Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Tolong saya ye....


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Tolong saya ye....

Please Mendaftar To Post


Oleh Tolong saya ye....

AzeeArif
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 12-03-05 18:02


assalmualaikum, dah lama perkara ni terbuku di hati... hari ni baru tergerak hati untuk bertanya.. jadi sesiapa yang sudi tolong saya ye...terutama yang bergelar ibu, kalau tak pun tanya la ibu-ibu kalian...
saya sedih setiap kali saya baca cerita orang yang tak sayang ibu dia. saya sedih bila saya baca cerita orang tak hargai kasih sayang seseorang kepada diri dia... saya sedih tapi itulah yang saya lalui sekarang... maafkan saya, saya tahu sekarang ukhwah ada masalah tapi jangan risau saya sedia membantu... sebenarnya saya nak tanya.. apa hukum orang yang melawan ibunya.. saya tahu hukum derhaka pa da ibu kandung banyak malah akan dibalas didumia tapi apa hukum derhaka pada ibu tiri???
tolong saya ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzeeArifProfil   Hantar PM kepada AzeeArif   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-03-05 12:48


salam
maaf, sy bukan seorang ibu, bakal ibu apatah lagi ibu tiri..saya masih students dan may be pangkat akak pada awak.
so, dengarlah nasihat dari seorang akak ye?
dosa derhaka atau berlaku biadab dan yang sewaktu dengannya sama kot! wallahu a'lam. tak pe lah dik.. walaupun dia tak rasa susah payah mengandung, membesar dan mendidik kita tapi dia telah dipilih oleh bapa adik dan allah untuk menjadi ibu tiri adik..
nape bukan orang lain? tentu dia ada keistimewaannya kan? dia ada dera adik ke? setiap apa tindakan adik terhadapnya cubalah adik bayangkan adik ditempat dia. sekarang ni kita lupakan sebesar mana dosa yang perlu ditanggung oleh seorang anak kepada ibu tiri...
akak nak ingatkan diri akak dan juga adik.. hargai sebaiknya apa yang kita telah miliki sebelum kita kehilanggannya. sebelum dosa kita tak diampunkan..oleh dia dan allah terutamanya.. sabarlah..sabarlah..sabarlah..

yes..it is easier said than done..
but... selalulah pujuk hati dengan mengambil pengajaran daripada isi al-quran.. ok ye? u're not alone.... ada prob share ngan ukhwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-03-05 12:56




ibu tiri tu samalah dengan ibu kandung... w/pun bukan dia yg melahirkan kita tp dialah yg bkorban menggantikan tmpt ibu kandung kt... bayangkanlah... dia bukannya mengandungkan kita, bukan dia yg bertarung nyawa melahirkan kita dan bukan dia juga yang memerah susunya untuk kita, tetapi dia sanggup korbankan tenaga dan keringat dia untuk memelihara kita... bukan darah daging dia... memberikan kasih sayng pada bukan anak kandungan rahim dia...

besar jasanya ibu tiri tu... tp kalau ibu tiri tu berbuat tidak baik pada anak tirinya... dosanya adalah menganiaya anak yatim (kalau ibu anak itu meninggal dunia...) teruskan berbuat baik pada ibu tiri w/pun dibalas tuba sekali pun... kerana Allah akan memandang pada kita dengan penuh kasih sayang bila seorang anak (w/pun anak tiri) berbuat baik kepada ibunya (w/pun ibu tiri)...

dan jangan dilupa... ibu tiri itu dipilih oleh Allah untuk menggantikan tempat ibu kandung....

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

AzeeArif
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 13-03-05 15:36


teima kasih... walaupun payah hati ni nak menelan semuanyer tapi dalam terpaksa, saya rela... di awal kedatangan beliau, saya selalu kata pada hati yang dia tak mungkin ambil tempat arwah ibu saya. dan memang betul tempat tu masih lagi setia buat ibu saya. saya kata lagi pada hati terima lah dia sebagai pengganti, terimalah dia seperti ibu kandung sendiri. hari2 saya cuba.. walaupun baik yang saya bagi dibalas buruk tapi senyuman saya masih terukir untuk dia... walaupun ada hari yang saya lalui dengan air mata tapi saya tetap ingin gembirakan hati dia... tapi kerana dia hubungan saya dengan adik beradik yang lain renggang.. itulah punca saya terkongsi masalah ini dengan ukhwah... SUNGGUH, saya cuba jadi yang terbaik... hingga hari ni sabar saya masih ada tapi saya tak tahu sampai bila kesabaran ni setia bersama saya... saya takut jadi anak derhaka bila segala nanah di hati ni pecah...saya takut sangat...

-----------------
Jadilah orang yang pertama tersenyum...senyumlah selalu agar semua akan tersenyum pada kalian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzeeArifProfil   Hantar PM kepada AzeeArif   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-03-05 00:07




All the best sis, innaLLAHa ma'assobiriin.
Ana setuju sgt2 dgn Meow. Ana ada dua mak tiri.. But alhamdulillah we're living in a happy family. It's a huge test from Allah, may Allah be with you through..

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 21:56


salam..
memang susah nak pujuk diri..
berapa banyak pun nasihat daripada teman2 dan org sekeliling kita tak dapat membantu diri kita kalau kita tak gunakan kewarasan akal dan tunduk pada nafsu.

selalulah buka baca al-quran dan tafsirannya. sangat bagus dan tdk menjemukan. lately akak baca tafsiran surah yusuf, surah ini diturunkan bagi mengembirakan hati rasulullah...

kalau wat baik kat orang tak rugikan?

KADANGKALA ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI DAN KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA RIBUT, GURUH & KILAT. PUAS KITA MENANGIS MENCARI DI MANA MATAHARI RUPA2NYA ALLAH NAK HADIAHKAN PELANGI...

walaupun adik dah kehilangan ibu kandung tapi adik masih ada bapa dan adik beradik lain kan?paling utama Allah sentiasa mengingati kita walaupun kita sering alpa kepadanya.. stuju x?

kepada allah lah orang mukmin berharap, mengadu dan memohon sesuatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 22:07


Saya faham perasaan anda kerana kita kadang kala tak sedar yg kita biadap dgn dia
Walaupun anda terkilan kerana kasih arwah ibu anda bagai dilupakan,tapi ingatlah bahawa ayah anda juga manusia yg perlukan tempat utk bergantung spt anda yg memerlukan ayah dan ibu.Ayah anda juga rasa kesepian spt mana anda berasa sepi dan bosan sejak ketiadaan ibu,ayah anda juga perlu seseorang utk meluahkan perasaannya spt anda memerlukan seseorang utk menceritakan rasa tidak puas hati,berkongsi kegembiraan,suka dan duka.
Jika anda tidak mampu utk hormat ibu tiri anda spt ibu kandung,hormatlah dia sbg org tua , lihatlah dan kenanglah kebaikan dia dan maafkanlah keburukan dia...insya-Allah anda akan tenang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

perhiasansuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.02.2005
Ahli No: 14129
Posting: 25
Dari: malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-03-05 00:21



mungkin sekadar berkongsi sedikit pengalaman..kalau tiba2 anda (saudara yang bertanya)berasa marah atau tak tahan ataupun sedih..cepat2 baca ayat kursi banyak2 kali(diikuti dengan maknanya dalam hati)..lepas tu baca ayat seribu dinar (diikuti dengan maknanya dalam hati)..insyaallah jiwa anda sedikit sebanyak akan tenang dan tenteram..dan mudah mudahan amalan ini dapat menjadikan kita hamba yang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan..ameen~..sentiasa yaqin dengan pertolongan ALLAH!!..sekian..wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For perhiasansuciProfil   Hantar PM kepada perhiasansuci   Quote dan BalasQuote

fatasha
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 6175
Posting: 14
Dari: malaysia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 11:55



Saye ni tak la bagus sangat..tapi insyaallah saye cba bantu..sbenarnya melawan ibu tu berdosa..walaupun dia ibu tiri anda,dia tetap lagi tua dari anda.jika,anda tak boleh menghormati dia sebagai ibu, anda boleh menghormati dia sebagai orang yang lebih dewasa dari anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatashaProfil   Hantar PM kepada fatasha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109654 saat. Lajunya....