Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 250
Ahli: 0
Jumlah: 250




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 50 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: paku tiang


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» paku tiang

Please Mendaftar To Post


Oleh paku tiang

mawaddah_islamiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1186
Posting: 55
Dari: pahang

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 11:21


PAKU DI TIANG

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan
memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku
dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang
berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan
paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu
dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan
panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri
Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lg di tambah pula dgn sunat-sunatnya, maka lebih byk paku-paku yg tercabut.

Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira
sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak.
"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira
kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,
tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di
tiang, bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau
secara beransur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya
akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu
kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka
berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelumang dalam
kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan
meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut
kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini
sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak
dicabut....



-----------------
*JANGAN IMPIKAN PEMUDA SEHEBAT SAIDINA ALI JIKA PERIBADIMU TIDAK SEINDAH FATIMAH R.A*

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaddah_islamiahProfil   Hantar PM kepada mawaddah_islamiah   Quote dan BalasQuote

amad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland

usa  


posticon Posting pada: 29-06-03 11:31


Assalamualaikum..

betul tuh...walaupun paku-paku tersebut telah di cabut daripada tiang tu..masih ada parut2 dan lubang2 yang tetap berbekas di tiang tu...dan apabila sepucuk paku baru diketuk ke atas lubang yang sama..ia akan lebih mudah untuk di ketuk dan akan terbenam lebih dalam...renungkanlah...

walau apa2 pun..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun kepada hambanya yang 'benar2' memohon kepadanya..wallahua'lam..

-----------------
~berjalan, melihat, mentafsir..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For amadProfil   Hantar PM kepada amad   Pergi ke amad's Website   Quote dan BalasQuote

AnisAqilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-07-03 09:58


terkesima sekejap bila baca cerita ni...
terima kasih mawaddah_islamiyah..

-----------------

Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan


Bookmark and Share

    


  Member Information For AnisAqilahProfil   Hantar PM kepada AnisAqilah   Pergi ke AnisAqilah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108198 saat. Lajunya....