Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
sadiqah: 60 hari yang lalu
owl_UM: 63 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Inul sedia bergelek 1 Mei...HAHA BODOHNYA ...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Inul sedia bergelek 1 Mei...HAHA BODOHNYA ...

Please Mendaftar To Post


Oleh Inul sedia bergelek 1 Mei...HAHA BODOHNYA ...

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 13-04-05 22:23




APE NAK JADI NI...INGATKAN D HARAMKAN MASUK MALAYSIA..RUPA2NYA LAIN YG JADI..D LULUSKAN LAGI LAK..APE LAGI PAKCIK2 MAKCIK..DATUK2 AND NENEK2 MAI LA AJAK2 ANAK CUCU P TGK GELEKKAN MAUT SI INUL TU...LEPAS TU JANGAN LUPA BAWAKAN SEJADAH SEKALI..YER...
bila maksiat bermaharajalela..maka tunggulah azab tuhanmu..


mari tgk temu bual dengan artis pencetus maksiat ni...jom2....

Oleh Hanisah Selamat


GOYANG gerudi milik Inul Daratista bakal menjadi santapan ribuan peminat dangdut di Malaysia apabila beliau akan mengadakan konsert sulungnya di Stadium Merdeka, 1 Mei ini. Biarpun beliau pencetus kontroversi paling panas di Indonesia, namun ketibaannya di Malaysia seolah-olah ingin memadamkan semua kisah ‘sumbang’ mengenai dirinya. Inul mahu tiba di Kuala Lumpur dengan imej bersih dan hanya menumpukan pada lagu dan persembahan sederhana. Ikuti temubual telefon wartawan Persada Seni, HANISAH SELAMAT bersamanya, baru-baru ini.



Persada Seni (PS): Hai, apa khabar Inul sekarang?

Inul: Baik-baik saja... bagaimana dengan teman wartawan di sana? Minta maaf kerana tidak dapat bersama kerana saya punya komitmen lain di Semerang, Jawa Barat. Saya sendiri sebenarnya tidak sabar menemui peminat di sana.

PS: Menyentuh mengenai persembahan di Kuala Lumpur nanti, bagaimana konsep yang akan dibawakan?

Inul: Saya akan membawakan rangkaian lagu daripada album terdahulu. Sudah tentu lagu dangdut yang popular. Mungkin saya juga akan menyampaikan lagu daripada album ketujuh yang kini dalam proses penerbitan.

PS: Apakah Inul akan melakukan gelek gerudi yang menjadi tarikan utama kepada peminat?

Inul: Apabila dikhabarkan konsert di Malaysia mendapat kelulusan kerajaan, saya amat bersyukur. Sama ada saya gelek atau tidak, ia bergantung kepada permintaan. Jika ramai yang meminta saya bergoyang sudah pasti saya memenuhi kehendak penonton. Apapun, saya akan memenuhi syarat yang ditetapkan dan menghormati garis panduan yang diberikan. Kalau perlu memakai baju kurung, saya akan pakai...(tertawa).

PS: Sudah bertahun-tahun Inul melakukan gelek gerudi yang sukar dilakukan penyanyi lain, tidakkah Inul berasa sakit belakang?

Inul: (Ketawa) Aduh, sukar benar soalan ini. Sememangnya goyang ini nampak susah tetapi apabila sudah biasa melakukannya, ia sebenarnya mudah. Syukur, selama ini saya tidak pernah mengalami sakit belakang, mungkin sedikit keletihan. Itu perkara biasa, penghibur lain juga capek (penat) sebaik saja selesai adakan persembahan.

PS: Boleh ceritakan perkembangan terbaru sekarang?

Inul: Buat masa kini saya giat mengatur latihan untuk konsert. Dalam tempoh sebulan ini kami perlu giatkan usaha untuk menonjolkan hasil yang bagus. Selain latihan, saya masih memenuhi tawaran untuk komersial khususnya produk kosmetik. Pada masa sama, saya perlu menyudahkan proses penerbitan album baru. Walaupun meletihkan, saya mendapat sokongan ramai pihak. Sebelum ini saya turut menjayakan filem Gara-Gara Inul.

PS: Berbalik pada kontroversi yang pernah anda cetuskan hingga menerima reaksi ulama Indonesia, bagaimana anda hadapi situasi itu?

Inul: Apabila kontroversi itu timbul, saya hanya mendengar dan tidak mahu ambil pusing. Awalnya banyak orang menghentam. Saya sangat sedih sedih dan berusaha untuk mengerti. Tetapi lama kelamaan mereka mampu menerima kehadiran saya. Paling penting adalah bertenang serta ketabahan menghadapi keadaan ini. Saya cuba menanganinya secara profesional. Kini ramai pula artis baru tampil. Kebanyakannya mahu menjadi Inul, itu yang membingungkan saya.

PS: Anda dianggap pencetus dangdut era baru. Apa komen anda?

Inul: Saya kurang bersetuju dengan anggapan itu.... saya mula menyanyikan lagu dangdut sejak belasan tahun. Cuma agak lewat dikenali menyebabkan orang ramai kini baru melabelkan saya sedemikian.

PS: Dengarnya anda cuba meluaskan pengaruh hingga ke negara Barat, boleh jelaskan?

Inul: Syukur, bakat saya bukan saja diterima baik di negara jiran malah hingga ke Barat. Selain ke Australia dan Jepun, Ogos nanti saya dalam rangka kunjungan ke enam lokasi di Amerika Syarikat termasuk Las Vegas dan California. Saya mahu bawa nama negara walau di mana saja. Ini peluang bagus dan saya tidak mahu persiakan.

PS: Anda minat Siti Nurhaliza? Anda tahu mengenai kempen tidak bertanggung jawab pihak tertentu di Indonesia dengan maksud Ganyang Malaysia Selamatkan Siti?

Inul: Sudah tentu saya kenal dia sebab saya juga minat Siti. Tetapi apakah dia mengenali saya, itu saya kurang pasti... (ketawa). Tapi saya harap kehadiran saya ke Malaysia nanti tidak dijadikan agenda politik pihak tertentu. Saya hanya bawa budaya serumpun.

PS: Bagaimana harapan anda untuk konsert ini nanti?

Inul: Menerusi Konsert Fenomena Dangdut Inul, saya harap ia dapat dekatkan lagi hubungan antara dua negara. Ia bukan hiburan semata-mata, malah menerusi acara sebegini kita dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Saya sendiri pertama kali datang ke Kuala Lumpur kira-kira tujuh tahun lalu. Saya pasti banyak perubahan berlaku di sana. Khabarkan kepada peminat di sana, saya tidak sabar bertemu mereka.

[ Posting ini telah di edit oleh: ami_haiqal pada 2005-04-13 22:24 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: ami_haiqal pada 2005-04-13 22:25 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

syamil87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15218
Posting: 70
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 23:03


[quote]

Inul: Apabila dikhabarkan konsert di Malaysia mendapat kelulusan kerajaan, saya amat bersyukur. Sama ada saya gelek atau tidak, ia bergantung kepada permintaan. Jika ramai yang meminta saya bergoyang sudah pasti saya memenuhi kehendak penonton. Apapun, saya akan memenuhi syarat yang ditetapkan dan menghormati garis panduan yang diberikan. Kalau perlu memakai baju kurung, saya akan pakai...(tertawa).



iksh2....sanggup ker die pakai baju kurung time...`menggerudi`...??? hahaha... nak wut lawak pun bajet2 ler kan??



Bookmark and Share

    


  Member Information For syamil87Profil   Hantar PM kepada syamil87   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 00:09


huhh..


ini la puak2 hadhari suka..goyang2 ..tak ingat dunia..nengok2 adalah bapak2 hadhari mai tengok inul....biasllah..islam hadhari..kene la bertamadun bila artis di jadikan lebihtinggi dari ulama.. ..umno umno ..sedih aku..agak2 dah tercatat dalam kitab islam hadhari..kene bawak inul kot.yerla tuh..hurm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 02:56


gelek je..last2 datang murka ..gelek terus masuk tanah........

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

anieda
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.03.2005
Ahli No: 15153
Posting: 70
Dari: shah alam, selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 09:13


Hmmm...tak patut..tak patut !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniedaProfil   Hantar PM kepada anieda   Quote dan BalasQuote

puteri_aishah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.04.2005
Ahli No: 15657
Posting: 54
Dari: Kelate - KL

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-04-05 09:19


diorang ni tak sedo sedo...Allah dah bagi bala macam macam...Allah bagi tsunami kat laut..dah semalam tengok biter 6 bijik gunung berapi lak meletup...nak lari ke mane lagii...sedo le wahai umatt...

islam hadhari...islam ada hari ...islam had hari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_aishahProfil   Hantar PM kepada puteri_aishah   Quote dan BalasQuote

sahabat_ikhwan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5181
Posting: 117
Dari: kuala lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 09:37


inilah yang dikatakan umat akhir zaman...

yang sedar tu arap dapat pertahankan keimanan...

dan cuba mengajak balik saudara2 kiter yang tak sedar tue...

-----------------
ku harap hanya keikhlasan...
dan ku rindukan keramahan...
aku inginkan kemesraan...
berkekalan berpanjangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ikhwanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ikhwan   Pergi ke sahabat_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 09:38



Baru 4 bulan lepas bala Allah turun kpd kita. Alhamdulillah, para pemimpin kita insaf sekejap dgn membatalkan semua acara sambutan tahun baru. Tak kan la nak undang bala lagi kot. Tak cukup powerkah tsunami yg Allah hantar kpd kita atau nak yg lebih power lagi. Maka, sy seru kpd pembaca ruangan ini, kita sama2 boikot konsert itu. Beritahu kawan2/jiran2/keluarga jgn pergi ke konsert laknatullah itu. InsyaAllah, usaha sedikit kita tu akan mendpt ganjaran dr Ilahi.

p/s: Wahai pemimpin2 negaraku sekalin, insaflah kamu!

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-04-05 09:40



aper, dah nak jadik dengan Umat Akhir Zaman ni??? Semoga ana menemui ajal, sebelum kemunculan...... Umat yang dilaknati ALLAH........

Ya, Allah kenapa kiter jadik cam ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 10:16


hurm...

ana rasa..PRU 2008 kita pakat pangkah PAS ..menjunjung islam sehingga yaumil kiamah..takbir !! ALLAHUAKABAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

haura_akhas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14612
Posting: 118
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-04-05 10:51


ana setuju sangat ngan ibnzayyat. daulah islamiyyah perlu ditegakkan !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For haura_akhasProfil   Hantar PM kepada haura_akhas   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 14-04-05 10:58




-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 11:18


gelek la selagi boleh gelek.. sebelum kamu degelekkan.... oleh... ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 11:23


hehhe..
biasalah...
memang rasanya para pemimpin ni suka sangat pi dangdut.
hehe..
bukan takat pak menteri aje..
ketua bahagian ketua pemuda pun kaki dangdut.
jika tak takkan penuh kelab dangdut tiap2 kali persidangan.
jadi senang2 je la kasi inul wat konsert.
hehehe...
entahlah....
senang je nak buat konsert.
ceramah payah lak...
mmmm...

ttg cadangan ibnzayyat tu memang praktikal.
jika org islam tak sokong parti islam siapa lg nak sokong.
tapi tak semua fikir camtu...
masih ada lagi yg bersama pimpinan kerajaan.
tdk tahu atas dasar apa mereka ini masih menyokong kepimpinan kerajaan yg memerintah.
masih beri peluang atau memang sudah sebati kemelayuannya.

siapa yg menegakkan masjid selagi masjid itu diguna selagi itu ada imbuhannya.
siapa yg dirikan kemaksiatan selagi maksiat itu berterusan selagi itu ada balasannya.
tak takut ke org yg beri lesen..
tak takut ke polis yg bertugas hari tu..
tak takut ke kita yg pegi menonton...

p/s..polis memang tak takut..
sebab dia fikir pistol leh lawan kuasa ALLAH..
bukan semua polis ya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-04-05 12:15


berfikir sblm mengeluarkan kalam k...

bEwARE.................masuk ISA kan nahas???




Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 12:30


ustaz2 yg bg ceramah agama dipantau n disekat... tapi yg buat maksiat di galakkan pulak.. malah di bela...

yg menegakkan kebenaran akan di tahan ISA..
yg belum buat apa2 pun di tahan ISA.. baru di syaki sahaja...
tapi yg cuba memesongkan akidah umat islam di bela... malah di sanjung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-04-05 13:12


saya ni jenis yg suka telling straight to the point je.
betul tak kalo saya katakan kita rakyat m'sia (mostly yg sokong Be End) kurang bijak/cerdik (b*d*h la tu)....kena tipu idup2 ngan pak lah imam al hadhari (mr clean).

so kpd yg pangkah Be End tempoh ari.......sama2 la dpt saham.....kayo kome semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 13:36



Meloyakan, memualkan.
Sapa yang boleh mengundi pada 2008, daftar sekarang dan buatlah pilihan bijak.
bijak dulu, bijak sekarang dan bijak selamanya. Jangan jadi Melayu mudah lupa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

ufuktimur
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12422
Posting: 31
Dari: Bumi DiBawah Bayu

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 13:51




AlhamduliLlah sahabat-sahabat sekalian begitu bersemangat sekali...harap2 kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan kita..apa yang nak diherankan...sudah jelas dan nyata isteri PM sekarang ini lebih sukakan kepada program yang berbentuk hiburan...

kepada rakyat terengganu yang dah beralih arah semasa mengundi tahun lepas...harap2 dapatlah sedar semula yeeee...

-----------------
" Teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya...tetapi dia yang setia dihati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ufuktimurProfil   Hantar PM kepada ufuktimur   Quote dan BalasQuote

sharp_wave2
Warga Rasmi
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15402
Posting: 9
Dari: UsM_NT

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-04-05 14:21




ish sedihnye la......kalau tak silap ana lah konsep yg nak di bawa islam hadhari cukup cantik....tapi pelaksana pulak yg jem....lagi hadhari..lagi byk maksiat yg dibawa masuk...macamana lah puak2 nie pikir.....dari kes jeslina, si inul ...mcm2 lagi akan berlaku....doakanlah negara yg dicintai ini tidak di timpa bala dari Allah....Barangsiapa Melihat kemungkaran maka cegahlah ia sesuai dengan kemampuanmu (tangan,lisan atau hati)/....wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharp_wave2Profil   Hantar PM kepada sharp_wave2   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 14-04-05 17:29




kalau dapat buat show kat tanah rab tetapi kenapakai jubah dan jibab......

psti inul berlatih selama 10tahun untuk menggerudi habis....



pelik betul la manusia ni...




-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 18:50


Ulama Umno dicabar batal Konsert Inul
Saturday, April 23 @ 16:03:14 MYT

Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Dewan Ulama Wilayah Persekutuan mencabar para ulama Umno supaya bertegas membatalkan Konsert 'Fenomena Dangdut Inul Daratista' kerana ia merupakan hiburan yang amat bercanggah dengan syariat Islam serta prinsip Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz terkilan kerana sehingga ini tidak ada satu suara bantahan daripada para ulama yang duduk dalam Umno terhadap konsert Inul Daratista yang akan menambahkan kelalaian serta merosakkan akhlak muda-mudi Islam.

Menurut beliau, sejak Malaysia melaksanakan Islam Hadhari terlalu banyak hiburan yang bercanggah dengan syariat Islam dibenarkan umpamanya konsert Scorpions, konsert Aid Tsunami yang mengundang artis dari Barat dan akan datang ini pula konsert Inul Daratista.

Beliau berkata, semua bentuk hiburan itu akan membawa kepada kerosakan akhlak muda-mudi dan apabila akhlak mereka telah rosak maka negara akan menjadi huru-hara dan runtuh.

Menurutnya, pepatah Arab mengatakan; "Sesuatu bangsa jadi gagah disebabkan akhlak muda-mudinya dan kalau runtuh maka akan hilang suatu bangsa itu."

Tambah beliau, kerajaan seolah-olah menentang hukum daripada Allah dan ini jelas apabila Mufti Perak, Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria telah mengeluarkan hukum bahawa konsert Sureheboh itu haram.

Baginya, jika kerajaan Umno mahu muda-mudi menjadi generasi yang berguna untuk bangsa, negara dan agama kerajaan perlu melaksanakan sistem pentadbiran dengan kembali pada al-Quran dan sunnah.

"Kalau kita mahu menjadi orang yang gagah kita perlu baiki akhlak serta khusyuk dalam solat, dan kita perlu mematuhi ciri-ciri sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Islam, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tengahari tadi.

Menurutnya, kerajaan perlu menekankan rakyatnya supaya membanyakkan pengabdian diri kepada Allah bukan sahaja terhadap solat tetapi dalam keseluruhan kehidupan seharian.

Beliau berkata, untuk menjadi mukmin yang gagah umat Islam wajib menjaga maruah diri serta tidak bebas pergaulan di antara lelaki dan perempuan, kaum wanita menutup aurat manakala lelaki pula perlu menjaga pandangan.

Katanya, jika ciri-ciri itu tidak ada dalam negara ini maka akan bertambah parah gejala sosial dari peringkat bawah hingga atasan yang akhirnya akan mengakibatkan keruntuhan suatu ummah.

Selain itu tambah beliau, pemimpin juga perlu menjaga amanah agar tidak rasuah barulah mereka dianggap manusia yang berjaya.

Sehubungan itu beliau berkata, ulama Umno telah menjadi pak turut dengan mendiamkan diri kerana menjaga kepentingan pangkat.

Katanya, "kita mengharapkan mereka dapat menyatakan kebenaran dan berani menanggung risiko kerana bila duduk dalam Umno mereka perlu mengubah apa sahaja kelalaian dan kerosakan yang berlaku." - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 18:59



Wahai Hamid Othman, wahai brigded Jeneral Ab.Hamid Zainal Abidin, wahai Dr.Ismail Ibrahim yang ku sayangi (dalam ramai2 dr.ismail agak prihatin), wahai si mangkuk ayun astora jabat, wahai Dr.Abdullah Mat Zin, wahai Dr.Mashitah Ibrahim, wahai ustaz-ustaz forum perdana, wahai IKIM, wahai JAKIM, Wahai Ustaz Najmi (biro agama pemuda umno), wahai Imam Masjid Negara, Wahai dr.Uthman El-Muhammady dan ustaz-ustaz umno sekalian...

Katakanlah sesuatu dengan jawatan yang dikurniakan padamu pada Pak Lah, Pak Lah yang dikatakan cucu seorang Ulama, tegurlah dengan amanah yang engkau pegang itu.....untuk menyekat Tarian Lucah ini. Diam Ulama pada perkara maksiat itu akan dianggap sebagai syaitan bisu.....berkatalah sesuatu, adakah sesudah Maulidul Rasul ini yang ingin kita hidang pada masyarakat.

Inul.....ingin saja daku letakkan gambarnya disini, tapi....kerana teruknya.....tak sanggup rasanya. Tapi nampaknya Islam Hadhari yang sesat ini membenarkan segala-galanya......

Islam hadhari sesat ? Kalau benar, haramkan apa yang sepatutnya diharamkan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 19:11


mmmmmm..
entahlah.....
gelek belakang penonton diharamkan..
gelek depan penonton boleh pulak..

islam hadhari...
bijak2...
saudara sya_rin taknak bincangkan isu ni ke..
teringin sangat nak bincang..
meh sini kita bincang sama2..
josh nak join pun boleh....

p/s..islam hadhari...petanda penyakit sosial takkan mati.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

jendela_hatiku
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15556
Posting: 56
Dari: Kuala Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 22:02



nak buat camne..benda dah diluluskan..yang penting kita tak sokong benda2 macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jendela_hatikuProfil   Hantar PM kepada jendela_hatiku   Pergi ke jendela_hatiku's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 12:31


Majlis Fatwa Kebangsaan didesak campurtangan batal Konsert Inul
Sunday, April 24 @ 09:07:38 MYT


Oleh Salman Hussein
TENGGARA, 24 April (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan campurtangan dengan membatalkan Konsert 'Fenomena Dangdut Inul Daratista' yang dianggap sebagai konsert lucah dan kontroversi yang akan diadakan pada 1 Mei akan datang di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Penerangan DPPP, Mazlan Aliman, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato’ Dr. Ismail Ibrahim pernah menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan program-program mungkar.
"Oleh itu, kami merasakan inilah saat paling sesuai untuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menunaikan janji dan membuktikan ketegasan terhadap program-program mungkar dengan mengeluarkan fatwa dan sekaligus mengharamkan konsert berkenaan,"tegasnya ketika dihubungi oleh Harakahdaily di sini.

Menurutnya lagi, Menteri Kesenian, Warisan dan Pelancongan, Dato’ Seri Dr Rais Yatim juga perlu membatalkan konsert ini kerana kehadiran penyanyi dengan gaya lucah ini hanya akan menyumbang kepada kerosakan akhlak yang lebih teruk kepada muda-mudi.

Katanya, pihak Pemuda PAS sudah menghantar surat bantahan kepada kementerian terbabit sejak dua minggu lalu tetapi sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diberi sebaliknya pihak penganjur terus giat mengadakan promosi konsert ini.

Pemuda menjangkakan sekitar 15,000 hingga 30,000 akan hadir menyaksikan persembahan penyanyi dangdut yang terkenal dengan gelek ‘goyang gerudi’ ini.

"Kita merasa amat kesal dengan sikap kerajaan yang mengizinkan penganjuran konsert yang langsung tiada nilai-nilai ketimuran sebaliknya lebih menampilkan aksi lucah semata-mata.

Tidak cukupkah dengan program hiburan yang begitu kerap diadakan oleh artis-artis tempatan sehingga terpaksa mengimport artis dari luar pula, dan ini bukan kali pertama artis dari luar mengadakan konsert di negara ini,"katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, seterusnya berkata, apakah kerajaan masih tidak dapat melihat kesan negatif yang melanda anak muda hari ini akibat disogok dengan hiburan yang keterlaluan.

Konsep Islam Hadhari yang diuar-uarkan kerajaan sebagai yang terbaik ternyata tidak mementingkan penjagaan moral rakyat apabila hiburan yang bersifat melalaikan ini terus berjalan seperti biasa malah lebih dahsyat lagi dari apa yang berlaku dalam era 'Penerapan Nilai-nilai Islam' dulu.

Seterusnya beliau berkata lagi, pihak Pemuda sudah melakukan berbagai-bagai usaha untuk membatalkan konsert ini namun setakat ini tiada tanda-tanda ianya akan dibatalkan.

"Justeru kerana itu kita merayu Majlis Fatwa Kebangsaan, campurtangan dalam hal ini, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Pengerusinya baru-baru ini.

"Ini adalah saat dan ketika yang sangat sesuai bagi Majlis Fatwa Kebangsaan membuktikan pendiriannya sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Sebaliknya jika Majlis Fatwa diam membisu tanpa sebarang kenyataan maka ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan seluruh umat Islam.

"Sekiranya konsert ini diteruskan juga maka negara ini akan melakar satu sejarah baru iaitu menganjurkan konsert berunsur lucah dan Islam Hadhari menjadi penajanya," jelas beliau lagi. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 12:42



Pak Lah.....say something

Sebagaimana Pak Lah mengarahkan supaya dibatalkan konsert pada awal tahun baru, semuanya akur, takkanlah nak kata 'jangan buat' sepatah pun susah.

Masa-masa beginilah, kita rakyat bawahan ni merasakan kita lebih layak untuk jadi Perdana Menteri, lebih layak jadi Mufti, lebih layak jadi Pengerusi Majlis Fatwa

Mana orang yang suruh robohkan surau jubli perak dulu. Sekarang ni konsert lucah nak diadakan, katalah sesuatu. Surau kau suruh roboh, maksiat kau diamkan, BANGANG

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 13:11



aoelah nak jadi manusia ni kan??hemm teringat saya pesan tok guru saya...ya syed..jaga ahlak kamu..semoga kamu menjadi insan yg berguna pada agam..masyarakat dan negara...





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-04-05 15:20


bile la agaknya rakyat yg suke bergelek nie nak sedar....
gelek ler selagi terdaya....

-----------------
\' aKu IngIN sEgAlA2 NyA DaMai....\'


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 13:06



Inul boleh dikategorikan sebagai Artis Lucah......pergi ke konsertnya ibarat pergi menonton konsert lucah.....yang menganjurkannya dianggap menganjurkan konsert lucah....YANG MENGIZINKANNYA MENGADAKAN DI MALAYSIA INI SEOLAH-OLAH MENGHALALKAN TARIAN LUCAH

ISLAM HADHARI MENGHALALKAN TARIAN LUCAH ?





Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 00:32


Inul Daratista: Dilarang "Ngebor" di Kota Gudeg

Jakarta, KCM

kompas
Inul Daratista

Goyang Inul Daratista, penyanyi dangdut asal Pasuruan, Jawa Timur, ternyata mendapat sorotan dari kalangan Majelis Ulama Indonesia (MUI). Meski belum ada perbincangan khusus, namun pihak Komisi Fatwa MUI akan segera mengagendakan pembahasan mengenai goyang "ngebor" maut Inul.

"Kami akan lihat dulu apakah hal itu layak dibahas atau tidak. Jika memang ditemukan ada kaitannya dengan kasus pornografi, maka dalam kurun waktu dekat kami akan mengagendakan pertemuan untuk membahasnya," demikian dikatakan oleh Ketua Komisi Fatwa MUI KH Ma’ruf Amin, di kantor MUI, Kompleks Masjid Istiqlal Jakarta, Senin (17/2).

Dikatakan pula oleh Ma’aruf, pihaknya belum mau membicarakan hal itu lebih jauh. Sebab, ia sendiri baru mendengar kabar tersebut di sejumlah media massa. "Kalau goyangan itu memperlihatkan erotisme dan menampakkan lekuk tubuh sehingga menimbulkan rangsangan, jelas hal itu haram," tegasnya.

Sampai saat ini, terang Ma’ruf, pihaknya belum mendapatkan laporan dari pihak-pihak yang merasa terganggu dengan kehadiran goyang Inul. "Siapa pun bisa menyampaikan laporan, baik itu pribadi maupun instansi. Kemudian akan kami tampung, lantas perlu dibahas atau tidak, melanggar atau tidak. Karenanya, kami meminta agar yang bersangkutan datang, setidaknya untuk memberikan pelurusan," ucapnya.


Inilah Islam yang mengikut kemajuan dan ketamadunan (hadhari) sehinggakan tarian lucah pun ingin dibenarkannya....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 26-04-05 01:12



INUL... INUL... DIKAU BIKIN MALU AKU AJE.





Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-04-05 01:17




Quote:
Inilah Islam yang mengikut kemajuan dan ketamadunan (hadhari) sehinggakan tarian lucah pun ingin dibenarkannya....



islam HadHari....?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 11:16


marilah bergoyanggg....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-04-05 16:17


Inul tiba untuk Konsert Fenomena Dangdut


KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai dirinya, akhirnya ratu dangdut Indonesia yang terkenal dengan goyang gerudi, Inul Daratista menjejakkan kakinya di bumi Malaysia, semalam.



Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah, 26, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 11.40 pagi bagi mengadakan persembahan pertamanya pada Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista di Stadium Merdeka, Ahad ini, jam 9 malam.

Pada sidang media di Hotel Istana petang semalam, Inul yang ditemani suaminya, Mas Adam gembira kerana akhirnya diberi peluang menghibur.

“Saya mengakui dan menyedari ada pihak memprotes kehadiran saya di sini, tetapi tidak mengapa kerana mereka punya hak tidak menyenangi saya. Kehadiran saya di sini berusaha sekuatnya untuk membuktikan Inul itu tidak seburuk dan porno seperti digembar-gemburkan,” katanya.

Menjawab soalan sama ada penyanyi dangdut terkaya di Indonesia itu akan mempersembahkan goyang gerudi jika diminta, Pengarah Eksekutif Indonesia Malaysia Serumpun Sdn Bhd (IMS) yang juga penganjur konsert, Aziz Helmi, berkata walaupun Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberikan lampu hijau, pihaknya tetap mengawal aksi penyanyi itu.

“Ketika rundingan awal dilakukan dengan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), sudah gariskan beberapa peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk tidak mempamer aksi lucah. Kami sudah mengingatkan Inul supaya menjunjung undang-undang ini,” katanya.

Konsert dua jam itu akan diiringi Audience C. Inul akan membawakan lagu dari albumnya selain lagu artis popular seperti kumpulan Dewa, Peterpan dan Siti Nurhaliza.

Konsert itu turut menampilkan penyanyi, pelakon dan pelawak tanah air, Salih Yaacob selaku pengacara majlis yang turut berduet dengannya serta penyanyi veteran Indonesia, Andy Achmad.

Konsert itu turut mendapat sokongan Kedutaan Besar Indonesia dan Dewan Pimpinan Pusat Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI).

Tiket berharga RM35, RM55 dan RM150 boleh dibeli dengan menghubungi tiket hotline, 60377115000 atau layari laman web, www.axcess.com.my.


HABISLAH HANCUR RAKYAT MALAYSIA KU

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-04-05 17:26




Saya tak tau nak ckp apa tapi yang saya tau..

SAYA MELUAT LAAA TGK SI INUL BODO NIHHH..!!!

Dah la org ramai panggil gelek dia tu sbg 'gerudi'.. TAK MALU BTOL LA PEREMPUAN NIH!

Ainur Rokhimah (nama sebenar Inul) yang bodo..

Mcm mana bleh terlepas sampai ke malaysia nih?!

One more, konsert dia yang bodo ni plak kononnya bermatlamatkan perkongsian budaya..
Adussssssssss.

Huiiihhh... (sighing)

Bagus btol la Malaysia ni.
Sentiasa fikir MATLAMAT YANG BAIK MENGHALALKAN APA SAJA CARA KE ARAH NYA..

Huiiihh... (sighing)

Bye.



Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-05 22:54



Nampaknya kerajaan tidak ada halangan untuk teruskannya dengan syarat Inul tak gelek gerudi

Tak gelek gerudi pun HARAM jugak lah....

Ni yang rasa ringan jari jemari yang menaip perkataan-perkataan yang menghentam kerajaan...

YANG KAT KL TU BOLEH JOIN DEMONSTRASI ESOK mungkin ada yang beranggapan ia sia-sia, tapi setidak-tidaknya kita ada jawapan di depan Allah kelak yang kita cuba untuk mencegah perkara mungkar dari berlaku....

Ku cari mana dia Al-Ghazali, ku cari mana dia Al-Shafei, ku bongkar rahsia sunnah Nabi.....dan ku benarkan Inul untuk gelek gerudi, NAK BERDEMONTRASI ? NANTI AKU GARI SUMBAT DALAM JERIJI BESI



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-05-05 00:00


berdoalah bersama-sama agr mereka2 yg x sdr itu insaf...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-05-05 19:50




Ulama Indonesia: Konsert Inul bertentangan agama, budaya
Sunday, May 01 @ 08:23:07 MYT


Oleh Ismail Hashim
SUNGAI PETANI, 1 Mei (Hrkh) – Konsert penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista yang telah diadakan selama ini di merata-rata tempat jelas bertentangan dengan adab agama dan adat budaya.

Semua ulama di Indonesia bersepakat mengatakan konsert ghairah seumpama itu adalah jelas terpesong dari norma-norma kehidupan normal seorang manusia. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menegaskan perkara itu sebagai menjawab persoalan mengenainya yang ditimbulkan oleh seorang peserta forum, dekat sini, baru-baru ini.

“Bagaimana boleh kita harapkan lagi kepada mereka yang bercakap dalam dua bahasa; di satu sudut ingin menjaga akhlak remaja tetapi di pihak yang lain membenarkan program yang menjurus ke arah keruntuhan moral.

“Barat pun sudah menolak adegan seksi di dalam persembahan konsert mereka bila penyanyi Janet Jackson dengan tidak sengaja menampakkan payudaranya ketika menyanyi.

“Tetapi malangnya, kerajaan negara ini pula yang membenarkan undangan terhadap penyanyi yang ditolak oleh kebanyakan masyarakat dan rakyat di Indonesia sendiri,” jelasnya.

Beliau melahirkan kekesalan bagi pihak PAS kerana dalam keadaan keruntuhan moral dan krisis akhlak yang keterlaluan di dalam negara ini, kerajaan masih membenarkan konsert itu diadakan di Stadium Merdeka, malam ini.

Forum bertajuk "Keruntuhan Moral; Salah Siapa?" itu adalah salah satu acara sempena Karnival Penerangan PAS Kawasan Sungai Petani yang diadakan selama tiga hari tiga malam di Dewan Haji Mohamad Isa, Tikam batu, dekat sini.

Panelis forum itu terdiri dari Dr Hatta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Ahmad Ali dan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Rahman Salleh.

Dalam soalan peserta berkenaan, beliau telah membangkitkan soal siapakah yang membenarkan konsert itu diadakan di negara ini sedangkan Malaysia di bawah kepemimpinan baru mendakwa ia mengamalkan Islam Hadhari.

“Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab kerana bagi saya, gelek penyanyi Inul itu lebih dari seekor ular malah dia lebih berbisa dari seekor ular,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Dr Hatta menyeru semua mereka yang prihatin agar hadir di Stadium Merdeka pada jam 6 petang ini bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat bagi mengadakan usaha menyedarkan semua pengunjung dengan bertemu dan menyebarkan risalah berkaitan.

“Itulah usaha yang boleh kita lakukan. Kerana hendak mengharapkan mereka yang berkuasa, mereka tidak laksanakan kewajipan mereka. Hanya Pemuda PAS yang sanggup mengambil tanggungjawab ini,” tegasnya.

Sebelum ini pelbagai pihak, termasuk Pemuda PAS dan pertubuhan pelajar Islam membantah konsert berkenaan, namun Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tetap memberikan lampu hijau, bukan saja meneruskan konsert Inul, malah membenarkan persembahan "goyang gerudinya". - um






Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-05-05 05:02




dlm utusan online hari ni gambar inul diletakkan di bhg atas sebagai berita utama.. nampaknya pihak media nak mencabar suara2 yg menentang konsert tu.. iskkk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 09:04



Biasalah tu, islam Hadhari tidak mengharamkan sebarang penyiaran gambar-gambar sebegitu.

Islam Hadhari SESAT DAN MENYESATKAN

Atas nama Islam Hadhari ini nampaknya Islam di malaysia makin hina di pandangan orang bukan Islam.

Inul yang beragama Islam, dengan tarian lucahnya masih mampu menyebut dalam akhbar yang dia bersyukur pd Allah, seolah-olah Allah Taala redha dengannya...

MALU, CUKUP MEMALUKAN DAN MENJATUHKAN MARUAH ISLAM DI PANDANGAN ORANG BUKAN ISLAM. SEOLAH-OLAH ISLAM INI MEMBENARKAN APA SAJA HATTA TARIAN BERUNSUR LUCAH SEKALIPUN DAN INI JUGA DIHALALKAN OLEH ISLAM HADHARI UMNO. Seteruk-teruk Artis cina yang berkunjung ke malaysia, tidak ada lagi yang seperti Inul.

LAKNAT KERAJAAN UMNO DAN BN KERANA MEROSAKKAN ISLAM

p/s : Nak berselindung macam mana lagi kalau dah jelas puak mereka yang merendah-rendahkan martabat Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

akmaljaiputra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15948
Posting: 38
Dari: selangor [cheras]-->melaka

Selangor  


posticon Posting pada: 02-05-05 10:19




kan bagus time dia gelek..tiba2 turun bala Allah...baru padam dengan muka dia....masa kat majlis konvensyen kelantan..meraka ni dikritik....banyak gak dia kritik Islam hadhari,pak lah n lain2....best gak dengar pembentangan kertas kerja dia org.....teringat 1 kes...pelajar ni tanya mcm mana kita nak tarbiyah umno...?...semua ketawa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akmaljaiputraProfil   Hantar PM kepada akmaljaiputra   Pergi ke akmaljaiputra's Website   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 02-05-05 10:59


alahai..... ape nak jadi. serambi mekah dah penuh org cam inul. macamana lah tak kena tsunami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 02-05-05 18:46


akhirnya......konsert berjaya d laksanakan...HAMPEHNYA,,,


Goyang Inul sederhana


KUALA LUMPUR: Goyangnya sederhana, namun masih tidak menghampakan lebih 5,000 peminat yang menanti ’goyang gerudi’ yang cukup kontroversi itu



Konsert Fenomena Inul Daratista yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi juga menyaksikan ratusan peminat bertempiaran lari ketika hujan lebat.

Kontroversi dan spekulasi terhadap ‘Inulmania’ sedikit sebanyak membantu menyemarakkan konsert berkenaan walaupun berlangsung protes aman di luar stadium.

Seawal segmen pertama, Inul, 27, atau namanya Ainur Rokhimah cukup bertenaga menyampaikan lagu Kocok Kocok, What’s up (Four Non Blondes) dan Ada Apa Denganmu (Peter Pan).

Konsert yang diiringi kumpulan Audiense turut menyaksikan Inul mempersembahkan lagu penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza berjudul Nirmala, Objection (Shakira) dan Let Get Loud (J Lo).

Penyanyi dangdut nombor satu Indonesia itu turut menyampaikan lagu popular dari albumnya seperti Goyang Inul, Bento, Bang Touyib.

Inul yang tampil dengan gaya tidak keterlaluan sempat menukar baju tiga kali. Antara penyanyi jemputan yang turut menghiburkan peminat ialah Salih Yaacob yang membawakan lagu Cinta Sabun Mandi, Kopi Dangdut dan Gali Lubang manakala Andy Achmad membawa lagu duet Semalam di Malaysia, Pasrah dan Sejengkal Tanah.

Inul dan kerabat kerjanya pulang Selasa ini untuk persediaan konsert mereka di Amerika Syarikat.

Konsert Inul di negara ini dianjurkan oleh Indonesia Malaysia Serumpun Sdn Bhd (IMS) yang mendapat kerjasama penuh Kedutaan Besar Indonesia.

Dewan Pimpinan Pusat Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI) mengakui konsert ini adalah langkah pertama berkongsi jalur budaya.

Penubuhan IMS dilihat sebagai penghubung semangat antara Indonesia-Malaysia sekali gus mendekatkan lagi negara serumpun itu menerusi kegiatan kesenian yang menjadi tumpuan semua pihak.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 02-05-05 20:58



mewakili kaum hawa.... malu yang TERAMAT melihat aksinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-05-05 22:56




Konsert inul hambar! Sila klik utk baca laporannya

alhamdulillah, tetap ada segolongan yang menyatakan yg haq.

TQ.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159951 saat. Lajunya....