Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: ISLAM HANYA NAMA SAHAJA


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» ISLAM HANYA NAMA SAHAJA

Please Mendaftar To Post


Oleh ISLAM HANYA NAMA SAHAJA

khairol
Warga Rasmi
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1100
Posting: 9
Dari: teluk intan

Perak  


posticon Posting pada: 28-06-03 18:38


Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali

Penerangan Hadis:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


Riwayat: HR al- Baihaqi


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairolProfil   Hantar PM kepada khairol   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-01-04 16:53


"umat islam pada hari ini ramai tetapi mereka umpama buih - buih dilautan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

nuruludz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-06-04 22:45



umat zaman sekarang pun tak pandai nak bezakan alQuran dgn buku biasa...sdh
nasihat ana, jgn jadikan AL Quran&zikrullah sbg benda asing dlm hidup kita...wallahu'alam


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruludzProfil   Hantar PM kepada nuruludz   Quote dan BalasQuote

jiji
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2005
Ahli No: 17068
Posting: 16

blank  


posticon Posting pada: 01-08-05 20:02


assalamualaikum...

Saya sungguh sedih melihat remaja islam zaman sekarang...nama saja islam tetapi kehidupan mereka tidak berlandaskan ciri2 islam sebenar..mereka suka mengikut ciri2 kehidupan orang2 kafir contohnya dari segi pakaian,perbuatan,dan lain2 lagi..alangkah indahnya jika mereka ini menjalani hidup ini berlandaskan sunnah rasullallah dan para sahabat terdahulu..insyaallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jijiProfil   Hantar PM kepada jiji   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 19-12-05 01:34


yang lebih sedih umat islam yang umur dah masuk lingkungan 40-an,50-an tapi penghayatan mereka terhadap islam masih kurang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 01:46


Assalamualaikum...

Islam pada nama, Al-Quran jadi hiasan...
Ulama' sepatutnya jadi pelita umat dan menerangi kegelapan...
terpesong orang berilmu, musnahlah alam..... :-(

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-12-05 09:19


ermm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

la
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15596
Posting: 173
Dari: di bumi yang nyata

malaysia  


posticon Posting pada: 17-01-06 10:29


memang ramai umat Islam kini hanya bertopengkan Islam. hakikatye di dalam tersembunyi kekufuran. macam musuh dalam selimut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For laProfil   Hantar PM kepada la   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 10:44


islam bukan sekadar teori, tapi praktikal...orang islam tak bererti muslim sejati


-----------------
NURSYAHADAH menyinar qalbu,murni seharum namamu
Hadirnya di celahan kekalutan qalbumu itu...
[ Telah diedit oleh: nurazyyati_83 pada 17-01-06 10:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 10:59


:-o :-o bahaya tu...musuh dalam selimut.....tapi apa-apa pun,Isalm tetap akan bangkit suatu hai kelak,bersama2 lah kita berada di bawah panji2 Islam yang sebenar.... :oops:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ukhwahjaiputra
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15947
Posting: 8
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 17-01-06 11:20


Assalamualaikum...
marilah ramai2 berdakwah

1.ajak diri dan orang pergi solat berjemaah di surau/masjid.

itu yang paling penting....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwahjaiputraProfil   Hantar PM kepada ukhwahjaiputra   Pergi ke ukhwahjaiputra's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:38


Assalamu'alaikum wrt wbt

kami akan cuba memberikan sedikit gambaran mengenai uslub dakwah yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

1 – Perlu kita sama-sama memahami apakah yang dikatakan “ Al-Amru Bil Ma’aruf “ ( Menyuruh melakukan kebajikan ) dan “ An-Nahyu ‘Anil Munkar ( Mencegah daripada sebarang kemungkaran ) , dan apakah pula yang dikenali sebagai “ Al-Ifta’ “ ( Memberi Fatwa ) , “ At-Ta’alim “ ( Pengajaran ) dan yang seumpama dengannya.

2 – Semua orang Islam diminta agar melaksanakan “ Al-amru Bil Ma’aruf “ dan “ An-Nahyu ‘Anil Munkar “, tetapi bukan semua orang Islam diminta untuk memberikan fatwa dan mengajar, kerana memberi fatwa dan mengajar adalah khusus bagi mereka yang mempunyai kemampuan ilmu.

3 – Pengajaran itu sendiri ada beraneka rupa dan sifatnya : Contohnya : “ Khutbah “ ( Pidato ), “ Muhdharah “ ( Ceramah ) , “ Ad-Dars “ ( Pengajian / Kuliah ) , “ Tazkirah “ ( Peringatan Ringkas ), “ At-Tashjie’ “ ( Motivasi ) “ Al-Irsyad “ ( Bimbingan ) , “ At-Tawjih “ ( Panduan & Nasihat ) , “ At-Tashih “ ( Pembetulan ) dan seumpamanya. Menurut Hadis-Hadis dan Sirah ( Perjalanan Hidup Rasulullah s.a.w ) , Baginda s.a.w telah melakukan kesemua jenis bentuk pengajaran yang tersebut di atas di DALAM MASJID . Namun tatkala Baginda s.a.w berada di luar masjid, contohnya di dalam peperangan , di dalam perjalanan , dan seumpamanya, maka Baginda s.a.w HANYA MENUMPUKAN BENTUK PENGAJARAN di dalam bentuk-bentuk “ Tazkirah “ ( Peringatan Ringkas ), “ At-Tashjie’ “ ( Motivasi ) “ Al-Irsyad “ ( Bimbingan ) , “ At-Tawjih “ ( Panduan & Nasihat ) , “ At-Tashih “ ( Pembetulan ) dan seumpamanya .

Contohnya : Tatkala datangnya 3 orang Para Sahabat (lah.a) ke rumah baginda s.a.w ( kebetulan Baginda s.a.w tiada di masa itu ) lalu setelah beberapa orang isteri Baginda s.a.w menceritakan perihal ibadat Nabi s.a.w , mereka bertiga itu pun berkata bahawa mereka tidak akan berkahwin, mereka akan melakukan puasa secara terus-menerus , dan tidak akan tidur malam kerana hendak mencapai ketinggian iman . Maka setelah Rasulullah s.a.w mengetahui akan keazaman 3 orang sahabat ( lah.a ) yang bertentangan dengan prinsip ajaran Islam itu sendiri, Baginda s.a.w pun membetulkan mereka bertiga serta memberi panduan kepada para sahabat lain (lah.a). Di Mana ?. Di MASJID Nabi s.a.w !!.

Baiklah, sekarang mari pula kita berpindah kepada beberapa respon daripada pihak kami terhadap soalan ( pandangan ) saudara itu :

*******************

1 1 – Pandangan saudara : “Meaning kita di KL bukan macam di setengah tempat di mana mungkin tempat pengajian agama bersepah maka senanglah untuk mendapat ilmu and mendapat jawapan dari apa jua persoalan. “ . “ .

Respon kami : Saudara, sebenarnya di KL lah lebih banyak diadakan majlis pengajian ilmu berbanding dengan kawasan-kawasan lain, kerana di KL inilah berkumpulnya ramai golongan cerdik-pandai di dalam bidang agama. Di KL dan sekitar Lembah Kelang, setiap hari ada sahaja program pengajian dijalankan di masjid-masjid dan di surau-surau. Manakala di kawasan kampung-kampung pula, program pengajian mereka lebih kurang berbanding di bandar-bandar kerana kekurangan tenaga pengajar hingga jadilah program mingguan di masjid @ surau di kampung-kampung berkisar sekitar Majlis Bacaan Yasin setiap malam Jumaat dan sedikit jamuan, Kuliah Subuh Ahad dan sarapan, Ceramah daripada tenaga luar seminggu sekali ataupun sebulan sekali.

Di KL & Lembah Kelang juga terdapat banyak bukti bahawa beberapa a.j.k masjid dan surau yang dahulunya mereka berada di kampung-kampung mereka, mereka tidak diendahkan kerana pandangan mereka tidak dihiraukan oleh golongan tua yang berada di masjid-masjid ataupun surau-surau kampung. Tetapi apabila mereka berpindah ke bandar-bandar , cadangan mereka dan pandangan mereka diambil-kira sehingga orang-orang muda yang bersemangat dan aktif ini mampu menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau sekitar Lembah Kelang ini !.

Di Lembah Kelang juga, pengajian agama tidak hanya bertumpu di masjid-masjid dan surau-surau bahkan ianya luas berkembang di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta ( contohnya Kuliah Zuhur dan Ceramah Setiap Hari Sabtu ) , berkembang juga di dalam bentuk pengajian di rumah-rumah yang dihadiri oleh ramai jiran-jiran , diadakan juga di tempat-tempat tumpuan orang ramai.

Pendek kata : Orang-orang Islam di sekitar Lembah Kelang dan Bandar-Bandar LEBIH TERDEDAH dengan program-program pengajian Islam yang bukan hanya tertumpu di masjid-masjid dan surau-surau, berbanding dengan masyarakat kampung !. Dan inilah juga pengalaman saya selama saya menjadi ahli warga Bandaraya Kuala Lumpur selama hampir 30 tahun !. Dan inilah juga pengalaman saya ketika saya cuba menyampaikan Risalah Ilahi ini khasnya kepada mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang ( walaupun pengalaman pengajian saya lebih banyak di kawasan-kawasan kampung ).

*******************

2 – Komen saudara lagi : “Kita mesti faham dalam keadaan di Malaysia yang mencari ilmu mungkin yang sudah terbuka hati tetapi bukankah tugas guru, dai and ilmuan jua mencari strategy untuk mencapai, organize themselves so the kaum wanita dari pelbagi usia dapat disampaikan syariat. Bukankah guru yang patut menjadi contoh dahulu meningkatkan usaha untuk mencapai dan organize communitynya dan tidak membiarkan yang dikelilingnya lalai. Saya dapati banyak ilmuan menumpukkan penyebaran ilmu di community di masjid sahaja maka sudah tentu majoritinya orang tua sahaja. Macam mana dengan golongan muda. Do you really blame them atau sebenarnya iman ilmuan yang belum cukup mantap untuk sacrifice dan cari strategy.” .

Respon Kami : Kami sendiri tidak pasti daripada manakah saudara dapat bancian tersebut lalu mengatakan bahawa kebanyakan guru-guru agama hanya menumpukan pengajian agama di komuniti masjid sahaja !. Sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, kami mendapati bahawa di Lembah Kelang ini dakwah bukan hanya di masjid-masjid, bahkan tumpuan yang hebat juga diberikan di pejabat-pejabat, kilang-kilang dan juga rumah-rumah orang-orang perseorangan !.

Dan benarkah komuniti masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Lembah Kelang ini majoritinya adalah orang-orang tua ?, Wallahu A’alam , tetapi yang kami dapati perkara tersebut lebih banyak berlaku di kampung-kampung, manakala di kawasan-kawasan kota , apatah lagi sekitar Lembah Kelang ini, anak-anak mudah juga tidak ketinggalan memenuhi masjid-masjid dan surau-surau , bahkan sebahagian mereka juga turut bergabung dengan “ orang-orang veteran “ untuk memakmurkan rumah-rumah Allah Ta’ala !.

Ya ! memang kita sendiri tidak setuju andainya ada guru-guru agama HANYA memberikan penumpuan dakwah di masjid-masjid sahaja TANPA memperdulikan selain masjid-masjid .

Tapi bagi golongan guru-guru agama yang LEBIH MEMBERIKAN PENUMPUAN kepada masjid-masjid dan surau-surau berbanding dengan tempat-tempat selainnya itu , perlu juga diketahui apakah sebabnya mereka berbuat demikian !?.

Masjid dan surau ini merupakan satu tempat yang didatangi oleh manusia yang hati mereka sudah bersedia untuk memakmurkannya ( sama ada dengan membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, beriktikaf, berbincang dan menyertai majlis ilmu ). Masjid-masjid dan surau-surau juga merupakan tempat yang lebih mempunyai banyak kebaikannya berbanding tempat-tempat selainnya.

Adapun tempat-tempat selain masjid-masjid dan surau-surau , maka nisbah orang-orang yang bersedia untuk mengikuti majlis ilmu ataupun tazkirah, tentulah lebih sedikit berbanding dengan nisbah mereka yang mendatangi masjid-masjid dan surau-surau .

Islam sendiri mengajar kita agar mencari jalan yang lebih mudah ( selagi ianya tidak melanggar syarak ) dan Islam sendiri mengajar kita memilih jalan yang paling selamat ( kurang risikonya ) di dalam mengembangkan Islam ini SELAGI ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam !.

Maka di atas dasar inilah , para ulama’ dan agamawan di negara kita, khasnya di bandar-bandar besar LEBIH MENUMPUKAN PENGAJARAN MEREKA di masjid-masjid dan surau-surau.

Ya ! Kita akui dakwah wajib dijalankan di seluruh tempat hatta di disko-disko dan karaoke-karaoke ! Tapi apakah pandangan saudara , manusia yang berada di disko dan karaoke itu LEBIH BERSEDIA UNTUK MENERIMA DAKWAH ataupun manusia di masjid-masjid dan surau-surau !!??.

Begitulah juga, kami juga mengakui bahawa golongan agamawan ini memang sepatutya menjadi contoh terbaik kepada manusia . Ya ! mereka juga patut menunjukkan kehebatan mereka di dalam mengatur program dan jadual mereka dengan penuh strategi dan bersistematik sebagaimana pandangan saudara itu . Tapi andainya mereka tidak berupaya mengatur strategi dengan begitu sistematik dan strategik, maka adakah ini patut dijadikan alasan untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmunya ?, adakah ini wajar dijadikan alasan untuk memulaukan agamawan itu ?, adakah ini layak dijadikan dalil ( dalih ? ) untuk menjauhi diri daripada majlis-majlis mengingati Allah Ta’ala.

Ya ! kalau benar agamawan itu kurang pandai mengatur strategi dakwahnya dan organisasinya, maka apakah kita juga patut membiarkan diri kita terus jahil tanpa ada sebarang panduan agama !?. Cukuplah dia tersalah langkah , janganlah pula kita turut sama berbuat salah ! Jangan jadikan kesilapan seseorang sebagai dalil untuk kita turut sama berbuat silap !.

*******************

3 – Pandangan saudara : “Apakah sebagai ilmuan kita tunggu orang cari kita, atau kita patut cari orang. “ .

Respon kami : Saudara ! Golongan agamawan sendiri ada 3 jenis iaitu ( 1 ) – SEPERTI AIR HUJAN : Yang memberikan airnya kepada seluruh manusia di segenap pelusuk tanpa perlu manusia mencari sumbernya di mana ? . Jenis ke-( 2 ) : SEPERTI AIR SUNGAI : Yang mengalir di kawasan yang terhad dan mengalir mengikut alirannya sahaja, airnya hanya boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang berdekatan dengan kawasan itu sahaja . Manakala golongan ke-( 3 ) pula ialah SEPERTI AIR TELAGA : Air telaga ini hanya boleh dimanfaatkan oleh manusia yang pergi kepadanya dan mencedok airnya sahaja.

Itulah perumpamaan ringkas bagi golongan agamawan !.

Jika seseorang agamawan itu aktif bergerak dan berdakwah , maka itu sudah tentu mengundang kebaikan yang banyak untuk dirinya dan diri kita semua.

Tapi jika seseorang agamawan itu tidak berapa aktif ( ataupun tidak aktif langsung disebabkan beberapa masalah seperti merajuk dan seumpamanya ) , maka BUKANKAH LEBIH BAIK kita pergi menemuinya dan menuntut ilmu daripadanya ( mungkin di rumahnya sendiri sebagai contohnya ) seumpama kita yang ketiadaan air lalu kita bersegera mencari telaga untuk dicedok airnya !?.

Jika ada golongan agamawan yang tidak aktif , maka BUKANKAH LEBIH BAIK kita yang memberikan perangsang kepada mereka untuk aktif ataupun kembali aktif, kerana dengan cara ini , kita sendiri akan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala kerana telah berusaha melakukan kebaikan, Golongan Agamawan juga akan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala kerana menyebarkan Islam . BUKANKAH INI JAUH LEBIH BAIK berbanding dengan kita mengambil sikap “ menunggu si ustaz/zah datang mengajar “ dan si ustaz/zah itu pula mengambil sikap “ tunggu orang jemput “ !!??. Sikap pasif seperti inilah ( daripada kedua-dua belah pihak ) yang “ lebih menyemarakkan lagi “ api kejahilan dan “ lebih menguatkan lagi “ belenggu kebodohan di kalangan muslimat-muslimat itu sendiri !.

Anggaplah diri saudara sebagai seorang yang ketiadaan air , kemungkinan jika ada rezeki, Allah Ta’ala akan menurunkan hujan kepada saudara tanpa perlu saudara bersusah-payah mencari air . Dan kemungkinan pula saudara sendiri terpaksa mencair air itu andainya ianya bukanlah air hujan yang turun daripada atas, sebaliknya adalah air sungai yang mengalir !. Kalau di dalam situasi ini, patutkah saudara tunggu sahaja hingga hukan turun tahun hadapan ataupun saudara sepatutnya bergegas mencari air itu ?.

Mungkin juga ada sebahagian golongan agamawan yang “ menunggu dijemput “ barulah mereka hendak aktif berdakwah, kerana malu nanti dikata orang “ hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong “ . Tapi kalau dilihat daripada Sirah Baginda s.a.w sendiri , Baginda s.a.w sendiri tidak segan-silu menawarkan dirinya untuk berdakwah kepada seluruh masyarakat yang berkumpul di Mekkah ( sebelum Islam tersebar luas ), hinggalah Allah Ta’ala mengabulkan usaha dakwah baginda Rasulullah s.a.w itu dengan berimannya para hujjaj ( jemaah haji ) yang berasal daripada suku kaum Khazraj ( Ansar ) daripada Negeri Yastrib ( Madinah Al-Munawwarah sekarang ) yang berjumlah 6 orang – Peristiwa ini berlaku selepas Peristiwa Isra’ & Mikraj dan sebelum bye’ah Al-Aqabah Pertama.

PENDEK KATA : Di dalam perkara kebajikan ini tiada istilah “ tunngu orang jemput “ ataupun “ bukankan dia yang lebih patut mulakan terlebih dahulu “ ! Kerana yang ada hanyalah seperti Firman Allah Ta’ala sebagai mana di dalam ayat 148 : surah Al-Baqarah ;


وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya : “ Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. MAKA BERLUMBA-LUMBALAH (DALAM MEMBUAT) KEBAIKAN. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Konsep “ BERLUMBA-LUMBALAH DI DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN “ inilah yang perlu dipraktikkan oleh setiap muslimin , sama ada masyarakat awan ataupun golongan agamawan. Bukannya mempraktikkan terori : “ Tunggu Orang Jemput “ ataupun “ Siapakah yang patut mulakan dahulu ? “.

Janganlah pula menjadi seperti dua orang yang “ bertekak “ mengenai TELUR ATAUPUN AYAM YANG LEBIH DAHULU WUJUD …..kerana sampai kiamat pun takkan selesai !.

*******************

4 – Pandangan saudara : “Macam nilah ahli panel, jika initiative orang mengadakan little football league telah membuka peluang bagi kanak-kanak talented menonjolkan bakat mereka. Kenapa golongan ilmuan masih lagi buta melihat bahawa tanpa initiative penyebaran akan tersimpan di masjid sahaja. Maaf jika saya terkasar but it is sad to see what is around us. “ .

RESPON KAMI : Ya ! kami memahami akan kesedihan saudara itu TAPI itu bukanlah dalil untuk saudara menghukum semua agamawan dan ilmuan agama seperti itu ! . Telah kami jelaskan tadi apa yang patut saudara dan kita lakukan apabila kita bertemu dengan golongan agamawan yang tidak aktif ini dan “ tidak bermaya ini “ . Mudah-mudahan kita tidak semua tidaklah menjadi dari kalangan manusia yang pasif dan suka mencari kesalahan orang lain sahaja !. “ Jangan pula kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ! “.


*******************

5 – Pandangan saudara : “Memang sepatut murid mencari guru but do you really think a working woman trying to survive in KL with kids and a husband to take care off has the time to travel to certain place untuk mendapat ilmu khusus seperti tasauf contohnya. There are more students and islamic graduates who can cater for these need, yes we must emphasize mencari ilmu itu penting tapi bukankah Nabi and para sahabat make themselves available to the umat not vice versa “ .

Respon Kami : Permaslahan ini ialah permasalahan WANITA YANG SIBUK BERKERJA DI SIANG HARI DAN KEMUDIA APABILA BALIK KE RUMAHNYA, DIA JUGA SIBUK MENGURU-RUMAHTANGGANYA .

Jadi apabila dikatakan bahawa wanita ini sibuk, sibuk dengan kerja di pejabatnya, dan sibuk juga apabila pulang ke rumahnya. Jadi andainya diadakan majlis-majlis pengajian hatta di sebelah rumahnya ( rumah jirannya ) bolehkah the very busy woman ( superwoman ? ) ini menghadiri majlis itu ?.

Sibuk kerja dan sibuk mengatur rumah-tangga ini sampai bila pun takkan habis wahai saudaraku , selagi waita itu tidak pencen dan tidak mati !. Kerana itu perlu ada toleransi dan kefahaman di antara sesama anggota rumah-tangga wanita itu ( lantaran itulah sangat-sangat dituntut agar pasangan hidup yang dicari itu adalah orang yang beragama ! ) . Katakanlah wanita itu berkerja 5 @ 6 hari seminggu, dan cuti sehari dalam setiap minggu itu, bukankah peluang sehari itu patutnya dimanfaatkan untuk mendalami ilmu-ilmu agama, khasnya ILMU-ILMU FARDHU ‘AIN ?.

Dunia dan wang ini , sampai bila pun takkan puas kita mengejarnya , kalau seseorang itu boleh berkerja daripada jam 8.00 pagi sampai ke 5.00 petang setiap hari , takkanlah tak boleh disediakan satu hari ( 1-2 jam sahaja masa ) untuk menghadiri kelas-kelas pengajian agama Islam !. Ataupun adakah kerja wanita ini berterusan sepanjang masa tanpa ada masa berhenti ataupun masa untuk berehat !?.

Ingatlah pesanan Hukama’ : “ Kalau kita sendiri tiada masa untuk agama Allah Ta’ala ini , maka bagaimanakah pula Allah Ta’ala hendak memperdulikan kita ??? “.


*******************

6 – Kata saudara :: “ Terima Kasih “ .

Jawab Kami : Kasih diterima dan maaf dipohonkan !.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita semua daripada tergelincir daripada jalan dakwah-Nya Yang Maha Lurus Lagi Maha Terang-Benderang !. Amin Ya Rabbal ‘Alamin .


RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FIQH AS-SIRAH AN-NABAWIYAH : masa 115, oleh Prof. Dr. Muhd Said Ramadhan al-Bouthy.

2- Penjelasan daripada Al-Fadhil Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi As-Sentimey.


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

3 / Rajab / 1423 H
11 / September / 2002 M

Rabu – Bandaraya Kaherah



http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7929&sid=8001e0276c4a9a0bdeaeab105f324e9a

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 14:03


Pada 28-06-03 18:38 , khairol posting:

!!! QUOTE !!!

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali


assalamualaikum wbt....
Ana sedih sangat....tengok saja la masyarakat sekarang...kebanyakkannya macam itu la...
remaje mahupun ibu paba...same saja peel....
baru-baru ni ana jadi faci tuk Kursus Kefahaman Islam di U ana....
waktu postmoterm(betul ke ana eje?)...ada seorang faci ini cerita hal keluarge dia...kasihan ana pada dia...ibu bapa yang teruk...alhamdulillah Allah beri hidayah pada dia untuk mencari Islam sebenar.....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-03-06 02:07


jawapan yang hebat dan tepat... pada yang bertanya tu kalau hendak seribu daya..kalau taknak seribu dalih..harap pernah dengar pepatah ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-03-06 02:08


thank you ummiq

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 09:24


assalamualaikum ummie...

syukran jazilan ya ummie...bagi tips yang bermanfaat untuk menjadi seorang du'at di dunia islam kini...

segagah rijal ini....akan lemahlah jika tiada pembingbing diri...sesungguhnya sebaik2 pembimbing ialah Allah SWT...ibu bapa yang bertaqwa serta para alim ulama...

islam kini semakin melonjok untuk menjadi satu kuasa dunia bagi membanteras gejala2 yang tidak patut ada di dalam dunia islam...

sebagai anak2 muda kita haruslah mengembeling tenaga mencurahkan apa jua idea serta tenaga untuk mengembalikan Kesatuan khalifah islmiah dimuka bumi ini agar semua makhluk dimuka bumi ini berpandukan islam ajaran yang benar disisi Allah SWT dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW..pemimpin dan Rasulullah yang kita sayangi.

insaflah dan renuglah wahai sahabat2ku baik ikhwah dan akhawat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 03-09-06 17:37


panjangnya ummi...
tapi alhamdulillah habis jugak saya baca

syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-06 17:46


Syukran jazilan :-)

~ O ALLAH, please bestow YOUR love, grace & guidance upon us...
Let us be in the best of Iman & health always...
Protect us & keep us safe from any threat...
Let challenges colours our lives like a rainbow appearing after a storm...
Enlighten us with YOUR nur Hidayah & nur Iman always...
amin ALLAHuma amin ~


ALLAHualam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-09-06 20:29


ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM...

bila dah berada di akhir zaman, macam-macam dah berlaku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

wardahinsani
Warga Rasmi
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20356
Posting: 3
Dari: nEgeRI sEMBilaN

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-01-08 09:31


assalamualikum..

sememangnya inilah yang akan terjadi..
namun yang pasti.. adakah kita salah satu dr mereka??
nauzubillah hi min zalik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardahinsaniProfil   Hantar PM kepada wardahinsani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102286 saat. Lajunya....