Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Syabas Nur Amalina! Islam Boleh!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Syabas Nur Amalina! Islam Boleh!

Please Mendaftar To Post


Oleh Syabas Nur Amalina! Islam Boleh!

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 13:28


“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil 17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya. Mahatma Ghandi pernah berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.

“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai kehidupan ini,” katanya.

Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan daripada organ dalaman haiwan.

“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.


JOHOR BAHRU: Tujuh bulan lalu, Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram di sini, mencabar dirinya untuk menjadi pelajar Melayu pertama mencipta rekod baru dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mengambil 17 mata pelajaran.

Hari ini, gadis berusia 17 tahun itu, bukan saja berjaya menyahut cabaran itu, malah mencipta sejarah apabila secara rasmi diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1.

Subjek yang diambilnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris 1119.

Nur Amalina, yang baru kembali dari program pertukaran pelajar Malaysia-Itali, mengetahui keputusan itu dua hari lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein dijadual mengumumkan keputusan SPM di sekolahnya petang ini.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi semalam, Nur Amalina berkata, keinginan mencipta rekod baru dalam SPM dengan memperoleh 17A1 menerusi 17 subjek Sains dan Sastera, mendorongnya mencabar diri sendiri untuk membuktikan kemampuan dalam akademik.

Beliau menyifatkan kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang itu adalah ganjaran kepada usaha keras dan pengorbanannya dalam menuntut ilmu selama ini.

“Saya bercita-cita tinggi. Saya pernah menonton televisyen pelajar dapat 15A dan 16A (dalam SPM). Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” katanya.

Dinding rumahnya dipenuhi bingkai yang mengisi pelbagai sijil kemenangan, penyertaan pertandingan dan keratan akhbar mengenai kejayaannya. Selain berjaya dalam akademik, Nur Amalina aktif dalam pertandingan pidato dan pernah menjuarai Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad, April tahun lalu.

Nur Amalina turut dipilih sebagai Tokoh Nilam 2004 kerana minatnya membaca buku.

Anak tunggal kepada guru sekolah, Sabariah Hassan 45, dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Che Bakri Che Mod itu mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A menerusi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Beliau yang gemar membaca, pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah, Seremban dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, tetapi kemudiannya mengambil keputusan ke sekolah biasa supaya dapat tinggal bersama ibu dan bapa tirinya, Tukiman Kalam.

“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil 17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya. Mahatma Ghandi pernah berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.

“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai kehidupan ini,” katanya.

Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan daripada organ dalaman haiwan.

“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.

Nur Amalina yang baru menyambut ulang tahun ke-17 Disember lalu bercita-cita untuk menjadi doktor pakar sakit puan dan menyimpan hasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, England.

Katanya, beliau juga pernah menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.

Nur Amalina berkata, beliau membuat jadual untuk diri sendiri dan memastikannya dipatuhi dengan penuh disiplin serta menyiapkan semua kerja rumah sebelum mengulang kaji pelajaran.

“Setiap pagi sebaik bangun tidur, saya tetapkan apa yang ingin dibuat hari itu. Contohnya, jika ingin belajar bab tiga Biologi dan tidak akan tidur selagi bab itu tidak selesai diulangkaji,” katanya.

Selain menjadi pengawas sekolah, beliau juga mempunyai masa bersama rakan-rakan seperti remaja lain dengan menonton wayang, berbasikal, melayari internet serta mempunyai ramai rakan dari luar negara yang dikenali menerusi laman sembang.

“Saya suka bertukar pendapat dengan rakan di laman sembang terutama mengenai politik dan peperangan,” katanya.

Mengenai rutin hariannya selepas selesai SPM, Nur Amalina yang baru pulang dari Itali untuk program pertukaran pelajar selama dua bulan, berkata dia banyak menghabiskan masa membaca buku dan novel.

“Saya rasa kosong apabila peperiksaan tamat dan nasib baik bapa saudara saya yang juga seorang doktor memberi beberapa buku perubatan untuk dibaca sebelum masuk universiti,” katanya.

(Berita Harian Online)



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

beecological
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14621
Posting: 250

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 13:42




Alhamdulillah...sangat teruja!

Bookmark and Share

    


  Member Information For beecologicalProfil   Hantar PM kepada beecological   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 14:21



Memang mengkagumkan, result yang cukup baik, gabungan subjek pun mantap2. Sesuailah dengan namanya 'Cahaya Cita2 Kami'. Tahniah!

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 09-03-05 14:21


boleh mintak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 14:22


di mana kau cari.....17A

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 09-03-05 16:08


...hmm jd pedoman kpd diri sy...uishh....ya Allah...semua tu xmustahil...tp terletak pd usaha kite...

-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 17:22


Alhamdulillah...
tulah hasilnya kalo kita berusaha ngan keberkatan sumer....
bangga!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

habibah_ty
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1617
Posting: 67
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 18:10



syabas kat adik nur amalina....
semoga impian adik tercapai nak pergi ke university Oxford...
contohilah kegigihan dan kesungguhan adik nie....

Bookmark and Share

    


  Member Information For habibah_tyProfil   Hantar PM kepada habibah_ty   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-03-05 18:38




taniah !! semoga kejayaan demi kejayaan akan di tempa oleh adik kita ...

hidup tanpa ilmu umpama org yg mati.. ilmu tanpa amal umpama org yg tido.. amal tanpa keikhlasan adalah sia2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 18:43


Mahatma Ghandi pernah berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’

syukur..wa tahniah...well done.. congrates..
syabasss.... moge kite sama-sama tanamkn smgt juang seperti wirawati malaysiaa...yesss...
bakal perdana menteri dr kaum hawa yg pertama..amin...

caiyo''caiyo.... > bakal menggegarkan bumi malaysia....he..he.. who know's.. ??




-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 22:50


Assalamu-alaikum

Semoga Nur Amalina tak tandatangan borang keahlian Puteri Umno....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

faislamy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11229
Posting: 93

saudiarabia  


posticon Posting pada: 09-03-05 23:08




Alhamdulillah, boleh challenge bbudak cina..

Melayu Boleh, Islam boleh!!!!

ALLAHUAKHBAR!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For faislamyProfil   Hantar PM kepada faislamy   Pergi ke faislamy's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-03-05 07:17


hmm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 16:19



ni baru orang Islam ader Class..
tunjukkan kehebatan kita,


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

cahaya_dihati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10470
Posting: 38
Dari: united kingdom

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 20:04



alhamdulillah ..ade jugak wakil org islam..
tapi... lelaki nyer mana??

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_dihatiProfil   Hantar PM kepada cahaya_dihati   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 21:46


17A1... tokoh nilam... Johan Pidato Kebangsaan...

Aduihh.. hebat-hebat!.. alhamdulillah.. nama Islam dan Melayu naik semula~ eee.. bestnya~ apa yg bagus ttg amalina ni.. dia rajin baca buku.. huhu ilmu pun luas~ tak macam ana! malas banget baca2 nih.. huhu apa2 pun, sikap dia jd inspirasi ana... insya Allah.. thn dpn.. ahli portal ukhwah pulak cipta sejarah.. ameen

..." Man jadda wajada "...

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-05 22:39




Tahniah utk semua candidate SPM04...

Quote:
..." Man jadda wajada "...



a'aa betul tuh..

p/s: SPM dah lepas STPM bila plak..

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 10-03-05 22:57




em..bagus2

-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 10-03-05 23:39




smoga ana tergolong bersamanya...


aminn....
*hari ni STAM pun keluar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-05 00:38


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi dapat ikuti wawancara Nur Amalina di RTM 1 pagi tadi (Khamis) di mana beliau beritau dapat kuasai bahasa Italy dalam masa seminggu. Ini yang dikatakan 'scanner mind' (dulu dikenali sebagai 'photographic mind'. Bayangkan biiznillah beliau boleh score semua subjek sains dan juga sastera termasuk pendidikan seni (lukisan). Dan di akhbar Berita Harian ada menyebut beliau dipanggil sebagai 'Budak buku teks' kerana mampu mengingati apa yang di dalam buku dan mampu jawab semua soalan biiznillah. Beliau tidak pernah lupa menyebut InsyaAllah dan menjaga kesopanan (tidak sombong atau ego). Rasanya jika dia berlatarbelakangkan sekolah Arab dia mampu untuk ambil satu lagi kertas iaitu Bahasa Arab. Harapan tahun depan ada yang tambah lagi satu kertas iaitu Bahasa Arab jadikan 18 semua. Marilah kita berdoa wujud lagi seorang insan Muslim Mukmin / Muslimah Mukminah yang cerdik di masa-masa akandatang.

Di sini umi nak beri tahniah juga kepada seorang lagi anak kelahiran Johor iaitu Ishaq Hanis Ismail dari Maahad Johor yang berjaya mendapat tempat pertama Mumtaz seluruh Malaysia bagi peperiksaan STAM. Diberitakan dalam akhbar seramai 362 calon yang berjaya mendapat Mumtaz dalam STAM tahun ni. Syabas dan tahniah semua!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Kecerdikan + keimanan / ketaqwaan = keberkatan dan redha Allah SWT.
Kecerdikan - keimanan / ketaqwaan = istidraj (Allah beri tapi Allah tak redha)

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-03-05 14:53




Tahniah, Tahniah, Tahniah!!!

Sesungguhnya kejayaan mengiringi mereka yang benar2 punya kesungguhan dan keazaman.... Moga adik Nur Amalina terus berjaya di masa depan...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-03-05 22:03




Bila segalanya mendapat keizinan Allah, Lautan akan terbelah dua, Tongkat bertukar menjadi ular, Singgahsana dipindah dalam sekelip mata, Yang mati dihidupkan, Anak lahir tanpa berbapa dan Tsunami datang tanpa diduga

Tahniah buat adik Amalina... pegang pada janji Allah bahawa yang berusaha akan berjaya... semoga berjaya untuk masa depan...

Tahun depan... sape plak nak amik SPM? sy cabar dapatkan 21A1.....

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 22:11




tahun ni ana PMR... doakan dapat 8A okeh... Spm 2007... Nak try jugak ambik subjek banyak2... Doakan ana okeh...

-----------------
to love someone is NOTHING,
to be loved by someone is SOMETHING,
to be loved by someone u love is EXCITING,
to be loved by ALLAH is EVERYTHING.

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

TETYMISSY
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2005
Ahli No: 13507
Posting: 18
Dari: KUALA LUMPUR

Kedah  


posticon Posting pada: 19-03-05 22:26


TAHNIAH.SEMOGA NUR AMALINA BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARANNYA DI UNIVERSITI YANG MENJADI IMPIANNYA DAN BERJAYA BERGELAR PAKAR SAKIT PUAN SUATU HARI NANTI.INSYAALLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For TETYMISSYProfil   Hantar PM kepada TETYMISSY   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 19-03-05 23:17


SYABAS FOR U......


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-05 01:14


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sebenarnya bukan mudah untuk mencapai apa yang Nur Amalina telah lakukan itu. Ramai yang menyebut untuk dapat 5 atau 6 A pun sudah bersyukur sangat. Sebenarnya buatlah ikut kemampuan diri. Sekiranya anakanda rasa anakanda mampu score banyak kertas untuk peperiksaan apa saja maka teruskan tetapi jangan sampai membebankan diri dan fikiran serta ketahanan diri sendiri.

Yang penting ialah mencapai semua A disisi Allah iaitu mencapai peringkat ketaqwaan disamping berjaya dalam pelajaran. Tiada gunanya cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak solat dan sering tinggal puasa ataupun meninggi suara dengan ibu bapa.

Lagi bila anak-anak yang tidak menghargai kehadiran ibu bapa serta mencari peluang untuk jauh dari ibu bapa dan menanggap ibu bapa sengaja mengongkong diri mereka? Tidakkah anak-anak sedar bahawa tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dan mempastikan yang terbaik buat anak-anak mereka?

Fikir-fikirkanlah wahai anak-anak yang sering mengenepikan nasihat dan pandangan dari ibu bapa. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - masa di alam kubur kelak munkar nakir bukan menyoal berapa A anak-anak dapat masa SPM ke PMR ke UPSR ke STAM ke atau first class ke PhD ke tapi yang ditanya semua tahukan? Tapi ini bukan alasan untuk berputus asa untuk score cuma anak-anak kena seimbangkan agar ibadah dunia berterusan di akhirat kelak - cemerlang di dunia terus cemerlang di akhirat. Ameen!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fauzanarahmat87
Warga Rasmi
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15273
Posting: 14

blank  


posticon Posting pada: 26-03-05 23:22


that's right umi....

p/s chaiyouk...chaiyouk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzanarahmat87Profil   Hantar PM kepada fauzanarahmat87   Quote dan BalasQuote

fadliey
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2004
Ahli No: 12795
Posting: 11
Dari: kuala krai

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 10:52



tahniah......semoga umat islam terus maju

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadlieyProfil   Hantar PM kepada fadliey   Pergi ke fadliey's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 07-05-05 11:47


Quote:

On 2005-03-09 22:50, mawa wrote:
Assalamu-alaikum

Semoga Nur Amalina tak tandatangan borang keahlian Puteri Umno....



Lawak dan sinis sungguh

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 07-05-05 13:48


Quote:

On 2005-03-10 20:04, cahaya_dihati wrote:

alhamdulillah ..ade jugak wakil org islam..
tapi... lelaki nyer mana??



uhhhh...terasa..terasa...

tp kan,sy rasa x kan ada lelaki bijak yg akan ambil sampai 17 subjects.
kenapa? sbb da ambil fizik,kimia,n bio buatpe nk ambil sains asas lagi?bukankah sume subjects tu sains jugak,lagi mendalam adela.mmgla boleh dpt A.

anyway congrats amalina.i really hope she gets into oxford.kouta utk international students utk oxford is only 8,n its going to be tough.but i`m confident she can make it

sy juga mengagumi cita2 dia utk menjadi prime minister.semoga berjaya and judging from her brilliance,perhaps she will get my vote.tp tgk parti ape gakla hihi...hopefully dia akan tubuhkn parti baru yg menegakkan islam dan pada masa yg sama menekankan kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan serta pembangunan akhlak,dan kurangkan berdebat ttg benda2 remeh atau mengutuk pemimpin lain tanpa asas kukuh.

oh my god since when i get political?

wallahu a`lam



Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132479 saat. Lajunya....