Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 86
Ahli: 0
Jumlah: 86




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 17 hari yang lalu
sadiqah: 20 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Guru gaduh depan murid langgar etika profesion(apa dah jadi)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Guru gaduh depan murid langgar etika profesion(apa dah jadi)

Please Mendaftar To Post


Oleh Guru gaduh depan murid langgar etika profesion(apa dah jadi)

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 22:32


.....


PERISTIWA pergaduhan dua guru wanita di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Klang Lama seperti dilaporkan mendapat perhatian Menteri Pelajaran (lihat Berita Harian semalam). Sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan disiplin, di samping menjadi kes polis.



Walau apapun alasan, bergaduh terutama membabitkan fizikal adalah salah di segi undang-undang. Undang-undang ini semua orang tahu. Namun, peristiwa itu mempunyai implikasi yang lebih besar kerana berlaku sesama guru di hadapan murid-murid.

Guru sepatutnya menunjuk teladan yang baik. Mereka yang patut menyelesaikan pergaduhan dan salah faham, bukan yang bergaduh.

Pada zaman sebelum 20 tahun dulu, memang sering juga berlaku guru diserang tetapi bukan oleh rakan sejawat, sebaliknya ibu bapa. Itu pun tidak sampai ke peringkat bergaduh hingga tarik-menarik rambut.

Guru besar dan guru secara bijaksana dapat menangani masalah. Ibu bapa yang pada mulanya garang menyerang, menjadi lembut setelah mendapat penerangan daripada guru besar atau guru berkenaan.

Kita berharap peristiwa ini akan menjadi teladan kepada semua guru. Bahawa pergaduhan sedemikian tidak wajar berlaku sama sekali. Mereka adalah guru. Jika guru kencing berlari, sudah pasti muridnya akan kencing berlari.

Barangkali jika mereka yang menyandang profesion lain bergaduh di tempat kerja, orang akan kurang memberi perhatian berbanding dengan guru. Mereka tidak mengajar anak-anak seperti guru.

Kita tidak menyatakan guru tidak boleh bergaduh. Mereka juga manusia. Bagaimanapun, apabila seseorang sanggup menjadi guru, dia hendaklah patuh dengan etika profesion itu.

Semua masalah hendaklah diselesaikan tanpa perlu diketahui pelajar dan ibu bapa. Jika tidak boleh, selesaikan mengikut undang-undang sedia ada.

Pertengkaran sesama guru di premis sekolah juga wajar dielak. Drama yang tidak wajar ditonton oleh pelajar sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.

Demikian juga guru tidak boleh merendah dan memperlekeh rakan sejawat dengan bercerita kepada murid. Itu bukan kerja guru.

Sama ada diterima atau tidak, guru adalah ‘role model’ kepada pelajar. Guru tidak boleh bersifat negatif sama sekali. Mereka tidak boleh berkata, “Ikut apa yang saya cakap. Jangan ikut apa yang saya buat”. Sebab itu sekarang ini guru dilarang sekeras-kerasnya merokok di kawasan sekolah, walaupun masih ada berbuat demikian secara bersembunyi.

Guru yang menjadi role model itu seharusnya berwatak positif pada sepanjang masa. Mereka hendaklah menyembunyikan masalah peribadi apabila berhadapan dengan pelajar. Perasaan marah dari luar seperti berlaku di rumah atau dengan jiran, tidak patut dibawa ke sekolah, apatah lagi murid yang tidak berdosa atau tidak kena mengena, disergah kerana guru tidak dapat mengawal perasaan.

Saya percaya orang ramai masih boleh menerima pergaduhan yang berlaku membabitkan dua guru wanita itu sebagai kes terpisah. Tetapi syaratnya jangan ada kes seumpamanya di tempat lain pula seperti yang pernah berlaku dalam beberapa kes disiplin lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-05 00:36


.... bila pendidik bergaduh dpn anak muridnya.. camner nak didik anak bangsa??? Dah depan mata anak murid bergaduh...tp hrpnya satu kes nih jer laa yg trjadi...

p/s: teringat peribahasa lama..xtau dah diubah ker x.. bila guru k*****g berdiri, murid pula k*****g berlari..ana hrp peribahasa nih dah berubah

.........................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

adeque
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.10.2004
Ahli No: 11832
Posting: 45
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 23-02-05 09:20



sbg bakal guru, (insya ALLAH), sy berusaha menyiapkan diri. tp kadang2 sedih gak tengok perangai bakal2 guru ni. tepikir gak cmne agaknye mereka nk mendidik ank murid kalau x beperangai dah x baik...hanya mampu berdoa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adequeProfil   Hantar PM kepada adeque   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-05 10:26


wbt

kenalah cikgu2 sekalian menjaga tingkah laku..jangan bawa masalah peribadi di depan pelajar..jangan pulak kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....takut nanti masyarakat tak lagi mempercayai profesion keguruan



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 23-02-05 11:49


Saya kira perisriwa ini satu tragedi dlm dunia profesionalisme perguruan.

Sedang rancak diperbincang dlm kuliah2 lewat minggu ini. Entah la, kadangkala EQ kalah pada IQ juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

norhanan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-05 11:57



Jgn cepat sgt menyalahkan guru...mungkin ada sbb mereka berkelakuan sedemikian..kita manusia pun bukan perfect sgt so jgn anggap guru mesti selalu perfect dan bersih drp perlakuan -ve...kdg2 benda2 mcm nie sukar utk dikawal...mungkin sbb tekanan yg melampau dlm profesion ini mendorong mereka buat gitu...kita tidak berada dlm situasi mereka so kita tak berapa faham keadaan mereka...
Bukan senang nak didik manusia agar jadi manusia nie...hanya org yg sabar dan tabah je yg akan tahan..so nanti bakal2 guru byk2 kan sabar dan tabah ...byk dugaan menanti...

'HANYA GURU FAHAM GURU'

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhananProfil   Hantar PM kepada norhanan   Quote dan BalasQuote

ilal_haQ
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14513
Posting: 25
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-05 12:23




hmm..first2 baca,terkejut gak,tp bila di fikir2 x leh nak salahkan cikgu2 tu. ana setuju benar dgn pndpt hanan. mmglah kita sbg guru(insyaAllah bakal guru)perlu punyai sifat sbg seorang pendidik, even masyrakat tengok guru ni perlu perfect 100%,actully guru pun insan gak yg masih dlm proses pembelajaran.
.........................................
so, klu dah terlibat dlm profesion ni cuba2 jd guru yg terbaik especially bakal2 guru or yg dah jd guru

carilah cinta ALLAH sedaya mungkin
rebutlah peluan andai masa masih ada
sebelum masa kita kembali ke alam abadi

salam tarbiah dari ana

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilal_haQProfil   Hantar PM kepada ilal_haQ   Pergi ke ilal_haQ's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 23-02-05 12:41



ishhh.. buat malu aje...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-03-05 12:24


bukan senang seorang guru terutama pompuan nak jaga emosi diorang. kadang2 kita tak dapat nak elak drpd terbawa-bawa masalah peribadi waktu keje. memang guru role model pada anak murid, tapi guru tetap manusia biasa, ada kesilapan gak. cuma kesilapan ni agak keterlaluan. takpe, anggap ini sbg peringatan pada guru2 lain kat luar sana. saya ni pun bakal guru gak nanti.. bila dah tension, mesti la emo gak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114678 saat. Lajunya....