Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 11 jam, 33 minit yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Orang yg nak berCOUPLE kena baca ni!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Orang yg nak berCOUPLE kena baca ni!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Orang yg nak berCOUPLE kena baca ni!!

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 13-04-05 16:49


: Kami tidak berzina !
Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi
awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya
khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu
menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya
ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia
telah menipu moyang kita yang pertama,Adam
dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga
seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus
kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam
telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah
bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan
pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun
zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu
dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang
pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan
SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan
Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study
Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja? Kemana-
manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group
study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*,
saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,
tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang
dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri
kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap
selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya
jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu
Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang
yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita
tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenal hati budi pasangan
sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada
yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang
amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah
ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.
Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin
dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang
penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya
pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman
ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan
ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)... Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat
mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada
jodoh ,tidak kemana!

YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang
kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat
mereka.

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

lailiey
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2005
Ahli No: 15576
Posting: 26

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 17:00


menarik sgt......tima kasih....


Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

bagaimana kalau seseorang lelaki tu pernah berzina adakah dia akan mendapat wanita yang baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailieyProfil   Hantar PM kepada lailiey   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-04-05 17:08




Bagus sangat posting ni...terima kasih kerana sudi kongsi ilmu...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 13-04-05 17:15


same same kak rindu

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 17:48





Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

ana berpendapat pemahaman saudari agak silap dalam memahami ayat ni..
tuhan tidak pernah menghina makhluk ..
kita yg mencapampakkan diri sendiri dalam kehinaan
terdapat situasi..dimana penzina ni dah bertaubat...dan pasangan nya menghilang diri....
cam ner pulak tu....
jangan takut ....selain dari hukum hudud sebagai penyelesaian
sila rujuk hadis ke 42 dalam himpunan hadis Arba`in Nawawiyah...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

anakmak
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 11979
Posting: 27
Dari: iium

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-04-05 18:21


very interesting!thanks for sharing!

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakmakProfil   Hantar PM kepada anakmak   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 13-04-05 19:05




-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 21:04


hhhhhmmm iktibar dan pengajaran yg boleh dijadikan panduan serta manfaat utk kehidupan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-04-05 21:13




mmmmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-04-05 13:35


Eeemm, betul gak tu... harap2 yang bagi posting ni tak buat benda2 gitu... sorry ekk!!! gurau aje

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 14-04-05 15:41






rasanyer la... tak pernah lagi buat benda camtu sepanjang kami kenal sejak 2003....

tak baik cakap cam tu farhana...



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 14-04-05 17:44



just nk asking.... tul2 penuh kt dlm pikiran ni persoalan ni ..
then sapa2 yg ilmu agama dia lebih tu hope boleh bantu...
maksudnye kt cni.. jika org tu dh bzina dia tak boleh kawen dgn org yg baik2 la ye..
dia kena kawen dgn org yg juga penah buat zina??
then mcm ne pulak jika org yg di katakan berzina tu seorg wanita yg daif di cabul kehormatannye oleh teman lelakinya tanpa rela hatinya..
adakah dia juga sama
akn berkawen dgn seorg penzina juga???
jika teman lelakinya tidak mau bertanggungjawab...
ada sapa2 yg boleh explain tak tentang persoalan ni??
sekian terima kasih...
wasalam.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

nurafiqahasnan
Warga Rasmi
Menyertai: 09.02.2005
Ahli No: 14247
Posting: 11
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 14-04-05 18:00


betul tu!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurafiqahasnanProfil   Hantar PM kepada nurafiqahasnan   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 18:04





Ana ada jawapannya...tapi untuk lebih afdal lebih baik sesiapa yg ngaji agama secara formal untuk menjawapnya..
mungkin boleh di bawak kpd tuan guru masing-masing..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 14-04-05 18:20


Quote:

On 2005-04-14 18:04, zulman wrote:



Ana ada jawapannya...tapi untuk lebih afdal lebih baik sesiapa yg ngaji agama secara formal untuk menjawapnya..
mungkin boleh di bawak kpd tuan guru masing-masing..





boleh tak saudara zulman terangkan sedikit tentang apa yg saudara zulman tau..
maksud saya jawapan yg saudara ada skrg..
just nk jadikan asas.. b4 dapat jawapan yg
betul2 dr org2 alim.. dan arif tentangnya..

terima kasih..
wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 18:31




ni jawapan ana....

sekadar panduan...



Tajuk perkahwinan antara penzina

Soalan benarkah seorang lelaki/perempuan yang telah berzina wajib berkahwin dengan pasangannya itu?
Ustaz saya kata mereka haram untuk berkahwin
dengan orang lain. benarkah begitu?Apakah hukumnya jika wanita itu berkahwin dgn orang lain walhal lelaki yang pertama tadi masih mahukan dia?
terima kasih
Jawapan ASSALAMUALIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Golongan jumhur ulama antaranya mazhab Syafi'e, Hanafi dan Maliki membolehkan kahwin dengan wanita penzina apatah lagi yang telah bertaubat, demikian pula sebaliknya. Larangan dalam ayat 3, Surah an-Nur hanyalah larangan yang berbentuk makruh (yang dibenci), bukan larangan haram. Dalil yang digunakan ialah hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi dari Ibnu 'Abbas. As-Syafi'e membolehkan perkahwinan dengan wanita penzina dalam masa 'iddahnya walaupun ia sedang hamil kerana hamilnya itu tidak mengharamkan kahwinnya. Hukum haramnya mengahwini penzina dipegang dalam mazhab Hanbali, tetapi boleh dikahwini setelah benar-benar bertaubat.
Perlu diingat, penzina (pelacur) bukanlah jodoh yang baik dari segi fizikal, mental, agama dan akhlaknya. Nabi SAW. menggesa umatnya memilih wanita solehah sebagai isteri.

Sekian, wassalam.

Sumber rujukan :
laman interaktif Mufti Negeri Melaka



-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 15-04-05 13:46



alhamdulillah.. dan terima kasih pd saudara zulman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

rizuan
Warga Rasmi
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15752
Posting: 17
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-04-05 23:22



hmm.....mmg menarik....mmg xsuke tgk lelaki & perempuan stadi sesame berdua2an....tp kita ni lemah....hrp2 xterjebaklah......aamin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rizuanProfil   Hantar PM kepada rizuan   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 16-04-05 02:46



Alhamdulillahh/..
ni dikatakan hidayattt...cite ni btol2 kene kat aku...dan aku terasa gilerrr..kes sama cam aku..aku dulu bleh kata baik gak lahh..jaga solat..pastu ..bila aku kenal sorang awex ni...aku dah jauhh..bukan nak salahkan dia..tp disebabkan iman aku yg lemahh..konon niat bak btolka pompuan tu.. last2 aku yg sesat..astagfirullahh..tp Alhandulillah tak lah sampai berzina..dah hampir sangattt..Allah je yg tauu..sebelum ni aku mmg ade girlfriend..mmg budak baikk tak pernah pun kluar2..dia kata tak elok..ini kan pulak nak pegang2..jgn harap..mmg btol2 buat aku jatuh hatii..dia pun suka gak kat aku..aku btol2 geryukur dpt gf cam dia...tp pas masuk u ni..akudah berubahh..jd lair...ade plak awex cun nak..habiss lupa Tuhan aku...makin hari makin menjdi..mula2 konon aku tak nak pegang at last...rosak.. bukan takat pegangg...astagfirullahhhh..Alhamdulillah..a ku dah sedar........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 16-04-05 10:52


Peluang taubat masih terbuka~~

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

amiratulizzah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.07.2004
Ahli No: 9818
Posting: 57
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:09


seperti pernah kubaca artikel ni...
artikel ni pernah disebarkan dalam risalah bulanan kolej ana...
tak caye tanye x- kmph....
sama2 la kite ambil iktibar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amiratulizzahProfil   Hantar PM kepada amiratulizzah   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 16-04-05 18:42




-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-05 18:48




Quote:
Alhandulillah tak lah sampai berzina..dah hampir sangattt..Allah je yg tauu



mcm mane yg hampir sgt tu?....

kalau hasyafah/kepala zakar dah masuk dlm faraj....dah kire zina....

kalau depan pintu faraj je...belum dikira tp dikira muqaddimah zina...

mcm mane tu?...

ape pun mohon ampunlah kita semua pd allah atas segala dosa kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

mazlinda
Warga Rasmi
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15469
Posting: 9
Dari: Universiti Teknologi Petronas

Melaka  


posticon Posting pada: 18-04-05 14:45


assalamualikum....sy tertarik sgt dgn artikel ni...terima kasih..sbb artikel ni mmg betul2 bermakna tuk mase depan sy~~~wallallahualam~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazlindaProfil   Hantar PM kepada mazlinda   Pergi ke mazlinda's Website   Quote dan BalasQuote

apiz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14482
Posting: 23
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 21-04-05 12:09


alhamdulillah...
lega rasa hati bila dah baca article ni.
sebelum ni saya rasa saya ni mcm org pelik je coz memember kat keliling kalu tanya mesti suma pun ader couple masing2. rasa rendah diri sgt. terasa seperti suci dlm debu. hahaha
main je, sy xla suci sgt & xla jht sgt, tapi niat nk jd baik ade.

byk betul dugaan utk muda-mudi kini.
sebab dah byk sgt couple wujud. benda mcm dah jd satu kemestian, satu trend kpd muda-mudi yg msh berhingus lg, lagi2 budak sek ren. kan?sampai sy pun kdg2 terlupa mengenai konsep hubungan dlm islam antara lelaki dan wanita. alhamdulillah. artikel mcm ni bagus.mengingatkan org yg berada dlm kealpaan.

ade tazkirah sy dgr, yg iman manusia kini bergantung kpd suasana. kalau suasana baik, maka baiklah imannya, begitu juga sebaliknya. kalau pagi baik mlm dah jd lain. nauzubillah.nipisnya iman manusia kini.
oleh itu sama-samalah kita ingat-memperingati.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For apizProfil   Hantar PM kepada apiz   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 21-04-05 12:27




baguih artikel ni nak copy untuk buat risalah bulanan kat kolej ana.. sebab memang dah jadi trend skarg, budak u musti dok cari pasangan masing2. mayb mak ayah diorg dah pesan kt u nanti carilah bakal menantu.. kalu tak tunjuk depan mata takpa lagi, ni bersepah kat bawah payung, kat cafe, kat mana2.. sakit mata sakit tengok. takkan nak istighfar jer takder tindakan.. hai, lemahnya iman ana.


Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-05-05 08:21


erm..
moga org yg berCouple ni terasa bace artikle ni..
yaAllah lindungiLah kami dr sgl kejahatan..
amin yaRabb,,,


Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

tentera_berkuda
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-07-05 11:04


kalau dah bercouple tak kan nak tinggal macam 2 saja..
nanti dia sdh pula..
bunuh diri ke..
kalau stay tapi tak jumpa sehingga kawin ok tak..
insyaallah kalau ada jodoh.
jodoh kan ditangan tuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tentera_berkudaProfil   Hantar PM kepada tentera_berkuda   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-07-05 12:00


assalamualaikum

pas saja ana baca artikel ni.. ana terfikir kita sebagai manusia ni amatlah lemah sangat. mudah makan pujuk rayu orang lain... Insya-Allah ana akan beringt...sebab ana pun bukannya manusia yang baik sangat. kita ni bukannya malaikat. nabi pun kena duga dan diuji, aptah lagi kita sebagai manusia biasa. xdapat nak lari dari ujian begitu.

ya, Allah!!! kau ampunkanlah dosa2 hamba-Mu dan lindungilah kami dari perkara2 yang xelok ke atas diri kami. terimalah taubat kami dari hamba-Mu yang amat hina ini..amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-07-05 12:43


Assalamualaikum

Hmm...terima kasih di atas maklumat yang berkenaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ibnu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11490
Posting: 21
Dari: Land Below The Wind

Sabah  


posticon Posting pada: 11-07-05 13:25


syukran info yang diberikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuProfil   Hantar PM kepada ibnu   Pergi ke ibnu's Website   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI [email protected] ..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::....:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 13:12


;-) :-)

hemm...i suggest!!!

..:: helangsenja ::..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

winna_huwaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2005
Ahli No: 17219
Posting: 132

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 14:50


berapa ramai yang berjaya menghindari nya????
:-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-?



-----------------
aku ada lah aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For winna_huwaidaProfil   Hantar PM kepada winna_huwaida   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-08-05 23:19


menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.......

thanks sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-08-05 23:19


menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.......

thanks sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

laila_qaisy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17496
Posting: 74
Dari: punck perdana,u10

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 23:33


akan menjadi panduan sesama kita sesama umat islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For laila_qaisyProfil   Hantar PM kepada laila_qaisy   Quote dan BalasQuote

aisyatul_mardhiyyah
Warga Rasmi
Menyertai: 28.09.2005
Ahli No: 19398
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 15:24


ana pernah jgak baca artikel ni...memang bagus la...boleh menginsafkan.... memang manusia lemah dengan godaan syaitan...kadang-kadang kita lalai...time lalai tu lah syaitan start buat projek dia...ish2....nauzubillah..banyakkanlah istigthfar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyatul_mardhiyyahProfil   Hantar PM kepada aisyatul_mardhiyyah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 15:34


:-o :-o tak hendak couple laahh :-P


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 09:02


ambillah iktibar pada siapa yang nak nak couple tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 10:00


jika ada buat maksiat taubatla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 16:34


terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 03-11-05 22:56


dah tu kalau orang yang pernah bercouple dan telah bertaubat adkah dia juga akan berkhwn dengan orang pernah bercouple juga?macam mana?kalau macam 2 tak dak pluang la untuk dia mengubah diri, sebab kesalahan yang dulu masih diungkit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

iskehe
Warga Rasmi
Menyertai: 23.05.2005
Ahli No: 16675
Posting: 3
Dari: Mesir

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 19:10


Ya allah rasa lemah diri ini... sekecil kecil perkara itu bisa menjadi kemurkaan dari ALLAH.. Ya Allah andainya saya rindu, rindukan saya pada insan yang merindui syahid di jalanmu.. agar saya bisa merinduimu untuk mendapat kerinduanmu Ya Allah... (i_i)

Bookmark and Share

    


  Member Information For iskeheProfil   Hantar PM kepada iskehe   Pergi ke iskehe's Website   Quote dan BalasQuote

aimiz_muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2005
Ahli No: 20051
Posting: 39

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 20:14


betul kata-kata saudara zulman tu..
jadi kawan2...fikirlah baik2 ok!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimiz_muslimahProfil   Hantar PM kepada aimiz_muslimah   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 20:16


cinta yang agung adalah cinta kpada Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-06 12:40


semua yang berlaku bukan semata-mata takdir, kalau kita tak mendekatinya,tak lah kita menyalah kan takdir... thanks kerana berkongsi pengetahuan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 21-11-06 13:39


TERPULANGLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-11-06 13:50


hurm...

Interesting..
.......

nak dapat yang terbaik kena jaga diri baik2...

wallhualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 14:01


Pada 13-04-05 16:49 , khairol_khalid posting:

!!! QUOTE !!!

: Kami tidak berzina !



sedih tau ingat kat artikel ni........... sebab dia telah memberi kesan pahit dalam hidup ana....huhu..


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

julihan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17771
Posting: 90
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-06 14:02


entahla bagaimana nak cakap ek... memangla saya tak pernah bercinta niat tu adalah... kadang-kadang rasa sunyi saja tambahan pula kat universiti itu saya berkawan dikalangan org yang bercouple so paham2 saja lah kadang-kadang timbul juga perasaan itu tapi bila ingat balik takut nya nak dekati maksiat kadang-kadang saya terfikir juga takut saya tak mampu nak hadapi semua dugaan kalau saya bercouple huh... entahla selalu dalam doa saya selalu mengharapkan ada seseorang yang mampu membimbing saya didunia dan akhirat..... selalu saya ingatkan diri saya yang kita kena bersabar untuk sesuatu yang terbaik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For julihanProfil   Hantar PM kepada julihan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143553 saat. Lajunya....