Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 25 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: kepalsuan hadis tuntut ilmu ke negeri cina


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» kepalsuan hadis tuntut ilmu ke negeri cina

Please Mendaftar To Post


Oleh kepalsuan hadis tuntut ilmu ke negeri cina

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 13:07


!

sebelum anda semua baca apa2 di sini sila baca ini dulu! klau masa suntuk sila baca kesimpulannya.

assalamualaikum. perincian ini diberi kpd saya oleh saudara khairil husaini, pelajar master di u madinah, qismu sunnah, harap dpt menjawab segala pertanyaan.Permulaannya, hadis ini diriwayatkan oleh kebanyakan penulis kitab hadis dengan tambahan di akhirnya. Ungkapan hadis ini adalah seperti berikut:



****** ***** *** ****** *** *** ***** ***** *** ** ****

((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim)).



Kajian terhadap hadis ini terpaksa dipisahkan menjadi dua bahagian iaitu kajian terhadap ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) dan kajian terhadap ((sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim)). Hal ini kerana bahagian kedua hadis ini telah diriwayatkan dengan sanad-sanad(1) yang lain daripada sanad bahagian pertama yang menyebabkan ia dikira sebagai hadis yang lain. Dalam penulisan ini, saya hanya akan membincangkan hadis yang pertama kerana hadis yang kedua memerlukan kepada penulisan yang lain.(2)

Terdapat beberapa orang ulama terdahulu yang telah menulis penilaian terhadap hadis ini. Yang saya temui di kalangan mereka ialah Imam al-'Iraqiy dan Imam az-Zabidiy. Kedua-dua mereka telah membicarakan berkaitan hadis ini apabila mereka menilai hadis-hadis yang disebut oleh Imam al-Ghazaliy di dalam kitabnya Ihya' Ulum ad-Din.



Kata Imam al-'Iraqiy dalam penilaiannya terhadap hadis-hadis kitab 'Ihya:



"Hadis ini diriwayatkan dengan sanadnya oleh Ibnu 'Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqiy dalam as-Syu'ab dan al-Madkhal, Ibnu Abd al-Barr dalam al-'Ilm daripada Abu 'Atikah, daripada Anas. Abu 'Atikah munkar al-Hadis (diingkari hadisnya). Berkata al-Baihaqiy: Hadis ini masyhur dan sanad-sanadnya dhoif.(3)"



Demikian penjelasan ringkas Imam al-'Iraqiy yang mengisyaratkan kepada kelemahan hadis ini. Mari kita tinjau lebih terperinci mudah-mudahan kita dibukakan pintu ilmu oleh Allah subhanahu wa taala.



Hadis ini diriwayatkan dengan sanadnya oleh al-'Uqaily dalam ad-Dhuafa' 2/ 620 (77, Ibnu 'Adiy dalam al-Kamil 1/ 292 (17) dan 5/ 188 (963), Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan 2/ 123 (1277), al-Baihaqiy dalam al-Madkhal ila as-Sunan 1/ 292 (324), dan dalam Syu'ab al-Iman 3/ 193 (1543), al-Khatib al-Baghdadiy dalam Tarikh Baghdad 9/ 363 (4931), dan dalam ar-Rihlah fi Tolab al-Hadis m/s 72, 75 dan 76, Ibnu Abd al-Barr dalam Jami' Bayan al-Ilm wa Fadlih 1/ 28 (20), 1/ 30 (22) dan 1/ 37 (29), as-Syajariy dalam al-Amali 1/ 58 dan ad-Dailamiy dalam Musnad al-Firdaus seperti dalam al-Firdaus bi Ma'thur al-Khitab 1/ 78 (236). Ia disebut juga dengan sebahagian sanad oleh ar-Rafi'iy dalam at-Tadwin fi Akhbar Qazwin 1/ 491.



Demikian beberapa kitab hadis yang dapat saya temui di dalamnya sanad hadis ini. Terdapat beberapa kitab lain yang tidak dapat saya pindahkan sanadnya kerana ketiadaan nuskhah atau kitab tersebut masih dalam bentuk manuskrip. Kitab-kitab tersebut ialah al-Fawaid oleh Ibnu 'Aliyyak an-Naisaburiy, al-Arbain karangan Abu al-Qasim al-Qusyairiy dan al-Muntaqa oleh ad-Dhiya' al-Maqdisiy. Saya cuba mencari manuskrip kitab-kitab tersebut dan menemui al-Muntaqa min kitab al-Arbain li al-Qusyairi tulisan ad-Dhiya' al-Maqdisiy tetapi manuskripnya tidak sempurna. Namun demikian, as-Syeikh Nasiruddin al-Albani –semoga Allah membalas jasanya- di dalam kitabnya Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah telah menukilkan sebahagian sanad penulis kitab-kitab tersebut(4). Saya mengikuti nukilan beliau berkaitan sanad dalam tiga kitab ini kerana saya mendapatinya tidak bertentangan dengan catatan para ulama' berkaitan hadis ini.



Kesemua penulis kitab di atas kecuali al-'Uqailiy meriwayatkan hadis ini dengan sanad masing-masing dan sanad mereka bertemu pada seorang perawi iaitu al-Hasan ibn 'Atiyyah. al-Hasan meriwayatkannya daripada Abu 'Atikah daripada Anas ibn Malik radhiyalLahu 'anhu dan disandarkan pada RasululLah sollalLahu alaihi wa sallam.

























Al-Hasan ibn 'Atiyyah adalah seorang yang soduq(5) menurut Abu Hatim(6). Menurut Ibnu 'Adiy, hanya al-Hasan seorang sahaja yang meriwayatkan lafaz *** ****** (walau ke negeri China) daripada Abu 'Atikah(7). Demikian juga pendapat Imam al-Hakim seperti yang dinyatakan oleh Ibnu al-Jauziy(. Namun, pernyataan al-Hakim dan Ibnu 'Adiy tersebut tersasar daripada kebenaran apabila didapati bahawa terdapat seorang perawi lagi yang meriwayatkan lafaz tersebut daripada Abu 'Atikah iaitu Hammad ibn Khalid al-Khayyath. Sanad ini diriwayatkan oleh al-'Uqailiy dalam kitabnya ad-Dhuafa'. Kata Ibnu al-Jauziy: "Ini adalah kesilapan daripada al-Hakim kerana ia telah diriwayatkan juga oleh selain daripada al-Hasan.(9)" al-'Uqailiy turut menyatakan: "Tidak diterima lafaz *** ****** (walau ke negeri China) kecuali melalui Abu 'Atikah.(10)"



Imam az-Zabidy di dalam huraiannya kepada kitab Ihya' Ulum ad-Din pula menyatakan: "Hadis ini diriwayatkan daripada Abu 'Atikah oleh enam perawi iaitu Muhammad ibn Ghalib at-Tamtam, Jaafar ibn Hasyim, al-Hasan ibn Ali ibn 'Abbad, Abu Bakar al-A'yun, al-Abbas ibn Talib dan al-Hasan ibn 'Atiyyah. al-Khatib telah meriwayatkan hadis ini melalui jalan mereka. Demikian juga al-Baihaqiy, ad-Dailamiy, Ibnu 'Adiy, al-'Uqailiy dan at-Tammam.(11)"



Saya katakan: Terdapat sedikit kesilapan pada catatan beliau –semoga Allah merahmati beliau-. Hanya dua orang perawi sahaja yang meriwayatkan hadis ini daripada Abu Atikah iaitu al-Hasan ibn 'Atiyyah dan Hammad ibn Khalid. Perawi lain yang disebut oleh beliau meriwayatkannya daripada al-Hasan ibn 'Atiyyah dan bukan daripada Abu 'Atikah. Saya juga tidak menemui hadis ini di dalam karangan at-Tammam seperti yang dinyatakan oleh beliau. Yang wujud dalam kitab Fawaid karangan at-Tammam ialah hadis yang kedua.

Demikian juga kesilapan yang terdapat pada catatan as-Sayutiy, Ibnu 'Arraq dan al-'Ajluniy(12) apabila mereka menyatakan bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya. Abu Ya'la sebenarnya meriwayatkan hadis kedua tanpa hadis pertama.



Kesimpulannya, kedua-dua sanad yang telah kita nyatakan tadi bertemu pada Abu 'Atikah. Apakah kedudukan Abu 'Atikah yang meriwayatkannya daripada sahabat Nabi, Anas ibn Malik radhiyalLahu 'anhu?

Abu 'Atikah namanya ialah Torif ibn Sulaiman. Kata Imam al-Bukhariy: Dia munkar al-hadis(13). Kata Abu Hatim pula: Dia zahib al-hadis (rosak hadisnya), dhoif al-hadis (lemah hadisnya)(14). Kata an-Nasaie: Bukan seorang thiqah(15). Kata Ibnu Hibban: Dia munkar al-hadis jiddan, dia meriwayatkan daripada Anas apa yang tidak menyerupai hadis beliau dan mungkin juga dia meriwayatkan daripada Anas apa yang bukan hadis beliau(16). Kata Ibnu 'Adiy: Dia matruk al-hadis (ditinggalkan hadisnya)(17). Berkata az-Zahabiy: Disepakati berkenaan kedhoifannya … as-Sulaimaniy telah menyebutnya di kalangan perawi yang dikenali dengan pemalsuan hadis(1. Ibnu Hajar bersetuju dengan pandangan al-Bukhariy terhadapnya dalam kitabnya Lisan al-Mizan dan menyimpulkan dalam Taqrib at-Tahzib: Dia dhoif dan as-Sulaimaniy telah berlebihan dalam mengkritiknya(19).

Ringkasannya, Abu 'Atikah adalah seorang yang sering meriwayatkan hadis-hadis yang munkar sehingga ditinggalkan hadisnya. Saya telah melihat beberapa hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah secara kasar dan mendapati kebanyakannya adalah munkar. Ibnu 'Adiy telah menyebutkan beberapa hadis munkar yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah daripada Anas dan menyatakan bahawa sebahagian besar hadis yang diriwayatkan olehnya daripada Anas tidak disokong oleh sanad perawi yang lain.

Berdasarkan pandangan para imam yang menilai perawi tersebut, dapat dibuat satu kesimpulan awal bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah berada sekurang-kurangnya pada kedudukan yang sangat lemah iaitu sangat dhoif. Sanad Abu 'Atikah ini tidak akan meningkat tarafnya meskipun dengan sokongan sanad yang lain sekiranya ditemui. Sebahagian besar ulama dan pengkaji hadis telah pun menghukum hadis ini sebagai hadis yang batil.



Berkata Imam al-Bazzar: "Tidak dikenali Abu 'Atikah dan tidak diketahui dari mana dia. Tiadalah bagi hadis ini asal.(20)" Berkata Ibnu Hibban: "Hadis ini batil, tiada asal baginya.(21)" Ibnu al-Qaisaraniy telah mencatatkan hadis ini sebagai hadis tidak sah penyandarannya kepada Nabi(22). Ibnu al-Jauziy pula telah mencatatkan hadis ini di dalam kitabnya al-Maudhuat yang menghimpunkan hadis-hadis palsu. Katanya: "Hadis ini tidak sah daripada RasululLah.(23)" Antara para muhaddis yang turut bersetuju dengan kebatilan hadis ini ialah as-Sakhawiy(24), Ibnu 'Arraq(25) dan as-Syaukaniy(26). Demikian juga pandangan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah(27).



Terdapat sebahagian ulama dan pengkaji hadis yang menilai bahawa hadis ini tidak sampai ke taraf batil. Mereka ialah ialah as-Sayutiy, al-Munawiy dan al-Qauqajiy(2. Syeikh Nuruddin al-'Itr pula telah menyatakan bahawa ia sangat dhoif sehingga tidak boleh dinaikkan tarafnya(29).



Menurut as-Sayutiy, Abu 'Atikah adalah salah seorang perawi dalam kitab Sunan at-Tirmizy dan dia tidak pernah dikritik kerana penipuan atau sebarang tuduhan terhadapnya(30). Ibnu 'Arraq menjawab pendapat as-Sayutiy ini dengan katanya: "Kenyataan bahawa dia tidak pernah dikritik adalah tersanggah.(31)" Ibnu 'Arraq telah menaqalkan pandangan as-Sulaimaniy terhadap Abu 'Atikah di awal kitabnya ketika menyenaraikan pemalsu hadis. Bahkan anda sekalian telah melihat pandangan ulama dan pengkaji terhadap Abu 'Atikah.



Kata al-Munawiy pula:

"Ibnu al-Jauziy telah memutuskan kepalsuan hadis ini dan beliau disangkal dengan kenyataan al-Mizziy bahawa ia mempunyai beberapa sanad yang memungkinkannya sampai ke taraf hasan dengan sokongan kesemuanya dan (beliau disangkal) dengan kenyataan az-Zahabiy dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa ia diriwayatkan melalui beberapa sanad yang punah dan sebahagiannya soleh (boleh diterima).(32)"











Namun, setelah menyemak kenyataan al-Mizziy dan az-Zahabiy, didapati bahawa kedua-duanya tidak menyangkal keputusan Ibnu al-Jauziy kerana kenyataan mereka adalah berkaitan dengan hadis ((Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim)) dan bukan hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)). Ini merupakan satu kesilapan oleh al-Munawiy dan sebelumnya al-'Ajluniy. Demikian juga kesilapan as-Syeikh al-Fattaniy al-Hindiy kerana tidak membezakan perkataan ulama berkaitan kedua-dua hadis ini(33).



Akhirnya, saya mendapati bahawa pendapat yang mengatakan bahawa hadis ini adalah batil merupakan pandangan yang tepat. Ibnu al-Jauziy telah melihat aspek ini lalu meletakkannya bersama hadis-hadis yang palsu meskipun dari segi zahir sanad, ia tidak sampai ke tahap hadis palsu. Namun, dari segi kesimpulannya, hadis ini tidak boleh disandarkan sama sekali kepada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam. Kecacatan pada sanad hadis ini begitu ketara dan sanad ini adalah sanad yang terbaik berbanding sanad-sanad lain bagi hadis ini.



Apakah ada sanad yang lain? Ya, hadis ini turut diriwayatkan melalui jalan az-Zuhriy daripada Anas ibn Malik. Jika demikian, mengapa kita tidak menilai sanad ini terlebih dahulu kerana az-Zuhriy adalah seorang imam yang lebih tinggi darjatnya daripada Abu 'Atikah?

Jawapannya: Sanad az-Zuhriy adalah tidak sabit daripadanya kerana padanya ada Ya'qub ibn Ishak al-'Asqalaniy. Sanad ini diriwayatkan oleh Ibnu Abd al-Barr dalam kitabnya Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih(34).

Ya'qub ibn Ishak adalah seorang pendusta menurut Imam az-Zahabiy dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaniy. Kata az-Zahabiy: Ya'qub ibn Ishaq al-'Asqalaniy seorang pendusta(35). Kata Ibnu Hajar:

"Pendusta … Dia (Ya'qub) meriwayatkan juga daripada UbaidulLah ibn Muhammad al-Faryabiy, daripada Sufyan, daripada az-Zuhriy, daripada Anas radhiyalLahu 'anhu secara marfu' (dengan disandarkan pada RasululLah bahawa baginda berkata): ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardhu ke atas setiap muslim)). Dia meriwayatkannya juga dengan satu sanad daripada Ibrahim an-Nakhaie bahawa beliau berkata: Aku mendengar daripada Anas radhiyalLahu 'anhu seperti hadis ini, sedangkan Ibrahim an-Nakhaie tidak mendengar daripada Anas walau satu hadis sekalipun."



Ibnu Hajar juga menyebut:



Maslamah ibn Qasim telah menyebutnya (Ya'qub) dalam kitab as-Silah dan mencatatkan bahawa dia mempunyai beberapa orang syeikh (guru). Kata Maslamah: Aku menulis hadis daripadanya dan para ahli hadis berbeza pendapat mengenainya. Sebahagian mereka mengatakannya dhoif dan sebahagian pula mengatakannya thiqah. Aku melihat mereka menulis daripadanya, maka aku pun menulis daripadanya. Dia bagi diriku soleh, jaiz al-Hadis (boleh diterima hadisnya)(36).



Rakaman Ibnu Hajar akan kata-kata Maslamah ini tidak bermakna bahawa beliau menyetujuinya. Ibnu Hajar telah mensifatkannya sebagai pendusta bahkan pemalsu. Selain itu, Ya'qub juga telah dihuraikan sebab kritikan terhadapnya. Oleh itu, sebarang pujian yang umum tidak boleh menyanggah kritikan tersebut. Seterusnya, kenyataan bahawa sebahagian ahli hadis mengatakannya thiqah adalah diragui kerana tidak diketahui walau seorang pun yang mengatakan demikian. Yang diketahui adalah sebahagian besar ahli hadis mensifatkannya sebagai pendusta.

Kesimpulannya, sanad az-Zuhriy ini juga tidak boleh dipakai kerana wujudnya pendusta tersebut.









Terdapat satu jalan lain bagi hadis ini yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi yang lain iaitu Abu Hurairah. Sanad ini dinyatakan oleh Ibnu 'Adiy dalam kitabnya al-Kamil dan pada sanad ini terdapat seorang perawi bernama Ahmad ibn AbdulLah al-Juwaibariy. Siapakah perawi ini? Mari kita lihat pandangan Ibnu 'Adiy sendiri. Kata beliau:



Ahmad ibn AbdulLah al-Harawiy dikenali dengan al-Juwaibariy… dia meriwayatkan hadis daripada Jarir, al-Fadl ibn Musa dan selain mereka berdua dengan hadis-hadis yang dia palsukan terhadap mereka. Dia memalsukan hadis untuk Ibnu Karam berdasarkan apa yang dia kehendaki dan Ibnu Karam memasukkannya ke dalam kitab-kitabnya (yang ditulis olehnya) daripadanya (Ahmad). Ibnu Karam menamakannya (dalam kitab tersebut) dengan Ahmad ibn AbdulLah as-Syaibaniy.



Kemudian, Ibnu 'Adiy menyebutkan bahawa Ibnu Karam meriwayatkan daripada al-Juwaibary hadis "tuntutlah ilmu ke negeri China" ini. Ibnu 'Adiy menyebut selepasnya: "Hadis ini dengan sanad ini adalah batil. Ia diriwayatkan oleh al-Hasan ibn 'Atiyyah, daripada Abu 'Atikah, daripada Anas.(37)"



Kesimpulannya, sanad kepada Abu Hurairah ini adalah palsu. Kata Ibnu al-Qaisaraniy: al-Juwaibairy telah mencuri hadis ini dan mencipta baginya sanad yang baru(3.



Saya telah menyebut ketika membicarakan sanad Abu 'Atikah bahawa kedudukannya tidak membolehkan sanad itu dinaikkan tarafnya meskipun dengan sokongan sanad-sanad yang lain. Justru, mengapa saya membawa dua sanad yang mengandungi pendusta dan pemalsu di atas dalam perbincangan yang memperlihatkan seolah-olah saya ingin memberi sokongan kepada sanad Abu 'Atikah?

Hal ini kerana Imam as-Sayutiy telah menyebut kedua-dua sanad ini sebagai penyokong dalam kitabnya al-La'aliy al-Masnu'ah ketika menyelisih pandangan Ibnu al-Jauziy bahawa hadis ini adalah palsu. Dengan membincangkan kedua-dua sanad ini jelas bahawa kedua-duanya sama sekali tidak boleh dijadikan penyokong kepada sanad Abu 'Atikah.



Sebagai makluman juga, terdapat satu lagi sanad bagi hadis ini yang zahirnya seperti sanad yang sangat sahih! Namun, sanad ini diriwayatkan dalam sebuah kitab yang tidak sabit sandarannya kepada pengarangnya. Kitab yang saya maksudkan ialah musnad yang disandarkan kepada ar-Rabi' ibn Habib. Kitab ini adalah pegangan utama puak Ibadhiyyah. Sanad kitab ini hatta daripada penyusunnya iaitu al-Warjalaniy kepada pengarangnya tidak bersambungan(39).


KESIMPULAN!!!

Berdasarkan pandangan ulama berkenaan hadis di atas, hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) ini adalah hadis yang batil dan tidak sah daripada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam seperti pandangan al-Bazzar, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauziy dan ulama yang lain. Menyandarkan hadis ini kepada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam adalah satu kesalahan yang besar meskipun ia membawa makna yang sangat baik. Bahkan hadis yang dhoif sekalipun tidak boleh disandarkan kepada RasululLah. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang mengetahui kebatilan hadis ini untuk mengelakkan berlakunya penyandaran hadis ini kepada RasululLah.

Kenyataan ini tidak bermakna bahawa ilmu tidak perlu dituntut dengan bersungguh-sungguh. Makna ungkapan ini adalah betul dan bertepatan dengan hadis-hadis yang lain. Bahkan maknanya adalah sangat baik dan bermanfaat. Yang dipertikaikan adalah penyandarannya kepada RasululLah. Bukankah banyak hadis-hadis lain berkenaan kelebihan menuntut ilmu yang telah jelas kesahihannya daripada kekasih Allah, sollalLah alaihi wa sallam?




(1) Sanad ialah rangkaian perawi yang menyampaikan kepada sesuatu matan hadis (ayat atau ungkapannya).




(2) Berdasarkan pembacaan awal, saya dapati hadis kedua ini diriwayatkan melalui lebih kurang lima puluh sanad.




(3) al-'Iraqiy, al-Mughni 'an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi takhrij ma fi al-Ihya' min al-Akhbar, jil. 1, ms. 9.




(4) al-Albani, Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah, jil. 1, ms. 600.




(5) Soduq bermaksud sangat jujur. Ia adalah satu martabat selepas thiqah.




(6) Ibnu Abi Hatim, al-Jarh wa at-Ta'dil, jil. 3, ms 27.




(7) Ibnu 'Adiy, al-Kamil fi Dhuafa' ar-Rijal, jil. 5, ms. 188.




( Ibnu al-Jauziy, al-Maudhuat, jil. 1, ms. 348.




(9) Ibid, jil. 1, ms. 348.




(10) al-'Uqailiy, ad-Dhuafa', jil. 2, ms. 620 (77.




(11) az-Zabidiy, Ittihaf as-Sadah al-Muttaqin Syarah Ihya' Ulum ad-Din, jil. 1, m.s. 98-99.




(12) al-'Ajluniy, Kasyfu al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas, jil. 1, ms. 124 (397).




(13) al-Bukhariy, at-Tarikh al-Kabir, jil. 4, ms. 357. Berkata Imam al-Bukhariy: Setiap perawi yang aku katakan padanya munkar al-hadis, maka tidak halal periwayatan daripadanya. Lihat Mizan al-I'tidal jil. 1, ms. 6.




(14) Ibnu Abi Hatim, al-Jarh wa at-Ta'dil, jil. 4, ms. 494.




(15) an-Nasaie, ad-Dhu'afa wa al-Matrukun, ms. 60. Lafaz an-Nasaie ini adakalanya membawa maksud matruk (ditinggalkan) di sisinya.




(16) Ibnu Hibban, al-Majruhin min al-Muhaddisin, jil. 1, ms. 488.




(17) Ibnu 'Adiy, al-Kamil, jil. 5, ms. 188.




(1 az-Zahabiy, Mizan al-I'tidal, jil. 4, ms. 542.




(19) Ibnu Hajar al-'Asqalaniy, Taqrib at-Tahzib, ms. 1168, (8255).




(20) al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, jil. 1, ms. 175 (95).




(21) Ibnu Hibban, al-Majruhin, jil. 1, ms. 489.




(22) Ibnu al-Qaisaraniy, Tazkirah al-Huffaz, ms. 61 dan Zakhirah al-Huffaz jil. 1, ms. 416 (543).




(23) Ibnu al-Jauziy, al-Maudhuat min al-Ahadis al-Marfu'at, jil. 1, ms. 349.




(24) as-Sakhawiy, al-Maqasid al-Hasanah, ms. 121 (125).




(25) Ibnu 'Arraq, Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah, jil. 1, ms. 258.




(26) as-Sayukaniy, al-Fawaid al-Majmuah, ms. 272.




(27) al-Albani, Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah, jil. 1, ms. 600.




(2 al-Qauqajiy, al-Lu'lu' al-Marsu', ms. 40.




(29) Lihat tahqiq ar-Rihlah fi Tolab al-Hadis oleh Nuruddin al-'Itr, ms. 75.




(30) as-Sayutiy, al-La'aliy al-Masnu'ah, jil. 1, ms. 193.




(31) Ibnu 'Arraq, Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah, jil. 1, ms. 258.




(32) al-Munawiy, Faidh al-Qadir, jil. 1, ms. 542 (1110).




(33) al-Fattaniy, Tazkirah al-Maudhuat, ms. 19.




(34) Ibnu Abd al-Barr, Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih, jil. 1, ms. 37.




(35) az-Zahabiy, Mizan al-I'tidal, jil. 4, ms. 449 (9804).




(36) Ibnu Hajar al-'Asqalaniy, Lisan al-Mizan, jil. 7, ms. 497 (9409).




(37) Ibnu 'Adiy, al-Kamil, jil. 1, ms. 291.




(3 Ibnu al-Qaisaraniy, Zakhirah al-Huffaz, jil. 1, ms. 417 (543).




(39) Lihat perinciannya dalam Kutub Hazzara Minha al-Ulama' oleh Sy. Masyhur, jil. 2, ms. 295-297.

[ Posting ini telah di edit oleh: u_medina pada 2005-04-27 15:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 11:59


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah atas paparan anakanda tentang hadis palsu tersebut. Ramai orang Islam yang masih menggunakannya demi memberi semangat belajar (motivasi) tetapi bagi kita yang ingin menjaga akan setiap yang diamal ada nas dan dalilnya akan merasa terpukul terutama bila yang terus menggunakan hadis palsu ini adalah para ustaz di ceramah-ceramah umum dan sebagainya. Mungkin mereka anggap hadis palsu dibolehkan untuk memberi motivasi sedangkan api neraka menanti bagi yang meneruskan penggunaan hadis palsu itu.

"Sesiapa yang mendustaiku dengan sengaja, maka bersedialah tempatnya di neraka." (HR Bukhari Muslim)

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu dalam urusan agama kami yang tidak ada dasarnya maka amalnya tertolak." (HR Bukhari & Muslim)



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

salamuNajah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14358
Posting: 98
Dari: darul ridwan

Perak  


posticon Posting pada: 22-04-05 12:25


terima kasih atas info ni..
ana sememangnya sdg mncari-cari ttg hal ni..pernah terfikir sbelum ni,kenape hadis ni gunakan neg.china knape tak neg.lain..terjawab jgk persoalan nih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For salamuNajahProfil   Hantar PM kepada salamuNajah   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 22-04-05 16:57


WRT...

Matan hadith:

أطلبوا العلم ولو بالصين، فان طلب العلم فريضة على كل مسلم

Dalam kitab Khasfu Khafa', muka surat 154, pada hadith bernombor 398, telah dikatakan oleh al 'ajluni ialah:

رواه البيهقي والخطيب وإبن عبد البر والديلمي وغيرهم عن أنس، وهو ضعيف...

1) Dhoif-kata Imam Baihaqi, al Khatib dan lain2.

Jadi, ada pendapat Imam yang mengatakan ianya adalah dhoif.

Jadi bagaimana?

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-28 22:29 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 00:32


Hadis ni jadu maudhu,palsu.
Bkn kerana isinya...

Hadis ni sebenarnya adalah kata kata seorang ulama'

Kalau x silap ana,kata-kata Imam Shafie.Sebab tue lah dia jadi maudhu.bkn daripada Rasulullah,tetapi daripada orang lain.

*Betulkan yer kalau salah,pada muhadis2 yg ada dlm forum.

[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-04-23 00:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 23-04-05 03:26


ooo.. ye ke? jadi sekarang ni maudhuk atau dhaif?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 09:12


Assalamu-alaikum

Inilah dia.....matlamat menghalalkan cara......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 23-04-05 12:06


Quote:

On 2005-04-23 00:32, Islamic_prince88 wrote:
Hadis ni jadu maudhu,palsu.
Bkn kerana isinya...



Mmm saya tak pernah jumpa lak dalam kitab mustalah hadith di katakan sebegini. Cuba bagi kitab apa yang kata cam tu.

Quote:

On 2005-04-23 00:32, Islamic_prince88 wrote:
Hadis ni sebenarnya adalah kata kata seorang ulama'
Kalau x silap ana,kata-kata Imam Shafie.Sebab tue lah dia jadi maudhu.bkn daripada Rasulullah,tetapi daripada orang lain.[quote]




Dan pertama kali saya dengar kalam ini adalah dari Imam Syafie. Untuk pengetahun saudara, Imam Baihaqi ada menulis sebuah kitab bertajuk: Manaqib Imam Syafie.

Tapi, dalam kitab Kashful Qafa', di katakan hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dan lain-lain daripada anas dengan status hadith ini dhoif. Dan ada lagi perbahasan oleh Imam 'ajluni, saudara leh rujuk la kitab tersebut.

Quote:

On 2005-04-23 09:12, mawa wrote:
Inilah dia.....matlamat menghalalkan cara......



Boleh saudara/ri perjelaskan matan saudara, dak ngerti. Matlamat apa yang menghalalkan cara?

-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 12:09




Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-04-05 12:28




Quote:
Kalau x silap ana,kata-kata Imam Shafie.Sebab tue lah dia jadi maudhu.bkn daripada Rasulullah,tetapi daripada orang lain.




ana rasa begini...

jgn kita pandai2 menuduh 'ulama dgn tuduhan2 yg bukan2...cukuplah albani dan konco-konconya yg buat fe'el begitu....kita toksahlah sbb 'ulama ni pewaris nabi....

Quote:
Dan pertama kali saya dengar kalam ini adalah dari Imam Syafie. Untuk pengetahun saudara, Imam Baihaqi ada menulis sebuah kitab bertajuk: Manaqib Imam Syafie.

Tapi, dalam kitab Kashful Qafa', di katakan hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dan lain-lain daripada anas dengan status hadith ini dhoif. Dan ada lagi perbahasan oleh Imam 'ajluni, saudara leh rujuk la kitab tersebut.




ana setuju dgn akh an-naqshy bahawa kita perlu rujukan, jgn semberono shj menuduh dan mendakwa....tak baik....jgn jadi mcm golongan-golongan tertentu yg pandai2 membuat dakwaan yg pelbagai tentang amalan-amalan dalam Islam seolah-olah mereka shj yg betul....

Quote:
Inilah dia.....matlamat menghalalkan cara......



ana berpendapat kata-kata ini bukan ditujukan pd an-anqshy tp pd pihak2 yg ana sebut sebelum nie...

wa allahu a'lam bis sawab....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 23-04-05 12:36



ana dah penin ni...
terima kasih dengan info2 yang sangat berguna nih..

ana ni bukan budak fak peng Islam, dulu pun skolah biasa jer tapi nak juga tahu ilmu2 hadis nih..
camner nak belajar? setakat basic cukuplah..asalkan tak ditipu dan tertipu..yelah.. skarg ni dah macam2 ana dengar pasal penipuan hadis
kalau nak rujuk buku, buku apa yang senang ditelaah?
lagi satu mengenai hadis jihd, jihat yang paling utama ialah melwan nafsu ker, berperang di jaln Allah?? itu pun mengkonpius ana...



Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-04-05 12:37




ana cadangkan enti rujuk ke jab mufti kedah untuk penjelasan lanjut ttg hadith2 nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 14:20



Quote:



samelah dengan ana...jihad mana yg lebih utama?? nafsu ke Berperang?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

salamuNajah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14358
Posting: 98
Dari: darul ridwan

Perak  


posticon Posting pada: 23-04-05 14:35


Quote:

On 2005-04-23 09:12, mawa wrote:
Assalamu-alaikum

Inilah dia.....matlamat menghalalkan cara......


---------------------------------------------------------
ana pernah dgr dlm al-kuliyyah kalo x slp...seorang ulama' kata...matlamat sekali-kali x menghalalkan cara...kalo sape2 tau blh tlg jelaskan x?

Bookmark and Share

    


  Member Information For salamuNajahProfil   Hantar PM kepada salamuNajah   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-05 16:09


Setahu ana ini adalah kata- kata ulamak...Tapi ana tak tahu sapa ulamak tu...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 23-04-05 21:22


Quote:

On 2005-04-23 16:09, mizie_hafiz80 wrote:
Setahu ana ini adalah kata- kata ulamak...Tapi ana tak tahu sapa ulamak tu...!



...

Mahu bertanya, perkataan ini dalam posting saudara tu dikembalikan pada apa?

waAllahua'lam.

-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 22:43


Ana x menuduh Imam Shafie lansung dalam hal ni..ana mmg pernah terbaca 1 buku yg mengatakan antara kata-kata imam shafie adalah 'tuntut ilmu walau ke negara cina'.

Wallahualam adakah ianya daripada Imam Shafie,atau pun ulama2 lain.

atau,adakah benar ia hadis Rasulullah s.a.w?..

namun ada pendapat yg mengatakan ianya
1.maudhu
2.daif je kot?

Wallahualam...

*kene rujuk balik nih..ahehe..tp rasenyer perkara ni x perlu la mejd perkara yg boleh membawa kpd pertelingkahan.





[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-04-23 22:45 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-04-23 22:45 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 23-04-05 22:53


Quote:

On 2005-04-23 22:43, Islamic_prince88 wrote:

namun ada pendapat yg mengatakan ianya
1.maudhu
2.daif je kot?

*kene rujuk balik nih..ahehe..tp rasenyer perkara ni x perlu la mejd perkara yg boleh membawa kpd pertelingkahan.



Elok kita masing-maisng rujuk.

Ingin minta penjelasan; daif je kot tu apa maksudnya?



waAllhua'lam.

-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 10:16


assalamualaikum. perincian ini diberi kpd saya oleh saudara khairil husaini, pelajar master di u madinah, qismu sunnah, harap dpt menjawab segala pertanyaan.Permulaannya, hadis ini diriwayatkan oleh kebanyakan penulis kitab hadis dengan tambahan di akhirnya. Ungkapan hadis ini adalah seperti berikut:



****** ***** *** ****** *** *** ***** ***** *** ** ****

((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim)).



Kajian terhadap hadis ini terpaksa dipisahkan menjadi dua bahagian iaitu kajian terhadap ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) dan kajian terhadap ((sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim)). Hal ini kerana bahagian kedua hadis ini telah diriwayatkan dengan sanad-sanad(1) yang lain daripada sanad bahagian pertama yang menyebabkan ia dikira sebagai hadis yang lain. Dalam penulisan ini, saya hanya akan membincangkan hadis yang pertama kerana hadis yang kedua memerlukan kepada penulisan yang lain.(2)

Terdapat beberapa orang ulama terdahulu yang telah menulis penilaian terhadap hadis ini. Yang saya temui di kalangan mereka ialah Imam al-'Iraqiy dan Imam az-Zabidiy. Kedua-dua mereka telah membicarakan berkaitan hadis ini apabila mereka menilai hadis-hadis yang disebut oleh Imam al-Ghazaliy di dalam kitabnya Ihya' Ulum ad-Din.



Kata Imam al-'Iraqiy dalam penilaiannya terhadap hadis-hadis kitab 'Ihya:



"Hadis ini diriwayatkan dengan sanadnya oleh Ibnu 'Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqiy dalam as-Syu'ab dan al-Madkhal, Ibnu Abd al-Barr dalam al-'Ilm daripada Abu 'Atikah, daripada Anas. Abu 'Atikah munkar al-Hadis (diingkari hadisnya). Berkata al-Baihaqiy: Hadis ini masyhur dan sanad-sanadnya dhoif.(3)"



Demikian penjelasan ringkas Imam al-'Iraqiy yang mengisyaratkan kepada kelemahan hadis ini. Mari kita tinjau lebih terperinci mudah-mudahan kita dibukakan pintu ilmu oleh Allah subhanahu wa taala.



Hadis ini diriwayatkan dengan sanadnya oleh al-'Uqaily dalam ad-Dhuafa' 2/ 620 (77, Ibnu 'Adiy dalam al-Kamil 1/ 292 (17) dan 5/ 188 (963), Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan 2/ 123 (1277), al-Baihaqiy dalam al-Madkhal ila as-Sunan 1/ 292 (324), dan dalam Syu'ab al-Iman 3/ 193 (1543), al-Khatib al-Baghdadiy dalam Tarikh Baghdad 9/ 363 (4931), dan dalam ar-Rihlah fi Tolab al-Hadis m/s 72, 75 dan 76, Ibnu Abd al-Barr dalam Jami' Bayan al-Ilm wa Fadlih 1/ 28 (20), 1/ 30 (22) dan 1/ 37 (29), as-Syajariy dalam al-Amali 1/ 58 dan ad-Dailamiy dalam Musnad al-Firdaus seperti dalam al-Firdaus bi Ma'thur al-Khitab 1/ 78 (236). Ia disebut juga dengan sebahagian sanad oleh ar-Rafi'iy dalam at-Tadwin fi Akhbar Qazwin 1/ 491.



Demikian beberapa kitab hadis yang dapat saya temui di dalamnya sanad hadis ini. Terdapat beberapa kitab lain yang tidak dapat saya pindahkan sanadnya kerana ketiadaan nuskhah atau kitab tersebut masih dalam bentuk manuskrip. Kitab-kitab tersebut ialah al-Fawaid oleh Ibnu 'Aliyyak an-Naisaburiy, al-Arbain karangan Abu al-Qasim al-Qusyairiy dan al-Muntaqa oleh ad-Dhiya' al-Maqdisiy. Saya cuba mencari manuskrip kitab-kitab tersebut dan menemui al-Muntaqa min kitab al-Arbain li al-Qusyairi tulisan ad-Dhiya' al-Maqdisiy tetapi manuskripnya tidak sempurna. Namun demikian, as-Syeikh Nasiruddin al-Albani –semoga Allah membalas jasanya- di dalam kitabnya Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah telah menukilkan sebahagian sanad penulis kitab-kitab tersebut(4). Saya mengikuti nukilan beliau berkaitan sanad dalam tiga kitab ini kerana saya mendapatinya tidak bertentangan dengan catatan para ulama' berkaitan hadis ini.



Kesemua penulis kitab di atas kecuali al-'Uqailiy meriwayatkan hadis ini dengan sanad masing-masing dan sanad mereka bertemu pada seorang perawi iaitu al-Hasan ibn 'Atiyyah. al-Hasan meriwayatkannya daripada Abu 'Atikah daripada Anas ibn Malik radhiyalLahu 'anhu dan disandarkan pada RasululLah sollalLahu alaihi wa sallam.

























Al-Hasan ibn 'Atiyyah adalah seorang yang soduq(5) menurut Abu Hatim(6). Menurut Ibnu 'Adiy, hanya al-Hasan seorang sahaja yang meriwayatkan lafaz *** ****** (walau ke negeri China) daripada Abu 'Atikah(7). Demikian juga pendapat Imam al-Hakim seperti yang dinyatakan oleh Ibnu al-Jauziy(. Namun, pernyataan al-Hakim dan Ibnu 'Adiy tersebut tersasar daripada kebenaran apabila didapati bahawa terdapat seorang perawi lagi yang meriwayatkan lafaz tersebut daripada Abu 'Atikah iaitu Hammad ibn Khalid al-Khayyath. Sanad ini diriwayatkan oleh al-'Uqailiy dalam kitabnya ad-Dhuafa'. Kata Ibnu al-Jauziy: "Ini adalah kesilapan daripada al-Hakim kerana ia telah diriwayatkan juga oleh selain daripada al-Hasan.(9)" al-'Uqailiy turut menyatakan: "Tidak diterima lafaz *** ****** (walau ke negeri China) kecuali melalui Abu 'Atikah.(10)"



Imam az-Zabidy di dalam huraiannya kepada kitab Ihya' Ulum ad-Din pula menyatakan: "Hadis ini diriwayatkan daripada Abu 'Atikah oleh enam perawi iaitu Muhammad ibn Ghalib at-Tamtam, Jaafar ibn Hasyim, al-Hasan ibn Ali ibn 'Abbad, Abu Bakar al-A'yun, al-Abbas ibn Talib dan al-Hasan ibn 'Atiyyah. al-Khatib telah meriwayatkan hadis ini melalui jalan mereka. Demikian juga al-Baihaqiy, ad-Dailamiy, Ibnu 'Adiy, al-'Uqailiy dan at-Tammam.(11)"



Saya katakan: Terdapat sedikit kesilapan pada catatan beliau –semoga Allah merahmati beliau-. Hanya dua orang perawi sahaja yang meriwayatkan hadis ini daripada Abu Atikah iaitu al-Hasan ibn 'Atiyyah dan Hammad ibn Khalid. Perawi lain yang disebut oleh beliau meriwayatkannya daripada al-Hasan ibn 'Atiyyah dan bukan daripada Abu 'Atikah. Saya juga tidak menemui hadis ini di dalam karangan at-Tammam seperti yang dinyatakan oleh beliau. Yang wujud dalam kitab Fawaid karangan at-Tammam ialah hadis yang kedua.

Demikian juga kesilapan yang terdapat pada catatan as-Sayutiy, Ibnu 'Arraq dan al-'Ajluniy(12) apabila mereka menyatakan bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya. Abu Ya'la sebenarnya meriwayatkan hadis kedua tanpa hadis pertama.



Kesimpulannya, kedua-dua sanad yang telah kita nyatakan tadi bertemu pada Abu 'Atikah. Apakah kedudukan Abu 'Atikah yang meriwayatkannya daripada sahabat Nabi, Anas ibn Malik radhiyalLahu 'anhu?

Abu 'Atikah namanya ialah Torif ibn Sulaiman. Kata Imam al-Bukhariy: Dia munkar al-hadis(13). Kata Abu Hatim pula: Dia zahib al-hadis (rosak hadisnya), dhoif al-hadis (lemah hadisnya)(14). Kata an-Nasaie: Bukan seorang thiqah(15). Kata Ibnu Hibban: Dia munkar al-hadis jiddan, dia meriwayatkan daripada Anas apa yang tidak menyerupai hadis beliau dan mungkin juga dia meriwayatkan daripada Anas apa yang bukan hadis beliau(16). Kata Ibnu 'Adiy: Dia matruk al-hadis (ditinggalkan hadisnya)(17). Berkata az-Zahabiy: Disepakati berkenaan kedhoifannya … as-Sulaimaniy telah menyebutnya di kalangan perawi yang dikenali dengan pemalsuan hadis(1. Ibnu Hajar bersetuju dengan pandangan al-Bukhariy terhadapnya dalam kitabnya Lisan al-Mizan dan menyimpulkan dalam Taqrib at-Tahzib: Dia dhoif dan as-Sulaimaniy telah berlebihan dalam mengkritiknya(19).

Ringkasannya, Abu 'Atikah adalah seorang yang sering meriwayatkan hadis-hadis yang munkar sehingga ditinggalkan hadisnya. Saya telah melihat beberapa hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah secara kasar dan mendapati kebanyakannya adalah munkar. Ibnu 'Adiy telah menyebutkan beberapa hadis munkar yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah daripada Anas dan menyatakan bahawa sebahagian besar hadis yang diriwayatkan olehnya daripada Anas tidak disokong oleh sanad perawi yang lain.

Berdasarkan pandangan para imam yang menilai perawi tersebut, dapat dibuat satu kesimpulan awal bahawa hadis yang diriwayatkan oleh Abu 'Atikah berada sekurang-kurangnya pada kedudukan yang sangat lemah iaitu sangat dhoif. Sanad Abu 'Atikah ini tidak akan meningkat tarafnya meskipun dengan sokongan sanad yang lain sekiranya ditemui. Sebahagian besar ulama dan pengkaji hadis telah pun menghukum hadis ini sebagai hadis yang batil.



Berkata Imam al-Bazzar: "Tidak dikenali Abu 'Atikah dan tidak diketahui dari mana dia. Tiadalah bagi hadis ini asal.(20)" Berkata Ibnu Hibban: "Hadis ini batil, tiada asal baginya.(21)" Ibnu al-Qaisaraniy telah mencatatkan hadis ini sebagai hadis tidak sah penyandarannya kepada Nabi(22). Ibnu al-Jauziy pula telah mencatatkan hadis ini di dalam kitabnya al-Maudhuat yang menghimpunkan hadis-hadis palsu. Katanya: "Hadis ini tidak sah daripada RasululLah.(23)" Antara para muhaddis yang turut bersetuju dengan kebatilan hadis ini ialah as-Sakhawiy(24), Ibnu 'Arraq(25) dan as-Syaukaniy(26). Demikian juga pandangan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah(27).



Terdapat sebahagian ulama dan pengkaji hadis yang menilai bahawa hadis ini tidak sampai ke taraf batil. Mereka ialah ialah as-Sayutiy, al-Munawiy dan al-Qauqajiy(2. Syeikh Nuruddin al-'Itr pula telah menyatakan bahawa ia sangat dhoif sehingga tidak boleh dinaikkan tarafnya(29).



Menurut as-Sayutiy, Abu 'Atikah adalah salah seorang perawi dalam kitab Sunan at-Tirmizy dan dia tidak pernah dikritik kerana penipuan atau sebarang tuduhan terhadapnya(30). Ibnu 'Arraq menjawab pendapat as-Sayutiy ini dengan katanya: "Kenyataan bahawa dia tidak pernah dikritik adalah tersanggah.(31)" Ibnu 'Arraq telah menaqalkan pandangan as-Sulaimaniy terhadap Abu 'Atikah di awal kitabnya ketika menyenaraikan pemalsu hadis. Bahkan anda sekalian telah melihat pandangan ulama dan pengkaji terhadap Abu 'Atikah.



Kata al-Munawiy pula:

"Ibnu al-Jauziy telah memutuskan kepalsuan hadis ini dan beliau disangkal dengan kenyataan al-Mizziy bahawa ia mempunyai beberapa sanad yang memungkinkannya sampai ke taraf hasan dengan sokongan kesemuanya dan (beliau disangkal) dengan kenyataan az-Zahabiy dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa ia diriwayatkan melalui beberapa sanad yang punah dan sebahagiannya soleh (boleh diterima).(32)"











Namun, setelah menyemak kenyataan al-Mizziy dan az-Zahabiy, didapati bahawa kedua-duanya tidak menyangkal keputusan Ibnu al-Jauziy kerana kenyataan mereka adalah berkaitan dengan hadis ((Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim)) dan bukan hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)). Ini merupakan satu kesilapan oleh al-Munawiy dan sebelumnya al-'Ajluniy. Demikian juga kesilapan as-Syeikh al-Fattaniy al-Hindiy kerana tidak membezakan perkataan ulama berkaitan kedua-dua hadis ini(33).



Akhirnya, saya mendapati bahawa pendapat yang mengatakan bahawa hadis ini adalah batil merupakan pandangan yang tepat. Ibnu al-Jauziy telah melihat aspek ini lalu meletakkannya bersama hadis-hadis yang palsu meskipun dari segi zahir sanad, ia tidak sampai ke tahap hadis palsu. Namun, dari segi kesimpulannya, hadis ini tidak boleh disandarkan sama sekali kepada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam. Kecacatan pada sanad hadis ini begitu ketara dan sanad ini adalah sanad yang terbaik berbanding sanad-sanad lain bagi hadis ini.



Apakah ada sanad yang lain? Ya, hadis ini turut diriwayatkan melalui jalan az-Zuhriy daripada Anas ibn Malik. Jika demikian, mengapa kita tidak menilai sanad ini terlebih dahulu kerana az-Zuhriy adalah seorang imam yang lebih tinggi darjatnya daripada Abu 'Atikah?

Jawapannya: Sanad az-Zuhriy adalah tidak sabit daripadanya kerana padanya ada Ya'qub ibn Ishak al-'Asqalaniy. Sanad ini diriwayatkan oleh Ibnu Abd al-Barr dalam kitabnya Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih(34).

Ya'qub ibn Ishak adalah seorang pendusta menurut Imam az-Zahabiy dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaniy. Kata az-Zahabiy: Ya'qub ibn Ishaq al-'Asqalaniy seorang pendusta(35). Kata Ibnu Hajar:

"Pendusta … Dia (Ya'qub) meriwayatkan juga daripada UbaidulLah ibn Muhammad al-Faryabiy, daripada Sufyan, daripada az-Zuhriy, daripada Anas radhiyalLahu 'anhu secara marfu' (dengan disandarkan pada RasululLah bahawa baginda berkata): ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardhu ke atas setiap muslim)). Dia meriwayatkannya juga dengan satu sanad daripada Ibrahim an-Nakhaie bahawa beliau berkata: Aku mendengar daripada Anas radhiyalLahu 'anhu seperti hadis ini, sedangkan Ibrahim an-Nakhaie tidak mendengar daripada Anas walau satu hadis sekalipun."



Ibnu Hajar juga menyebut:



Maslamah ibn Qasim telah menyebutnya (Ya'qub) dalam kitab as-Silah dan mencatatkan bahawa dia mempunyai beberapa orang syeikh (guru). Kata Maslamah: Aku menulis hadis daripadanya dan para ahli hadis berbeza pendapat mengenainya. Sebahagian mereka mengatakannya dhoif dan sebahagian pula mengatakannya thiqah. Aku melihat mereka menulis daripadanya, maka aku pun menulis daripadanya. Dia bagi diriku soleh, jaiz al-Hadis (boleh diterima hadisnya)(36).



Rakaman Ibnu Hajar akan kata-kata Maslamah ini tidak bermakna bahawa beliau menyetujuinya. Ibnu Hajar telah mensifatkannya sebagai pendusta bahkan pemalsu. Selain itu, Ya'qub juga telah dihuraikan sebab kritikan terhadapnya. Oleh itu, sebarang pujian yang umum tidak boleh menyanggah kritikan tersebut. Seterusnya, kenyataan bahawa sebahagian ahli hadis mengatakannya thiqah adalah diragui kerana tidak diketahui walau seorang pun yang mengatakan demikian. Yang diketahui adalah sebahagian besar ahli hadis mensifatkannya sebagai pendusta.

Kesimpulannya, sanad az-Zuhriy ini juga tidak boleh dipakai kerana wujudnya pendusta tersebut.









Terdapat satu jalan lain bagi hadis ini yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi yang lain iaitu Abu Hurairah. Sanad ini dinyatakan oleh Ibnu 'Adiy dalam kitabnya al-Kamil dan pada sanad ini terdapat seorang perawi bernama Ahmad ibn AbdulLah al-Juwaibariy. Siapakah perawi ini? Mari kita lihat pandangan Ibnu 'Adiy sendiri. Kata beliau:



Ahmad ibn AbdulLah al-Harawiy dikenali dengan al-Juwaibariy… dia meriwayatkan hadis daripada Jarir, al-Fadl ibn Musa dan selain mereka berdua dengan hadis-hadis yang dia palsukan terhadap mereka. Dia memalsukan hadis untuk Ibnu Karam berdasarkan apa yang dia kehendaki dan Ibnu Karam memasukkannya ke dalam kitab-kitabnya (yang ditulis olehnya) daripadanya (Ahmad). Ibnu Karam menamakannya (dalam kitab tersebut) dengan Ahmad ibn AbdulLah as-Syaibaniy.



Kemudian, Ibnu 'Adiy menyebutkan bahawa Ibnu Karam meriwayatkan daripada al-Juwaibary hadis "tuntutlah ilmu ke negeri China" ini. Ibnu 'Adiy menyebut selepasnya: "Hadis ini dengan sanad ini adalah batil. Ia diriwayatkan oleh al-Hasan ibn 'Atiyyah, daripada Abu 'Atikah, daripada Anas.(37)"



Kesimpulannya, sanad kepada Abu Hurairah ini adalah palsu. Kata Ibnu al-Qaisaraniy: al-Juwaibairy telah mencuri hadis ini dan mencipta baginya sanad yang baru(3.



Saya telah menyebut ketika membicarakan sanad Abu 'Atikah bahawa kedudukannya tidak membolehkan sanad itu dinaikkan tarafnya meskipun dengan sokongan sanad-sanad yang lain. Justru, mengapa saya membawa dua sanad yang mengandungi pendusta dan pemalsu di atas dalam perbincangan yang memperlihatkan seolah-olah saya ingin memberi sokongan kepada sanad Abu 'Atikah?

Hal ini kerana Imam as-Sayutiy telah menyebut kedua-dua sanad ini sebagai penyokong dalam kitabnya al-La'aliy al-Masnu'ah ketika menyelisih pandangan Ibnu al-Jauziy bahawa hadis ini adalah palsu. Dengan membincangkan kedua-dua sanad ini jelas bahawa kedua-duanya sama sekali tidak boleh dijadikan penyokong kepada sanad Abu 'Atikah.



Sebagai makluman juga, terdapat satu lagi sanad bagi hadis ini yang zahirnya seperti sanad yang sangat sahih! Namun, sanad ini diriwayatkan dalam sebuah kitab yang tidak sabit sandarannya kepada pengarangnya. Kitab yang saya maksudkan ialah musnad yang disandarkan kepada ar-Rabi' ibn Habib. Kitab ini adalah pegangan utama puak Ibadhiyyah. Sanad kitab ini hatta daripada penyusunnya iaitu al-Warjalaniy kepada pengarangnya tidak bersambungan(39).



Kesimpulan



Berdasarkan pandangan ulama berkenaan hadis di atas, hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) ini adalah hadis yang batil dan tidak sah daripada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam seperti pandangan al-Bazzar, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauziy dan ulama yang lain. Menyandarkan hadis ini kepada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam adalah satu kesalahan yang besar meskipun ia membawa makna yang sangat baik. Bahkan hadis yang dhoif sekalipun tidak boleh disandarkan kepada RasululLah. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang mengetahui kebatilan hadis ini untuk mengelakkan berlakunya penyandaran hadis ini kepada RasululLah.

Kenyataan ini tidak bermakna bahawa ilmu tidak perlu dituntut dengan bersungguh-sungguh. Makna ungkapan ini adalah betul dan bertepatan dengan hadis-hadis yang lain. Bahkan maknanya adalah sangat baik dan bermanfaat. Yang dipertikaikan adalah penyandarannya kepada RasululLah. Bukankah banyak hadis-hadis lain berkenaan kelebihan menuntut ilmu yang telah jelas kesahihannya daripada kekasih Allah, sollalLah alaihi wa sallam?




(1) Sanad ialah rangkaian perawi yang menyampaikan kepada sesuatu matan hadis (ayat atau ungkapannya).




(2) Berdasarkan pembacaan awal, saya dapati hadis kedua ini diriwayatkan melalui lebih kurang lima puluh sanad.




(3) al-'Iraqiy, al-Mughni 'an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi takhrij ma fi al-Ihya' min al-Akhbar, jil. 1, ms. 9.




(4) al-Albani, Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah, jil. 1, ms. 600.




(5) Soduq bermaksud sangat jujur. Ia adalah satu martabat selepas thiqah.




(6) Ibnu Abi Hatim, al-Jarh wa at-Ta'dil, jil. 3, ms 27.




(7) Ibnu 'Adiy, al-Kamil fi Dhuafa' ar-Rijal, jil. 5, ms. 188.




( Ibnu al-Jauziy, al-Maudhuat, jil. 1, ms. 348.




(9) Ibid, jil. 1, ms. 348.




(10) al-'Uqailiy, ad-Dhuafa', jil. 2, ms. 620 (77.




(11) az-Zabidiy, Ittihaf as-Sadah al-Muttaqin Syarah Ihya' Ulum ad-Din, jil. 1, m.s. 98-99.




(12) al-'Ajluniy, Kasyfu al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas, jil. 1, ms. 124 (397).




(13) al-Bukhariy, at-Tarikh al-Kabir, jil. 4, ms. 357. Berkata Imam al-Bukhariy: Setiap perawi yang aku katakan padanya munkar al-hadis, maka tidak halal periwayatan daripadanya. Lihat Mizan al-I'tidal jil. 1, ms. 6.




(14) Ibnu Abi Hatim, al-Jarh wa at-Ta'dil, jil. 4, ms. 494.




(15) an-Nasaie, ad-Dhu'afa wa al-Matrukun, ms. 60. Lafaz an-Nasaie ini adakalanya membawa maksud matruk (ditinggalkan) di sisinya.




(16) Ibnu Hibban, al-Majruhin min al-Muhaddisin, jil. 1, ms. 488.




(17) Ibnu 'Adiy, al-Kamil, jil. 5, ms. 188.




(1 az-Zahabiy, Mizan al-I'tidal, jil. 4, ms. 542.




(19) Ibnu Hajar al-'Asqalaniy, Taqrib at-Tahzib, ms. 1168, (8255).




(20) al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, jil. 1, ms. 175 (95).




(21) Ibnu Hibban, al-Majruhin, jil. 1, ms. 489.




(22) Ibnu al-Qaisaraniy, Tazkirah al-Huffaz, ms. 61 dan Zakhirah al-Huffaz jil. 1, ms. 416 (543).




(23) Ibnu al-Jauziy, al-Maudhuat min al-Ahadis al-Marfu'at, jil. 1, ms. 349.




(24) as-Sakhawiy, al-Maqasid al-Hasanah, ms. 121 (125).




(25) Ibnu 'Arraq, Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah, jil. 1, ms. 258.




(26) as-Sayukaniy, al-Fawaid al-Majmuah, ms. 272.




(27) al-Albani, Silsilah al-Ahadis ad-Dhoifah, jil. 1, ms. 600.




(2 al-Qauqajiy, al-Lu'lu' al-Marsu', ms. 40.




(29) Lihat tahqiq ar-Rihlah fi Tolab al-Hadis oleh Nuruddin al-'Itr, ms. 75.




(30) as-Sayutiy, al-La'aliy al-Masnu'ah, jil. 1, ms. 193.




(31) Ibnu 'Arraq, Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah, jil. 1, ms. 258.




(32) al-Munawiy, Faidh al-Qadir, jil. 1, ms. 542 (1110).




(33) al-Fattaniy, Tazkirah al-Maudhuat, ms. 19.




(34) Ibnu Abd al-Barr, Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih, jil. 1, ms. 37.




(35) az-Zahabiy, Mizan al-I'tidal, jil. 4, ms. 449 (9804).




(36) Ibnu Hajar al-'Asqalaniy, Lisan al-Mizan, jil. 7, ms. 497 (9409).




(37) Ibnu 'Adiy, al-Kamil, jil. 1, ms. 291.




(3 Ibnu al-Qaisaraniy, Zakhirah al-Huffaz, jil. 1, ms. 417 (543).




(39) Lihat perinciannya dalam Kutub Hazzara Minha al-Ulama' oleh Sy. Masyhur, jil. 2, ms. 295-297.


Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 15:24






Terima kasih~

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 18:21


MABRUK..YG NI LEBIH DETAIL

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-04-05 01:37




rumaisha....

kajian ini TIDAK ADIL!TIDAK ADIL!TIDAK ADIL!

kita beri peluang pulak pd martyr,an-anqhsy,rahabiah dan kawan2 lain...

ustaz u_medina tu ngaji dgn org2 dia je...tak ngaji dgn ramai 'ulama...tanye dia knp tak pergi ngaji dgn s.alawi kat makkah?...sbb bukan wahabi kan?...walhal ramai bebudak mesia pergi ngaji dgn s.alawi nie di makkah...

ana nasihatkan rumaisha jgn cepat terpengaruh...kita student IPT mesti ada intelek...tak telan bulat2 maklumat lebih2 lagi dari puak2 yg batil mcm wahabi...



[ Posting ini telah di edit oleh: ABg_IMaM pada 2005-04-26 01:38 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: ABg_IMaM pada 2005-04-26 01:38 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 10:51


penin

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 10:53


ala abg imam..

saya membaca bg pihak dia..tp..saya juga sdg buat rujukan dgn lecturer saya..kalau di sana ada pertelingkahan..saya akan carila yg mana kebenaran!

ye..saya mmg mudah terpengaruh..terpengaruh dgn ilmu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 12:59




yaaa ...... itu yang kita mau,terpengaruh dengan ilmu.........
moga ilmu yang kita dapat ,dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah subhana wa taala ....disamping istiqamah melakukan amal kebaikan...

[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-04-26 13:23 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 26-04-05 13:53


WRT…

Jangan begitu abg_imam, saya tak lah arif seperti orang yang dah ngaji master. Saya memberi, dan saya juga mengambil apa yang diberi.

Pertamanya, kita rujuk balik tajuk forum yang di buka:

Quote:
kepalsuan hadis tuntut ilmu ke negeri cina

Posting pada: 2005-04-12 13:07

a`kum

kita bisa mendengar hadis tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina.Albani menkaji hadis ini dan mengatakan adalah palsu dlm kitabnya silsilah ahadith almaudhu`ah wadho`ifah. tak dinafikan maksud hadis yg baik tetapi adakah berbaloi dngn risiko neraka bagi yg menipu ttg nabi hanya kerana maksud yg baik?. apa pendapat anda klau saya kata ada hadis tuntutlah ilmu hingga ke negeri rom? maksudnya baik ttpi adalah pembohongan kpd nabi.wallahua`lam



Jadi saya beranggapan bahawa si pembuka topik cuba mengheret kita dengan mendakwa bahawa hadith tersebut adalah maudhuk semata-mata berdasarkan hanya pada silsilah hadith maudhuk oleh al Bani, kemudian copy n past ke media umum, tanpa melihat kajian kitab takhrij hadith. Dan tak keberatan saya katakana bahawa ianya adalah taqlid buta kepad al Bani. Kita sedia maklum, siapakah al Bani, dan dia hidup dalam zaman mutaakhir, kurun yang jauh dari kurun Nabi SAW. Dan sikap saya, bila sesuatu hadith dirujuk kepada al Bani dalam kitabnya, saya lebih bersikap tawaquf dari menerima sebulat-bulatnya. Tawaquf bukan bermakna merendah-rendahkannya atau memujanya seperti kebiasaan pengikutnya, tapi lebih bersikap berdiam diri, kecuali bila perlu untuk memberitahu beberapa pandangan ulamak lain mengenainya.

Pendek kata, kita masih ada sifat ‘ikut’, rujuk kepada mereka yang arif. Dan membuktikan juga, kita tak boleh menjerit ikut al Quran dan as Sunnah semata-mata tanpa merujuk kepada merka yang arif. Secara automatik juga, dengan posting terakhir saudaraku u_medina, membatilkan mereka-mereka yang sering terkeliru dengan ajakan salafiah.

Bila saya mengatakan ada kitab lain, yang mana hadithnya dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dengan sanad dhoif (ada titik persamaan dengan kajian kawan saudaraku u_medina), maka barulah u_medina terpinga-pinga untuk membuat kajian dan pembacaan semula hal hadith tersebut, dan hasil bacaan saudara itu, maka ada titik persamaan sepertimana pasa posting saya pada: 2005-04-22 16:57.

Dan, mengikut posting awal saudara pada: 2005-04-12 13:07 berbunyi:

Quote:
adakah berbaloi dngn risiko neraka bagi yg menipu ttg nabi hanya kerana maksud yg baik?



Secara automatik saudara telah mengatakan Imam Baihaqi dan lain-lain telah berlaku dusta kepada Nabi SAW.
Adalah terlebih baik, saudara edit semula tajuk yang saudara cuba bawa, dan edit semula posting awal saudara, agar amanah ilmu lebih terjaga, dan tidak mengelirukan orang awam yang lain. Dan lebih-lebih baik lagi saudara membuat pembacaan awal dan kajian sebelum memulakan satu tajuk ilmu untuk diperbincangkan. Dan lebih-lebih-lebih baik lagi saudara meletakkan hasil perbincangan pada posting saudara terakhir di awal dengan tajuk yang lebih kepada perbincangan, bukan menghukum.

Dan saya setuju dengan hasil kajian kawan saudara di Madinah, kerana ada titik persamaan dengan pembacaan saya yang tak seberapa. seperti:

Quote:
"al-Baihaqiy dalam as-Syu'ab dan al-Madkhal, Ibnu Abd al-Barr dalam al-'Ilm daripada…”



dan begitu juga nama-nama yang di sebut seperti:

1) Ibnu al-Jauziy, al-Maudhuat
2) Ibnu Hibban
3) az-Zahabiy

Quote:
Demikian juga kesilapan yang terdapat pada catatan as-Sayutiy, Ibnu 'Arraq dan al-'Ajluniy(12) apabila mereka menyatakan bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya. Abu Ya'la sebenarnya meriwayatkan hadis kedua tanpa hadis pertama.

(12) al-'Ajluniy, Kasyfu al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas, jil. 1, ms. 124 (397).



Di sini, saya mohon penjelasan: Muka surat kitab tersebut, rasanya bukan ms 124, tapi ms 154. Tapi, kemungkinan kitab yang berlainan cetakan. Jika berlainan cetakan, boleh berikan cetakan yang dirujuk dengan muka surat 124 tersebut.

Kesimpulan 1: dengan kajian rakan saudara itu, adalah diakui menyangkal posting saudara yang awal.

Kesimpulan 2: telah diakui oleh saudara sendiri dengan kajian tersebut bahawa ada perbahasan yang panjang lebar kedudukan hadith tersebut, dan bukan mutlak ianya adalah maudhuk.

Kesimpulan 3: saya setuju dan saya sendiri tidak menggunakan hadith tersebut untuk menjadikan hujah menuntut ilmu satu kewajipan, dan saya lebih senang menggunakan hadith yang lebih kurang maksudnya: menuntut ilmu itu menjadi kewajipan setiap muslimin dan muslimat.

Kesimpulan 4: hendaklah sama-sama kita ingati, hujah hadith ini bukanlah digunakan ke atas perkara yang berkaitan dengan akidah dan hukum-hakam, tetapi lebih digunakan kepada fadhailul a’mal mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Quote:
Kesimpulan

Berdasarkan pandangan ulama berkenaan hadis di atas, hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) ini adalah hadis yang batil dan tidak sah daripada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam seperti pandangan al-Bazzar, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauziy dan ulama yang lain. Menyandarkan hadis ini kepada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam adalah satu kesalahan yang besar meskipun ia membawa makna yang sangat baik. Bahkan hadis yang dhoif sekalipun tidak boleh disandarkan kepada RasululLah. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang mengetahui kebatilan hadis ini untuk mengelakkan berlakunya penyandaran hadis ini kepada RasululLah.



Kesimpulan 5: ini adalah kesimpulan penulis yang lebih cenderung berhati-hati dalam menggunakan hadith tersebut mengikut ulama-ulama hadith yang di sebutkan di atas.

Dan terlebih baik bagi si penulis, memberikan kaedah, bagaimana jika terdapat perselisihan pendapat ulama, sekiranya berlaku seperti di atas. Dan saya rasa, penulis tak sengaja meninggalkan kaedah tersebut.

Dan terlebih salah, jika kita tak tahu perbahasan ulama hadith, kita terus mengatakan ianya adalah maudhuk dan terus sebar kepada awam tanpa disiplin ilmu, lebih-lebih lagi dari sumber yang diragui.

Hasil pengamatan saya pada posting di atas, ianya baik, Cuma kesimpulan tertinggal isi yang penting, iaitu sekiranya berlaku perselisihan ulama darjat sesuatu hadith, apakah kaedahnya.

Dan terlebiih baik, saudara pembuka topik mengubah tajuk dan awal posting saudara u_medina di forum ini.

InsyaAllah.

P/s-Saudara Islamic, belajar lah menaip jawapan untuk soalan yang di tanya.

"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan jatuh di pelabuhan TAQWA d negeri JIHAD yg ramai didiami para syuhada'"

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-26 13:55 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-26 13:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 13:55




Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 14:02


Kalau kita lihat di dalam forum al-ahkam.net, peringatan yang diberi oleh Admin ialah perkara agama ini biarlah dibicarakan oleh 'ahli'nya. Setakat ini, perbincangan di atas masih dalam ruanglingkup mereka yang ada asas ilmu hadith. kalau ada yang tak ada tu, baik tarik diri dari memberi pendapat.....

Jadi, kita yang tak menahu dan tidak mengaji ilmu hadith hanya boleh membaca tanpa boleh menyampuk. Harap Maklum

Semoga yang ada asas tu dapat lanjutkan perbincangan dan jika masih wujud percanggahan dan kekeliruan, saya baik ada baiknya topik ini dilontarkan kepada panel al-ahkam.net

Wallahua'lam..

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2005-04-26 14:04 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 26-04-05 14:20


Quote:
Semoga yang ada asas tu dapat lanjutkan perbincangan dan jika masih wujud percanggahan dan kekeliruan, saya baik ada baiknya topik ini dilontarkan kepada panel al-ahkam.net



WRT

ahkam.net

Saya rasa, elok rujuk al Quran dan as Sunnah Hehe. Panel ahkam pun, manusia biasa, bukan maksum.

WAllahua'lam.



-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 16:45


Sekurang-kurangnya,tanyakan pada yang pakar


Selagi yang pakar tu bersandar pada Al-Quran dan Sunnah,Insya Allah mereka benar.

Jikalau diteliti,panel-panel di al-ahkam.net melontarkan pendapat mereka,bukan sesedap rasa mereka,tetapi mereka akan sertakan rujukan-rujukan lain.



[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-04-26 16:47 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 26-04-05 17:28


Quote:

On 2005-04-26 16:45, Islamic_prince88 wrote:
Sekurang-kurangnya,tanyakan pada yang pakar


Selagi yang pakar tu bersandar pada Al-Quran dan Sunnah,Insya Allah mereka benar.

Jikalau diteliti,panel-panel di al-ahkam.net melontarkan pendapat mereka,bukan sesedap rasa mereka,tetapi mereka akan sertakan rujukan-rujukan lain.






WRT…



Maksudnya, taqlid la jugak kan ka bukan?

Saya memang menunggu jawapan yang macam ni

Kita pernah dengar kalam sebegini:

…mereka yg taklid kepada para imam atau kepada yg lainnya dgn cara membabi buta dan berpegang pd mazhab dan pendapat mereka seolah2 hal itu seperti firman Allah yg turun dr langit.

Sebab apa timbul suara sumbang sebegini. la Hau la Wa la. Banyakkan taubat orang yang sering guna laungan sebegini. Kalam sebegini kalam fitnah kepada imam mujtahid dan anak murid-muridnya, generasi bergenerasi sehingga sekarang, termasuk ulama-ulama muktabar selepas kehidupan mereka.

Orang pernah berkata pada saya: kita nak dengar kata Imam Syafie ka, kata Rasulullah. Rasulullah tak kata pun bid’ah tu ada bahagi sekian sekian dan sekian.

Saya kata balik: Imam Syafie tak baca hadith ka? Ikut suka dia ka istinbat hukum cam tu. Maka senyap la tak bangun-bangun lepas tu, entah hilang ke mana si fulan… Dari gaya, macam pelajar dari Madinah.

Bila kita sebut sesuatu masalah dan hukum, dan kita rujuk mana-mana pandangan dan kitab ulama silam, bermaksud kita bertanya pada mereka yang pakar. Begitu juga imam as Syafie dan anak muridnya, generasi bergenerasi sehingga sekarang. Semuanya bersandarkan kepada al Quran dan as Sunnah.

Jadi, atas kalam saudara di atas, secara automatik telah menemplak mereka-mereka itu Maka selesailah isu-isu berbangkit, maka harapnya mereka-meraka itu insaf.



WaAllhua’lam.

"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan jatuh di pelabuhan TAQWA d negeri JIHAD yg ramai didiami para syuhada'"

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-26 17:30 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-26 17:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 26-04-05 17:45


Quote:


Saya kata balik: Imam Syafie tak baca hadith ka? Ikut suka dia ka istinbat hukum cam tu. Maka senyap la tak bangun-bangun lepas tu, entah hilang ke mana si fulan… Dari gaya, macam pelajar dari Madinah.




meh kita tgk apa kata imam syafie dan para ilmuan yg faqih


قالَ النّوويُّ في كتابِ تهذيبِ الأسماءِ واللُّغاتِ ما نصُّهُ: "قال الإمامُ الشَّيخُ المجمَعُ على إمامتِهِ وجلالته وتمكُّنِهِ في أنواعِ العلومِ وبراعتِهِ أبو محمَّدٍ عبدُ العزيزِ بن عبد السَّلام رحمَه الله ورضيَ عنه في ءاخرِ كتابِ القواعِدِ: البدعةُ منقسمَةٌ إلى: واجبةٍ ومحرَّمةٍ ومندوبةٍ ومكروهةٍ ومباحةٍ. قالَ: والطَّريقُ في ذلكَ أن تُعرَضَ البدعَةُ على قواعِدِ الشَّريعةِ فإن دَخَلَت في قواعدِ الإيجابِ فهي واجبةٌ، أو في قواعدِ التَّحريمِ فمحرَّمةٌ، أو النَّدبِ فمندوبةٌ، أو المكروهِ فمكروهَةٌ، أو المباحِ فمباحةٌ" انتهى كلامُ النووي.

قَالَ الإمامُ الشَّافِعيُّ رضيَ الله عنهُ: "المُحدَثاتُ مِنَ الأمُورِ ضَربانِ، أحَدُهُما مَا أُحدِثَ ممّا يُخَالِفُ كِتابًا (أي القرءان أَو سُنَّةً (أي الحديث أو إجْماعًا (أي إجماع مجتهدي أمّةِ محمَّدٍ أَو أثَرًا (أي أثر الصَّحابةِ، أي ما ثَبَتَ عن الصّحابةِ ولم يُنكر عندَهُم فَهذِه البِدْعَةُ الضّلالَةُ، والثّانِيةُ مَا أُحْدِثَ مِنَ الخَيرِ ولا يُخَالِفُ كِتَابًا أو سُنَّةً أو إجْماعًا، وهَذه مُحْدَثَةٌ غَيرُ مَذْمُومَةٍ"، رَواهُ البَيْهقيُّ بالإسْنادِ الصّحيح في كتابِه "مَنَاقِبُ الشَّافِعيّ". وكلامُ الشَّافعي هذا يؤيّدُ ما ذكرنَاهُ من تقسيمِ البدعَةِ إلى قسمينِ.

قالَ ابن عابدين في رَدّ المحتارِ على الدُّرّ المُختَارِ ما نصُّهُ: "فقد تكونُ البدعَةُ واجبةً كنصبِ الأدلَّةِ للرَّدّ على أهلِ الفِرَقِ الضالَّةِ، وتعلُّمِ النَّحو المُفهِمِ للكتابِ والسُّنَّةِ، ومندوبةً كإحداثِ نحو رباطٍ ومدرسةٍ، وكلّ إحسانٍ لم يكن في الصَّدرِ الأوَّلِ، ومكروهةً كزخرفَةِ المساجِدِ، ومباحةً كالتَّوسُّعِ بلذيذِ المآكلِ والمشاربِ والثّيابِ" ا.هـ


bak kata ustaz ana... kalau kamu pegang al quran dan sunnah patut takde masalah nak faham...
tak kira la nak pakai definisi as-syatibi dlm kitab nya.. ops lari tajuk plak...hehehe takut ada tak nampak...

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-04-26 17:55 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 22:17


Quote:
Ijtihad itu harus,
Yang mampu ijtihad,maka harus..,bagi mereka yang x mampu,tanya lah pada yang lebih mengetahui
Taqlid itu harus,
Terutama pada orang awam,dibenarkan taqlid,tetapi apabila kita sudah mengetahui pendapat yang lebih rajih,maka,ikutlah pendapat itu.

Tak salah kalau kita mengkaji hukum-hukum,berdasarkan pendapat-pendapat yang ada.Insya Allah,jikalau kita tau setiap perbuatan kita bersandarkan pada dalil-dalil yang benar,ia dapat menguatkan lagi keimanan dan kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan kepada Rasulullah s.a.w.

Semoga perbincangan kita ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t ,dan semoga selepas ini,amalan kita semakin bertambah , semoga teori yang kita perolehi pada saat ini dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian kita untuk mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t
Amin...

Wallahualam.







Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-05 00:11




harap2 akh islamic_prince,kak ummiq dan lain2 boleh menerima hujah2 yg diberi oleh rakan-rakan an-naqshy,alea13,rahabiah,martyr dll dgn lapang dada dan terbuka...

ana nie kira mcm decoy la...menyerang dan menyerang...akhirnya penyerang sebenar yg sumbat gol dlm pintu gol lawan....

kira ana ni mcm amri yahyah laa....diorang nie mcm akmal rizal laaa...

islamic_prince maafkan ana kalau ada yg tersalah tersilap...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 11:17


a`kum,

saya berpendapat tak perlu diubah tajuk topik kerana sila rujuk kesimpulan posting terakhir saya....selepas perincian husaini. tak dinafikan mmg ada ulama`mendho`ifkan hadith ni ttpi taraf dho`ifnya sngt dho`if. saudara husaini telah pun mengambil kira segala pandangan dho`if tersebut.lagi satu Wallahi saya tidak menuduh ulama` lain yg x sependapat ttapi sekadar menyampaikan pendapat yg saya yakini.Wallahua`alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 11:27


a`kum,
maafkan saya abg imam, jngn la tuduh saya Wahabi...klau tengah mlm pun org kata saya Wahabi pun saya bangun kata dak!!!saya cuma cenderung mengikut pendapat ulama`2 madinah kerana ia negeri nabi,sahabat,tabi`in,tabi` tabi`in. ulama`2 disana ada yg keturunan sahabat seperti Al Ansoori,bekas pensyarah u madinah.jadi adakah mereka ni baatil???klau x sependapat pun jng kata mereka baatil puak2 wahabi baatil?Al Ansoori ni pun org tuduh Wahabi!tolong la jng kata puak wahabi. istilah ni penjajah reka untuk melagakan negara saudi dan turki.ini kerana saudi melaksanakan hukum islam.klau tak dilagakan mungkin saudi sekarang lagi luas negaranya.Wallahua`lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 12:57


a`kum
annaqshy pasti ka budak madinah?klau nk jumpa pelajar madinah jumpa prof dr Radzi othman,phd mumtaz qismu sunnah thn 1986 dari u madinah melalui tesis tahqiq kitab makrifatul sahabah. beliau seorang yg begitu sederhana pendapatnya, tak pernah membida`hkan sape. dlm kuliahnya , kate(ana x tau nk ckp bida`h klau ckp sunnah ana tau)beliau pensyarah usm,penang

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 27-04-05 13:19


Quote:

On 2005-04-27 11:17, u_medina wrote:
a`kum,

saya berpendapat tak perlu diubah tajuk topik kerana sila rujuk kesimpulan posting terakhir saya....selepas perincian husaini. tak dinafikan mmg ada ulama`mendho`ifkan hadith ni ttpi taraf dho`ifnya sngt dho`if. saudara husaini telah pun mengambil kira segala pandangan dho`if tersebut.lagi satu Wallahi saya tidak menuduh ulama` lain yg x sependapat ttapi sekadar menyampaikan pendapat yg saya yakini.Wallahua`alam



WRT...

Tima kasih atas respon.

Jika saudara tak nak ubah, tak ngapa. Itu nasihat saya, tapi apa-apa pun, saudara bertanggungjawab atas tajuk saudara, kerana ianya di baca oleh ramai orang. Dan saya rasakan, saudara pada awalnya terkeliru dengan tajuk yang saudara cuba sampaikan.

Kesimpulan tu, saya ingatkan kesimpulan penulis (sahabat saudara), rupanya kesimpulan saudara sendiri Masa depan, seeloknya saudara kena asingkan bahagian yang ditulis oleh kawan saudara, dan ayat sendiri serta pendapat saudara.

Saya lebih amik jalan bahawa hadith ini hadith dhoif mengikut turuq Imam Baihaqi.

WaAllhua'lam.


-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 27-04-05 13:29


Quote:

On 2005-04-27 12:57, u_medina wrote:
a`kum
annaqshy pasti ka budak madinah?klau nk jumpa pelajar madinah jumpa prof dr Radzi othman,phd mumtaz qismu sunnah thn 1986 dari u madinah melalui tesis tahqiq kitab makrifatul sahabah. beliau seorang yg begitu sederhana pendapatnya, tak pernah membida`hkan sape. dlm kuliahnya , kate(ana x tau nk ckp bida`h klau ckp sunnah ana tau)beliau pensyarah usm,penang



WRT



Saudara kena semak semula ayat yang saya guna, iaitu saya mulakan dengan kalam; dari gaya. Adakah ayat itu ayat yang pasti?



Tima kasih atas maklumat Dr Radzi. Saya pun ada dengar gak nama dia.

Pelajar Madinah bukan sorang ja, ramai lagi kan.

WaAllhua'lam.

-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 27-04-05 13:36


Quote:

On 2005-04-26 16:45, Islamic_prince88 wrote:
Sekurang-kurangnya,tanyakan pada yang pakar


Selagi yang pakar tu bersandar pada Al-Quran dan Sunnah,Insya Allah mereka benar.

Jikalau diteliti,panel-panel di al-ahkam.net melontarkan pendapat mereka,bukan sesedap rasa mereka,tetapi mereka akan sertakan rujukan-rujukan lain.




Quote:

On 2005-04-26 17:28 anNaQshYwrote:
WRT…



Maksudnya, taqlid la jugak kan ka bukan?




Quote:

On 2005-04-26 22:17, Islamic_prince88 wrote:
Ijtihad itu harus,
Yang mampu ijtihad,maka harus..,bagi mereka yang x mampu,tanya lah pada yang lebih mengetahui
Taqlid itu harus,
Terutama pada orang awam,dibenarkan taqlid,tetapi apabila kita sudah mengetahui pendapat yang lebih rajih,maka,ikutlah pendapat itu.

Tak salah kalau kita mengkaji hukum-hukum,berdasarkan pendapat-pendapat yang ada.Insya Allah,jikalau kita tau setiap perbuatan kita bersandarkan pada dalil-dalil yang benar,ia dapat menguatkan lagi keimanan dan kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan kepada Rasulullah s.a.w.

Semoga perbincangan kita ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t ,dan semoga selepas ini,amalan kita semakin bertambah , semoga teori yang kita perolehi pada saat ini dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian kita untuk mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t
Amin...

Wallahualam







Saudara Islamic senyum, saya pun nak senyum gak laaa



Mari pakat-pakat senyum

WaAllhua'lam.

"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan jatuh di pelabuhan TAQWA d negeri JIHAD yg ramai didiami para syuhada'"

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-27 13:37 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-27 13:39 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-27 13:40 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-05 15:04




senyumlaaaaaaahhhhhhh...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 15:30


a`kum,

berkaitan kesimpulan tu adalah kesimpulan saudara husaini, rujuk(Kesimpulan



Berdasarkan pandangan ulama berkenaan hadis di atas, hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) ini adalah hadis yang batil dan tidak sah daripada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam seperti pandangan al-Bazzar, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauziy dan ulama yang lain)

maaf silap tulis.berkaitan dr Radzi tu, saya cuma x nak org pndang serong pelajar Madinah. bukan semua pelajarnya betul2 `alim. bukan menghina tetapi ada sesetengahnya yg kurang bernasib baik takut keliru pulak.seorang pelajar saje tak merangkumi dasar semua.mmg ramai lagi pelajar Madinah tapi yg afdhal lebih baik rujuk beliau krn beliau pelajar pertama dari Malaysia yg mndpt Phd dari Madinah. lagipun pndangan beliau sgt sederhana dan ilmiah.percayalah.x tipu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-05 15:39


a`kum

saya x berani buat kesimpulan sendiri. semua itu dijelaskan saudara husaini dan saya yakin kebenarannya melalui hujah2 beliau.saya rasa perlu dikekalkan tajuk itu bersesuaian dgn kesimpulan. tajuk itu diharap menyedarkan org ramai drpd menyandarkan hadith ini kpd nabi.jika hadith dhoi`f pun dilarang sandar kpd nabi,saudara bleh pgang sebagai dho`if tapi saya pgang kesimpulan husaini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-05 15:42




untuk makluman enta, hadith dho'if hanya tak boleh dipakai pd perkara aqidah dan syariah...

pd perkara2 berbentuk fadho'il a'mal...dibenarkan...

maknanya enta masih pakai manhaj wahabi...kalau itulah pandangan enta...

tp ikut suka entalah...kalau rujukan enta dr lepasan madinah...

knp tak tanye dgn yg lain2?...

knp tak tanye pd mufti?...

knp tak tanye pd dr abdul hayei shukor?...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 11:46




-----------------
a`kum,
sila rujuk kata2 saya dilarang sandar hadith dho`if pada nabi bukan dilarang amalkan. boleh diamalkan jika dho`ifnya x teruk dan dikatakan ada pepatah mengatakan, ada pendapat mengatakan dll, tapi x bleh katakan nabi mengatakan.sila rujuk syarat mengamalkan hadith dho`if. dlm kes ni imam baihaqi mendhoifkan tapi byk ulama`membatilkan spt al bazzar,ibnu hibban,ibnu al jauzi dan lain2. jika x nak albani pun terimalah pendapat ulama` besar ini, mereka ni tiada kaitan pun dgn wahabi,segala perincian husaini tlh jelas menunjukkan. jika x bersetuju silalah beri hujah menentang pendapat husaini, jgn la ghairah cari kesilapan saya sehingga dituduh terpinga2 cari rujukan semata2 rujukan saya albani. walaupun saya sertakan pendapat ulama` silam bukan wahabi, tapi masih enggan terima walaupun jelas ternyata.kemudian dituduh lagi mencampur aduk pendapat sendiri,tidak menjaga amanah ilmu, sebaliknya perincian husaini itu 100% asli.juga dituduh membabitkan imam baihaqi dgn pendustaan nabi. semua tahu sya x pernah anggap begitu .beliau x berdusta krn hadith dho`if x disandarkan kpd nabi.kenapa nak membelitkan fakta? ini bukanlah hujahan ilmu.apalah salah saya sehingga dituduh begini. saya hanya menyampaikan ilmu.saya pun baca qunut subuh setiap hari .ini kerana imam syafi`i menfatwakan dgn dalil2 tertentu.ini lah ittiba`ikut dgn dalil syarak.saya terima fatwa ini krn ada hujahan syarak.tapi mlm jumaat saya x baca yaasin krn nabi x buat, assyafi`i pun x menfatwakan. saya menolak yg baatil menerima yg haq walau dr sesiapa.biar la saya dihina tapi jgn hina ulama` spt bin baz.digelar koncu2 albani.setakat mana kita kenal beliau?beliau seorang yg sgt lemah lembut. Agong pun minta nasihat drpd beliau.semasa itu dr radzi menterjemahkan ckp beliau.semua isi byk menyuruh bertaqwa kpd Allah. klau benar lah tuduhan kpd beliau sudah tentu beliau mengambil kesempatan atas kedudukan Agong itu.nampaknya saya kena berundur diri drpd menyebabkan lbh byk ulama` dihina.Assyafi`i x patut dihina,albani pun x patut dihina.hentilah mencari kesilapan semata2 hendak menolak pendapat sedangkan pendapat itu jelas benar.saya tahu saya x alim, tapi terimalah hujjah ulama`itu. maafkan lah segala kesilapan saya sendiri tapi perincian itu tiada kaitan dgn kesilapan saya. akhir kata maafkan saya terutama annaqsyi, abg imam...dan saya pun maafkan semua.jgn lah terpengaruh dgn saya atau wahabi tapi terpengaruh lah kpd Allah danRasul.Wallahu`alam selamat tinggal....

[ Posting ini telah di edit oleh: u_medina pada 2005-04-28 12:27 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 28-04-05 14:51


WRT...

Quote:
berkaitan kesimpulan tu adalah kesimpulan saudara husaini, rujuk (Kesimpulan

Berdasarkan pandangan ulama berkenaan hadis di atas, hadis ((Tuntutlah ilmu walau ke negeri China)) ini adalah hadis yang batil dan tidak sah daripada RasululLah sollalLah alaihi wa sallam seperti pandangan al-Bazzar, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauziy dan ulama yang lain).



Tima kash kerana menta'kidkan kesimpulan di atas adalah dari sahabat saudara.

Dah terang saya nyatakan kesimpulan yang saya sebutkan pada posting yang lepas. Sila rujuk semula kalam saya tersebut.

Quote:
maaf silap tulis.berkaitan dr Radzi tu, saya cuma x nak org pndang serong pelajar Madinah. bukan semua pelajarnya betul2 `alim. bukan menghina tetapi ada sesetengahnya yg kurang bernasib baik takut keliru pulak.seorang pelajar saje tak merangkumi dasar semua.mmg ramai lagi pelajar Madinah tapi yg afdhal lebih baik rujuk beliau krn beliau pelajar pertama dari Malaysia yg mndpt Phd dari Madinah. lagipun pndangan beliau sgt sederhana dan ilmiah.percayalah.x tipu.



Tima kasih. Saya percayakan saudara. Saya hormat para ilmuan. Mungkin saya bagi contoh pelajar Madinah tersebut, membuat saudara rasa kurang selesa. Mungkin silap saya menyampai maksud, dan saya yakin tak semua pelajar Madinah macam tu, tapi dibimbangi jadi macam tu. Dan pandangan DR Razi juga tak merangkumi semua pelajar di sana.

Quote:
saya x berani buat kesimpulan sendiri. semua itu dijelaskan saudara husaini dan saya yakin kebenarannya melalui hujah2 beliau.saya rasa perlu dikekalkan tajuk itu bersesuaian dgn kesimpulan. tajuk itu diharap menyedarkan org ramai drpd menyandarkan hadith ini kpd nabi.jika hadith dhoi`f pun dilarang sandar kpd nabi,saudara bleh pgang sebagai dho`if tapi saya pgang kesimpulan husaini



Dan saya juga yakin hasil kajian sahabat saudara. Dan tajuk ini bukanlah berkaitan dengan tajuk akidah dan hukum hakam. Saya hormat pendirian saudara.

Quote:
sila rujuk kata2 saya dilarang sandar hadith dho`if pada nabi bukan dilarang amalkan. boleh diamalkan jika dho`ifnya x teruk dan dikatakan ada pepatah mengatakan, ada pendapat mengatakan dll,



الضعيف: هو ما لم يجمع صفةالحسن بفقد شرط من شروطه
حكم روايته: يجوز عند أهل الحديث وغيرهم رواية الأحاديث الضعيفة والتساهل في أسانيدها من غير بيان ضعفها - بخلاف الأحاديث الموضوعة فإنه لا يجوز روايتها الامع بيان وضعها -

1) أن لا تتعلق بالعقائد
2) ان لا تكون في بيان الأحكام الشرعية مما يتعلق بالحلال والحرام

Quote:
tapi x bleh katakan nabi mengatakan.sila rujuk syarat mengamalkan hadith dho`if



وينبغى انتبه إلى أنك إذا رويتا من غير اسناد فلا تقل فيها: قال رسول الله كذا وإنما تقول: روى عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أو بلغنا عن كذا وماأشبها ذلك لئلا تجزم بنسبة ذلك الحديث للرسول وأنت تعرف ضعفه

Quote:
dlm kes ni imam baihaqi mendhoifkan tapi byk ulama`membatilkan spt al bazzar,ibnu hibban,ibnu al jauzi dan lain2



Maaf, bukan al Baihaqi sahaja, tapi: Cuba tengok di bawah:

رواه البيهقي والخطيب وإبن عبد البر والديلمي وغيره

Quote:
jika x nak albani pun terimalah pendapat ulama` besar ini, mereka ni tiada kaitan pun dgn wahabi,segala perincian husaini tlh jelas menunjukkan



Imam Baihaqi dan yang lain-lain tu pun imam besar juga... Dan saya sebut pada posting yang lepas, kajian itu baik dan perlu ambil perhatian (baca semula posting saya yang lepas)

Quote:
tapi masih enggan terima walaupun jelas ternyata



La hau la wa laaa... Saudara telah beremosial. Saya dah sebut ulasan saya pada postintg saya yang lepas. Ayat di atas seolah-olah saudara melenting bila ada yang tak bersefahaman dengan saudara. Tak boleh bersikap macam tu.

Quote:
dituduh membabitkan imam baihaqi dgn pendustaan nabi. semua tahu sya x pernah anggap begitu .beliau x berdusta krn hadith dho`if x disandarkan kpd nabi.kenapa nak membelitkan fakta?



Tu saya kata, saudara kena buat kajian sebelum menyampaikan sesuatu. Bila saudara terus sebuat ianya maudhuk tanpa hasil kajian dahulu, saudara seolah-olah menafikan ulama-ulama yang punyai toriq yang lain. Dan alhamdulillah, saudara telah ubah posting pertama saudara, dan hasil kajian ini lebih aula diletakkan di awal posting.

Quote:
ini bukanlah hujahan ilmu.apalah salah saya sehingga dituduh begini. saya hanya menyampaikan ilmu.saya pun baca qunut subuh setiap hari .ini kerana imam syafi`i menfatwakan dgn dalil2 tertentu.ini lah ittiba`ikut dgn dalil syarak.saya terima fatwa ini krn ada hujahan syarak.tapi mlm jumaat saya x baca yaasin krn nabi x buat, assyafi`i pun x menfatwakan. saya menolak yg baatil menerima yg haq walau dr sesiapa



alHamdulillah...

Quote:
biar la saya dihina tapi jgn hina ulama` spt bin baz.digelar koncu2 albani.setakat mana kita kenal beliau?beliau seorang yg sgt lemah lembut. Agong pun minta nasihat drpd beliau.semasa itu dr radzi menterjemahkan ckp beliau.semua isi byk menyuruh bertaqwa kpd Allah. klau benar lah tuduhan kpd beliau sudah tentu beliau mengambil kesempatan atas kedudukan Agong itu



Ya, dia adalah bekas mufti Saudi Arbia. Dia yang mentahqiq kitab Fathul Bari. Dan adalah di nasihatkan supaya tidak membeli kitab yang ditahqiq oleh beliau, ada kitab fathul bari yang telah ditahqiq oleh 3 Dr Al Azhar, cetakan Maktabah Kaherah, dan juga diperbaharui oleh Darul Gad al Arabi, oleh seorang ulama al Azhar juga iaitu Sheikh Taaha Abdul Rauf.

Dan orang yang memberi komentar atas fatwa dan kalam dia adalah ulama juga. Bukan calang-calang orang. Nak tahu lebih, baca kitab terbitan darul masyari'.

Quote:
hentilah mencari kesilapan semata2 hendak menolak pendapat sedangkan pendapat itu jelas benar



Jika matan di atas merujuk kepada hasil kajian rakan saudara, saya bertanya:

1) Siapa menolak?

Quote:
tahu saya x alim, tapi terimalah hujjah ulama`itu



Jika ditujukan pada saya, saya katakan; saya terima rawahul Baihaqi dengan sanad yang dhoif.

Quote:
akhir kata maafkan saya terutama annaqsyi



Alhamdulillah, saya OK. Tak dak kesalahn saudara pada saya.



WaAllahua'lam.

"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan jatuh di pelabuhan TAQWA d negeri JIHAD yg ramai didiami para syuhada'"

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-28 14:55 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-28 14:58 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 15:12


a`kum,
terima kasih kpd Annaqsyi, mulanya nak tinggal dah forum ni tapi bila saudara jwb kena balas lagi la. sebenarnya bkn emosional,
tapi biasalah kadang2 silap tulis.pasal x bleh sandar hadith dho`if tu sila jelaskan dlm bahasa melayu bagi org lain faham.dan saya tujukan kpd yg menghina ulama`bin baz tu bkn kpd ulama` tapi suara2 sumbang x berasas.ulama` mengkritik beliau dgn ilmiah tidak termasuk kategori menghina.Wallahu`alam :-

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-04-05 02:21




terus terang ana tak hina bin baz...

masalahnya timbul apabila org2 mcm albani,uthaimin,bin baz dll.. senang2 nak bantai org...kata ini salah...itu salah....dia je yg betul...itu masalahnya...

perangai org wahabi mmg mcm nie...

dan enta kena ingat enta nie talfiq...bercampur-aduk...konon2 pandai nak rajih2...walhal ilmu pun habuk tarak...

bertaqlidlah kita....berpeganglah pd amalan 'ulama...kalau 'ulama beramal dgn tahlil,talqin dan sbgnya...pakai jerlah...

baik kata mufti NS...ikut cara lurus jerlah...kita tak de ilmu....nanti salah jalan....masuk gaung nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 30-04-05 03:33


hehehe fathul bari versi tahqiq ben baz kat mana ek nampak kat pustaka mukmin tak silap... akidah tohawiyah pun gitu yg di syarah albani dan ben baz.. . cuba carik yg pure dan yg di syarah... ada beza...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 30-04-05 11:04


WRT...

Quote:

On 2005-04-29 15:12, u_medina wrote:
a`kum,
terima kasih kpd Annaqsyi, mulanya nak tinggal dah forum ni tapi bila saudara jwb kena balas lagi la.



Sama-sama. Tak tinggal pun tak pa. Tima kasih balas balik.

Quote:
sebenarnya bkn emosional,
tapi biasalah kadang2 silap tulis.



Oooo gitu...

Quote:
pasal x bleh sandar hadith dho`if tu sila jelaskan dlm bahasa melayu bagi org lain faham.



Saya ingatkan saudara faham, sebab saya jawab buat saudara.

Quote:
dan saya tujukan kpd yg menghina ulama`bin baz tu bkn kpd ulama` tapi suara2 sumbang x berasas ulama` mengkritik beliau dgn ilmiah tidak termasuk kategori menghina

.

Asalnya, suara tu tak sumbang, harmoni elok jaaa. Senada dan seirama. Lembut dah bagi penjelasan balas. Tapi, bila senada, seirama dan lembut, pengikutnya dok ketegaq gak. Dok kata bid'ah gak, dok kata syirik gak. Bila lama sangat suara tu berkumadang, jadi serak dan sumbang. Dan bila tegas sikit, mula la kata tak berhikmah. Bila dah terdesak sangat, alasan ni ja yang leh bagi, tak berhikmah. Bila ulama jelas dengan ilmiah pun ketegaq gak, tak tau la cek nak habaq cam mana.



Quote:

On 2005-04-30 03:33, Martyr wrote:
hehehe fathul bari versi tahqiq ben baz kat mana ek nampak kat pustaka mukmin tak silap...



Kebiasaanya, versi Bin Baz ni, banyak di jual di kedai-kedai dan harganya pun murah. Jadi, ramai yang beli sebab kewangan. Tapi, ramai gak yang berjaga-jaga, beli yang di tahqiq oleh Dr al Azhar walaupun mahal sikit. Di sini, saya tak berapa nak tau di mana di jual. Kalau terjemah tu, saya tak tau ada ke tak.

Quote:
akidah tohawiyah pun gitu yg di syarah albani dan ben baz.. . cuba carik yg pure dan yg di syarah... ada beza...






Mari kita pakat-pakat baca. Fathul bari pun ada gak bezanya. Ada kawan saya dah jumpa, tapi dihilangnya muka surat tersebut. Kalau saudara matyr jumpa, leh beritahu saya, saya nak cari pun, sebab banyak jilid sangat, lambat la nak jumpa.



waAllhua'lam...

"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan jatuh di pelabuhan TAQWA d negeri JIHAD yg ramai didiami para syuhada'"

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-04-30 11:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 03-05-05 15:45


Quote:

On 2005-05-03 14:24, u_medina wrote:

(bertaqlidlah kita....berpeganglah pd amalan 'ulama...kalau 'ulama beramal dgn tahlil,talqin dan sbgnya...pakai jerlah...)

saya baru tgk Al jazeera, syariah wal hayah,panelnya Alqaradhowi.beliau kata dilarang taklid dan ada ulama` berpendapat wajib keatas muslim berfikir.

org yg x bleh berfikir bolehlah bertaklid.
wallahua`lam

[ Posting ini telah di edit oleh: u_medina pada 2005-05-03 14:25 ]


al jazeera? erm cuba carik satu ketika ttg qaradhawi katakan ttg Nabi Muhammad .

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-05-05 11:15




-----------------
a`kum,
bagus la abg imam x hina bin baz.sebenarnya beliau x sesuka hati menyalahkan sesiapa, cuma kekadang pengikutnya yg menokok tambah. begitu juga Albani.saya difahamkan dari bekas penuntut u madinah ada juga ajaran di madinah terlalu taksub dgn ajaran mereka dan tak diiktiraf.rasanya mereka inilah yg disalahtafsirkan sebagai wahabi.

selamba betul abg imam kata ilmu saya habuk pun tarak. tak pe lah ada sezarah pun jadilah.takkan la semua amalan kita nak ikut je...saya setuju dgn Al Qaradhowi menyarankan kita berfikir setiap sesuatu adakah bertepatan dgn syarak.saya bukan talfiq.lagipun itu masdar tak sesuai kata saya talfiq.sesuai guna ism faa`il.saya bukan bercampur aduk cuma setiap yg ada hujahan syarak saya terima.kalau saya salah sila beri hujahan syarak ttg amalan itu bukannya memaki saya.rasanya saya x perlu balas makian itu ,biarlah abg imam melompat seorang diri.takkan lah nak jadi mcm himar, ikut je apa tuan dia suruh.

[ Posting ini telah di edit oleh: u_medina pada 2005-05-19 13:42 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148226 saat. Lajunya....