Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: MEMAHAMI ISTILAH CINTA...


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» MEMAHAMI ISTILAH CINTA...

Please Mendaftar To Post


Oleh MEMAHAMI ISTILAH CINTA...

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 09:45


Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin.

Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

Apabila seseorang lelaki telah berkahwin, mereka beranggapan perkataan "cinta" tidak perlu lagi dilafazkan. Inilah punca utama yang sering terjadi, wanita atau isteri merasa kecil hati, tidak lagi dihargai malah ada ketikanya mereka merasakan si suami tidak lagi kasih kepadanya. Ada yang lebih parah apabila mengatakan si suami mempunyai kekasih lain.

Wanita mahukan cinta dizahirkan dengan cara perkataan juga perbuatan. Pusat cinta dan kemesraan perhubungan bagi wanita dan lelaki ialah dengan aktiviti bercakap-cakap dan berbincang mengenainya.

Pusat cinta bagi lelaki pula ialah aktiviti fizikal, begitu juga pusat hubungan nikmat kemesraan hubungan dengan pasangannya. Mereka lebih suka melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangannya dan melalui cara ini mereka telah menzahirkan perasaan cinta.

Berdasarkan pada hakikat ini, pihak wanita perlu memahami hasrat dan cara lelaki mebicarakan soal cinta. Mereka perlu turut serta dalam aktiviti yang diminati pasangannya.

Contohnya, jika si lelaki mempunyai hobi memancing, sekali sekala si isteri pergi bersama dan dalam keadaan begini si suami merasai dicintai dan disayangi.

Lelaki juga perlu ambil tahu akan keinginan pasangannya. Apalah salahnya jika mengucapkan kata-kata cinta pada hari istimewa si isteri seperti hari ulang tahun perkahwinan atau hari ulangtahun kelahirannya.

Adalah lebih baik jika diberikan hadiah-hadiah yang lebih romantik seperti bunga, cincin idaman dan sebagainya. Dengan kesefahaman kedua-dua belah pihak maka kehidupan akan menjadi lebih ceria dan gembira.


Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

Sweetie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14340
Posting: 121
Dari: Galaksi Bima Sakti

Perak  


posticon Posting pada: 20-02-05 21:41


♥full of luv♥

Bookmark and Share

    


  Member Information For SweetieProfil   Hantar PM kepada Sweetie   Pergi ke Sweetie's Website   Quote dan BalasQuote

orchidesa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12928
Posting: 133
Dari: perak-selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 14:02



bahgianyer kalau dpt pasangan yg saling memahami diantara satu sama lain..kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For orchidesaProfil   Hantar PM kepada orchidesa   Pergi ke orchidesa's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 21-02-05 14:35




Ya, ALLAH tunjukkan jalan terbaik buat semua hambamu.Selagi tiada kejujuran Maka, akan payah sesuatu Urusan... Ada hikmahnya tu...

Kejujuran amat penting dalam Percintaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

permata_hatiku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-02-05 15:26


Cinta
Iman
Nur
Tawakal
Allah.........................


good luck 4 ur love....


-----------------
Usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_hatikuProfil   Hantar PM kepada permata_hatiku   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-02-05 15:30


Quote:

On 2005-02-21 15:26, permata_hatiku wrote:
Cinta
Iman
Nur
Tawakal
Allah.........................





Emmm best best...bercintalah kerana Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 21-02-05 16:29



wah ...nampaknya ade juga ahli ukhwah .com nie yg pandai menafsir erti cinta itu..nie kra bagus nie takyah nak gi ceramah pasal perkhawinnan kat sini pun dah kira dapat motivasi sebelum nak mendirikan rumahtangga agar rumahtangga tetap akn bertangga.......hhhee.
Wassalam...thankx atas nifo tu...

lahirnya kita disambut denagn azan ,
matinya kita diiringi denagn solat ,
antara azan dengan solat alangkah singkat hidup nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 18:23




Berkata Imam Nawawi:

" aku menyintaimu kerana agama yang ada
padamu, jika engkau hilangkan agama
yang ada pada dirimu, maka hilanglah
cintaku padamu."



Bookmark and Share

    


  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 18:36


apa barang cinta cinta???



Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Wasimah17
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1684
Posting: 73
Dari: Jalan Gombak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-02-05 16:48



baru faham tapi susah betul nak aplikasi dlm kehidupan....cinta..cinta

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wasimah17Profil   Hantar PM kepada Wasimah17   Pergi ke Wasimah17's Website   Quote dan BalasQuote

tinta_musleh
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14566
Posting: 11
Dari: tanjung karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 20:20



memang mudah apabila kita bercakap bahawa bercinta kerana Allah.tapi sebenarnya sukar utk dilakukan...sebelum bercinta biar kita tanya diri kita,"utk apa kita bercinta?".apabila "kerana Allah" adalah perkara pertama yang kita fikirkan, teruskanla niat murni itu... biar bercinta kerana Allah, bukan kerana nafsu...Allahuakbar!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For tinta_muslehProfil   Hantar PM kepada tinta_musleh   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 15:39


c..i..n..t..a
5 huruf yang seringkali membawa mengundang pelbagai masalah......
kecewa...gembira....suka ....duka....sedih.....ketawa.....
ia juga terlalu subjektif untuk dittafsirkan!!
hanya cinta pada yang esa akan sentiasa berkekalan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 28-05-05 14:40




nampak gaya kita boleh buka kelab cinta atau klinik cinta kat ukhwah.com.... jangan sampai jadi kelab cari jodoh dah la....



Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112215 saat. Lajunya....