي رواية لابن عساكر مرفوعة إن أول شيء خلقه الله القلم، ثم خلق النون، وهي الدواة، ثم قال له اكتب ما يكون أو ما هو كائن – الحديث

وروى ابن جرير أنه صلى الله عليه وسلم قال ‏{‏ن ‏(‏في الأصل ‏(‏نون‏:wink:‏ مكان ‏(‏ن‏:wink:‏‏:wink:‏ والقلم وما يسطرون‏}‏ قال لوح من نور، وقلم من نور، يجري بما هو كائن إلى يوم القيامة انتهى



824. Perkawa terawal dijadikan Allah ialah Qalam.

Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah bin al-samit, marfu’, dengan tambahan , Ia berfirman:”Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang hamba (akan) tulis?” FirmanNya:”Tulislah takdir segala sesuatu”.

Kata ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah” :”Datang riwayat , iaitu hadith ini, bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat “Allah menjadikan ‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian Ia memerintah supaya menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya :tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam makhlukKu, terdiri daripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal; maka Qalampun menulis tentang apa yang ada sampai ke Hari Kiiamat. Rijalnya atau periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya boleh dipercayai, katanya ia tidak mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk menganggapnya dhaif; dan datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya: Perkara awal yang dijadikanNya Qalam, kemudian Ia menyuruhynya menulis; para periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu thiqat).

Dan dalam riwayatn ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yang dijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada.

Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir b ahawa baginda s.a.w. bersabda: Nun, , Demi Qalam dan apa yang mereka tulis.katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat.

Seterusnya dalam teks yang sama ada riwayat seperti berikut:

وفى النجم روى الحكيم الترمذي عن أبي هريرة أن أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق النون وهي الدوا

[ Posting ini telah di edit oleh: SystemOfAdown pada 2005-04-16 00:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 16:09


وفى النجم روى الحكيم الترمذي عن أبي هريرة أن أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق النون وهي الدواة، ثم قال له أكتب، قال وما أكتب، قال أكتب ما كان وما هو كائن إلى يوم القيامة وذلك قوله تعالى ‏{‏ن والقلم وما يسطرون‏}‏ ثم ختم على فم القلم فلم ينطق ولا ينطق إلى يوم القيامة، ثم خلق الله العقل، فقال وعزتي وجلالي لأكْمِلَنَّكَ فيمَن أحببتُ، ولأنْقُصَنَّكَ<صفحة 309> فيمن أبغضت، وقال اللقاني ‏(‏في الأصل ‏(‏اللاقاني‏:wink:‏‏:wink:‏ في شرح جوهرته‏:‏ القلم جسم نوراني خلقه الله، وأمره بِكَتْبِ ما كان وما يكون إلى يوم القيامة، وتمسك عن الجزم بتعيين حقيقته، وفي بعض الآثار أول شيء خلقه الله القلم، وأمره أن يكتب كل شيء، وفي بعضها إن الله خلق اليراع، وهو القصب ثم خلق منه القلم، وفي رواية أول شيء كتبه القلم أنا التواب أتوب على من تاب انتهى‏.‏

Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa “Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah, katanya :Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya : Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat.Itulah firmannya:Nun.Demi Qalam dan apa yang mereka tulis.Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat.Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi.Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai.

Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam.Dalam satu riwayat perkara awal yang ditulisman oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’.Habis.

(al-‘Ajluni, dalam “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas…”, http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1)



Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’, no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat kenyataan:

194- أول ما خلق اللّه

- ذكر الأمير في مبحث الوجود من حواشيه على جوهرة اللقاني أنها متواترة‏.‏

‏(‏قلت‏:wink:‏ ورد في بعض الأحاديث أن أول ما خلق اللّه ‏(‏1‏:wink:‏ النور المحمدي وفي بعضها ‏(‏2‏:wink:‏ العرش في بعضها ‏(‏3‏:wink:‏ البراع أي القصب وصح حديث أول ما خلق اللّه ‏(‏4‏:wink:‏ القلم وفي غيره أول ما خلق اللّه ‏(‏5‏:wink:‏ اللوح المحفوظ وجاء بأسانيد متعددة ‏(‏6‏:wink:‏ أن الماء لم يخلق قبله شيء وفي بعض الأخبار ‏(‏7‏:wink:‏ أن أول مخلوق الروح وفي بعضها ‏(‏8‏:wink:‏ العقل إلا أن حديث العقل فيه كلام لأئمة الحديث بعضهم يقول هو موضوع وبعضهم ضعيف فقط*

وأجيب عن التعارض الواقع فيها بأن أولية النور المحمدي حقيقية وغيره إضافية نسبية وأن كل واحد خلق قبل ما هو من جنسه فالعرش





Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu m utawatir.Pen garang itu menyatakan bahawa ia berkata);

Datang riwayat dalam setengah hadith tentang perkara awal yang dijadikan itu (1)Nur Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3) “al-yara “ iaitu qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang dijadikan Allah Qalam, dalam yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4) Qalam, dalam yang lain pula awal dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan danatng dalam berbilang sanad bahawa ia (6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu sebelum daripadanya; dalam setengah riwayat (al-akhbar) ia (7) awal makhluk ialah ruh, dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith tentang akal di dalamnya ada kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan maudhu’, setangahnya menyatakjan daif sahaja.



Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya ) dijadikan sebelum daripada yang terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah), demikianlah.Allah Maha Mengetahui. ( Dari “Nazm al-Mutanathir min al-hadith al-Mutawatir”, dari kitab al-iman sampai kepada kitab al-manaqib, -491 dalam http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7 )



Dalam “Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid), karangan Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923 Hijrah) , dalam jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan:



Ketahuilah wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifatdengan sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan –mudah-mudahan Allah memberi taufik kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang Lurus bahawa sesungguhnya bila berlakulah (lit.bergantunglah) Iradat Allah taala untuk mengadakan makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan hakikat Muhammadiyyah daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat Ahadiyah(Nya) , kemudian Ia menjadikan alam-alam, semua sekali, alam tingginya dan alam rendahnya dalam rupa bentuk hukumNya sebagaimana yang telah terdahulu ada dalam IradatNya dan IlmuNya yang terdahulu (dari Azali lagi), kemudian Ia mem beritahu tentang kenabiannya dan berita baiknya dengan kerasulannya ini, walhal Adam masih belum ada, sebagaimana yang dinyatakannya bahada Adam adalah antara ruh dan jasad.



Kemudian terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian arwah, maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka bagi mereka itu ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, jenis tinggi, mengatasi segala jenis m akhluk, ia Bapa Tearagung bagi sekelian yang maujud dan manusia (sekelian).



Maka bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (untuk ) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh dengan jasadnya, berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka zahirlah Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan jasad dan ruhnya walaupun terkemudian jasadnya (zahir) anda mengetahui tentang nilainya, (iaitu) ia adalah khizanah atau perbendahraan rahasia dan pusat berlakunya perintah; maka tidak lulus perintah melainkan daripadanya; tidak berpindah kebaikan melainkan daripadanya…Dikeluarkan riwayat hadith oleh Imam Muslim dalam kitab ‘Sahih’nya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan ‘ArasyNya di atas air

…Dan dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah sebagai khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur dalam tanahnya(sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi serta al-Hakim.Kata al-Hakim isnadnya sahih.



Seterusnya kata beliau :grin:ari Maisarah al-Dabbi katanya, bahawa katanya: ‘Aku berkata, wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? jawabnya s.a. w. bersabda: ‘ Waktu Adam masih antara ruh dan jasad.’ Ini lafaz riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam ‘;Tarikh’nya serta Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah”, al-Hakim menyatakan ia sahih.



Selepas menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani memberi huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya:





Maka boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal Adam masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah tentangt wajibnya kenabian bagi baginda dan sabitnya , kemudian zahirnya pula ke alam nyata.Sesungguhnya penulisan( al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang wajib; firman Allah ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit.dituliskan) puasa ‘ dan ‘Allah mewajibkan (lit.Allah menulis) bahawa Aku akan benar-benar mengatasi’.Dan dalam hadith dari Abu Hurairah (dinyatakan) bahawa mereka (iaitu para Sahabat) bertanya bilakah diwajibkan kenabian bagi tuan hamba? Baginda menjawab:’(Waktu) Adam masih antara roh dan jasad’.Riwayat Tirmidhi , katanya hadith hasan sahih.



Kemudian Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn Sahalal-Qattan’ dari Sahal ibn Salih al-Hamadhani katanya: Aku bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bagaimana nabi Muhammad menjadi nabi yang mendahului para anbia walhal baginda terakhir dibangkitkan.Kata beliau: ‘Sesungguhnya Allah ta’ala –bila Ia men gambil dari anak Adam dari zuriat mereka dari belakang merekadan menjadikan mereka menjadi saksi atas diri mereka, ‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’ adalah nabi Muhammad orang yang pertama yang mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu baginda menjadi terdahulu darei sekelian anbia walhal ia terakhir dibangkitkan (dalam sejarah dunia). Kalau anda berkata: ‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti ada orang yang disifatkan itu, walhal sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas sampai umnur empat puluh tahun, maka bagaimanakah disifatkan beliau itu sebelum wujudnya dan sebelum ia diutus sebagai rasul? Maka boleh diberikan jawapan bahawa al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh wa al-taswiyah’ berkenaan dengan hal ini dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku nabi terawal dari segi penciptaan dan terakhir dari segi dbangkitkan (dalam sejarah), bahawa maksud ‘penciptaan’ (al-khalq) di sini ialah takdir atau penetapan bukannya mengadakan (‘’al-taqdir duna al-ijad’:wink: ; maka baginda itu sebelum bondanya melahirkannya tidak wujud sebagai makhluk, tetapi (wujud) dalam bentuk matlamat-matlamat dan aspek-aspek kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’:wink: yang mendahului dalam takdir yang mengikutinya dalam wujud.Inilah makna kata-kata mereka (yang bijaksana):’Awal fikiran ialah akhir amalan, dan akhir amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-fikrah akhir al-‘amal wa akhir al-‘amal awwal al-fikrah’:wink:.



Kemudian dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan dengan jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’:wink: awal tentang bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang lengkap sempurna (‘dar kamilah’:wink: ; itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau ketetapannya.Itulah yang ada kemuydiannya yyang zahir sebagai hasil daripada amalannya.Maka bangunan yang len gkap sempurna itu yang terawal dalam ‘takdir’nya, dan itulah yang terakhir dari segi wujudnya.Demikianlah-kiasnya- hadith ‘Aku nabi ‘ itu isyarat kepada apa yang dinyatakan, iaitru nabi dalam ‘takdir’ Ilahi sebelkum sempurna penciptaan Adam a.s., kerana tidaklah diciptakan Adam melainkan untuk dikeluarkan daripada zuriatnya Mujhammad s.a.w.



Kemudian beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan dengan mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud dalam minda jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di luar daripada minda dalam zat-zat (al-a’yan’:wink: dan wujud zihin adalah sebab bagi wujud yang zahir di luar zihin yang boleh dipandang dengan mata, dan itu mesti mendahului.Demikianlah- hendaklah anda ketahui- bahawa Allah menentukan takdir , kemudian Ia mengadakan mengikut persepakatan dengan takdir…(Dalam ‘al-Mawahib al-Laduniyyah’juz I hal.7).



Selepas daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya Nur Muhammad s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan daripadanya.(Al-Mawahib al-laduniyyah,juz I hal 7 dst)

.

Tentang kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan dengan Nur Muhammad s.a.w. sebagai punca penciptaan segala, itu nampaknya tidak menjadi masalah, memandangkan antaranya al-Bukhari mengambil daripadanya 120 riwayat dan Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light of the Full Moon”, dalam http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html).



Dalam hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah al-Musharrafah,karangan Maulana al-Imam al-Sayyid Muhammad Ja’far al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-Qahiran, tranpa tarikh) pada halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq bin Humam bin Nafi’ al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil daripada Musannaf ibn Abi Shaibah,disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab.Dan Jami’ ‘Abd al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab yang terkenal jami’ yang besar dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) dan empat imam hadith Dengan itu beliau menerima ‘Abd al-Razzaq dengan baik sebagai muhaddith..



Seterusnya, dalam kitab Al-Shifa karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah , terdapat kenyataan dari Ibn ‘Abbas rd. bahawa nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi Allah sebelum Ia menjadikan Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu sebagai malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s.Bila Adam dijadikan maka nur itu diletakkan pada sulbinya.Sabda nabi s.a.w.Kemudian Allah turunkan aku ke bumi dalam sulbi Adam , kemudian dijadikan aku dalam sulbi Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci, sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak terkena kekejian sedikitpun.Yang men jadi saksi tentang sahihnya kisah dan khabar ini ialah sya’ir al-‘Abbas yang masyhur yang memuji nabi s.a.w.(Kitab al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I, hal.83).





Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud :”dan mengetahui tentang gerak-geri engkau dalam kalangan mereka yang sujud”, kata ibn ‘Abbas rd maknanya “dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di zaman engkau dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa, I.halaman 15-16).



Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah adalah cahaya langit dan bumi , kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan bagi nurnya, ialah Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam.Maka mithalan bagi nurnya ialah Nur Muhammad s.a.w.Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi para anbia seperti ceruk cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu (al-misbah) adalah kalbunya, kaca (al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama bintang kerana apa yang ada padanya terdiri daripada iman dan hikmah kebijaksanaan , yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, iaitu daripada Nur Ibrahim ‘alaihis-salam; diumpamakan sebagai pokok yang diberkati; hampir-hampir minyaknya menyala iaitu hampiur-hampir nubuwwah nabi Muhammad itu …nyata kepada manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18).



Berhubungan dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366:



Daripada yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi s.a.w. dan apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu yang ajib-ajib , bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya memandang ke langit , dan ada yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu baginda dilahirkan ; (juga) apa yang dilihat oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As tentang bintang turun dan kemunculan nur sewaktu kelahiran baginda sehingga sehingga tidak terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-Shafa Umm ‘Abd al-rahman bin ‘Auf : Bila keluar Rasulullah s.a.w….baginda Rasulullah s.a.w. …ia mendengar suara ‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan cerah nyata bagiku antara Timur dan barat sehingga aku melihat istana-istana Rum” (ibid).



Dalam kitab al-Madkhal oleh ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan Nur Muhasmmad ini. Antaranya terdapat riwayat, iaitu:grin:inukilkan oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab ‘al-dalalat ‘ baginya , yang lafaznya ialah: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan makhluk yang paling dicintai olehNya yang lebih lagi daripada umat ini; dan tidak ada yang lebih mulia lagi daripada nabinya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi selepas daripadanya, kemudian siddiqin, kemudian para aulia yang terpilih.Dan (berkaitan dengan) demikian itu sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam sebelum daripada dijadikan Adam selama dua ribu tahun, dijadikanNya dalam bentuk tiang di hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada Allah dan mentakdiskanNya ; kemudian Ia menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-salam, daripada Nur Muhammad s.a.w. dan dijadikanNya nur para nabi ‘alaihimus-salatu wassalam daripada Nur Adam ‘alaihis-salam, habis. (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.28).



Seterusnya dalam al-Madkhal .II.29 terdapat riwayat:



Al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’ kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat , iaitu bila Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke bumi dan membawa dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan kegemilangannya dan nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan nur Muhammad itu bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di belakang Adam melihat nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian Adam memohon supaya nur itu diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya, maka Allah men jadikan Adam boleh melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha illa’llah’\ Muhammadun Rasulu’Llah dan sembahyang (dengan melihat kepada jari telunjuknya)…kemudian njur itu diletakkan di dahi Adam kelihatan seperti matahari dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa penuhnya (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.30)



Dalam kitab yang sama disebut bagaimana pertkara yang mula-mula dijadikan Allah ialah Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya.



Berhubungan dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab Hujjatu’Llah ‘alal-‘Alamin fi Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Katanya:



Maka tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’:wink: dan kelebihan (‘fadhilah’:wink: kepada seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia) melainkan dikurniakan kepada baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang sepertinya. Maka Adam ‘alaihis-salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia dijadikan Allah dengan TanganNya , maka Allah kurniakan pula kepada nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam pembukaan dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan melapangkan dadanya bagi DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah kebijaksanaan, dan ini akhlak nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya) dan kepada nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud kejadian Adam adalah penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita Muhammad s.a.w. adalah maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya, dan maksud mendahului wasilah.Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s. , kata Fakhr al-razi dalam tafsirnya ialah : para malaikat itu diperintah sujud kepada Adam kerana ada Nur Muhammad s.a.w. pada dahinya. (hal.15 ).



Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan nur baginda s.a.w. Antaranya ialah:



(Diriwayatkan kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla), Harun bin ‘Abbas al-hashimi meriwayatkan kepada kami, Jundul bin Waliq meriwayatkan kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa baginda bersabda: Allah mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa, berimanlah engkau kepada Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan baginda dari kalangan umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidakm menjadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan Neraka, Aku jadikan ‘Arasy atas air, kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya ‘la ilaha illa’llah Muhammadun Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih (kata al-Hakim) yan g tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim).(al-Mustadrak al-Hakim II.614-615).



Dari Maysarah al-Fakhr , katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? Jawabnya: walhal Adam masih antara roh dan jasad. (al-Mustadrak.II.608-609).Sahih riwayatnya.



Dari Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada baginda bila baginda menjadi nabi.Jawabnya (Sewaktu) Adam masih antara roh dan j asad.Hadith sahih. (al-Mustadrak.II.609.)



Dari Irbad bin Sariah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :Sesungguhnya aku di sisi Allah pada awal Kitab khatam sekelian anbiya, walhal Adam terbujur dalam jasadnya, aku akan memberitahu kepada kamu takwilan tentang itu, (aku) adalah do’a bapaku Ibrahim , berita gembira saudaraku ‘Isa kepada umatnya, dan aku pemandangan bondaku, yang ia lihat keluar daripadanya nur yang menjadikan terang baginya istana-istana di Syam. Sahih.(al-Mustadrak.II.600).



Berkenaan dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari beberapa Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada baginda: Beritaku kepada kami berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab:Aku doa bapaku Ibrahim, berita gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang aku akan diutus), dsan bondaku melihat sewaktu aku dilahirkan keluar daripadanya nur yang menerangi baginya Busra, dan Busra adalah di negeri Syam.Al-hakim menyatakan Khalid ibn Ma’dan dari kalangan tabi’in yang sebaik-baiknya yang bersahabat dengan Mu’adh bin Jabal.sahih pada al-Hakim.(al-Mustadrak.II.600).





Dalam kitab Jam’ al-Wasa’il fi Sharh al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan Mulla ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari rh (men.1014 H.) ada terdapat beberapa huraian , antaranya:



Tentang kenyataan dalam Shama’il Tirmidhi bahawa orang yang melihat nabi tanpa mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat hebat,maka Mulla ‘Ali al-Qari menghuraikan aspek kehebatan baginda itu katanya: kerana ada pada baginda sifat jalal dan atasnya ada kehebatan dari sisi Tuhan dan limpahan kurnia dari alam samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi al-haibah al-ilahiyyah wal-fuyud al-samawiyyah).(Jam’ al-wasa’il.hal.28).Dan dalam kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il bahawa baginda itu lebih cantik daripada bulan –ahsan minal-qamar- beliau memberikan huraian katanya :tentangnurnya zahir dalam ufuk-ufuk (alam zahir) dan alam anfus (diri manusia) dengan tambahan sifat-sifat kesempurnaan dalam bentuk rupa lahir dan ma’nawi , bahkan pada hakikatnya tiap-tiap nur dijadikan daripada nurnya (ma’a ziyadah al-kamalat al-suwariyyah wal-ma’nawiyyah, bal fil-haqiqah kullu nurin khuliqa min nurih); dan dikatakan dalam hubungan dengan ayat bermaksud:’Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan misalan bagi nurnya-iaitu nur Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.- yang sejati, pada zatnya, tidak terpisah daripadanya sesaatpun malam dan siang, walhal nur bagi bulan muktasab, dipinjam (daripada cahaya matahari) sekali berkurang dan sekali terselindung. (jam’ al-Wassa’il Sharah al-Shama’il.hal.47).



Dalam huraian Shaikh al-Munawi rh tentang baginda itu lebih cantik daripada bulan sebagaimana yang ternyata dalam kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan:itulah wajah baginda pada sisi tiap-tiap orang ; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan lainnya dari Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’:wink: ; dalam riwayat Abu Nu’aim dari Abu Bakr adalah wajah baginda itu seumpama pagar atau kandungan bulan (‘daratul-qamar’:wink: dan bagi riwayat Darimi dari al-Rabi’ binti al-Mu’awwidh katanya : Aku melihatnya aku mel,ihat mnatahari sedang naik memancar.Dalam riwayat ibn al-Mubarak dan ibn al-jauzi dari ibn ‘Abbas bahawa baginda tidak ada baying (‘lam yakun lahu zill’:wink:, dan baginda tidak berdiri dalam matahari melainkan cahaya b aginda mengatasi cahaya matahari., sebagaimana yang ada dalam Baijuri.(Sharah al-Muhaddith al-Shaikh al-Munawi pada Shama’il Tirmidhi,I. halaman 47).



Dalam huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud: seperti cahaya keluar antara celah-celah gigi baginda,katanya : tidak perlu kepada kata ‘seperti’ (‘ka’:wink: tambahan, seperti yang dilakukan oleh pensyarah (‘Shama’il’:wink: , bagaimana demikian, kerana itu (yang keluar di celah-celah gigi baginda)adalah nur hissi (atau cahaya lahiriah, bukan maknawi, abstrak), dan kata beliau kalau tidak hissi maka bagaimana digunakan ru’iya-dilihat.Ertinya ia bukan ma’nawi. (ibid.I.55-56).



Dalam hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari iaitu :menjadi cerah tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang hissi-atau cahaya lahiriah yang dipandang dengan mata—atau juga cahaya ma’nawi kerana dengan masuknya baginda maka ada cahaya hidayah yang am dan terangkat kerananya berbagai jenis kegelapan , dengan isyarah bahasa menunjukkan teramat sangat (al-mubalaghah) , yang tiap-tiap sesuatu dari alam ini mengambil cahaya dari Madinah pada hari itu.Ataupun pencerahan itu ialah kiasan bagi kesukaan yang amat sangat bagi para penduduk kota itu – serta dengan tidak mempedulikan (dalam suasana itu) kepada mereka yang berseteru (dengan baginda dan Islam).Beliau juga menyebut pendapat al-Tibbi yang memandang itu adalah cahaya secara hissi. (Mulla ‘Ali al-Qari, Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi, II.209).



Dalam syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-Shama’il Tirmidhi katanya :Yang asah ialah maksudnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk kota Madinah itu menjadi cerah dengan cahaya secara hakikatnya (bukan kiasan lagi) bukan tajrid (bukan secara abstrak lagi) , bagaimana tidak, walhal baginda itu zat dirinya pada keseluruhannya adalah cahaya (‘wa qad kanat dhatuhu kullaha nuran) maka Allah taala telah berfirman : Telah datang kepada kamu dari Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka baginda adalah cahaya yang menjadikan cerah bagi sekelian alam, dan baginda adalah lampu yang cerah mengeluarkan cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il Tirmidhi, di tepi syharah Mulla ‘Ali al-Qari, II.55).



Dalam al-Mawahib al-Laduniyyah –Hashiyah Shama’il al-Tirmidhi karangan Shaikh Ibrahim al-Bajuri (men.1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang mencerahkan. Dalam hubungan dengan potongan yang bermaksud:iaitu orang yang melihat baginda secara badihah (belum mengenalinya ) akan merasa hebat dengannya-iaitu melihat baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat tinggik dan hal dirinya yang teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada padanya sifat jalal atau kehebatan dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah) dan apa yang ada padanya dari kehebatan dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi minal-haibah al-ilahiyyah).



Kemudian beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim:Perbezaan antara kehebatan dan takabur (pada seseirang insan) ialah :kehebatan itu adalah kesan daripada beberapa kesan yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana merasa kehebatan Allah (bi ‘azamati al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa Ketinggian HebatNya (wa ijlaliHi); maka bila hati seseorang penuh dengan yang demikian bertempatlah padanya nur, turunlah atasnya rasa ketenangan dan kebeningan (al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya selendang kehebatan ; maka (dengan yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya nur, kalau ia diam, maka ada atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila ia berkata-kata

Ia menarik hati manusia dan pandangan mereka.Adapun sikap takabur itu adalah kesan daripada sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu , daripada kejahilan, kezaliman, dan ujub atau heran kepada diri sendiri.Maka bila kalbu dipenuhi dengan yang demikian, terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan turunlah ke atasnya kegelapan zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara manusia dengan bongkak, mu’amalahnya dengan mereka secara takabur , tidak memulakan memb eri salam (kepada orang lain)…(dalam al-mawahib al-laduniyyah –hashiyah al-Shaikh Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il al-Muhammadiyyah lit-Tirmidhi-hal.16).



Dalam kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-shama’il yang bermaksud: Adalah baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam bercahaya-cahaya wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama –lalatul-badr-iaitu malam kesempurnaannya, kerana nabi s.a.w. menghapuskan kegelapan kufur sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan sesungguhnya datang riuwayat (juga) misalan baginda seumpama matahari dengan memandang kepada matahari itu lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan cahayanya , dan pencerahan dengan cahayanya itu ada juga datang misalan baginda seumpama kedua-duanya (matahari dan juga bulan) dengan memandang kepada keadaan nabi s.a.w. menghimpunkan dalam dirinya tiap-tiap segi kesempurnaan , dan misal umpama itu adalah sekadar untuk mendekatkaqn kepada faham, kalau tidak tidak ada apa-apa yang menyamai baginda dalam gambaran sifat-sifatnya.



Dalam teks yang sama (hal.24) dalam hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w. pada malam bulan penuh purnama ---aku melihat kepada baginda dan kepada bulan padaku baginda lebih cantik daripada bulan.(ahsan minal-qamar), kata al-Baijuri:

Yang demikian itu adalah pada tiap-tiap orang yang melihat baginda sa.aw.Hanyasanya bagimnda itu lebih cantik kerana nurnya mengatasi nur bulan (li’anna dau’ahu yaghlibu ‘ala dau’I al-qamar) , bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa ‘ala dauy’i al-shamsi); bahkan dalam satu riwayat ibn Mubarak dan ibn al-Jauzi baginda itu tidak ada baying, dan bila baginda berdiri dalam sinaran cahaya matahari maka cahayanya mengatasi cahaya matahari, dan bila ia berdiri dalam cahaya lampu maka cahayanya mengatasi cahaya lampu itu. (ghalaba dau’uhu ‘ala dau’i al-siraj).



Dan berkenaan dengan cahaya yang keluar dicelah-celah gigi nabi s.a.w. al-Baijuri menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya itu merujuk kepada melihat. (ibid.hal.27).



Dan dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah cerah dengan cahaya dengan kedatangan nabi s.a.w. beliau memahaminya cahaya yang hissi selain daripada yang ma’nawinya. (ibid. hal.196).





Dalam hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan dengan Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang mengenanya dan yang tidak mengenannya ialah seperti berikut:







حَدَّثَنَا ‏ ‏الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ ‏ ‏قَال سَمِعْتُ ‏ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو ‏ ‏يَقُولُ ‏
‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ خَلَقَ خَلْقَهُ فِي ظُلْمَةٍ

فَأَلْقَى عَلَيْهِمْ مِنْ نُورِهِ فَمَنْ أَصَابَهُ مِنْ ذَلِكَ النُّورِ اهْتَدَى وَمَنْ أَخْطَأَهُ ضَلَّ فَلِذَلِكَ أَقُولُ جَفَّ الْقَلَمُ عَلَى عِلْمِ اللَّهِ ‏
‏قَالَ ‏ ‏أَبُو عِيسَى ‏ ‏هَذَا ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ



Diriwayatkan kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash meriwayatkan kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin al-Dailami, katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata:Aku mendengar Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla menjadikan sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia melemparkan ke atas mereka daripada NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada Nur itu dia mendapat hidayat dan sesiapa yang tidak terkena Nur itu atasnya ia tersesat.Dengan itu maka aku berkata: Qalam sudah kering atas Ilmu Allah.Kata Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith hasan.

(http://www.hadith.al-islam.com/Display/Display-asp?Doc=2&ID=41787&SearchText…:wink:







Hadith ini ialah berkenaan dengan takdir Ilahi tentang taraf-taraf makhluk mendapat cahaya-nur- dari Tuhan dalam kehidupannya dan agamanya.Dengan ini maka boleh difahamkan bahawa hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat cahayanya, dan Nabi s.a.w. adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat bahagian cahaya itu, dan ia melebihi orang lain dengan sifatnya sebagai cahaya- termasuklah melebihi walaupun malaikat yang terjadi daripada cahaya.Maka Nabi s.a.w. adalah makhluk pertama yang mendapat cahaya itu melebihi para malaikat dan lainnya.

‏ ‏



Dalam kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah karangan Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh beliau beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad.Antaranya ialah seperti berikut:



Maksud yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…:wink: :Ketahuilah bahawa bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makklukNya maka Ia menzahirkan H akikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Q!udrat dan IradatNya-uem) kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam semuanya, alam tingginya dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan kenabian baginda walhal Adam belum ada lagi, melainkan sebagaimana yang disabdakan oleh baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam-(ia adalah) antara roh dan jasad (yakni belum ada lagi) , kemudian terpancarlah daripada baginda (yaitu nurnya itu-uem) para arwah , maka ia adalah dari jenis yan g tinggi mengatasi semua jenis, dan ia adalah bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian yang wujud (al-ab al-akbar li-jami’ al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan Nama yang Batin pada haknya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam( bagi berpindah) kepada wujud jasadnya dan pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada Nama yang Zahir, maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan (dirinya dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka (makna yang sedemikian itu boleh terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim, bahawasanya baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir sekelian makhluk (maqadir al-khalq) sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun (melambangkan masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh ditentukan oleh manusia-uem) dan ‘ArasyNya berada di atas air.Dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub (demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam hubungan dengan hakikat yang sedemikian itulah ada riwayat-uem) dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya aku di Sisi Allah adalah khatam sekelian para nabi walhal Adam masih terbujur dalam jasadnya, terbujur jasaadnya, belum tertiup roh padanya.Dan (ada riwayat hadith) dari Maisarah al-Dabbi katanya: Aku bertanya kepada baginda :Wahai Rasulullah, bilakah tuanhamba men jadi nabi? Jawabnya: Sewaktu Adam masih antara roh dan jasad.(hal.9)



Dalam Sahih Muslim dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya Allah azza wa jalla memaktubkan takdir sekelian makhluk sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahundan ‘ArasyNya berada di atas air, dan termasuk ke dalam jum;lah yang termaktub dalam Ibu Kitab ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam sekelian anbia.( ibid.hal.9).



Dan dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam: sabdanya: Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah khatam anbiya’ walhal Adam terbujur dalam jasadnya iaitu terbujur sebelum ditiupkan roh padanya. (ibid.hal.9-10).







Hadith-hadith yang menunjukkan kedudukan hakiki dan kelebihan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam juga dibicarakan oleh al-Imam Suyuti (men.911 Hijrah) dalam kitabnya al-Hawi lil-Fatawi , (Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Nbeirut., 1421/2000 ) dalam jilid 2 hal.136 dan seterusnya. Beliau menulis antaranya:



Hadith dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab, Anas, Jabir, ibn ‘Abbas, ibn ‘Umar, Abi Darda’, Abu Hurairan dan lainnya (meriwayatkan) bahawa nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam memberitahu yang baginda itu btertulis (namanya) atas ‘Arasy dan tiap-tiapo langit, dan tiap-tiap pintu Syurga, atas daun-daun Syurga: ‘la ilaha illa’Llah Muhammadun Rasulullah’ Dan tidak termaktub yang demikian itu dalam alam malakut melainkan atas daripada nama-nama anbia lainnya [dan itu tidak lain] melainkan un tuk para malaikat menyaksikannya dan [untuk mereka mengetahui] hal keadaan baginda diutus kepada mereka[ juga selain daripada diutus kepada manusia].



Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan riwayat daripada Ka’b al-Ahbar bahawa Adammemberi wasiat kepada anaknya Syith katanya: Tiap-tiap kali kamu berzikir menyebut nama Allah maka sebutkan juga dengannya nama Muhammad ; sesungguhnya aku melihat nama baginda itu termaktub atas tiang ‘Arasy walhal aku di antara ruh dan jasad, kemudian aku mengerling lihat lalu aku dapati tidak ada mana-mana tempat di langit melainkan tertulis padanya nama Muhammad.Dan aku tidak melihat dalam Syurga sebuah istana dan bilik melainkan tertulis padanya nama Muhammad, dan aku melihat namanya tertulis atas leher idadari… (hal 136-137 al-Hawi).



Imam al-Suyuti seterusnya menyatakan seperti berikut:



Dan al-Subki menyatakan dalam kitab karangannya bahawa baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam diutus kepada sekelian anbia –Adam dan nabi-nabi kemudiannya , bahawa baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi bagi mereka dan Rasul atas mereka semuanya, dan boleh diambil dalil tentang yang demikian itu daripada hadith nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ‘Aku sudah nabi walhal Adam [masih] antara ruh dan jasad’ dan h aditnyya ‘Aku dibangkitkan kepada umat manusia seluruhnya’ (bu’ithtu ilan-nas kaffatan’:wink:.Katanya [yakni kata al-Subki]:grin:an kerana ini Allah mengambil janji atas semua nabi-nabi untuk nabi Muhammad, seperti dalam firman Allah: {bermaksud] ‘Dan Allah mengambil perjanjian …adakah kamu berikrar dan mengambil sebagai perjanjian denganKu , mereka berkata kami berikrar, firmanNya Saksikanlah, Aku bersama kamu sebagai saksi’ [Ali ‘Imran.81][Kata Imam al-Suyuti]:grin:ikeluarkan hadith oleh ibn Abi Hatim dari al-Suddi tentang ayat itu, katanya: Tidak dibangkit seseorang nabi mulai dari Adam melainkan Allah mengambil janjinya supaya ia benar-benar beriman dengan Muhammad .Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas , katanya: Terus-menerus Allah mengutamakan dan mendahulukan nabiu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sampai kepada Adam dan nabi-nabi selepas daripadanya …(ibid.II.137)



Dan al-Hakim mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas katanya: Allah mewahyukan kepada ‘Isa :Berimanlah engkau den gan Muhammad dan suruhlah sesiapa yang bertemu dengan baginda itu dari umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Adam, Syurga, dan Neraka.



Kata al-Subki:Kita tahu melalui khabar [hadith] yang sahih hasilnya kesempurnaan –sebelum Adam dijadikan lagi- bagi nabi kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dari sisi Tuhannya, dan Tuhan telah kurniakan kmepada baginda itu nubuwwah dari waktu itu lagi[waktu Adam pun belum ada] , kemudian Allah mengambil dari para nabi iktu janji unbtuk beriman dengan Muhammad, untuk memberitahu kepada mereka bahawa bagfinda itu terdahulu dean terkedepan daripada mereka, dan baginda itu nabi dan rasul bagi mereka, dan pada makna mengambil janji itu ada makna istikhlaf [yakni para nabi lain itu bertindak atas nama Muhammad] , kerana itu masuklah di dalamnya [dalam kata-kata tentangnya] lam al-qasam dalam ‘latu’minunna bihi’ dan ‘wa latansurunnahu’ [maknanya kamu benasr-benar beriman dengannya dan kamu benar-benar menolongnya bila sampai masanya].(ibid.II.137)



Kemudian Im am al-Suyutoi seterusnya menyebut tentang kelebihan nabi s.a.w. diambil janji untuknya, bagaimana nabi-nabi lain menjadi makmum sembahyang di belakaqngnya pada malam Isra’ Mi’raj, kemudian bagaimana nabi ada dua wazir di langit Jibril dan Mika’il, dan di bumi dua, iaitu Abu bakar dan ‘Umar, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh ibn al-Mundhir, ibn Abi Hatim, al-tabarani, ibn Marduyah, dan Abu Nu’aim dalam ‘al-Dala’il’.











Pada tahap ini penulis ingin menukilkan catatan Dr GF Haddad dalam artikelnya “The Light of Muhammad” dalam http://www.abc.se/~m9783/nurn_e.html dan dalam artikelnya “The First Thing that Allah created was my nur” dalam http://www.abc.sel/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html;



Antara para ulama yang disebut oleh beliau yang membicarakan soal Nur Muhammad ialah Qadi ‘Iyad yang terkenal dengan kitab al-Shifanya,

Imam al-Suyuti dalam Tafsir Jalalainnya

Firuzabadi dalam Tanwir al-Miqbasnya atau tafsir ibn ‘Abbasnya

Imam Fakhru’d-Din al-Razi , mujaddid abad ke 6 Hijrah, dengan Tafsir al-Kabirnya

Qadi al-Baidawi dengan Tafsir al-Baidawinya

Al-Baghwi dengan Ma’alim al-Tanzilnya

Pengarang tafsir Abi Su’ud dengan huraiannya

Al-Tabari dengan Tafsir at-tabarinya

Pengarang Tafsir al-Khazin dengan huraiannyaAl-Nasafi dengan Tafsir al-Madariknya

Al-Sawi dengan syarahnya atas al-jalalain

Al-Alusi dengan Ruh al-ma’aninya

Ismail Haqqi dengan syarahnya atas Tafsir Ruh al-Ma’ani

Al-Qari dengan Sharah al-Shifanya

Suyuti dengan al-Riyad al-Aniqanya

Ibn Kathir dengan Tafsirnya

Qadi ‘Iyad dengan al-Shifanya

Al-Nisaburi dengan tafsirnya Ghara’ib al-Qur’an

Al-Zarqani dengan Sharah al-mawahib al-laduniyyahnya

Ibn Hajar dengan al-Isabahnya

Tirmidhi dengan Sunannya

Baihaqi dengan Daala’il al-Nubuwwahnya

Ibn hajar haitami dengan D ala’il al-Nubuwwahnya

Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dengan kitab hadith mereka masing-masing yang memberi gambaran tentang nabi s.a.w.

Al-Hakim dengan al-Mustadraknya

Ibn Kathir dengan Tafsirnya dan Maulid Rasul Allahnya

Ibn Ishaq dengan SirahnyaDhahabio dengan Mizan al-I’tidalnya

Al-Tabari dengan al-Riyad al-Nadiranya

Al-Shahrastani dengan al-Milal wan-Nihalnya

‘Abd al-Haq al-Dihlawi dengan Madarij al-Nubuwwahnya (dalam Bahasa Parsi)

“Abd al-Hayy al-Lucknowi dengan al-Athar al-marfu’ fi al-akhbar al-maudu’anya

‘Abd al-Razzaq dengan Musnadnya

‘Abidin (Ahmad al-Shami) men.1320 H. dengan klomentarnya atas syair ibvn Hajar al-Haitami al-Ni’;matul-Kubra ‘alal-‘Alamin



Al-‘Ajluni (Isma’il bin Muhammad, men.1162) dengan Kashf al-Khafa’nya

Bakri (Sayyoid Abu al-hasan Ahmad ibn ‘Abd Allah men.abad ke3 H) dengan al-Anwar fi Maulid al-Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallamnya

Diyarbakri (Husain bin Muhammad, meninggal 966 H.) yang memulakan kitabnya Tarikh al-Khamis fi Ahwal Anfasi Nafisa dengan kata-kata Segala puji-pujian tertentu b agi Allah yang menjadikan cahaya nabiNya sebelum daripada segala sesuatu…”

Fasi (Muhammad ibn Ahmad men.1052 H.) dengan kitabnya Matali’ al-Masarrat



Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani men.561 H. dengan kitabnya Sirr al-Asrar fi Ma Yuhtahu ilaihi al-Abrar (hal.12-14 edisi Lahore) yang menyatakan : Ia memberi dalil bahawa baginda adalah punca bagi segala sesuatu yang maujud , dan Allah Maha Mengetahui.



Haqqi (Ismail , men.1137) menukil hadith itu dalam tafsirnya Ruh al-Bayan



Ibn Hajar al-Haitami (men.974 H>) dengan Fatawa Hadithiyyahnya

Syaikh Ismail al-Dihlawi (men.1246 H>) dengan risalahnya Yek Rauzah di mana beliau menyatakan :Sebagaim ana yang diisyaratkan oleh riwayat : perkara yang awal dijadikan Allah adalah nurku.



Sulaiman al-Jamal (men.1204 H) yang menukil hadith tentang nur Muhammad awal-awal dijadikan Allah, dalam syarahnya ke atas al-Busiri berjudul al-Futuhat al-Ahmadiyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah.



‘Abd al-Qadir al-Jili dengan Namus al-A’zam wa al.-Qamus al-Aqdam fi Ma’rifat Qadar al-Bani sallka’lahu ‘alaihi wa sallam menyebut hadith nur Muhammad.



Kharputi (‘Umar bin Ahmad, men.1299) dalam syarahnya terhadap al-Busiri menyebutnya.



Maliki al-Hasani (Muhammad ibn ‘Alawi ) menyebutnya dalam syarahnya terhadap kitab al-Qari Hasyiyah Al-Maurid al-Rawi fi Maulid al-Nabi.Pada halaman 40 beliau menyatakan “Sanad Jabir adalah sahih tanpa pertikaian, tetapi ulama bnerbeza pendapat tentang teksnya kerana khususiahnya,.Baihaqi juga meriwayatkan hadith itu dengan beberapa kelainan.”



Ini antara teks-teks yang disebut oleh beliau dalam tulisannya.



Kesimpulan:



Daripada pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat.Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan.Bahkan nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah atau alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh dipandang dengan mata.Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini.Namun kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith berkenaan dengan Isra’ dan Mi’raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam Tafsirnya berkenaan dengan ayat awal Surah bani Isra’il.



Nampaknya tidak timbul keperluan untuk sesiapa terlintas pada mindanya dan terfikir bahawa ulama tafsir, hadith, sirah, syama’il dan lainnya yang berbicara berkenaan dengan nabi meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit dalam sejarah berlaku “peminjaman” idea ini dalam ulama kita, kecuali ada penyelidikan kemudian yang mengikuti kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu kita.Nampaknya ia timbul daripada sumber Ahlis-Sunnah sendiri.Ini jelas sampai para nabi dan rasul membuat perjan jian dengan Tuhan untuk beriman kepadanya dan membantunya bila ia zahir dalam sejarah perjuangannya.Riwayat tentangnya berada dalam generasi-generasi anbia dalam sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang berotoritas dalam ilmunya. Dalam umat ini.



Kalau terlintas diminda bahawa ini adalah tidak menasabah pada akal, maka banyak perkara yang boleh dikatakan tidak menasabah pada akal yang berfikir secara ‘biasa’, misalnya teori quantum tentang dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak “pejal’ bahkan ia samaada bersifat sebagai gelombang atau zarrah yang tidak menentu sifatnya, samaada gelombang atau zarrah. Yang kelihatan pejal, keras pada pandangan mata, pada neraca teori quantum adalah tidak demikian. Kalau mengikut fikiran secara ‘biasa” e=mc2 adalah tidak menasabah; tetapi pada ahlinya ia bukan sahaja ‘menasabah’ tetapi ada kebenarannya yang sangat nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar ke dalam rahim, kemudian selepas sembiulan bulan lebih kurang ia menjadi manusia kecil yang bergerak, hidup, demikian seterusnya, kemudian berkata-kata dalam beberapa bulan.Orang boleh berkata sekarang : itu memang demikian. Ya, memang demikian yang berlaku dalam sunnah Tuhan.Demikian pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan dalam hubungan dengan kejadian alam daripada nur Nabi kita s.a.w.



Kalau terlintas pada minda tentang hal yang demikian berlawanan dengan kejadian manusia, dan nabi juga, daripada tanah, maka perspektifnya ialah: pada hakikatnya tanah itupun asalnya daripada ‘nur’, yang kemudian dimanifestasikan dalam bentuk tanah dan lainnya.Tetapi asalnya daripada zat-sebelum-benda yang satu itu, nur itu, sebagaimana yang dihuraikan oleh kosmologi ulama Sunni kita.Allah memberi rahmat kepada mereka.



Dengan itu ‘nur’ nabi itu bukan sahaja maknawi, secara bahasa misalan, tetapi memang hakikatnya ia nur, yang melintasi sekelian nur, sehingga ia makhluk yang berupa nur yang daripadanya dijadikan nur-nur yang lain dan zat-zat yang lain.



Kalau sekarang mereka berbicara tentang alam dari segi electron, proton, neutron, ‘quarks’, ‘photon’ dan apa lagi, maka pada kita, sekalin daripada itu sedmua, dasar segalanya adalah asalnya ‘nur’ nabi kita.Yang lain-lain itu, bila b enar poada pengamatan ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima.



Kalau terlintas untuk minda sesiapa membuat tanggapan bahawa ini pantheisma, ini juga tidak timbul, sebab pantheism adalah falsafah Barat yang baharu timbul dalam abad ke IX yang memaksudkan serba-Tuhan, semuanya juzuk-juzuk daripada Tuhan, walhal ini bukan demikian.Yang diajarkan ialah bahawa Tuhan menjadikan nur baginda sebagai makhluk terawal, yang menjadi punca segalanya kemudian baginda muncul dengan jasadnya dan rohnya bila tiba gilirannya di akhir zaman.



Inilah antara yan g terlintas pada penulis yang kurang pengetahuan ini untuk menukilkan riwayat-riwayat dari punca-punca para ulama yang muktabar dalam umat ini untuk kefahaman dan pegangan bersama.Mudsah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan barakah dariNya.Amin ya Rabbal-‘alamin.Wallahu’a’lam.



[ Posting ini telah di edit oleh: SystemOfAdown pada 2005-04-16 00:54 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 14-04-05 16:21


[quote]
On 2005-04-14 16:00, SystemOfAdown wrote:

NUR MUHAMMAD
ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH oleh alkausar
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller, Ismail Dhul-Qarnayn dan Prof. Dr. Abdul Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.)
[/qoute]

Abdul Hadi Palazi cam pernah dgr jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 17:19


Kritikan Terhadap Konsep Nur Muhammad

Nur Muhamad

7. Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Dari segi istilah ialah ciptaan Allah yang pertama, sebelum Dia mencipta makhlukNya yang lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah, pada asal kewujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w. Istilah yang lain dipakai juga oleh penggemarnya iaitu al-Aql al-Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-lain. Kaitannya dengan Martabat Tujuh, ia terletak di martabat kedua. Pemikiran ini tidak ada dalam al-Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya. Bagi syiah, menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah. Manakala kaum Sufi untuk meluluskan Konsep al-Wilayah atau Kewalian, yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah. Orang Islam yang awal membincangkan Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Ini disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam dan al-Insan al-Kamil fi Ma’arifah al-awa’il wa al-Awakhir.


Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk yang hidup dan sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan kata lain Nur Muhamad ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi Muhamad s.a.w. dan sejak wujud Martabat al-Wilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi. Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur Muhamad yang merupakan induk kepada segala yang wujud ini. (lihat Muhamad Ali al-Junid, Nazdariyyah, al-Imamah, al-Imamah, hal. 12 dan bandingkan dengan artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor (UM) “Nur Muhamad: Satu Pencemaran Terhadap Akidah” (Utusan Zaman – 9 Jun 1996). Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan hadis bagi meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli Sunnah Wal Jamaah, asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w. adalah jelas seperti dinyatakan dalam ayat 110, surah al-Kahfi, yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.”

Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum. Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka kasyaf, kadang-kadang dikatakan diambil terus dari Allah atau Rasulullah.

Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak lebih daripada lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyariah, Maturidiah dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul Wujud). Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuati itu (halaman 22).” Hadis ini adalah hadis mauduk ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).


Petikan artikel Mengenal Ajaran Sesat Di Malaysia, JAKIM. http://www.islam.gov.my/ppi/ajaransesat.html



Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 14-04-05 22:19


Quote:

Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuati itu (halaman 22).”



nak baca kitab Syaikh Muhammad Nafis Idris al Banjari tu kenalah ada orang tunjuk ajar... ada kuar versi melayu moden tp dah diolah dan ada isi di buang oleh penyusun kerana sukar di fahami. Versi asal dlm jawi yg moden rumi pun ada..."Mutiara Yang Indah"

Hadith tersebut dimuatkan dlm bab Hakikat Ilmu Tanazull. Kalau tak silap al Hafiz Imam as Suyuti mendhaifkan hadith tersebut dr segi matan dan sanad.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 23:32




Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 15-04-05 00:54




-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-05 16:43


Martyr, mane nak dapatkan kitab-kitab bahasa Melayu ulama' Nusantara macam awak sebut tu? Bahasa Arab aku kantoi. Kat Pustaka Indonesia ade ke? Ataupun cemane nak dapatkan buku-buku keluaran Pustaka Antara?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 16:53



erm..
Martyr,dengan sape bleh belajr?

Maaf baru belajar ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 17:01


Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuati itu (halaman 22).”

Hadis ini adalah hadis MAUDHU' ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).

Orang Islam yang awal membincangkan Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Ini disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam dan al-Insan al-Kamil fi Ma’arifah al-awa’il wa al-Awakhir.

Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk yang hidup dan sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan kata lain Nur Muhamad ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi Muhamad s.a.w. dan sejak wujud Martabat al-Wilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi. Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur Muhamad yang merupakan induk kepada segala yang wujud ini. (lihat Muhamad Ali al-Junid, Nazdariyyah, al-Imamah, al-Imamah, hal. 12 dan bandingkan dengan artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor (UM) “Nur Muhamad: Satu Pencemaran Terhadap Akidah” (Utusan Zaman – 9 Jun 1996).

Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan hadis bagi meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli Sunnah Wal Jamaah, asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w. adalah jelas seperti dinyatakan dalam ayat 110, surah al-Kahfi, yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.”

Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum. Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka kasyaf, kadang-kadang dikatakan diambil terus dari Allah atau Rasulullah.



Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak lebih daripada lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyariah, Maturidiah dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul Wujud). Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuati itu (halaman 22).” Hadis ini adalah hadis mauduk ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 22-04-05 17:30


WRT

Dalam hal ini, ulama-ulama tidak akan tersilap dalam memberikan hujah persoalan usul, bahkan sepakat, tapi ulama berselisih dalam membahaskan hal furu' sepertimana berlaku di dalam hal Nur Muhammad SAW ini.

Hal ini telah diterangkan di dalam kitab dan sidang forum boleh rujuk kitab tersebut iaitu:

الكتاب: الصريح البيان في الرد من خالف القران، جلد 1
المؤلف: المحدث الشيخ عبد الله الهرري
الصفحة: 230 - 232

المتن الكتاب:

" من جملة ألفاظه ما نقله سليمان الجمل في شرحه على الشمائل عن سعد الدين التفتازاني في شرح بردة المديح عند قوله:

وكل ءاى أتى الرسل الكرام بها
فإنما اتصلت من نوره بهم

نص دليل نور محمد من الحديث فى الكتاب بلغة السالك لأقرب المسالك للصاوى (2/537) ومن العجلوني

قال الشيخ عبد الله الهرري: إن الأفضلية ليست الأسبقية في الوجود بل الأفضلية بتفضيل الله، فالله تعالى يفضل ما شاء من خلقه على ما شاء فالله تعالى جعل سيدنا محمدا أفضل خلقه على الاطلاق وأكثرهم بركة.

Sidang forum juga boleh rujuk kitab: Fatawa oleh Sheikh Atiqah Saqar jilid pertama, untuk perbahasan Awal makluk yang dicipta, dan juga disebut hal Nur Muhammad SAW.

Jadi bagaimana?

waAllahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 19:22




Buat UmmiMq yang disayangi, ana cadangkan bacalah apa yang dipostkan pada posting yang awal dan kedua. Syeikh Nuh Ha Mim Keller merupakan seorang ulamak tersohor di zaman ini, manakala Dr Utsman El-Muhammady merupakan pemenang tokoh ma'al hijrah tahun ni.

Posting2 tersebut jelas menjawab kekeliruan yang ditimbulkan dalam posting ummi tersebut. Seolah-olah dijawab sebelum ditanya lagi. Sebenarnya perkara ini menjadi perseisihan, dan tak perlu diperbesarkan. tetapi jangan pula menyesatkan orang, sama ada percaya atau tak kepada perkara ini, kerana ia bukanlah perkara asas dalam usuluddin. Insaflah kita.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 12:20


--- In [email protected], Ashhabul_Kahfi
wrote:
> Asalamualaikum wrt,
>
> Tuan s2s, boleh ana tanya apa maksud tuan tentang :
>
> "Jika keliru dgn nur muhammad, kembalilah kepada kami."
>
> Apakah bermaksud salafi di zaman ini menolak nur muhammad kerana
tidak
> wujud nur muhammad ini baik didalam alquran maupun hadis?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply//wsm

Maksudnya jika ada sesiapa yg ingin mendapat fatwa2 mengenai Nur
Muhammadi, maka silalah bertanyakan kepada kami. salafi tidak
menolak nur muhammad secara lughawi (bahasa) tapi menolak takweelan
nur muhammad oleh aliran batiniyah (alHallaj dan ibn arabi)
Nur muhammad secara bahasa ialah sunnah nabawi. manakala nur Ilahi
ialah alQur:an.

>
> "Ini kerana Nabi SAW menunjukkan pattern variasi. Ada ketika
baginda
> membaca satu surah
> untukdua raka'at dan ada ketika baginda membaca 2 surah untuk satu
> raka'at. Lazimnya, satu surah untuk satu raka'at"
>
> Bagaimana jika sentiasa / istiqomah membaca satu surah untuk satu
rakaat
> jer dan tak pernah buat cara yang lain, apakah dikira bidaah juga.
Atau
> kalau yg lazim nabi saw buat maka tak apa dilakukan sokmo tapi
kalau tak
> lazim maka tak leh buat secara berterusan. (maaf kerna cuba
memahami
> maksud yg cuba tuan sampaikan)
~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

janganlah bersifat seperti Bani Israil, terlalu banyak tanya, maka
semakin mereka bertanya, maka semakin mereka teruk didera oleh
Allah, hatta dalam isu menyembelih lembu pun mereka hampir2 gagal
mencari lembu itu kerana terlalu banyak songel dan tanya. Bacaan
surah selepas alFatihah tidak ada yg bid'ah jika solat sendirian,
jika menjadi Imam mesjid, maka ada fiqihnya yg tersendiri. jika kita
solat sendirian, bacalah sebanyak mana pun, hatta khatam alQur:an
dalam solat pun ada salaf yg buat.

sekian

s2s


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 16:04




jenuh membaca nih..
alhamdulillah tambah sket ilmu,..
syukran

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 03-05-05 02:44


Quote:

On 2005-04-15 16:43, SystemOfAdown wrote:
Martyr, mane nak dapatkan kitab-kitab bahasa Melayu ulama' Nusantara macam awak sebut tu? Bahasa Arab aku kantoi. Kat Pustaka Indonesia ade ke? Ataupun cemane nak dapatkan buku-buku keluaran Pustaka Antara?


di pustaka mukim ada tak silap... kalau ke pustaka indonesia ada tp ntah ada simpan ke idak..
pustaka mukmin di jalan TAR.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 00:46


Ok, Terime kasih Martyr. Nanti aku nak mengaji kitab ni kat kau le.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 07-05-05 01:45


Quote:

On 2005-05-07 00:46, SystemOfAdown wrote:
Ok, Terime kasih Martyr. Nanti aku nak mengaji kitab ni kat kau le.


hehehe jangan jangan.... jangan ngaji ngan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

walllessmeem
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9000
Posting: 35

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-05-05 03:43


hm

Bookmark and Share

    


  Member Information For walllessmeemProfil   Hantar PM kepada walllessmeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12826 saat. Lajunya....