Oleh |
Kenapa SI DIA CURANG... |
TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.11.2004 Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK
|
Posting pada: 02-03-05 11:08
Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda! HIDUP TERKONGKONG... Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong. RASA MARAH... Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional. SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! KETIDAKPUASAN DALAM KASIH SAYANG... Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu,dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya. KOMUNIKASI YG HAMBAR... Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat. LANDASAN HUBUNGAN YG RAPUH... Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu.Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda,sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta! MERASA TIDAK DI HARGAI... Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan"membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang dibelakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda. MAHU LEBIH BAHAGIA... Bila si dia merasa tidak bahagia bersama anda, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas. SIKAP YG MENGADA2... Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari.Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar.Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti. HUBUNGAN TERLALU RUTIN... Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo ,Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan. SIKAP PLAYBOY!!!... Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda. ADA ORANG TIDAK PUAS HATI.. Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 02-03-05 11:15
SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! Erkk...takutnyaa...takmola jadi camni...itula pentingnya jujur dan setia antara satu sama lain... ~Ya Allah Ya Tuhanku...kekalkanlah hubungan kami berdua hingga ke akhir hayat...biarlah hubungan kami berlandaskan syariatMu Ya Allah...Ameen Ya Rabbal A'lamin~ Biar Manja Tapi Tegas -----------------
|
miera84
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.12.2004 Ahli No: 13322
Posting: 63
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-03-05 11:29
Bila Cinta Di Dusta Bila cinta didusta Hati mula gelisah Hilang kekasih hati Hidup jadi merana Insan jadi idaman Kini dimilik orang Cinta yang diimpikan Putus di tengah jalan Terpaksa mengalah Mengapa menyinta Andainya tak setia Tak usahlah bercinta Jika hanya berpura Bila hati dah jemu Mula berpaling tadah Tak pernah difikirkan Orang yang ditinggalkan Tersiksa sayu pilu Ooo...oo merayu-rayu Ooo...oo ingin kembali Ooo...oo meratap sayu Tidak mungkin orang simpati Menoleh pun tak sudi Andainya ditakdirkan Cintamu didustai Pastinya kau mengerti Siksanya perpisahan Hanyalah ditemani sesalan
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 02-03-05 12:24
Quote:
| On 2005-03-02 11:15, Rindu_Rahayu wrote: SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! Erkk...takutnyaa...takmola jadi camni...itula pentingnya jujur dan setia antara satu sama lain... ~Ya Allah Ya Tuhanku...kekalkanlah hubungan kami berdua hingga ke akhir hayat...biarlah hubungan kami berlandaskan syariatMu Ya Allah...Ameen Ya Rabbal A'lamin~ Biar Manja Tapi Tegas
----------------- no pain..no gain..
|
| ehehehe...tak jugak..bile berjauhan barulah kekuatan sesebuah hubungan itu di uji..baru tau dia setia ke tidak kan... ----------------- no pain..no gain..
|
saiful_Islam
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.02.2005 Ahli No: 14418
Posting: 28
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 02-03-05 12:46
3.. 4! Bila anda gembira ingat Allah! Bila anda bahagia ingat Allah! Bila anda nak bahagia.. Begitulah caranye.. Bila anda nak bahagia ingat Allah! (Tak kira masa) Bila anda takut dia curang jgn ngada! Bila anda takut.. jg lah hatinye! Bila anda nak bahagia.. Begitulah caranya.. Bila nak bahagia ikut Islam!
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 02-03-05 13:19
Cinta berpadah-padah, jangan sampai mengada-gada, bila rasa dah tak suka, angkat kaki, tumpang lalu sahaja, Salam sayang, salam rindu dari ana untuk semua warga ukhwah..
|
wehdah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau
|
Posting pada: 02-03-05 14:15
napa kita perlu curang?orang lontar batu kita lontar buah,kalau rasa marah buatlah dia sedar,setiap yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri kita sendiri,kita hari ini sebab kita yang dulu......ana tak kan terfikir berlaku curang pada dia ,dia tu kan pilihan kita.....kalau ana dah dimikilah ... apa yang kita buat pada dia tidak mustahil suatu hari nanti dia juga buat camtu pada kita
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 02-03-05 15:49
Quote:
| apa yang kita buat pada dia tidak mustahil suatu hari nanti dia juga buat camtu pada kita |
| takut jadi kat ana, mak ana selalu pesan kalau takde jodoh pun kat seseorang tu, jangan sampai menyimpan dendam. tak baik, berwasatia setiap perbuatan.Myra buat lagu sasajer suka2 ker? atau pernah dicurangi... sama ler kite... makan hati berulam jantung sederhana tapi ya sempurna[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-03-02 15:55 ]
|
nurulain
WARGA SETIA Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong
|
Posting pada: 02-03-05 16:04
SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah... Bila Rindu kerana yang satu, bertemu pasti tidak jemu... Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah
|
ahmad_azhar
WARGA SETIA Menyertai: 10.12.2003 Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~
|
Posting pada: 07-03-05 12:01
|
akiera
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.02.2005 Ahli No: 14480
Posting: 99
Dari: melaka
|
Posting pada: 07-03-05 22:19
|
Yob
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL
|
Posting pada: 09-03-05 10:10
Hidup berjauhan adakalnya boleh menjadi sebab untuk cinta itu rapuh dan juga kukuh...rasa rindu akan mengukuhkan percintaan..tapi jika terlalu lama berjauhan timbul rasa sunyi...so jgn cuba bermain perasaan...yob sendiri dah masuk 3 tahun berkahwin tapi masih terpaksa tinggal berasingan...hujung minggu jer dapat berjumpa....sebab wife masih belajar..tapi insyallah thaun ni ndapat ler dok bersama...so kepercayaan dan doa adalah senjata untuk menjadi pasangan yg setia..jgn biarkan sebarang pergeseran berlanjutan...contohnya jika esok nak balik ke tempat belajar..pastikan tak ada sengkete yg belum selesai...biasakan ucap maaf...ketika nak berpisah untuk perjalanan jauh...
|
ctmuslimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling
|
Posting pada: 09-03-05 20:03
haiiii... dah byk pendapat.... so saya xyah la panjang2kan... sb lebih kurang je.... but the most important thing, kejujuran dan kesetiaan adalah elemen yg paling penting dlm sesuatu perhubungan... rasa sakitnya hati bila ada pihak lain yg cuba masuk line.... tapi bila ramai yg masuk line, nampak sgt si dia yg buka jalan seluas-luasnya..... apapun fikirkan perasaan pasangan kita... x kira lelaki maupun perempuan... harus diingat perempuan punya hati yg lembut dan halus.... ----------------- kasih sayang
|
najwaathirah
Warga Rasmi Menyertai: 04.12.2004 Ahli No: 12790
Posting: 12
Dari: n9+klate=bumi bertuah
|
Posting pada: 10-03-05 02:06
Quote:
| SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! |
| alamak..ye ke nih..?cam takut la plak nk jauh2..dhla xpernah pon jauh2 sblm nih..camne la kalo dh lps grade nnt ek..? tp btul gak kt amyra_myra tu...ble lg nk tau si dia setia ke x..kan? jgn si dia ok..kt plak yg wat hal... cian kat si dia nnt...kan?..kan? ----------------- ~najwa_athirah~
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 10-03-05 08:42
Quote:
| SIKAP PLAYBOY!!!... Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda. |
|
..sabar jela ye... Quote:
| SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! |
|
..cinta sms..... *SEJUJUR MANA KATA-KATA ? ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
panarol
Warga Rasmi Menyertai: 10.11.2003 Ahli No: 5044
Posting: 20
Dari: terengganu
|
Posting pada: 10-03-05 16:39
SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! kalau aku boleh setia,sabar menanti saat itu,, kenapa tidak engkau,,,
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 10-03-05 17:07
HIDUP TERKONGKONG... Bukan sengaja untuk tidak bertemu dengannya cuma keluarga mengongkong. sememangnye memberontak tetapi ade kebaikannya kenapa mereka membuat seperti itu. nape nak mengongkong diri ini sedangkan tiada apa lagi ikatan? jalan penyelesaian..putus?itu saja yang diminta. RASA MARAH nape marah? sedangkan perkara itu boleh dibawa berbincang bersama2. bukan sengaja untuk memarahi tetapi sekadar memberi nasihat dan teguran. bukan marah tandanya tak sayang, masih sayang lagi di hati. SERING BERJAUHAN terpaksa berjauhan demi kebaikan kita berdua. sabar dalam menempuhi dugaan. setia dan jujur adalah salah satu kunci untuk mencapai impian. bukan sengaja berjauhan, tetapi itu sahaja untuk tidak melukakan lagi luka di hati. biar aku berundur, dan kau memilihnya atau NYa. KETIDAKPUASAN KASIH SAYANG memang tidak puas kasih sayang sekira mengabaikanNya. sayang sayang juga tapi Allah jgn lupakan sekali. KOMUNIKASI YANG HAMBAR memang hambar kerana pemikiran kita tidak sama. suka menjerumus ke cerita2 yang tak sepatutnya diceritakan tapi aku rasa bodoh berpura2..mendengar perkara itu. kan bagus bersembang mengenai perkara yang akan datang..atau perkara yang ..hmm..Alhamdulillah LANDASAN YANG RAPUH kenapa bentuk fizikal yang nampak? kenaopa tak pada hati yang penuh dengan keikhlasan dan kejujuran? telah terpandang pada hatimu ..ternyata ia bukan milikku. MERASA TIDAK DIHARGAI bukan tak mengahargai tapi ada yang lagi baik yang lagi berharga. masa menetapkan segalanya MAHU LEBIH BAHAGIA memang tapi dengan cara yang betul...dan mengikut landasan yang betul. bukannya mengikut cara yang tak betul..maafkan aku kalau cara aku kolot sperti kau nyatakan tempoh hari. SIKAP MENGADA2 kau kata aku mengada2 dpn kawanmu ternyata tidak. kenapa perlu cemburu? aku melihatmu lagilah..lagi mengada2..sewaktu konvo tempohari..siap lagi memegang pinggang si gadis mengambil gambar ..dan aku hanya tersenyum hambar melihatnye.. mungkin kecewa..tetapi kecewa dengan sikapmu yang tidak menjaga batasan. HUBUNGAN TERLALU RUTIN tiap2 hari nak jumpa. kalau tak jumpa, kata tak sayang kata pentingkan diri sendiri.. cubalah let go sikit. SIKAP PLAYBOY memang aku tahu kau playboy..dan aku mengizinkan kau ade teman lagi satu. berkongsi kasih. aku mula menjauhkan diri demi sedikit kerana tidak mahu melukakan perasaan temanmu itu kerana perasaannya tidak sepertiku. ADA ORANG TIDAK PUAS HATI temanmu tidak berpuas hati terhadap diriku, seeeloknya benar aku berada berjauhan di perantauan. biarlah aku mengundur diri dan tak sengaja untuk memutuskan hubungan ini. tahniah kerana telah diijabkabulkan. (apalah tasha merepek ni)
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 10-03-05 17:23
Memang sakit hati apabila si dia curang kt kita..tapi apa boleh buat...
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 21-10-08 15:24
Selain kurangnya pergantungan dengan Allah ... kelemahan aspek-aspek teknikal yang dinyatakan diatas sememangnya ada kebenarannya sebab kadangkala suami/atau isterinya orang beragama tetapi mengabaikan aspek teknikal seperti diatas maka timbullah masalah...ingatkan sekadar fasih baca Al Quran atau jadi iman solat dah cukup menambat sidia... namun sebenarnya ia memerlukan lebih darpiada itu. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 21-10-08 17:26
SIKAP PLAYBOY!!!... Ahh...si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. jangan menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda. kepada semua wanita yang baik .. jangan goda suami org ... Hormatilah org yang bukan milik kita seadanya ...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 22-10-08 14:36
hhmmm...xpahamla..curang...nak jumpa pasangan...berjauhan,..tak nak berjauhan...dah kahwin k nak jumpa dan dekat-dekat..???kuat sangat k iman tu..???hhmm...entah lah..
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-10-08 15:02
apa nak kisah kalau setakat curang dengan couple. kita lagi teruk, curang dengan Tuhan. kadang-kadang cinta manusia lebih dari cin ta pada Tuhan. Na'uzubillah
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 26-10-08 18:47
kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan.mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..memang perit dan rasa terluka bila partner kita curang dengan kita..hanya insan yang mengalami sahaja tahu betapa peritnya bila rasa dikhianati..jalan terbaik yang harus dilakukan, bersabarlah di atas suratan, banyakkan beriadah, buka lembaran baru walaupun teramat sukar..apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan...Allah s.w.t. sentiasa bersama hamba2nye...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 27-10-08 04:31
Pada 21-10-08 17:26 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! kepada semua wanita yang baik .. jangan goda suami org ... Hormatilah org yang bukan milik kita seadanya ...
betul tu Siti NorMakwa, jangan sekali2 curi milik urang. Tak baik curi2 milik urang ni. Bak kata urang tua, Mencuri hak urang lain boleh dihukum had, iaitu potong tangan, tapi kalau mecuri Suami atau isteri urang kita nak buat macam mana ye? teman rasa benda tu amatlah tak elok. Wawa sebagai seurang yang amat berpengalaman semestinya tahu kerene meke lebih makan garam dari kami ni... -----------------
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 27-10-08 11:18
Pada 27-10-08 04:31 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Pada 21-10-08 17:26 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! kepada semua wanita yang baik .. jangan goda suami org ... Hormatilah org yang bukan milik kita seadanya ...
betul tu Siti NorMakwa, jangan sekali2 curi milik urang. Tak baik curi2 milik urang ni. Bak kata urang tua, Mencuri hak urang lain boleh dihukum had, iaitu potong tangan, tapi kalau mecuri Suami atau isteri urang kita nak buat macam mana ye? teman rasa benda tu amatlah tak elok. Wawa sebagai seurang yang amat berpengalaman semestinya tahu kerene meke lebih makan garam dari kami ni...
Erm .. make it simple abang Daeng Jati .. I trust in The Lord whole's planned.. DIA tau apa yang trbaik untuk kita .. macam Wawa, Wawa pun pernah sedih sebab ALLAH SWT ambil lelaki yang Wawa sayang satu masa tapi .. kalau lah kjadian tu tak berlaku, Wawa tak kan ada keyta sendiri dan tak kan reti memandu sampai sekarang sebab Wawa penakut ... Penakut sangat-sangat nak pegang stereng .. semuanya hrpkan org .. Erm, pendapat 'Mencuri hak org lain' ni .. kadang-kadang kita sendiri tak tau, org yang kita sayang tu dah ada 'Hak milik' ke belum kan.. Erm, In fact .. lelaki zaman sekarang ni kbanyakannya pun pandai sangat lah 'Berlakon' sampai ramai lah prempuan tertipu dan serahkn sgala2nya.. But janganlah sedih wahai kaum perempuan yang mulia kalau u all dah 'terambil' hak orang, pulangkan dengan cara baik .. Dah tak sengaja, nak buat macam mana .. memang lah adakalanya kita rasa macam nak prtahankan 'hak' kita juga tapi .. macam Wawa pernah mention sebelum ni " maybe berpisah > baik" 1 more thing, kita rasa lega sebab kita dah pun menolong kaum sejenis kita mengecapi kbahagiaan hidup dia .. Ikhlaskan saja semua tu .. Trust in God's fate.. 2 penting .. Pasti ada hikmah-NYA
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 27-10-08 11:27
Pada 27-10-08 10:51 , kasih_kekasih posting:!!! QUOTE !!! jangan mudah pecaya pada seorang lelaki yang pada zahirnya kita nampak dia seorang yang alim baik budi hormat tutur bicaranya tapi siapa tahu apa yang ada dalam hatinya...
lelaki begitu mudah meluahkan perasaan pada 2 org wanita dalam satu masa..
apakah erti sebenarnya sebuah cinta pada seorang lelaki?? adakah ia hanya sekadar untuk mainankan hati dan perasaan seorang wanita??
terlalu mudah lelaki meluahkan kata cinta.. terlalu mudah dia taburkan janji2 indah yang akhirnya dia adalah seorang insan yang penipu... yang mempunya 2 cinta dalam satu masa...
renunglah wahai insan bernama lelaki?? apakah bagimu wanita hanya sekadar barang mainan??
p/s- bukan dituju untuk semua insan bernama lelaki tetapi ""segelintir"" sahaja yang mungkin wujud di ukhwah ni Wah .. Bravo sungguh .. Ehekk!! siapa makan cili, dia rasa pedas .. siapa makan sambal pun rasa pedas juga .. Hihihih
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 27-10-08 11:43
kasih_kekasih, emosi meke dah stabil ke belum? !!! QUOTE !!! apakah erti sebenarnya sebuah cinta pada seorang lelaki?? adakah ia hanya sekadar untuk mainankan hati dan perasaan seorang wanita?? Lelaki pandai bermain kata-kata berbanding wanite, yang wanite mudah cair dengan lelaki. !!! QUOTE !!! renunglah wahai insan bernama lelaki?? apakah bagimu wanita hanya sekadar barang mainan?? Terpulang kepade lelaki jenih manalah kasih kekasih. Lelaki ada memacam...
|
biohazard
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.10.2007 Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi
|
Posting pada: 27-10-08 11:53
single = simple couple = trouble tiada istilah bercinta sebelum kahwin...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 27-10-08 12:04
macam-macam pendapat dan pandangan yang boleh dibaca dalam ruangan ini. bagi pandangan saya pulak, tak ada istilahnya mencuri 'suami orang' atau isteri orang. segala yang berlaku adalah dari Qada' dan Qadar Tuhan yang kita tidak ketahui hikmah disebaliknya..apa pun yang terjadi perjuangan hidup mesti diteruskan..wassalam...
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 27-10-08 12:14
.. kadang-kadang pihak lelaki yang salah dan kadang-kadang pihak perempuan yang salah.. dan kadang-kadang kedua-duanya salah.. dan kadang-kadang.....
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 27-10-08 12:19
.....kadang-kadang kita hanya mampu menyerah..dan pasrah dalam kehidupan....
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 27-10-08 12:23
.. ya betul kerana perancangan kita tidak sesempurna perancangan ALLAH.. kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan yang terbaik untuk hamba2-NYA..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 27-10-08 12:34
Pada 27-10-08 11:53 , biohazard posting:!!! QUOTE !!! single = simple couple = trouble
tiada istilah bercinta sebelum kahwin... hahahahaha teman tokok tambah double couple = double trouble triple couple = triple trouble quad couple = quad trouble uhuhuhuhu on the other point of view pula single + taqwa = simple berkat couple + taqwa = normal berkat double couple + taqwa = double berkat triple couple + taqwa = triple berkat quad couple + taqwa = quad berkat sama sama fikir-fikir kan ok p/s: jangan pula lupa amanah dan tanggungjawab juga berkadar terus dengan penambahan nilai couple hehehehehehe sama-sama kita fikir-fikirkan.......... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
sword_seven
Warga Rasmi Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35612
Posting: 3
|
Posting pada: 27-10-08 16:13
d zaman sekarang ni, memang kena berhati-hati dengan lakonan dan kata-kata manis. kepada kekasih yang masih ragu2 dengan hati budi pasangan mereka.lebih baik berhati-hati sebelum terkantoi dek orang lain.apa yang saya cakap ni umum,tak ada kena mengena dengan isu gosip di ukhwah ni. wahai kaum perempuan,kadang-kadang cemburu seorang lelaki tu bukanlah menggambarkan dia menyintai anda tetapi kerana takut anda membuat apa yang telah dilakukan oleh dia (main katu 3) wahai kaum lelaki,renungan mata seorang perempuan memang adakalanya kita lupa asal usul diri kita,tanggungjawab pada anak,keluanrga,tunang dan lain-lain tapi ingatlah, semakin kuat iman kalian,semakin kuatlah dugaan yang datng.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 27-10-08 20:43
SERING BERJAUHAN... Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka-suka, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta! Saya kurang setuju..BILA BERCINTA KERANA ALLAH BERPISAHNYA TIDAK GELISAH...jika cinta itu ikhlas kerana Allah insyaAllah jarak bukan penyebab kepada curang..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 27-10-08 21:05
Pada 27-10-08 20:43 , shimaku posting:!!! QUOTE !!!
Saya kurang setuju..BILA BERCINTA KERANA ALLAH BERPISAHNYA TIDAK GELISAH...jika cinta itu ikhlas kerana Allah insyaAllah jarak bukan penyebab kepada curang..
Memang islamik sinta macam ni.... ps:- sakang ni buincang bab orang dah kahwin ke orang yang belom kahwin ni? ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 28-10-08 07:51
Pada 27-10-08 10:51 , kasih_kekasih posting:!!! QUOTE !!! jangan mudah pecaya pada seorang lelaki yang pada zahirnya kita nampak dia seorang yang alim baik budi hormat tutur bicaranya tapi siapa tahu apa yang ada dalam hatinya...
lelaki begitu mudah meluahkan perasaan pada 2 org wanita dalam satu masa..
apakah erti sebenarnya sebuah cinta pada seorang lelaki?? adakah ia hanya sekadar untuk mainankan hati dan perasaan seorang wanita??
terlalu mudah lelaki meluahkan kata cinta.. terlalu mudah dia taburkan janji2 indah yang akhirnya dia adalah seorang insan yang penipu... yang mempunya 2 cinta dalam satu masa...
renunglah wahai insan bernama lelaki?? apakah bagimu wanita hanya sekadar barang mainan??
p/s- bukan dituju untuk semua insan bernama lelaki tetapi ""segelintir"" sahaja yang mungkin wujud di ukhwah ni kepada lelaki don't enter your "red thin line"....once enter this line ..tiada jalan pulang...... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 28-10-08 10:23
Pada 27-10-08 21:05 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-10-08 20:43 , shimaku posting:!!! QUOTE !!!
Saya kurang setuju..BILA BERCINTA KERANA ALLAH BERPISAHNYA TIDAK GELISAH...jika cinta itu ikhlas kerana Allah insyaAllah jarak bukan penyebab kepada curang..
Memang islamik sinta macam ni....
ps:- sakang ni buincang bab orang dah kahwin ke orang yang belom kahwin ni?
ya betul 3x. tu baru kita lebih utamakan Allah lebih daripada pasangan tu. ada sesiapa nak setuju dengan saya pulak? hee.. p/s: cik s82.. kedua-duanya agaknya. awat cik s82 taip tunggang langgang ni cik s82? -----------------
|