Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 73
Ahli: 0
Jumlah: 73




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: BOSANNYA CINTA BILA..............


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» BOSANNYA CINTA BILA..............

Please Mendaftar To Post


Oleh BOSANNYA CINTA BILA..............

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 00:30


1- Si dia kejap-kejap menelefon kamu. Dalam sejam empat lima kali si dia akan menghubungi kamu. Kadangkala tu hanya disebabkan perkara kecil saja, itupun hendak disampaikan padamu. Bayangkanlah..dalam sejam, empat lima kali dia menghubungi kamu. Kalau dalam 24 jam? Emm..

2- Si dia merengek-rengek supaya kamu memenuhi permintaannya. Contohnya di hujung minggu, sesekali kamu ingin juga beristirehat di rumah setelah penat dibebani kerja di pejabat. Tapi si dia tetap juga kamu menemaninya pergi membeli-belah.

3- Si dia menegur masakan kamu tidak sedap dan tidak setanding dengan masakan ibunya di kampung. Apa saja yang kamu masak pasti tidak kena dengan seleranya.

4- Si dia sering mengkritik setiap perkara yang kamu buat dan tidak yakin dengan kemampuan diri kamu. Baginya kamu tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu hingga berjaya. Apa saja yang kamu buat pasti serba tak kena di matanya.

5- Si dia terlalu mengongkong pergerakan kamu. Hinggakan aktiviti yang kamu ingin lakukan bersama teman-teman tidak dibenarkan. Si dia juga kamu sentiasa melaporkan apa yang kamu buat sepanjang hari.

6- Si dia tidak bersetuju dengan pilihan kamu. Katanya pilihan kamu itu agak ketinggalan dan tidak bersesuaian. Tapi apabila kamu memintanya memilih sendiri, dia hanya buat tak tahu saja. Buat dek jelah tuh!

7- Kegemaran dan citarasa kamu berdua tidak sama. Ini membuatkan kamu sering bertekak dengan si dia semata-mata ingin mendahulukan citarasa masing-masing. Malah disebabkan perkara ini juga, berlakulah PERANG dingin monsun barat daya....

8- Si dia tidak mahu menyertai kamu bersama teman-teman keluar bersama dengan alasan terpaksa bekerja lebih masa. Puas kamu memujuk tetapi dia masih enggan. Bagi kamu, dia perlu berkenalan dengan teman-teman kamu dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Asyik nak kena ikut telunjuk dia saja!

9- Si dia sering memerintah kamu membuat sesuatu yang kamu tidak suka. Contohnya, si dia melarang kamu memakai pakaian yang kamu rasakan cantik dan membuatkan kamu tampak menawan.

10- Si dia perasan bagus. Rasanya apa saja yang dia buat semuanya yang terbaik dan tiada siapa mampu menandingi kebolehannya. Dia juga selalu berlagak dan mengaku yang terbaik saja.

11- Si dia hendakkan semua perkara yang dilakukan oleh kamu sempurna. Kalau ada sedikit yang cacat cela, pasti dia takkan berfikir panjang dan terus memarahi kamu. Contohnya jika kamu masak untuk meraikan teman-temannya.

12- Si dia sering berperangai kebudak-budakan. Walaupun umur bakal menginjak ke dewasa, namun sikap keanak-anakan sukar dikikis dari dalam dirinya hingga membuatkan kamu berasa agak rimas.

13- Si dia mementingkan kawan-kawannya dari kamu. Selalu saja dia memberikan alasan yang dia ingin bermain bola ataupun keluar bersama teman-temannya bila kamu memintanya menemani kamu.

14- Si dia sering mengikut kata ibunya. Apa saja yang ibunya kata, semuanya akan diikuti tanpa sebarang bantahan. Kalau kamu tegur, nanti si dia kata kamu tidak menghormati ibunya. Serba salah kamu dibuatnya. Susahnya dapat 'anak emak'!

15- Si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan orang lain. Apa yang ada pada kamu selalunya menjadikannya alasan untuk si dia memperkecilkan-kecilkan kamu. Adakah patut kalau si dia membandingkan kamu dengan kekasih lamanya?

16- Si dia sering berasa curiga dengan kejujuran kamu. Walaupun kamu telah melakukan perkara yang terbaik demi kepentingan bersama dengan sejujur-jujurnya, namun dia tetap tidak mempercayai kamu. Baginya, apa yang kamu lakukan pasti ada muslihat tertentu.

17- Si dia sering memandang ke arah jejaka/gadis lain. Pantang kalau keluar bersama, mata si dia akan melilau melihat jejaka/gadis yang lalu lalang berhampiran. Bukan saja setakat pandang, siap dengan pujian lagi tu. Peh! Terbakar jiwa!!

18- Si dia cepat naik angin. Pantang tersilap sikit, mulalah api kemarahannya menggelegak. Hinggakan sampai 'naik tangan' dan 'terbang' apa saja. Mahu berbirat satu badan. Kes dera ni!

19- Si dia terlalu berkira dengan alasan mahu berjimat cermat. Contohnya kalau keluar makan bersama, si dia mesti berkata, "Makan asing-asing, bayar sendirian berhad!." Betapa kedekutnya si dia.

20- Si dia tidak reti bahasa. Masih tak faham-faham dengan apa yang kamu tidak suka. Sudah puas kamu menegurnya, namun dia tetap melakukannya. Makin ditegur, makin menjadi. Sikap keras kepala dan degilnya sering mencabar diri kamu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-05 00:46


... cinta itu tidak membosankan tetapi org yg diCINTAi tue yg leh wat cinta membosankan.. per pun CINTA kpd Ilahi mmg tidak membosankan sampai bila2..

.....................................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 23-02-05 13:27


Sekadar renungan aje

Ingatan dari seorang Sahabat ana:

"Jika, kita pernah menyakiti hati orang lain, nescaya Allah akan pertemukan kepada kita insan yg lebih teruk sifatnya berbanding org yg disakiti"

Contoh hukum Hudud ALLAH, kat dunia kot...
Sama-sama mengambil iktibar dr benda2 yg telah berlaku, untuk kehidupan dimasa akan datang...

,

wassalam

[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-02-23 15:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

akiera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14480
Posting: 99
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 23-02-05 22:20


terror betul tg.haikal bab2 ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akieraProfil   Hantar PM kepada akiera   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 07:24




entahla..apa yang ana tahu ni..perkara ni macam tak penting..ana rasalah...cinta kepada Allah dan jenis ana pulak..wait n see wat happen..dah malas nak pikir dah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-02-05 08:24


apa susah2..agak2 kalau tak [email protected] tinggal je carik yang baru..

-----------------
streamyx

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

saiful_Islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.02.2005
Ahli No: 14418
Posting: 28
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 10:18


Bosannye bercinta bila...

Dua2 x ingat Allah swt.
Dua2 xsayang Rasulullah s.a.w.
Dua2 x kenal Islam.
Dua2 ikut nafsu.
Dua2 rasa mcm dah kawin...
ish2.. cobaan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For saiful_IslamProfil   Hantar PM kepada saiful_Islam   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-02-05 16:23


Quote:
Dua2 x ingat Allah swt.
Dua2 xsayang Rasulullah s.a.w.
Dua2 x kenal Islam.
Dua2 ikut nafsu.
Dua2 rasa mcm dah kawin...
ish2.. cobaan..



Jaga diri, hiasi peribadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 13:07


`cakap tak serupa bikin`

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 25-02-05 23:37


eemmm...cinat,cinta,cinta...memang memeningkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

shukri
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1322
Posting: 8
Dari: kl

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 10:54


itu namanya gila kuasa........
kalu taknak cinta tu bosan
berdoalah supaya dijodohkan dengan pasangan yanng sama perwatakkan baru dia tahu ............

Bookmark and Share

    


  Member Information For shukriProfil   Hantar PM kepada shukri   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 15:24




hmmm memang bosan...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 19:57




betul cinta tu membosankan. tapi kalau cinta kepada Allah dan kepada agama..alhamdulillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107752 saat. Lajunya....