Oleh |
Semerbak iman Masyita.. |
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-02-05 17:09
Bercakap pasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku....... Bercakap pasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya. Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah." Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya. Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya. pengorbanan tanpa batasan demi mendapatkan cintaNya..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 20-02-05 01:00
hemm...ku harapkan isteri ku nanti..mempunyai iman seteguhnya...
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 20-02-05 02:38
Quote:
| On 2005-02-20 01:00, syed wrote: hemm...ku harapkan isteri ku nanti..mempunyai iman seteguhnya...
|
| InsyaAllah...sama2 kita doakan yer..
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 20-02-05 07:13
aik rindu_rahayu macam ada hati jerk dengan syed..teruskan..hehehe..niat yang baik jangan disorok2... syed jangan mengharapkan isteri sehebat sadatina fatimah jika suami tidak semulia saidina ali..
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-02-05 09:06
takpe rindu_rahayu teruskan niat suci tu...mana tau diizinkan Allah... Ya ALLAH kurniakan aku Iman sehebat Masyitah
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 21-02-05 12:39
Ana, tengah mencari sinar... Insyaalla, kalau diusahakan dengan hati yang jujur & Ikhlas, berdoa... kena caranya... Allah pasti mengasihi hambanya yang IKHLAS & JUJUR... wassalam... Yang kurik kunDi, Yang Merah SagA Yang BaiK Budi, YanG Indah BahasA
|
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 21-02-05 13:27
Quote:
| On 2005-02-20 07:13, lobam_shibin wrote: aik rindu_rahayu macam ada hati jerk dengan syed..teruskan..hehehe..niat yang baik jangan disorok2... syed jangan mengharapkan isteri sehebat sadatina fatimah jika suami tidak semulia saidina ali..
|
| Alahamdulillah mmg pun depa dua ni -Syed n Rindu- tgh bercinta...nak tau selanjutnya..p tgk posting SALAM TAAZIM DARI KAMI BERDUA...  -----------------
|
teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak
|
Posting pada: 22-02-05 01:02
 ...semoga hatiku teguh di panji2 agamaMu Ya ALLAH...ameen.. ----------------- "Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"
|
Masyita
Warga Rasmi Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14607
Posting: 10
Dari: Tapak SEmenang
|
Posting pada: 22-02-05 10:45
Masyita x berani nak komen ape2 sebab masyitah sendiri sememangnya suka akan nama ni.2 sebab aper2 pun masyita akan letak nama masyita.cuma nak kongsi sikit ngan kawan2.. Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaika. tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didamba hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirimu, Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai satu keunikan, dan carilah kebaikan pada dirinya. bersyukurlah dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.. semoga kita dapat menghayati kata2 ini..kebenaran dari kata2 ini sememangnya jelas..maka renungkanlah.. wassallam..
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 22-02-05 11:36
Quote:
| Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaika. tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didamba hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirimu, |
| Menarik sungguh kata² itu.. ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
mariatulqibtiah
Warga Rasmi Menyertai: 09.01.2005 Ahli No: 13618
Posting: 19
Dari: Kedah
|
Posting pada: 22-02-05 12:07
Subhanallah! Betapa hebatnya cinta Masyitah kpd Allah S.W.T. Bagaimana pula dgn cinta kita? Ana berpesan utk diri ana juga sahabat2 semua agar kita sama2 menanamkan rasa cinta yg sebenarnya kpd Rabb kita Allah Azzawajalla. Semoga Dia merahmati kehidupan kita di dunia dan di negeri abdi...Amin...
|
ilal_haQ
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14513
Posting: 25
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 22-02-05 12:39
betapa hebatnya cinta masyita dan sehebat cinta rabiatul adawiyah mgkn. cinta sesama insan hny sandaran, insyaAllah jika hbgn dgn Allah settle, DIA akan bantu kita menyettlekan hbgn sesama manusia. ALLAH maha adil, percayalah lelaki yg baik utk wanita yg solehah n begitulh sebaliknya ........................................................ klu berlaku sebaliknya di situlah peranan kita utk mengatur lgkah, krn Allah x akan uji hambanya dgn sia2. ujian ALLAH mengikut tahap kemampuan hambaNYA. think iman first  wslm
|