Oleh |
PTPTN, aku dan ... 4% |
teman_siber
WARGA SETIA Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 07-04-05 16:32
ana nak ajak sahabat semua berkongsi pengalaman dengan ana tikamana isu PTPTN heboh diketengahkan sejak kebelakangan ini... mulanya ana sedikit keberatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat yang memenjam PTPTn dengan alasan takut apa yang ana citer kan kat sini boleh menyebabkan 'bias' pada PTPTN... berkenaan isu 4% yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan... dibawah diceritakan pengalaman ana sendiri selaku peminjam PTPTN... baca dengan teliti wahai adik-adik ku sekalian...
-----------------------------------------------------
Part 1.... lebih satu tahun yang lalu kiranya pada bulan 12 tahun 2003... ana telah berkunjung ke PTPTN (wisma chase perdana) untuk bertanyakan tentang status dan jumlah bayar balik yang perlu dijelaskan oleh ana sepanjang pengajian. Nak dimulakan cerita, pada masa tersebut pihak pengurusan PTPTN tidak mengemaskini rekod pinjaman ana (dan ana yakin satu batch penerima sc comp UTM sebab kami dulu integrasi tukar degree). Apa yang dimaklumkan bahawa kalau ikutkan sistem komputer PTPTN kononnya pada mase tu adalah RM 29 000.00. Padahal apa yang ana rasekan bahawa punjaman yang diterima tidak seperti jumlah yang PTPTN maklumkan. Atas ketidakpuasan hati, ana dengan sendirinya mengambil inisiatif bersama beberapa rakan yang lain menyiasat serta menyemak jumlah yang diterima dengan pihak Bendahari UTM dan bank tentang jumlah yang diterima. Stelah mengambilkira semuanya termasuk berbincang dengan beberapa rakan yang lain, kami dapati duit yang diterima hanyalah RM 26 500.00. Selepas itu kami pergi semula ke PTPTN untuk memaklumkan apa yang telah kami lakukan setelah menyemak jumlah yang diterima. Dan apa yang mengecewakan PTPTN masih lagi mengatakan bahawa pinjaman yang diterima adalah RM 29 000.00. Part 2....
Setelah kali kedua berkunjung⦠rakan-rakan ana yang lain telah āputus asaā.. tapi bak kate pepatah āgenggam bara api, biar sampai jadi arangā⦠ana telah berkunjung kali ke 3 ke ptptn. Kali nie dengan azam untuk melangsaikan kesemua bayaran pinjaman PTPTN. (kalau ikutkan perjanjian, pengecualian 4% cas perkhidmatan tidak dikenakan kepada peminjam yang melunaskan kesemua pinjaman sekaligus atau beransur dalam tempoh kurang 6 bulan dari tempoh tamat belajar). Atas sebab sini maka sekali lagi ana berkunjung ke PTPTN untuk mengesahkan jumlah pinjaman yang telah dberikan kepada ana. Malangnya seperti juga sebelum ini jawapan yang sama diberikan⦠NAH!! Dimanakah perkhidmatan atau servis yang PTPTN provide sampai nak charge student 4%!!! Part 3ā¦
Kalau diikutkan hati ana dah malas ngan ape yang PTPTN buat. Tapi memandangkan atas nasihat dari bapa ana utk membayar kesemua pinjaman sekaligus, maka pada kali ini, dengan āpersiapanā yang cukup, sekali lagi ana berkunjung ke PTPTN buat kali ke 4 pada 26 Febuari 2004. Kali ni ana bertekad utk bertanya untuk confirm kan jumlah pinjaman dan membuat aduan (isi borang aduan PTPTN) sekiranya tiada apa-apa tindakan dari pihak PTPTN. Seperti yang dijangka, jawapan seperti sebelum diterima. So dengan pengalaman ke PTPTN yang ada sebelum ini, ana telah mencatit tarikh ana berkunjung dan mengisi borang Aduan PTPTN yang telah disediakan. Maka ana pun isi la dengan harapan ada tindakan dari pihak PTPTN...
Setelah satu tahun lebihā¦ā¦ Heboh dalam paper PTPTN nak saman peminjam yang tak bayar lagi n beberapa tindakan lain terhadap peminjam⦠Ana terkecuali dalam kes nie⦠tapi aper yang bestnye⦠penyata yang menyatakan jumlah pinjaman yang telah diberikan pada ana sampai pada 4 April 2005 dengan tarikh dikeluarkan surat oleh PTPTN pada 22 Mac 2005. Dalam surat itu menyatakan bahawa ana meminjam sebanyak RM 25 500.00. NAH..!! Betul seperti apa yang ana telah jangkakan selama ini⦠so kat sini ana nampak bahawa pihak PTPTN tidak cekap dalam menguruskan atau mengemaskini jumlah pinjaman yang telah diberi kepada peminjam!!!. Dan disebabkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak PTPTN sendiri maka ana (mungkin jugak sahabat ana satu batch) terpaksa menanggung jumlah bayaran perkhidmatan yang tertunggak selama kira-kira satu tahun lebih (tanpa mendapat apa-apa penyata yang menyatakan jumlah pinjaman yang telah diberikan oleh PTPTN). Setelah mendapat penyata dari PTPTN pada 4 April 2005, pada hari yang sama ana terus menelefon pihak PTPTN untuk confirmkan sekali lagi jumlah pinjaman. Tapi apa yang mengejutkan ana, pihak PTPTN menyatakan bahawa ana hanya perlu melangsaikan pinjaman sebanyak RM 10 690.00++ā¦!! Sekali lagi ana rase pelik sebab dalam penyata tercatat jumlah pinjaman yang dipinjam adalah RM 25 500.00 tapi hanya perlu bayar RM 10 690.00++⦠NAH..!!! satu lagi perkara yang menunjukkan bahawa PTPTN terlalu mengelirukan pelajar dalam urusan pinjamanā¦!!! Atas sebab itu, keesokan harinya (5 April 2004), buat kali ke 5 ana sekali lagi telah turun ke PTPTN untuk mengesahkan jumlah pinjaman. Maka kali ini sekali lagi ana telah dikelirukan apabila pegawai PTPTN menyatakan jumlah yang ana pinjam adalah RM 26 500.00. NAH..!!! sekali lagi ketidakprofesional PTPTN dalam menguruskan hal pinjaman ditunjukkan. So camner nak charge budak sampai 4%..!!! What ever laa ana dah malas nak ambil pusing, yang penting ana nak langsaikan terus jumlah pinjaman pokok yang ana punjam tanpa dikenakan bunga (atas alasan ana telah berhubung dengan pihak PTPTN dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar) iaitu 4 kali ana berkunjung ke PTPTN dan kali terakhir adalah pada 26/02/04. Apa yang ana boleh lakukan pada hari tersebut na telah bersedia dengan surat permohonan pelepasan bayaran perkhidmatan atas pinjaman⦠dan berbetulan pada hari tersebut adalah Meeting Board PTPTN so kes ana dibawa dalam meetingā¦
Klimaksā¦
6 April 2005, jam 10.00 pagi, ana telah menerima panggilan daripada PTPTN yang menyatakan bahawa permohonan ana DITOLAK dengan tiada alasan. Pegawai PTPTN tersebut maklumkan bahawa āpihak atasanā cakap⦠āTIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKANā. Ini menunjukkan bahawa bukti yang ana telah lampirkan bersama surat tersebut tidak langsung dipertimbangkan oleh pihak PTPTN. Dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar setelah mengambil kira kelewatan dan 4% cas perkhidmatan (terus terang duit bunga laa senang) jumlah yang ana perlu bayar adalah RM27 424.79 (sekiranya dibayar pada bulan APRIL 2005) dan jumlah akan meningkat sekiranya dibayar pada BULAN MAC iaitu sebanyak RM 27 506.72. NAH!!! Jelas kat sini yang charge perkhidmatan akan dikira monthly (macam beli kete atau rumah) n BUKAN yearly sepertimana kebanyakan kawan ana paham sebelum ini..!!! (walaupun agreement sebut 4% dikira atas baki berkurangan, tapi secara jujurnya ana serta sahabat yang lain secara jelas tidak faham maksud atas baki berkurangan kerana apa yang telah kami pegang selama ini adalah atas baki berkurang yang dikira selepas tahun berakhir). Ini disebabkan tiada penerangan yang jelas tentang cas perkhidmatan ini ketika kami meminjam satu ketika dahulu. Jika dilihat dari jumlah yang diberikan (setelah kira bunge):
RM27 424.79 ā RM 26 500.00 = RM 924.72 (bayaran lebihan yang dikenakan setelah lewat dalam satu tahun) cuba bayangkan sahabat-sahabat yang masih belum dapat keje yang tak bayar 3 tahunā¦(ingat baki berkurang dikira monthly)
P/s: penyata yang diterima adalah lewat satu tahun dari tarikh mula ana perlu bayar. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?? Ana dah lame berurusan dengan PTPTN sejak sebelum bulan 2 tahun 2004 untuk melangsaikan bayaran sekaligus... tapi... apa boleh buat...Same-same fikirkan⦠4% @ 3% charge perkhidmatan⦠adakah ia berbaloi�? -----------------------------------------------------
pesanan pada adik-adik, jangan ingat seronok saje bila dapat duit PTPTN, semak dahulu... baca perjanjian baik-baik... jangan jadi macam abang-abang dan kakak senior...
|
aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara
|
Posting pada: 07-04-05 21:55
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 07-04-05 22:22
NAK KELUARKAN ARTIKEL MCM NI KAT SURAT KHABAR UTAMA?
TUNGGULAH DULU BOS SYARIKAT PENERBIT AKHBAR UTAMA TU ORANG YANG BETUL PROFESIONAL DALAM TUGASNYA DAN FAHAM BETUL-BETUL DENGAN KONSEP KEBEBASAN AKHBAR DAN DEMOKRASI.
PS: ARTIKEL NI HANYA LAKU UTK DISIARKAN DLM AKHBAR HARAKAH SAHAJA.
TQ.
|
aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara
|
Posting pada: 07-04-05 22:35
Quote:
| NAK KELUARKAN ARTIKEL MCM NI KAT SURAT KHABAR UTAMA?
TUNGGULAH DULU BOS SYARIKAT PENERBIT AKHBAR UTAMA TU ORANG YANG BETUL PROFESIONAL DALAM TUGASNYA DAN FAHAM BETUL-BETUL DENGAN KONSEP KEBEBASAN AKHBAR DAN DEMOKRASI.
PS: ARTIKEL NI HANYA LAKU UTK DISIARKAN DLM AKHBAR HARAKAH SAHAJA.
|
| erk.. ye ke? ana penah la baca pasal student komen ptptn.. mcm2 la diorang kata.. cuma tak sedetail yg nie.. bukan semua perkara akhbar dan media tipu rakyat.. sesetengah perkara.. mereka tetap telus...
p/s: sekadar pandangan dr hamba yg tgk dr 2 persepsi
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 08-04-05 08:20
syukurlah orang da bagi pinjam free,pandai pinjam pandailah bayar.... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
aquarius_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...
|
Posting pada: 08-04-05 09:47
Quote:
| syukurlah orang da bagi pinjam free,pandai pinjam pandailah bayar.... |
| memangla kene bayar...tapi kalau pengurusan yang tak cekap camtu bebankan student gak jugak..
bukan semua student mampu nak biaya pelajaran sendiri..tu pasal kene meminjam..kalau tak yang kaya terus berkuasa yang miskin takkan ke mana.
dalam isu PTPTN, saya salah seorang peminjam sebanyak RM 15 000 dalam agreementla. kalau nak kira bungan untuk bayaran tempoh sepuluh tahun dah jadi 20ribu lebih..
tapi kalau dah rate kire bulan..makin bergandala..
bimakna...abis jer study kene serbu PTPTN dulu pastu dapatkan penyata untuk elakkan kene interest tempoh setahun tunggu dier bagi penyata?
----------------- [IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]
'ukhwah itu indah'
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 08-04-05 10:59
Quote:
| Quote:
--------------------------------------------------------------------------------
syukurlah orang da bagi pinjam free,pandai pinjam pandailah bayar.... --------------------------------------------------------------------------------
memangla kene bayar...tapi kalau pengurusan yang tak cekap camtu bebankan student gak jugak.. bukan semua student mampu nak biaya pelajaran sendiri..tu pasal kene meminjam..kalau tak yang kaya terus berkuasa yang miskin takkan ke mana. dalam isu PTPTN, saya salah seorang peminjam sebanyak RM 15 000 dalam agreementla. kalau nak kira bungan untuk bayaran tempoh sepuluh tahun dah jadi 20ribu lebih.. tapi kalau dah rate kire bulan..makin bergandala.. bimakna...abis jer study kene serbu PTPTN dulu pastu dapatkan penyata untuk elakkan kene interest tempoh setahun tunggu dier bagi penyata? |
|
tahu tak pe.... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 08-04-05 11:19
-nak buat camna klau da penyata kata gitu...kalau boleh ubah usahakn...sebab tu la sebelum pinjam kena fikir betul2 sama ada kita mampu bayar dlm tempoh ditetapkan atau tidak...kena fikir juga time nk mula study dan lepas study apa kesudahannya....masa pinjam tu kena teliti dan fikir baik2 tntng apa yg nk disign tu...kot2 time kita sign ada udang disebalik batu..tu kita tak tahu...jadi,kalau boleh langsaikan ,langsaikan je..pastu pnyata pinjaman yg tak sama ngan kita pinjam tu kena selesaikan la bagus2 dgn pihak berkenaan...penambahan cas 4% tu...entahlah...kena semak semula isi perjanjian dulu.....................
-maaf kalau terkasar bahasa dan terasa...
*tak jadi study coz takut masalah timbul....
----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
aleyasyafira
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.12.2004 Ahli No: 13015
Posting: 100
Dari: melaka
|
Posting pada: 08-04-05 15:43
pandai pinjam pandai pulanglah..
tp jgn ler smpi nk membebankan student..
melampau tol!!
|
sahabat_sejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3361
Posting: 337
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-04-05 21:03
saya syorkan anda bekerja dengan PTPTn supaya anda dapatkan mengatasi masalah ini dengan segera
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 09-04-05 12:19
hhehe..
ana sokong pendapat sya-rin ..
pandai pinjam pandai2 la bayar..
ni semua salah kita..
kerna sejak dahulu menaikkan kerajaan yg tdk berlandaskan islam.
diorg bukan ingat halal haram.
tau untung ke dia aje.
maka tdk hairanlah riba ni akan berleluasa selagi BN berkuasa lagi.
hehe..maka kita yg menyokong ni terus2 la mengikut.ALLAH jadikan sesuatu perkara tu bersebab.tdk ada hukum yg sebaik hukum islam.
jadi jika nak baik undilah dgn baik.
jika nak tak baik undilah ikut suka.
kita kadang2 hairan.
kita ni sering lupa.lupa akan yg satu ni.
soal berkat.berkatkah duit pinjaman kita yg kita beli buku,makan,bayar yuran,beli alatan utk ilmu.
berkatkah pengajian kita?
berkatkah hidup kita ni?
berkatkah keta yg kita pakai?
rumah yg kita beli?
berkatkah diri kita ni.
dlm mencari keberkatan ..
kita lupa lagi..
yg tdk mahu melupuskan riba dlm pinjaman.
yg mengamalkan riba dlm semua pinjaman.
semuanya bermula drpd pemerintah.
biarlah.
bak kata sya rin..
org suruh bayar..bayar ajelah.
tau tak pe tul tak sya rin...
hehe...adakalanya dlm kita diam tanpa kita sedar kita bersetuju.
p/s..haram tetap haram..
|
aquarius_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...
|
Posting pada: 09-04-05 13:04
ana rasa isu disini bukan pasal tanak bayar..
tapi pasal cara pembayaran yang ada unsur penipuan...dan kelemahan pihak pengurusan PTPTN.
Quote:
| org suruh bayar..bayar ajelah. |
| memangla nak bayar tapi kalau pengurusan yang tak berkesan camtu makin liat la orang nak bayar... ----------------- [IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]
'ukhwah itu indah'
|
aquarius_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...
|
Posting pada: 09-04-05 13:04
ana rasa isu disini bukan pasal tanak bayar..
tapi pasal cara pembayaran yang ada unsur penipuan...dan kelemahan pihak pengurusan PTPTN.
Quote:
| org suruh bayar..bayar ajelah. |
| memangla nak bayar tapi kalau pengurusan yang tak berkesan camtu makin liat la orang nak bayar... ----------------- [IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]
'ukhwah itu indah'
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 09-04-05 13:19
hehehe..
nak wat camne..
dulu masa pinjam kita tak kisah pun..
tak tahu ke yg pemberi pinjaman tu abg long kepada along.
hehhe..
jadi sebagai anak2 ni..kena lah tanggung.
ini bukan soal pengurusan saja dik oi...
ni soal halal haram.
soal keberkatan.
sepatutnya yg 4% tu dihapuskan.
itu yg sepatutnya kita perjuangkan.
buatlah pinjaman cara islam.
"masuklah kamu kedlm islam secara keseluruhannya"
sepatutnya kita laksanakan islam dlm semua segi.
p/s..barulah hidup berkat.
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 09-04-05 13:34
entahlah firdaus azimi......tu budak nganggur belum lg tu.....payah nk bayar........ ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
nurulain
WARGA SETIA Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong
|
Posting pada: 09-04-05 13:34
alhamdulillah satya terlepas dari bebanan hutang PTPTN..
ms mauk U dulu, semua org dah settle dapat loan PTPTN, saya n kawan 2 yg matrik kat cawangan yg bermasalah dgn loan..
bila sampai pertengahan semester pertama baru sign agreement dgn PTPTN, one week after that dapat tawaran JPA scholarship..terus saya cancel PTPTN, alahmdulillah x kena bayar hutang..free of charge..kontrak kerja 5 tahun, sampai sekrng pun x dapat kerja lagi...SPA x manjanjikan apa2 pekerjaan
apa2 pun bersyukur dgn kerja sekarang, dapat belajar banyak..ilmu dan pengetahuan dari lecturer2 kat cni..
insyaAlalha da rezeki sambung study lagi jd lecturer and tingkatkan occupational health di kelantan, InsyaAllah..
|
aquarius_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...
|
Posting pada: 09-04-05 14:06
mula2 dulu saya dan kawan2 fikir jugak fasal riba tu..tapi akhirnya kami ambik jalan tengah, kami blaja dibantu PTPTN, dan kami boleh niatkan 4% tu hadiah kami buat adik2 yang lain untuk tuntut ilmu..tolong orang lain nak menuntut ilmu pulak..
|
khairol_khalid
WARGA SETIA Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech
|
Posting pada: 11-04-05 02:32
itulah dia ptptipu~~~~~~ ----------------- Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 11-04-05 12:33
mmmmm..
dalam keterpaksaan kita terpaksa.
bila keadaan memaksa macam2 tindakan tanpa paksaan kita buat.
4% tu tetap riba.
kita pun ada syer juga.
bukan student je..
pembeli rumah,kereta,motor hatta barang2 rumah juga ada syer sama(mana yg gunakan pinjaman)
kita takleh nak buat apa skang ni.
tapi kita ada hak utk menentang perlaksanaannya.
caranya.....
sama2 leh kita bincangkan disini.
p/s..satu negara ada syer tau..
|
sahabat_sejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3361
Posting: 337
Dari: shah alam
|
Posting pada: 20-04-05 16:45
krg bukan 4% lagi
dah 3%
kmudian
apa kata jadikan bunga 3% peratus sbg hibah (hadiah) kpd mrk
ala yg kita gunakan sistem perbankan islam tuh
ada sape2 blajar banking x?
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 20-04-05 17:09
ana pun peminjam ptptn..skrg ni ana sdg bayar walaupin baru setahun bayar (actually dah grade thn 2001) atleast ana cuba bayar..tu semua sialap kita sbb dah tertera dalam terma 4% dikenakan bagi setiap pinjaman...kepada pasangan yg baru nerkahwin..belajar2la menyimpan untuk anak2 supaya senang nanti...tak perlula pinjam pada mana2 badan dimasa hadapan...jadi tak perlulah salahkan mana2 pihak...saya pun marah mula2 tp bila kita fikir balik..kita yg salah...
|
teman_siber
WARGA SETIA Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-04-05 16:58
Quote:
| aniisa_tasnim wrote: p/s: mencadangkan pada penulis hantar je kt forum akhbar2 utama kt malaysia.. kan slalu asyik nak salahkan peminjam.. biar terbuka mata semua pihak... |
| toksah kate paper... la ni nie ana tengah kumpulkan sahabat-sahabat satu batch nak masuk '7 di pihak anda' hehehe  skrg dalam proses... tungguu...
Quote:
| sya_rin wrote: nak buat camna klau da penyata kata gitu...kalau boleh ubah usahakn...sebab tu la sebelum pinjam kena fikir betul2 sama ada kita mampu bayar dlm tempoh ditetapkan atau tidak...kena fikir juga time nk mula study dan lepas study apa kesudahannya....masa pinjam tu kena teliti dan fikir baik2 tntng apa yg nk disign tu...kot2 time kita sign ada udang disebalik batu..tu kita tak tahu...jadi,kalau boleh langsaikan ,langsaikan je..pastu pnyata pinjaman yg tak sama ngan kita pinjam tu kena selesaikan la bagus2 dgn pihak berkenaan... |
| kami dulu takder senior yang citer, tambahan pulak dulu batch ana pioneer UTM di Pahang (skrg KUKTEM) sampai laa kami pindah. pegawai PTPTN yang citer kat kami dulu pun tanak bagitau betul2. pasal semakan penyata ngan jumlah pinjaman yang kita pinjam tu ana rase ana dah buat yang terbaik, sampai ke PTPTN 4 kali sejurus GRAD. tapi apa yang PTPTN buat?? diaorg yang tak cekap. pastu skrg sibuk nak menyaman peminjam. Baru ari Jumaat arie tu (22hb 4 kalu tak silap) dah ada bekas budak UM kene saman sebab tak bayar pinjaman... lepas nie tunggu peminjam pulak laa menyaman PTPTN...
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 26-04-05 12:27
mmmmm..
bila semua ingat nak untung..
hilanglah keberkatan..
bila hilang keberkatan..
macam2 masalah ada......
heheh
p/s.. tak pinjam..yea yea..
kumpul duit utk adik yg kecik lak..
|