Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: JAIS,JAWI dan terbaru JAIP(pahang):apa dah jadi???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» JAIS,JAWI dan terbaru JAIP(pahang):apa dah jadi???

Please Mendaftar To Post


Oleh JAIS,JAWI dan terbaru JAIP(pahang):apa dah jadi???

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 08:37



Pahang senarai hitam penganjur pesta arak


KUANTAN: Kerajaan Pahang yang terkejut dan kecewa dengan penganjuran majlis tarian dan minum arak secara terbuka di Genting Highlands Ahad lalu kerana membabitkan penyertaan kira-kira 2,000 remaja Islam, menyenaraihitamkan nama penganjur terbabit daripada mendapat permit untuk sebarang majlis di negeri ini.



Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata tindakan itu wajar diambil terhadap penganjur berkenaan kerana mereka sewenang-wenangnya menganjurkan pesta muzikal itu tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, langkah sama juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mahu menganjurkan majlis seumpama itu kerana pesta tarian dan minum arak bukan saja bertentangan dengan agama Islam, malah tidak digalakkan agama lain.

“Saya tidak tahu langsung adanya majlis itu. Saya akan minta laporan Majlis Daerah Bentong, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis berhubung kes ini.

“Sekarang, kita sudah tahu siapa penganjurnya dan berkuat kuasa segera, Pahang akan menyenaraihitamkan penganjur ini daripada mendapat permit untuk menganjurkan majlis di Pahang.

“Walaupun kita tidak boleh sekat penganjuran pesta sebab Genting Highlands kawasan hiburan, penganjur sepatutnya menghormati undang-undang dan adat budaya kita,” katanya di sini, semalam.

Jaip sebelum ini mendakwa tidak dapat mengambil tindakan terhadap kira-kira 2,000 remaja Islam yang menghadiri pesta muzikal yang bermula jam 6 petang Sabtu hingga jam 4 pagi Ahad itu, atas faktor keselamatan.

Jumlah 63 pegawai penguat kuasa Jaip, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tidak boleh mengawal keadaan jika berlaku sesuatu tidak diingini di majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 remaja itu.

Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Abdul Rahim Jaafar, berkata walaupun remaja Islam khasnya perempuan yang menghadiri majlis itu berpakaian mencolok mata, minum arak, berpeluk dan berciuman dengan pasangan secara terbuka, pihaknya dinasihatkan polis supaya tidak mengambil tindakan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan risiko.
*****************************************

.
Apa dah jadi negara kita ni? bila bercakap pasal Islam Hadahari,bukan main lagi...bila nak kuatkuasakan undang2 untuk menaikkan lagi syiar Islam Hadhari (agaknye la),langsung tak jadi...erm letih,sedih,pedih jiwaku ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

Yob
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 08:53



biasalaa.... islam hadari perlu fikirkan perkara lain yg "lebih penting" macam...pendidikan..kemajuan...dsb.....bab arak..pesta ni tak pe...nak berhibur ...kononya la kan....camno tu yer...nak sokong ke islam hadari..kalo bende cam ni tidak menjadi "isu penting"............

Bookmark and Share

    


  Member Information For YobProfil   Hantar PM kepada Yob   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 08:56


mendapat sambutan hangattttt.... ramai tol yg menyertai majlis tuu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ikhlas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12544
Posting: 34
Dari: bumi Allah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 10:36


erm...macm2 dh berlaku..pihak yg nak cegah maksiat..dh tk berkuasa lagi...mana letaknye islam hadari????...amalkan cara hidup islam yang sebenarnye...baru aman dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ikhlasProfil   Hantar PM kepada nur_ikhlas   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 1.527743 saat. Lajunya....