Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: HIKMAH BERZIKIR


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» HIKMAH BERZIKIR

Please Mendaftar To Post


Oleh HIKMAH BERZIKIR

AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-07-03 14:27


HIKMAH BERZIKIR
Firman Allah s.w.t. maksudnya, "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keyakinan dan ganjaran
pahala yang besar."(Al-ahzab:35).
Dari Rasulullah s.a.w.,"Sesiapa yang mengucapkan 'SubhanallahHil;azimi Wabihamdih', maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar
didalam syurga." (H.RMuslim).


1.Akan mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan ini didalam jiwa.
2.Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3.Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
4.Akan dapat merasakan betapa besar, Agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
5.Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada didalam kesusahan dan kedukaan.
6.Akan mendapat kehormatan dan doa dari sekalian malaikat.
7.Akan memperolehi pohon tamar didalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
8.Akan mendapat nur dari Allah dalam kehidupan didunia ini, dialam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
9.Dapat membina rumah dan juga istana didalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya disyurga.
10.Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
WALLAHUA'LAM.






-----------------
Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AyuHumairaProfil   Hantar PM kepada AyuHumaira   Quote dan BalasQuote

AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-07-03 14:34


RAHSIA KEAJAIBAN SOLAT
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".
Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
Wallahua'lam.



-----------------
Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AyuHumairaProfil   Hantar PM kepada AyuHumaira   Quote dan BalasQuote

pondok_moden
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 260
Posting: 52
Dari: mantel bumi

Pahang  


posticon Posting pada: 02-07-03 17:38


Pendek kata, zikir itu merupakan makanan bg hati makhluk yg bernama manusia.

-----------------
oddisey


Bookmark and Share

    


  Member Information For pondok_modenProfil   Hantar PM kepada pondok_moden   Quote dan BalasQuote

BEcons_iium1403
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 294
Posting: 26
Dari: gombak

Perak  


posticon Posting pada: 12-07-03 12:19


adapun hikmah berzikir itu, telah ditemui oleh seorang psikologist Dutch secara saintifik..

kata nya.. dia telah melakukan kajian terhadap beberapa ratus orang bukan Islam, dimana dia telah melatih mereka yang semua nya ada masalah yang berkaitan dengan psikologi seperti stress dll
supaya menyebut kalimah ALLAH dengan betul.. sepertimana di sebut oleh orang arab... dan tidak seperti yang di sebut oleh orang cina di malaysia...(minta maaf jika ada kaum cina yang mambaca akan hal ini... sekadar memberi perbazaan yang mudah-mudahan dapat di fahami oleh semua....)

Dan alhamdulillah kesemua mereka, selepas satu tempoh yang tertentu, telah sembuh daripada penyakit penyakit mereka.....Prof itu ada mennyatakan bagaimana terjadi nya tindak balas diantara jantung, otak dan sebagainya yang membantu menyembuhkan pesakit-pesakitnya, tapi saya tak berapa ingat.. insya allah, jika kalian inginkan maklumat lanjut, saya akan cuba buka kembali `fail-fail lama` saya untuki mencari penjelasan terperinci yang di berikan oleh prof itu.... INSYA ALLAH......

Bookmark and Share

    


  Member Information For BEcons_iium1403Profil   Hantar PM kepada BEcons_iium1403   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-08-03 00:16


Assalammualaikum...

dan berzikir juga dapat membantu kita ketika SAKARATUL MAUT nanti...

INSYAALLAH....bila syaitan datang untuk memesongkan akidah ketika itu...maka amalan zikir kita akan menolong...

p/s:SEMOGA AKU & ENGKAU
DIPERMUDAHKAN ALLAH..

-----------------
Sesungguhnya ingatan hamba kepada Tuhannya itu adalah lebih besar daripada segala-galanya.Dan Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al-Ankabut:45)

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

mannan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7171
Posting: 63
Dari: Setapak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-02-04 21:53


Ana nak ajak sahabat respon terhadap Zikir Nama Nama yang Agung, Asmaul Husna.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=6624&forum=22&4 " klik sini " >



-----------------
jadilah orang yang paling banyak memberi kebaikan kepada orang lain...

[ Posting ini telah di edit oleh: mannan pada 2004-02-17 21:56 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mannanProfil   Hantar PM kepada mannan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101722 saat. Lajunya....