Oleh |
Rupa Paras Bukan Jadi Ukuran |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 14-03-05 00:01
.................... WARNA kilat, paras rupa dan keturunan bukan tiket untuk dikasihi Allah SWT. Kisah hidup Bilal bin Rabah, tukang azan pada zaman Rasulullah SAW sebenarnya melambangkan kemurnian Islam yang tidak pernah membezakan penganutnya. Dalam Islam, apa yang dinilai ialah ketakwaan dan keimanan terhadap Allah. Bilal yang dikagumi kerana pengabdiannya kepada Islam amat meruntun hati seluruh umat Islam pada zamannya hinggalah sekarang. Sebelum itu, tentu ramai yang menyangka hamba seperti Bilal, yang berasal daripada keturunan tidak menentu, tidak berharta atau mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, tidak berguna langsung kepada agama, bangsa dan tanah air. Dengan kulitnya yang hitam, dia dianggap sama seperti hampas yang tidak berguna kepada sesiapa pun. Sebaliknya, dirinya hanya milik tuannya yang boleh memerintahkan apa saja yang disukai. Dengan perkataan lain, tuannya mempunyai kuasa mutlak ke atas dirinya kerana sudah membelinya daripada penjual abdi yang menjadi tradisi masyarakat pada waktu itu. Apabila dia diperintahkan oleh tuannya untuk bekerja sebagai penternak haiwan, maka dia mesti melaksanakan tugas itu tanpa sebarang bantahan. Begitulah tidak berdayanya seorang hamba yang dimiliki orang yang bergelar "tuan". Dengan itu, hamba seperti Bilal yang tidak pernah ada kebebasan, tentulah tidak pernah diduga mampu melakukan sesuatu yang penuh erti dalam sejarah perkembangan Islam. Pada waktu dia menjadi seorang abdi, tidak siapa menduga, suatu hari Bilal bin Rabah yang miskin dan papa, hitam dan hidup ibarat sebiji debu halus, akan berubah menjadi orang disegani. Tidak siapa juga menduga dengan kekuasaan Allah - debu akan menjadi permata dan miskin akan menjadi kaya. Demikianlah putaran hidup manusia. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini jika kita mahu melihat iktibar di sebalik apa yang pernah dialami oleh Bilal bin Rabah. Justeru, yang miskin janganlah menangisi kemiskinannya pada hari ini manakala yang duka janganlah berasa derita dengan kepapaannya sekarang. Suatu hari dengan kehendak Allah segalanya akan berubah dengan keredaan-Nya. Namun, Bilal bin Rabah tidak berubah daripada debu menjadi permata, daripada habuk menjadi mutiara atau daripada miskin kepada kaya raya, tetapi perubahan yang merempuh hidup dan dirinya ialah perubahan kebatinan yang amat kukuh dan kental. Jiwa Bilal berubah daripada kekosongan kepada keimanan yang amat kuat hingga mampu mencapai darjat yang tidak mungkin dicapai orang biasa sepertinya dan dia menjadi muadzin yang pertama bagi Rasulullah dan Islam. Kebaktian Bilal pada Islam sebagai muadzin pertama, menjadi suatu amal yang amat besar dan menjadi pembuka mata kepada seluruh pemimpin serta pembesar Quraisy pada zamannya.
|
rawdhah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2004 Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp
|
Posting pada: 14-03-05 00:04
...Allah menilai keimanan dan ketakwaan seseorg bukan nya berdsrkn rupa paras...tp pd dri org tu sendiri...wallahua'lam... ----------------- "Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"
|
czarcam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.
|
Posting pada: 14-03-05 00:48
INDAH nya ISLAM...... ----------------- Perjuangan Ibarat Mata Rantai, Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.....
|
pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan
|
Posting pada: 14-03-05 02:20
tapi rupa paras juga ada dalam list hadith nabi dalam emmilih calon.the most important is...agama.. kalau semua nak yg cantik jer...yg tak cantik utk saper?utk saya?....hahahhaa..sekadar gurauan... respon yg menarik dari dakwah ilahi...teruskan perjuangan...
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-03-05 11:55
kalo dah tua kendur jugak....lawa macam mana sekali pun... Allah tidak menilai rupa paras tapi ketaqwaannya...
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 14-03-05 12:21
|
tiey
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2004 Ahli No: 6738
Posting: 3
Dari: kelantan
|
Posting pada: 14-03-05 13:04
macam pernah baca dalam paper hari...ape ek..semalamlah,13mac ..tul tak.. tapi memang bagus pun..
|
Hasmie
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14966
Posting: 34
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 14-03-05 13:10
Betul tu Hasmie setuju.Allah menilai bukan pada rupa paras yang kite miliki kerana semua tu tak kekal lama yang pastinya amalan yang kita lakukan @ kerjakan tiap2 hari kerana itulah yang akan disoal samaada kita di tempatkan di syurga atau sebaliknya. " B'TAKWALAH DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA DGN KEIKHLASAN M'JAMIN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT KELAK" Terima kasih dari Hasmie
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 14-03-05 15:02
Askum Jawapan ana macam ni...rupa pun penting jugak sebab manusia ni fitrahnya suka pada kecantikan..kalau betul2 nak yang dah insaf...ada agama..cuba cari dalam pusat serenti atau penjara..mereka ramai yang dah insaf..mereka juga ada yang takde rupa..pi lah pilih..guaru..tapi ini hakikat...semua yang ada pada diri manusia ada sebabnya samada lawa atau tak. Kadang2 agama seseorang atau iman terpancar pada wajahnya..jadi kena tengok wajah jugakan..ramai wanita la ni cantik bukan sebab ada nur tapi contengan alat solek jer..kalau bende tu takder..mmmpakat2 lari lah lelaki. jadi biar tengok rupa tu ada nur di wajahnya, nur islam.
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 14-03-05 22:03
tak tahu la nak kata cam ner. tapi itula hakikatnya. muka baik dan macho tapi rupanya hantoo.
|
SaNa3004
Warga Rasmi Menyertai: 11.09.2004 Ahli No: 11061
Posting: 9
Dari: PasiR Mas
|
Posting pada: 17-03-05 12:28
absolutely agree bout d topic...
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 17-03-05 12:35
... betul tue.. kalau muka cantik/kacak pun kalau perangai buruk..tak guna gak..reject
|
muawwiz
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 18-03-05 00:24
rupa paras tidak penting, yg penting adalah iman seseorang itu serta ketakwaan dan keikhlasan.... contoh dlm perkahwinan....nabi bersabda....kahwin lah kamu dgn 4 perkara ini: 1-harta 2-kecantikan 3-keturunan 4-agama jd pilih la yg beragama,semoga hidup kamu bahagia didunia dan akhirat.
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 25-03-05 09:27
Rupa paras bukan ukuran, iman dan budi jadi pertimbangan, dalam badan manusia ada seketul daging , kalau baik daging itu, baiklah seluruhnya, kalau buruk daging itu, buruklah seluruhnya.... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
insan_sekular
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.06.2004 Ahli No: 9301
Posting: 105
Dari: selangor
|
Posting pada: 13-04-05 08:24
... ----------------- jom beli buku online ! semua jenis buku... www.katalogbuku.com
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 13-04-05 10:10
hati yang suci murni dan luhur ikhlas.. ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 13-04-05 11:00
betul tu..rupa paras tak kekal lama..tapi perasaan kasih sayang akan tetap subur dalam jiwa seseorang itu
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 14-04-05 17:36
jika kasih sayang tu lahir dari hati tapi bukan dari pandangan mata kita... ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|