Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 11 hari yang lalu
sadiqah: 15 hari yang lalu


Cerpen
Topik: MASIHKAH ADA SINAR?


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» MASIHKAH ADA SINAR?

Please Mendaftar To Post


Oleh MASIHKAH ADA SINAR?

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 10:13


Kehidupan yang getir dan ditambah dengan dugaan pancaroba menyebabkan Hana keliru dalam pencarian yang terlalu rumit dan kompleks. Setelah dikenang zaman silam, walaupun Hana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana, tetapi Hana tidak pernah sesekali putus asa , tidak pernah menyesal dan malu malah Hana bersyukur dikurniakan dengan keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan bahagia. Walaupun sesekali badai menimpa berbentuk cabaran kewangan, bala serta penyakit, dengan sifat tolong-menolong antara satu sama lain menjadikan keluarga Hana kukuh dan erat. Begitu juga Hana yang sentiasa menghormati ahli keluarganya yang lebih tua daripadanya. Kini masa berlalu pantas, kakak-kakak Hana telah lama mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri. Kini tinggal Hana yang masih belum berumahtangga. Entah mengapa Hana tidak dapat melupakan kenangan silam yang membuatnya gemar bersendirian dan tidak peduli akan jodoh. Baginya jodoh seolah telah tiada dalam kamus hidupnya. Bukan dia tiada orang yang datang merisik dan menaruh hati kepadanya tetapi entah mengapa hatinya seolah-olah telah tertutup untuk menerima kehadiran seorang yang bernama “lelaki”. Ibubapa Hana terpaksa redha di atas keputusan Hana. Mengapa Hana menjadi sedemikian rupa?. Mengapa Hana menjadi sebegitu rapuh dan seolah-olah “hilang arah” dalam pengertian hidup. Sedangkan Hana sendiri tahu dia sebelum ini bukanlah seorang yang mengenal erti “putus asa” dan dapat mengharungi hidup sebelum ini dengan sabar dan tabah. Bagaimana ketika dia dapat menangani pelbagai masalah hidup ketika ibunya dimasukkan hospital sedangkan dia sedang menduduki peperiksaan penting untuk melayakkan dia bergelar graduan.




Dan akhirnya dia berjaya mengharunginya dengan tabah dan bersemangat tanpa sedikit pun menjejaskan pelajaran dan masa depannya. Kemana kecekalan dan ketabahan Hana selama ini?. Kini Hana gemar menyendiri, kerjaya yang selama ini diimpikan dilepaskan begitu sahaja. Hana seolah-olah tiada pengertian hidup dan bertanggapan dia tidak lagi memiliki masa depan yang cerah. Begitulah hebatnya kuasa “cinta”. Kejadian bermula pada tiga tahun lalu semasa Hana bekerja sebagai “multimedia programmer” di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Dengan pendapatan yang lumayan serta kerja yang tidak menentu masa menjadikan Hana terlalu sibuk tanpa memikirkan tentang “cinta”. Baginya cinta tidak perlu dicari, sampai masa ia akan hadir menyulam hatinya sendiri. Pekerjaan Hana menyebabkan Hana jarang bersosial. Kehidupan hariannya gemar dihabiskan di pejabatnya walaupun pada hujung minggu. Kadang kala Hana merasa tertekan dengan suasana di tempat kerja, menyebabkan Hana mengambil kesempatan melayari “internet” untuk menenangkan fikiran padanya. Halaman elektronik yang sering dikunjunginya ialah “berchatting”.

Di situ, fikir Hana, dia dapat berkongsi pendapat, pengetahuan dan mencari ramai kenalan. Disebalik itu, dihati kecil Hana, telah lama dia impikan seorang lelaki yang dapat memberikan didikan ugama serta membahagiakan dirinya walaupun tidak terlihat dari mata kasar, Hana terlalu malu untuk dikongsikan keinginannya dengan sahabat serta kawan-kawan sepejabatnya. Malahan dari keluarganya sendiri. Itulah Hana, disebalik sifat pemalu serta banyak berahsia, dia juga terlalu pentingkan prinsip serta kredibiliti seorang wanita. Pada Hana, maruah seorang wanita harus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Jangan terlalu mudah merendahkan maruah diri. Dari dahulu hingga kini, Hana masih berpegang pda prinsip dan padanya tidak sekali prinsipnya akan dimungkiri.


Bermulalah lembaran episod yang menyebabkan Hana sehingga kini hilang tanpa arah semenjak Hana mengenali cinta internet “cinta palsu si alim”. Ketika Hna melayari internet dalam ruangan “chatting”, Hana telah berkenalan dengan jejaka. Hana seorang yang jujur dan terlalu menjaga hati semua kawan-kawannya menyebabkan Hana disayangi oleh kawan-kawan serta sahabat-sahabatnya. Disebabkan kejujurannya itu, perkenalan dengan seorang jejaka dilayar internet mendorong Hana menceritakan biodata diri Hana yang sebenar tanpa was-was dan merasakan pemuda itu jujur sepertinya. Itulah padahnya. Dari sehari berganti bulan mereka berutus “e-mel” dan berbual di internet dengan mesranya. Kelihatan semakin akrab mereka berhubung dan Hana terlalu percayakan pemuda itu. Pemuda itu mengenalkan dirinya sebagai “Solihin”. Klasik namanya, fikir Hana. Tetapi Hana begitu selesa bila berbual dengan Solihin kerna Solihin gemar bercerita tentang ugama dan seolah-olah Solihin seorang yang warak. Hana terlalu percaya dengan kata-kata Solihin sehingga segala nasihat yang diberikan oleh Solihin dipatuhi. Sememangnya Hana inginkan perubahan diri sejak dari dulu lagi. Bukannya Hana seorang yang bersosial dan liar tetapi tidak terlalu “alim”. Semangatnya yang berkobar-kobar ingin melakukan penghijrahan dari segi rohani dan jasmani terpanggil dengan kehadiran Solihin dalam hidupnya. Kini Hana sedar, yang dia telah jatuh cinta pada sifat dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh Solihin sejak Solihin kerap berhubung dengan Hana selepas 6 bulan perkenalan mereka. Kini hati Hana terdetik bahwa Solihin lah pemuda yang berjaya memikat hati Hana dan Hana tertarik pada kesopanan serta pertuturan yang penuh dengan nasihat tentang ugama seperti “ustaz”. Hana memang mendambakan seorang lelaki yang suke bercerita tentang ugama kerna Hana adalah seorang yang gemar untuk mempelajari ilmu akhirat.



Suatu hari, Hana betul-betul terperanjat kerna Solihin ingin bersua dengannya sedangkan Hana belum bersedia. Tetapi, memang selama ini, Hana juga inginkan pertemuan dengan Solihin, jejaka yang Hana impikan selama ini. Hana bertekad bahwa dia akan menerima Solihin seadanya walaupun ada kekurangan dari segi fizikal atau rupa. Baginya, cinta yang dia ukir dari keluhuran hati kerna dia terpikat pada budi dan tingkah-laku yang baik yang ditunjukkan oleh Solihin. Malah, Solihin telah banyak membantu Hana dalam membakar semangat Hana dalam meneruskan hidup yhang pennuh cabaran dan rintangan disamping berjauhan dengan keluarga tersayang. Pada mulanya Hana belum bersedia untuk menemui Solihin. Pada fikiran Hana, Hana takut selepas bersua, segala-galaanyaakan berubah. Tetapi solihin kelihatan bersungguh-sungguh ingin menemui Hana. Hana dalam dilema antara ingin memenuhi permintaan Solihin atau sebaliknya. Hana memberi alasan belum bersedia dan akan berjanji turun ke tempat Solihin jika benar-benar bersedia. Tetapi Solihin berkali-kali menelefon Hana, mengharapkan mereka perlu berjumpa kerna Solihin ada perkara yang hendak disampaikan. Kelihatan ianya begitu penting. Dan akhirnya Hana bersetuju dengan pertemuan itu. Hati Hana tersentuh sekali lagi pabila Solihin inginkan pertemuan pertama kalinya ini bukan pertemuan “empat mata”tetapi bersama teman-teman kerna Solihin tidak biasa berjumpa berdua-duaan. Di hati Hana, mengukuhkan lagi keinginan untuk memiliki lelaki itu. Hana akui di akhir zaman ini, sukar untuk menemui jejaka sebaik Solihin. Hana tidak mementingkan rupa paras, cukuplah dia seorang yang tidak melupakan tanggungjawab sebagai khalifah di dunia ini serta menyayangi diri Hana dengan mendidik Hana menjadi insan solehah. Perhubungan antara Hana dan Solihin tiada bukti keintiman serta kemesraan yang bertanda dengan garisan cinta . Mereka tidak terikat pada suatu ikatan yang pasti dengana kata-kata cinta. Tetapi mereka seolah-olah mengerti bahwa hubungan mereka lebih dari sekadar “sahabat”.


Di saat-saat hari yang ditunggu menjelma, Hana telah memasang tekad bahwa Solihin adalaah jejaka untuknya. Hana yakin Solihin juga sedemikian. Dengan tindakbalas dan layanan Solihin mencerminkan dia juga berperasaan yang serupa. Masakan Solihin begitu kerap menelefon Hana pada waku malam hari jikalau Solihin tidak menyukai Hana, bukan?. Dengan perlakuan Solihin terhadap Hana, menyakinkan Hana bahwa Solihin adalah lelaki yang bakal mencorakkan kehidupannya kelak. Bahagianya Hana ketika itu. “Hanphone” Hana berbunyi datang dari Solihin. Masa yang dinanti telah tiba. Berdebar-debar rasa perasaan Hana untuk menemui jejaka misteri yang dapat mencuri hati Hana yang selama ini sukar dibolosi oleh mana-mana lelaki lain. Mereka berjumpa disebuah restoran dipinggir kota. Bermulanya pertemuan dan bertentangan mata bersama pemuda yang bergelar Solihin. Hana tidak menyangka pertemuan ini akan mengundang detik-detik hitam dalam sejarah hidup Hana. Di pertemuan itu juga, Hana telah dikhabarkan oleh Solihin tentang kepalsuan yang Solihin cipta dalam mengukir perhubungan yang palsu semata. Betapa hinanya Hana dipermainkan oleh jejaka yang selama ini Hana berikan kepercayaan untuk membimbing dirinya. Bagaikan halilintar Hana rasakan dirinya berada dikeadaan separuh sedar sehinggakan tidak dapat menjamah makanan yang enak terhidang di hadapan mata. Mengapa lelaki itu memberitahu kebenaran setelah pembohongan yang terlalu lama dia sulam pada hati Hana yang sangat jujur dalam perhubungan itu. Mudahnya seorang lelaki yang mengunakan nasihat dan ungkapan ugama sebagai senjata untuk menpermainkan perasaan Hana?siapa lagi Hana ingin percayainya?.







Selain dari tuhan dan keluarga? Memang benarlah lidah makhluk yang bernama lelaki bijak bermain dengan kata-kata. Pandai bermain dengan situasi dan keadaan. Pujukan serta rayuan meminta maaf akan kesilapan yang Solihin lakukan menyebabkan Hana menerimanyaa semula. Solihin juga pernah mengajui bahwa dirinya telah dimiliki. Betapa hancurnya hati Hana buat kali keduanya. Mengapa ada hitam jikalau putih menyenangkan?. Hati Hana betul-betul hancur. Solihin pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki kedua-duanya tetapi Hana bingung memikirkan bagaimana penerimaan keluarganya kelak?. Jika hendak diikutkan hati, Hana memang bersetuju dengan jalan penyelesaian Solihin kerna Hana terlalu menyayangi Solihin. Begitu hebatnya cinta Hana pada Solihin. Mengapa Solihin tergamak melukakan seorang wanita sejujur Hana? Walaupun Hana menyedari tentang hakikat itu tetapi Hana tidak dapat menolak kehadiran Solihin dalam kamus hidupnya. Walaupun terseksa menjalinkan hubungan dengan Solihin tanpa kata-kata bukti yang kukuh dalam pengikat kasih, tetapi Hana tetap bahagia disamping Solihin. Kini usia perhubungan Hana dan Solihin menjangkau tahun yang ke tiga dengan tanpa pendirian tetap yang dikehendaki oleh Solihin dengan alasan “masih kalut dan pening dengan keadaan ini”tetapi Hana tidak peduli. Padanya, Solihin adalah insan yang berjaya merubah personaliti Hana yang ingin berubah kepada wanita solehah. Disepanjang perhubungan yang penuh trajis, Solihin kerap kali menimbulkan pelbagai pergolakkan hati menyebabkan Hana selalu menangis dengan perbuatan Solihin. Bermulalah episod Hana mengabaikan kerjayanya ynag dahuliu menjadi kebanggaan dirinnya serta harapan keluarganya. Kini semuanya berkecai. Terasa berat bebanan masalah hati Hana. Tidakkah Solihin sedari dan simpati kepadanya? Kadang kala gembira kadangkala tegang menyebabkan Hana tidak dapat mencari jalan penyelesaian.



Di saat-saat kehancuran perhubungan antara Hana dan solihin ketika Hana tidak membuat keputusan yang tepat dan tersilap membuat penilaian. Pada sangkaan Hana, dengan melepaskan Solihin dengan mengundurkan diri kerna terpengaruh dengan novel cinta, berkorban demi cinta menyebabkan Solihin terus tidak menghubungi dirinya langsung sehingga dini hari. Sedarkah Solihin erti cinta Hana? Sehingga kini Hana menyesali keputusannya kerna Hana tidak berupaya meniru kisah cinta tiruan yang tertulis pada novel cinta yang banyak dipasaran.

Kini, Hana mencari-cari sinar yang dahulu menyinar didalam hati Hana suatu ketika dahulu. Hana sentiasa menyalahkan diri sendiri dan sering menangis bersendirian. Hana menipu diri sendiri dan menyatakan dirinya tabah jika rakan-rakannya bertanyakan perihal dirinya. Semuanya tipu belaka. Hana masih bertanggapan bahwa Solihin masih menyayangi dirinya. Mengapa Solihin tidak memberi peluang sekali lagi untuk dapat memaafi kesilapan yang hanya sekali dilakukan oleh Hana?sedangkan Hana sentiasa memaafi segala kesilapan yang terlalu banyak dilakukan oleh Solihin terhadapnya. Kini Hana menyendiri. Cinta baru, datang dan pergi tidak lagi dihiraukan. Pekerjaan entah ke mana. Begitu hebatnya peranan Solihin dalam kehidupan Hana. Kerana Solihin, Hana telah melontarkan prinsip hidup yang dulu menjadi pegangannya. Beratus-ratus e-mel diutuskan buat solihjin untuk meminta kemaafan atas satu-satunya kesalahan yang dilakukan tetapi kini tiada jawapan dari jejaka yang mengelarkan dirinya sebagai Solihin. Hana kini hilang seglanya, kehidupannya, cintanya, prinsipnya, tanggapannya yang tinggi terhadap seorang yang berpendidikan ugama tercalar. Yang tinggal hanya kenangan dan kini Hana seolah-olah hilang arah tuju dalam pengertian hidup disebabkan terpesona oleh cinta palsu si alim. Masihkah ada sinar untuk Hana???????......


Masihkah ada sinar?
Dahulu sinar bergemelapan…
Menyinar mengisi hati yang samar…
Begitu menyinar laksana permata nilam…
Menyulam hati dan perasaan..
Kini mengapa ada kelam…
Yang dulu tidak pernah aku menyangka….
Tak mungkin pada jangkauan ku..
Akhirnya berlaku jua…
Dugaan yang dasyat
Dugaan hati..
Matinya tidak berkubur..
Lukanya tidak berdarah..
Sekali terasa..
Merana sepanjang hayat…
Masihkah ada sinar untuk diri ini..
Kembali ke alam nyata
Dari tenggelam meratapi mimpi ngeri ini…
Bilakah ianya akan berakhir…
Hakikatnya ia tetap bersarang di kamar hati ini
Terkunci rapi..utuh hingga keakhir hayat…
Siapakah yang akan berjaya mengembalikan zaman kegemilangan ku?
Hanya “dia” sahaja yang boleh merubah hati ini…


Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 10:25


memori cinta luka..
antara kita sama saja...
ditinggalkan tanpa seikit rasa simpati...
tapi kini dalam diriku...
sudah ada sinar yang menyinarinya...
kamar hati yang dulunya sepi...
kini telah disinari..
dengan cahaya yang paling indah...

kuyakin dirimu jua...
pasti akan menjadi sepertiku...
pasti ada sinar yang menantimu..
dipenghujung sana...
hanya kesabaran yang perlu kau lakukan...
untuk menantikan...
detik dan ketika sinar itu kembali...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 18-02-05 13:53




Kesian, kesian kat dua orang sahabat sejati ni...?eeikkk, Nak cinta macam kat NOVEL, takut nak berpijak kat bumi nyata ker... Cian jugak orang cam tue yer. Hilang PEDOMAN HIDUP, dah TERKENA LAKNAT DRPD DOSA2 SILAM, kut??? INSAF...........





[ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-02-19 10:55 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-02-05 14:02


wbt

..............................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 16:19




Cerpen yang dikarang oleh sinar ni bila baca 'feel' dia lain sikit. Macam kisah benar. Rasanya pengalaman sebenar sinar kot?


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 11:59


berdasarkan kisah benar lah nier...wat pengajaran...mungkin ada betulnya kata2 sahabat ...mungkin balasan dari perbuatan saye gaks..,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 18:20


asssalamualaikum...

setiap kesukaran akan diringi kemudahan .... percayalah ...yakin kpd diri ...mgkin itu pengajran terbaik utk masa depan dlm kita melangkah ....
di dunia yg sementara ni ...
....wslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-05 13:27


Quote:

On 2005-02-18 10:25, kasih_kekasih wrote:
memori cinta luka..
antara kita sama saja...
ditinggalkan tanpa seikit rasa simpati...
tapi kini dalam diriku...
sudah ada sinar yang menyinarinya...
kamar hati yang dulunya sepi...
kini telah disinari..
dengan cahaya yang paling indah...

kuyakin dirimu jua...
pasti akan menjadi sepertiku...
pasti ada sinar yang menantimu..
dipenghujung sana...
hanya kesabaran yang perlu kau lakukan...
untuk menantikan...
detik dan ketika sinar itu kembali...



-----------------
kasih sayang Mu Tuahn...
Itu yg ku dambakan....
dengan rahmat Mu...
Ampunilah diriku




aku jua begitu
insan tersayang telah berlalu
yg tinggal kini hanya lah aku
menyulam luka menganyam rindu...
mungkin dia bukan jodohku..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

abdyilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5479
Posting: 15
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-05 07:40


seronok baca, membuka kembali diary sejarah yang telah lama saya tutup
tenggelam bersama debu-debu zaman,
namun baru ku sedar
bahawa saya tidak berseorangan dalam kisah ini, punya teman dan sahabat
untuk berkongsi lembaran lalu
menjemput yang teladan, menyempadani yang kebingungan
buat BEKAL DI NEGERI SEBERANG SANA

Bookmark and Share

    


  Member Information For abdyilahiProfil   Hantar PM kepada abdyilahi   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 15:13


dulu, kini dan mungkin selamanye..entahlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112205 saat. Lajunya....