CINTA MUDA MUDI (REMAJA)
PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN. Mengharungi pasca modern, mencetus komunikasi berani antara manusia. Sopan susila , adat budaya dan adab bangsa kian diketepikan . Susila barat , budaya hippies dan adat rimba dibangga - banggakan sebagai trend dunia terkini. Muda mudi adalah egensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral. Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka. Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah. Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan. Cinta dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela. seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji.
Filem - filem cinta yang kini Iaris di pawagam - pawagam seluruh negara antara saham pihak berwajib dalam membentuk masyarakat muda mudi yang mabuk cinta tanpa peduli halal dan haram . Harus diingati bahawa kita selaku mukmin tidak sebebasnya bertindak sesuka hati . Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ - يَعْنِى الدَّرَاوَرْدِىَّ - عَنِ الْعَلاَءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ ».
"Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Realiti sebuah tragedi.
Asy - Syauqi bersyair
نَظْرَةٌ فَا بْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
وقال الشاعر : وَ مَا الْحُبُّ إِلاَّ نَظْرَةٌ اِثْرَ نَظْرَةٍ تَزِيُدُ نَمُوّا إِنْ تَزِدْهُ لَجَاجًا.
Maksudnya
• Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat . Sekiranya ada response , pasangan semakin bertindak .
• Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat , telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua - dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera.
• Merancang pertemuan (dating) di tempat - tempat umum untuk meluahkan perasaan masing - masing. Bungaan ayat diluahkan demi memaut hati pasangan .
Contoh :
• Lautan api sanggupku harungi.
• Kalau tak percaya belahlah dada.
• Berkorban apa saja, sanggup sehidup semati.
• Sanggupku serahkan tubuh demi cinta.
• Tatkala kemesraan kian bersemi, pasangan bercinta teramat sukar untuk tidak `menyentuh' antara satu sama lain. Tindakan minima mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan . Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di tempat sunyi seperti kelab istirehat, di tepi pantai dan seumpamanya.
• Sentuhan demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan mematikan rasa malu yang ada pada pasangan tersebut. Nokhtah inilah bermula sebuah cinta bernoda. Palitan kotor dan lumuran jijik melingkari cinta mereka. namun pasangan sebegini sering beralasan sekadar `ringan - ringan .'
• Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling biasa seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena yang dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis.
• Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek rangsangan nafsu rambang.
Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak berpedoman. Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka . Sedangkan AIIah telah memperingatkan dalam firmanNya :
.. إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ .. (يوسف : 53)
"Sesungguhnya nafsu menganjur kejahatan"(Yusuf: 53)
Gejala bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini, satu realiti yang mencemaskan. Nafsu mengatasi malu. Inilah bahana cinta nafsu yang tidak dibendung, malah ada pihak yang sengaja mencurah minyak di atas api yang sedang marak. Pencerobohan konsert Salem Cool, Scorpion, Micheal Jackson dan lainnya ke negara kita tanpa restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak yang mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak.
(Kajian terhadap pekerja kilang di Lembah Kelang membongkarkan: 21% daripada mereka pernah berlaku sumbang. 14% sering melakukan hubungan seks dan 21% lagi pernah melakukannya. " Keruntuhan moral remaja ini banyak dipengaruhi oleh media massa, kemudahan mendapatkan video lucah, percampuran bebas Ielaki dan perempuan serta sikap tidak ambil peduli jiran sekeliling.")
Penyelesaian.
الإ سلام هو الحال demikianlah slogan kebenaran. Pemendapan syariat Islam dalam mengemukakan teori penyelesaian terhadap krisis moral muda muda hari ini merupakan satu jenayah yang terlalu kejam. Lantaran tindakan itu mencetuskan pergeseran jiwa dan fitrah muda mudi tanpa panduan.
1. (تفقه فى الدين Mendalami urusan agama.
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ خَطِيبًا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِى ، وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِىَ أَمْرُ اللَّهِ » .
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya diberi faham tentang ugama.."
Pendidikan Islam selayaknya dijadikan asas pendidikan dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai ugama rasmi sementara ugama - ugama lain tetap dirai' sistem pendidikan mereka. Sikap double standard yang meletakkan institusi pengajian Islam awam di kelas bawah punca kemelesetan ilmu dan aqidah.
Alasan masyarakat majmuk yang memaksa sistem pendidikan Islam tidak dijadikan asas pendidikan negara adalah alasan yang karut. Mengapa ugama rasmi negara yang majmuk ini di sebut sebagai Islam? Kenapa tidak disebut `ugama majmuk'? dan kenapa pula pendidikan negara tidak disebut pendidikan Islam? Soalnya, keseungguhan dalam menangani ehwal ugama Islam masih bersifat pingairan.
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَالأنعام:125)
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberi petunjuk padanya, nescaya la melapangkan dadanya untuk lslam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah - olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang - orang yang tidak beriman."
2. (عدم الإختلاط المذمومTidak bergaul bebas. Suasana percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan syariat wajib dibasmi . Bermula dari sekolah hingga ke pusat hiburan. Pergaulan tanpa batas inilah punca menularnya gejala free sex atau zina terkutuk.
Firman Allah :
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا (الإسراء:32)
"Dan janganlah kamu hampiri zina maka sesungguhnya zina adalah perbuatan yang amat dan suatu jalan yang buruk"(Al-Isra':32)
3. (تشكيل الشخصية )Membentuk keperibadian.
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا(الشمس:10-9)
"Sesungguhnya berolehlah kejayaan siapa yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah siapa yang mengotorinya"(Al-Shams:9-10)
Empat unsur pembentukan syakhsiyyah Islamiyyah.
a. Aqidah Rabbaniah (العقيدة الربانية
b. Komited dengan Syariat Allah (الإتزام بشريعة الله
c. Melawan Nafsu (المجهادة بالحق
d. Sabar menghadapi tentangan dalam atau luaran (الصبر و المصابرة
4. (الإتزام بجماعة المسلمين )Komitmen dengan Jemaah Islam. Penglibatan dengan gerakan Islam dan aktivitinya sebagai benteng kukuh dari ancaman gelombang sosial yang tidak menentu. Dasar dan prinsip gerakan islam mampu memandu jiwa ke jalan yang lurus sekaligus menanam rasa benci meluat kepada maksiat dan kebathilan.
Firman Allah :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (ال عمران:104)
"Dan hendaklah ada dari kalangan kamu segolongan ummat (Jamaah) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Mereka orang-orang yang beruntung."(Al-Imran:104)
5. (تكوين البنة الصالحة Membentuk suasana yang baik. Mencipta lokasi solehah yang jauh dari agenda-agenda Iblis yang memuka ummah. Reka cipta ini mestilah dipandu oleh alim ulama' dengan penuh sedar dan insaf.
Pembangunan Insan terlebih utama dari pembangunan material justeru akan mengendali metarial kelak ialah insan. Apakah ertinya pembangunan material yang serba terkini dengan bangunan puluhan tingkat dan sistem komunikasi canggih tetapi dihujani oleh mat-mat rock yang bermatlamatkan hiburan "dunia rock" dan mereka yang korupsi aqidah.
Merealisasikan amal soleh dalam medan pembangunan Insan dan metarial sebaiknya ditangani oleh semua pihak bermula dari Dewan Rakyat sehinggalah k Warung rakyat.
Firman Allah :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (ال عمران:110) "Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah"(Al-Imran:110)
6. (اشراف الزواج Memuliakan sunnah perkahwinan. Perkahwinan sebagai institusi pembentukan dan pengurusan ummah yang bermoral. Sewajarnya ia menjadi program yang menggalakkan. Fenomena hari ini mendedahkan kepada umum bahawa perkahwinan amat sukar dilaksanakan dengan pelbagai peraturan ketat yang tidak munasabah dan adat yang keterlaluan seperti mensyaratkan khatam Al Quran, hafal surah, mas kawin terlalu tinggi dan sebagainya. Memadailah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam.
a) Muslim
b) Wali
c) Saksi
d) Ijab dan Qabul
e) Mas Kawin
Kesempurnaan rumahtangga muslim yang memerlukan kepada pengawalan dan penghayatan amal Islami merupakan suatu didikan yang berterusan, tidaklah ia menjadi semata-mata syarat untuk berkahwin. (Maksudnya : Kahwin atau tidak, amal Islami mesti dilaksanakan.)
Harus diinsafi, jangan sampai penzinaan itu menjadi lebih mudah dari perkahwinan sedang penzinaan mengundang murka Allah yang tidak dapat dibendung lagi melainkan taubat dan menjalani hukuman hudud. Sementara perkahwinan, walau asasnya serba lemah dan kurang, namun ia halal dan boleh diselamatkan dengan bimbingan dan pedoman amal Islami.
Kesukaran berkahwin menyebabkan muda mudi hari ini mengadakan "Majlis perkahwinan " sendiri berwalikan janji-janji manis dan bersaksikan gelora nafsu bejad serta penyerahan `mahkota' sebagai mas kahwinnya. Berlakulah penzinaan sebagai ijab dan qabul yang amat keji dan terkutuk. Soalnya siapa yang bertanggungjawab??
حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ حَدَّثَنَا أَبِى حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ قَالَ حَدَّثَنِى عُمَارَةُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ قَالَ دَخَلْتُ مَعَ عَلْقَمَةَ وَالأَسْوَدِ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - شَبَابًا لاَ نَجِدُ شَيْئًا فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهُ - صلى الله عليه وسلم - « يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ » . "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan (menutup nafsu)"
(Antara agenda yang membantu perkahwinan ialah menggunakan institusi" orang tengah" yang bersih dari pakatan noda dan dosa untuk menjayakan proses perkahwinan.)
[1]Analisis Cinta Dalam Diri Seorang Pejuang
[2] Sahih Muslim Hadith No:7606
[3] Berita minggu 25 Jun 1995 . Kenyataan Anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr. Zainal Abidin Ahmad. Muka surat 29
[4] Sahih Bukhari Hadith No:71
[5] Lihat عقبات الزواج oleh Abdullah Nasih Ulwan.
[6] Sahih Bukhari Hadith No:5066
[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-03-24 15:10 ]