Oleh |
RAHSIA DISEBALIK KUCUPAN.... |
TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.11.2004 Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK
|
Posting pada: 25-02-05 22:45
Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan
wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri. CIUMAN ATAU KUCUPAN PADA TANGAN....
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya. CIUMAN DI DAHI....
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu. CIUMAN SAYANG...
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi. CIUMAN CINTA..... Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap. KUCUPAN DARI BELAKANG... Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda! KUCUPAN LUTUT...
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda. CIUMAN DI HUJUNG KAKI... Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan. Note: Pastikan pencium anda di tanggung halal
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 25-02-05 23:09
|
anakmanja
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14503
Posting: 6
|
Posting pada: 25-02-05 23:45
 hmm...betul tue..sentuhan dan ciuman tue penting dalam merapatkan perhubungan suami isteri..dan juga hubungan anak beranak...tapi pastikan utk yang halal jer..yang belum kawin tue jangan nak mengatal..tunggu....jangan suke2 je cium orang yang haram utk disentuh...ingat tue!!
|
humairatulhusna
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.04.2004 Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 25-02-05 23:59
waduh macam2 deh...setiap sesuatu mesti ader reasonnya ...rumit jugak perlakuan manusia nie.... emm bagus gak..information berharga nie...
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 26-02-05 11:35
Info ni sesuai utk pasangan suami isteri dan juga antara anak dan ibu bapa utk meluahkan perasaan kasih sayang itu...bagi yg belum ada ikatan yg sah tu jgn pratikkan pulak... HARAM DI SISI AGAMA -----------------
|
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 26-02-05 11:48
Sesuai Diamalkan Oleh Pasangan Yang Dah Sah Disatukan...
Yang Belum Tu...Jangan2 la Cuba Buat Yer...  -----------------
|
rimieilya
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13145
Posting: 22
Dari: dungun
|
Posting pada: 02-03-05 07:13
Wah banyak juga rahsia disebalik ciuman ni ek...yang halal je tau boleh lakukan...yang belum sah tu bersabar yek....
|
kuahdurian
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam
|
Posting pada: 07-03-05 12:13
Note: Pastikan pencium anda di tanggung halal [/quote]
 kalau nak try jugak, cium je mak ngan ayah. adik-adik pun boleh..
|
zafirah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.12.2003 Ahli No: 5769
Posting: 134
|
Posting pada: 07-03-05 13:11
tengku haiqal ni,memang expert psal cinta lajadi kaunselor cinta
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 09-03-05 12:19
salam
ye..saya setuju dengan penghantar mesej di atas.
|
zimmatun
Warga Rasmi Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 14999
Posting: 3
|
Posting pada: 13-03-05 11:29
sesuai untuk dipraktikkan oleh pasangan yang sah....
yang belum tu sabar-sabar la ya....tp untuk ibu bapa tak pe....tapi pandai-pandai la pilih jenisnye...jangan pakai hentam je....
|
imansyazwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2005 Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 26-07-05 22:42
pasti kan ciumman itu ditanggung halal..
|
junaidi
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah
|
Posting pada: 26-07-05 23:36
yang penting ciuman itu halal.................................................................................................
|
IslamicHunter
Warga Rasmi Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7201
Posting: 18
Dari: KLIA
|
Posting pada: 26-07-05 23:42
emmmm.. bagus juga tip yang diberikan tu...
|
altamira
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang
|
Posting pada: 26-07-05 23:49
wah ..... tips ni baik tapi takut ada orang yang salah guna.
|
mellisaleez
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.05.2005 Ahli No: 16270
Posting: 210
|
Posting pada: 27-07-05 00:33
tengku haikal ni banyak copy & paste dari website anna abadi ni...betul tak?
|
farhanin
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2004 Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..
|
Posting pada: 05-08-05 22:36
bagus..boleh di eksperimen nanti
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 08-08-05 21:11
Assalamualaikum... ok juga info tu... tapi ada juga yang shah rasa memang tak berlaku... mana lah tahu kot2 berlaku pada orang lain.... wassalam.. ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
Nazri
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2003 Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis
|
Posting pada: 08-08-05 21:59
Untuk yang halal saja tau..!!! ----------------- Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 08-08-05 23:17
Pada 25-02-05 22:45 , TengkuHaiqal posting:!!! QUOTE !!! Note: Pastikan pencium anda di tanggung halal beress...  ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 08-08-05 23:17
macam1lah tg haikal ni.....
|
salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.04.2005 Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting
|
Posting pada: 09-08-05 00:38
geli lah... hehehe... sepatutnya kena letak, BWH 18TH DILARANG BACA.. hehe
|
ayuAnnisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.09.2004 Ahli No: 10900
Posting: 148
Dari: perak
|
Posting pada: 09-08-05 00:48
|
azd
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.10.2004 Ahli No: 11871
Posting: 91
Dari: Taiping
|
Posting pada: 10-08-05 00:54
saya sebenarnya geli hati tengok komen-komen yang diberikn macam maaaaacam adaaaa.......... saya setuju dengan sahabat seorang tu.."biar yang ditanggung halal" jangan main tengok cop sirimje... ish..sih..geli hati btlla komen-komen sahabat semua...
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 10-08-05 02:46
wah ... macam tu ye??? dapat ilmu baru... boleh praktik nanti... hahahahaha..
|
norlie
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam
|
Posting pada: 10-08-05 05:27
wah! macam tu ke... hukhuk... apa pun pastikan yang halal
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 10-08-05 07:03
apa-apa pun amaran itu memang betol..so make sure jangan pratickan sebab ramai ahli ukhwah belum berumahtangga lagi..just yang baik jadikan sepadan yang buruk jdkan sempadan
|
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 11-04-07 20:17
|