Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: breakfast??????????


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» breakfast??????????

Please Mendaftar To Post


Oleh breakfast??????????

ifti_hanan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-02-05 14:37


Sarapan pagi kuatkan otak

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.


Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
__________________________________
x sempat breakfast..bgn lambat..he,he..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 09:58


Sekurang2nya minumlah milo utk breakfast jika tak sempat mkn.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-03-05 10:07


sebelum breakfast ni patut ada 1 lagi meal, pra-breakfast. consume high protein yg senang absorb n low fiber. badan kita paling memerlukan protein time pagi. kalau fiber masuk awal sgt, protein lambat digest. rugi untuk badan. pra-breakfast ni seeloknya sejurus lepas bagus tdior. lepas tu baru kita consume breakfast, breakfast, high-fiber n protein. utk tahan lama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 10:10


Like oat....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-03-05 10:12


aot boleh amik time breakfast. tp jgn campur ngan pra-breakfast. bahaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 10:16


kenapa? Breakfast pun ramai org jarang ambik(termasuk ana ) apatah lagi pre-breakfast....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-03-05 10:36


tu yg silap rakyat Malaysia. rakyat Malaysia tak dijaga pemakanan. kesihatan tak dititik beratkan. lepas tu nak compare ngan negara jepun. kenapa negara jepun boleh berjaya? salah 1 sebab, kesihatan dorang lebih ok dari kita. kita hanya memikirkan alasasn. tak sempat la, n so on. tapi bagi rakyat jepun. breakfast semua ni 1 rutin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-05 10:39


Hmmm...ok lah...pas ni nak ambik breakfast regularly....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-03-05 10:55


bagus tu. amalkan. kalau semua rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat. kita bakal menjadi negara paling hebat kat dunia. Jepun pun akan kalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-03-05 12:12


wbt

x sempat la....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-03-05 12:20




Good info...tapi slalu skip breakfast...HuHuHu...tak sempatla...tapi nasib ada abah kesayangan...slalu wat breakfast pastu bekal p keja...hehe cayangg abah...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

eizzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9574
Posting: 35
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-03-05 12:26


kene breakfast!kalo x nnt perut berbunyi..
nyanyi lagu keroncong lagiii lagipun baik tuk kesihatan

Bookmark and Share

    


  Member Information For eizzahProfil   Hantar PM kepada eizzah   Quote dan BalasQuote

_husna_
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14875
Posting: 62
Dari: balai berita

Johor  


posticon Posting pada: 31-03-05 17:13


breakfast penting!!

jgn amik mudah..

dgr cakap doktor husna ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For _husna_Profil   Hantar PM kepada _husna_   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 18-04-05 12:44


ana, takde masa nak arrange time makan ni??? dah lumrah kehidupan....... bila ader mood makan??? bila ader masa makan makan!!! kalau takde masa tak makan pun takpe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 14:15


betul breakfast tu penting..tp..tak mampu nak amal hari2..kecuali di rumah!kelas dah mula pukul 8pg..nak berjalan lg dah 15 minit..nak bersiap2..bla..bla ..amik itu amik ini..mmg tak sempat..bukan ape..taknak la makan tangkap telan je..at least..biarla ada nikmat..tak suka terkejar2..hehe..tak tau la..jd alasan ke tak..tp..mmg payah nak curi waktu breakfast...selalunya ..BRUNCH jer..kadang2 BRUNCHER..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

citto
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16472
Posting: 22
Dari: ketereh

australia  


posticon Posting pada: 13-05-05 13:18


kiter jarang je amik breakfast y tul2 punyer..

-----------------
dAri kEcIL kiTa mEMbeSar

Bookmark and Share

    


  Member Information For cittoProfil   Hantar PM kepada citto   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 14-05-05 03:57


tak amik sarapan pun..

mmg nak mkn tapi lps sarapan jer...perut meragam...mcm ner yer?

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

puteri_hudda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15749
Posting: 79
Dari: selama perak

Perak  


posticon Posting pada: 14-05-05 16:59



breakfeast...
ana jarang amik breakfeast...
tapi pas dapat info ni...
ana cuba2 la amalkan breakfeast...
tau benda tu elok tapi ntahla...


Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_huddaProfil   Hantar PM kepada puteri_hudda   Quote dan BalasQuote

Al_Khawarizme
Warga Rasmi
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7080
Posting: 14
Dari: sitiawan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 18:03


assalamualaikum....

breakfast dia awal pagi juga amalan Rasuluallah.....

breakfast yang paling baik adalah makan tujuh biji kurma basah atau kering atau hanya minum air masak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_KhawarizmeProfil   Hantar PM kepada Al_Khawarizme   Quote dan BalasQuote

eizani_83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 7713
Posting: 68
Dari: PJ

Selangor  


posticon Posting pada: 30-06-05 18:08


kalau berada di kolej,saya selalu breakfast..
tapi kalau di tempat praktikal,susah nak dapat peluang pergi breakfast..
plg cepatpun pukul 10am sebab sebelum tu tmpt kerja bz...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eizani_83Profil   Hantar PM kepada eizani_83   Quote dan BalasQuote

annur83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 30-06-05 20:32


Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.


assalamualaikum...

a'aa..setuju sangat..penah baca banyak juga pasal artikel kebaikan breakfast ni...

pergi/s:ke arah Malaysia sihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annur83Profil   Hantar PM kepada annur83   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-05 17:05


assalamualaikum!!
iman setuju dengan apa yang dicakap oleh ifti_hanan itu!!
iman kalau breakfast.....
tak ada tenaga nak buat kja...
nak berdiri lama2 pun tak larat...
so setiap pagi iman ambil 2 keping roti bakar dengan secawan air milo!!
cukup lah untuk alas perut sementara menunggu waktu makan tengahari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-05 23:34


assalamualaikum..
walau apa pun yang terjadi...
jangan skip breakfast anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 02-07-05 01:42


assalamualaikum..

saya rasa sarapan pagi memang penting..petua orang tua2 kata minum air suam satu gelas bagus...boleh membuka saluran darah.

lepas itu kan..Kalau minum air suam campur dengan madu lebah asli lagi ok..ia boleh mencergas dan mencerdaskan otak..

insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

amirah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1533
Posting: 185
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 11:33


;-) hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...pengambilan breakfast memang amt penting...yelah..byangkanlah dah berapa lama kita berpuasa(dari awl tidur, sampai bgn tidur)......jadi, bagi memulakan hari...pengambilan brekfast adalah sangat2 penting.....................................untuk memberikan tenaga bagi memulakan kerja atau tugasan pada hari tersebut...yelah untuk berfikir memerlukan otak kita bekerja, jadi perlulah glukosa untuk menjana tenaga...otak kita hanya boleh gunakan glukosa sahaja sebagai sumber tenaga.hehhehehheh..apapun PASTIKAN BREAKFAST diambil antara jam 7-8 pagi, jgnlah breakfast kul 10apg. untuk jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan badan kita menurunkan kadar metabolisme ke tahap yang rendah bagi compensate glukosa yang lambat masuk sebagai suatu sistem pertahanan badan kita terhadap keadaan tersebut(jika amalkan untuk jangka masa yang lama)...keadaan ini jika diteruskan akan menyebabkan pertambahan berat badan berlaku.........(overweight atau obese)..............hm, sama2 lah kita ambil breakfast ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahProfil   Hantar PM kepada amirah   Quote dan BalasQuote

adneen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 14:50


Brekfast memang baguih..kalau yang jenis sakit perut lepas brekfast pagi2 tu?,makan yang ringan2 saja macam kueh, roti atau kurang2 milo segelas.lepas itu dalam pkul 10 ke makan berat sikit.makan sikit2 tapi banyak kali..macam amalan Rasulullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 15:08


breakfast adalah amalan yang bagus...sebab pagi² kita memerlukan tenaga dan minda yang cergas...contohnya ketika kita berpuasa iaitu bersahur...kita dapat mengharungi siang hari tanpa makan dan minum...♥ ∩

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 16:38


mama memang sentiasa sediakan breakfast setiap hari (dulu-dulu, masa zaman persekolahan).
kalau time exam, mesti kena makan telur masak separuh.
kalau abah pulak, resepi istimewa breakfast semestinya oat.
makanan bijirin macam nestle cornflakes pun elok juga.
memang tak dinafikan breakfast penting untuk bekalan tenaga bila belajar. kita berfikir untuk melakukan tugasan sekolah, bergerak etc, semua ini memerlukan tenaga. jadi, breakfast yang kita ambik dapat membekalkan tenaga.
tapi, kalau kat asrama dulu, menu yang paling ditakuti nasi lemak+air milo. menu ini bagi ana agak 'berat'. mata pun rasa mengantuk semacam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

izzah85
Warga Rasmi
Menyertai: 28.04.2005
Ahli No: 16142
Posting: 8
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 20-08-05 18:28


:-) breakfast dengan kismis dan air suam...minum madu sikit...bagus untuk kecerdasan akal....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzah85Profil   Hantar PM kepada izzah85   Quote dan BalasQuote

Ju
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2005
Ahli No: 17296
Posting: 15
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 18:54


Ambiklah breakfast, kebanyakan 90% orang yang sakit jantung, kencing manis dan seangkatan dengannya adalah orang yang tak bersarapan. Dari dalam paper

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuProfil   Hantar PM kepada Ju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107537 saat. Lajunya....