Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Kelakar
Topik: gembala kambing vs cendekiawan


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» gembala kambing vs cendekiawan

Please Mendaftar To Post


Oleh gembala kambing vs cendekiawan

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 12-04-05 10:59


BETAPA AGUNGNYA TUHAN
> > > >
> > > > Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat
> > > > dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup
> > > > dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata
> > > > penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
> > > >
> > > > Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang
> > > > ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang
> > > > disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara
> > > > tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan
> > > > penduduk-penduduk di negara itu.
> > > >
> > > > Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu
> > > > adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli
> > > > keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia
> > > > menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan
> > > > kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat
> > > > terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa
> > > > isyarat.
> > > >
> > > > Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan
> > > > tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia
> > > > akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir
> > > > waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam
> > > > yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja
> > > > membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani
> > > > menyahut cabaran itu.
> > > >
> > > > Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang
> > > > yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan
> > > > dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan,
> > > > cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
> > > > Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada
> > > > hadirin. Dan jawapannya betul.
> > > >
> > > > Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala
> > > > kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
> > > > Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala
> > > > kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula
> > > > berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
> > > >
> > > > Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan
> > > > pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala
> > > > kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...
> > > > Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan
> > > > mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala
> > > > kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu
> > > > dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk
> > > > tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor
> > > > ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur
> > > > ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
> > > >
> > > > Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala
> > > > kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk
> > > > menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan
> > > > jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala
> > > > kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
> > > >
> > > > "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat
> > > > tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya
> > > > soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah
> > > > syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha
> > > > illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing,
> > > > dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa
> > > > asyhaduan namuhammadarrasullullah)."
> > > >
> > > > "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam
> > > > ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima.
> > > > Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya
> > > > adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang
> > > > diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam."
> > > >
> > > > "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi?
> > > > Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab
> > > > Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan
> > > > pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing
> > > > mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi.
> > > > Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan
> > > > bumi."
> > > >
> > > > "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul
> > > > kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah...
> > > > Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan
> > > > mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya."
> > > > Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan
> > > > tersebut.
> > > >
> > > > Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap
> > > > Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
> > > > Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing
> > > > tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing
> > > > pun bercerita...
> > > >
> > > > "Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang
> > > > Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari,
> > > > maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba
> > > > menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua
> > > > maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la
> > > > maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian
> > > > dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah
> > > > hamba boleh bagi enam pada dia."
> > > >
> > > > "Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua
> > > > kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu
> > > > dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya
> > > > je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.
> > > > Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk
> > > > ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya,
> > > > selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya
> > > > telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah
> > > > sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia
> > > > takkan sombong dan bongkak lagi..."
> > > >
> > > > Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala
> > > > kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...
> > > > walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan
> > > > dihina, Islam akan tetap terbela. Wallaualam...
> > > >


[ Posting ini telah di edit oleh: putricinta01 pada 2005-04-12 15:23 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 12-04-05 11:18


hahahahha, mmg bagus utk release tension laa cerita ni

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 12-04-05 11:46



HEHHEEHHEHHE...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 12-04-05 12:22


kite orang johor pun suka cite ni......

-----------------
ku lihat,ku dengar & ku rasa,
ku hirup,ku hayati & ku sedar,
hanya satu keinginanku,
Wasatiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

azezulazery
Warga Rasmi
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15705
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 12-04-05 13:10



alhamdulillah...

ni lah cerita yang aku nak cari selama ni...
dah lama aku nak.. masa aku kat sekolah rendah lagi ustazah aku cerita...

terima kasih purtericinta...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azezulazeryProfil   Hantar PM kepada azezulazery   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 12-04-05 13:40


Quote:

On 2005-04-12 13:10, azezulazery wrote:

alhamdulillah...

ni lah cerita yang aku nak cari selama ni...
dah lama aku nak.. masa aku kat sekolah rendah lagi ustazah aku cerita...

terima kasih purtericinta...



sama sama....
yg baik jadi tauladan yg buruk jd sempadan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

la
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15596
Posting: 173
Dari: di bumi yang nyata

malaysia  


posticon Posting pada: 12-04-05 14:29



cerita ni memang menghiburkan.
kalau di comercialkan mesti laku.
cayalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For laProfil   Hantar PM kepada la   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 12-04-05 15:20


Quote:

On 2005-04-12 14:29, la wrote:

cerita ni memang menghiburkan.
kalau di comercialkan mesti laku.
cayalah




...
comercialkan??? good idea..
insyaALLAH.... akn cuba di usahakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

nur_diAn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14734
Posting: 56
Dari: Timur

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 22:58



haha.. cute ahr.. ade crite camni lagi tak..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_diAnProfil   Hantar PM kepada nur_diAn   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 14-04-05 12:44




-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

putricinta01
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9738
Posting: 101
Dari: Kuala Pilah

jordan  


posticon Posting pada: 14-04-05 14:30


Quote:

On 2005-04-13 22:58, nur_diAn wrote:

haha.. cute ahr.. ade crite camni lagi tak..??



ermmmm.... nanti la insyaALLAH
jika ada citer yg mcm ni...
akn saya usahakan posting kt cni....
huhhuhuuuu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putricinta01Profil   Hantar PM kepada putricinta01   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-05 14:06


he..he..he...
srunuk...
lawak yang bermanfaat...
tahniah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

saljusakinah
Warga Rasmi
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15109
Posting: 18
Dari: alor gajah

Melaka  


posticon Posting pada: 20-04-05 22:28




muahmuahmuah
masyuk giler cite ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For saljusakinahProfil   Hantar PM kepada saljusakinah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106509 saat. Lajunya....