Oleh |
kayu koka?? |
cruestasia
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.06.2003 Ahli No: 1791
Posting: 60
|
Posting pada: 17-02-05 22:57
Salam.... ada tak sesiapa yg pernah dengar mengenai kayu ni? mengikut apa yg ana dgr..kayu ni adalah satu-satunya kayu yg boleh buat jin takut...dan tongkat nabi musa diperbuat dari kayu ni...betul ke?? mana nak dapat kayu ni?
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 21-02-05 23:49
assalamualaikum ana pun mencarinya juga..tapi tak salah ana..syarikat darul nu'man ade menjualnya dekat jalan tunku abdul rahman kot..kat..situ2 kot..ana nak cari juga..ada yang kata ..benda tu ada dalam bentuk tasbih.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 22-02-05 08:57
kayu kokka ciptaan Allah, jin juga ciptaan Allah. Hanya Allah yg patut ditakuti, bukannya kayu. Pd ana pemilik kayu kokka semestinya org kaya. Betul kayu kokka boleh didapati di Darul Nu'man tapi ana masih tak berkesempatan nak ke sana. Satu hari pi solat Jumaat di Masjid Sri Petaling, KL. Ada peniaga menjual hasilan kayu kokka spt cincin, tasbih & buah kayu kokka sekali(display). Terniat di hati nak beli tasbihnya. Jadi ana tanyalah harganya. Nak tau apa harga seutas tasbih kayu kokka. Harganya ialah......?????????? ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
hana_humaira
Warga Rasmi Menyertai: 24.07.2004 Ahli No: 10271
Posting: 19
Dari: alor star
|
Posting pada: 22-02-05 09:03
untuk pengetahuan sahabat2 ustaz saya ada menjual kayu koka ini.mmg ada terdapat berbentuk tasbih,cincin untuk lelaki dan loket untuk perempuan. kayu ini insyaallah boleh menjauhkan dr gangguan makhluk halus dan mengubati penyakit2 tertentu.untuk maklumat lanjut sahabat2 bleh dpatkan buku PERUBATAN DALAM ISLAM,MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS yg terdapat di pasaran.nombor telefon untuk di hubungi bleh dapat dalam buku tue. [ Posting ini telah di edit oleh: hana_humaira pada 2005-02-24 10:30 ]
|
hana_humaira
Warga Rasmi Menyertai: 24.07.2004 Ahli No: 10271
Posting: 19
Dari: alor star
|
Posting pada: 22-02-05 10:01
sebagai hamba Allah kita tak bleh meletak kepercayaan kita sepenuhnya kat kayu tu.hanya Allah yg mengetahui segalanya...
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 22-02-05 10:04
Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Jika ada makhluk yg berkuasa itu adalah kurniaan Allah dan ianya terbatas. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
cruestasia
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.06.2003 Ahli No: 1791
Posting: 60
|
Posting pada: 22-02-05 22:29
Quote:
| On 2005-02-22 08:57, suhaimi_sr wrote: kayu kokka ciptaan Allah, jin juga ciptaan Allah. Hanya Allah yg patut ditakuti, bukannya kayu. Pd ana pemilik kayu kokka semestinya org kaya. Betul kayu kokka boleh didapati di Darul Nu'man tapi ana masih tak berkesempatan nak ke sana. Satu hari pi solat Jumaat di Masjid Sri Petaling, KL. Ada peniaga menjual hasilan kayu kokka spt cincin, tasbih & buah kayu kokka sekali(display). Terniat di hati nak beli tasbihnya. Jadi ana tanyalah harganya. Nak tau apa harga seutas tasbih kayu kokka. Harganya ialah......??????????
----------------- kasih sayang Mu Tuahn...
Itu yg ku dambakan....
dengan rahmat Mu...
Ampunilah diriku
|
| berapa harganya???? mahal sangat ke?
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 23-02-05 02:14
alhamdulillah banyaknye info mengenai kayu kokka ni. ana pun tak tahu kayu kokka ni rupanya boleh menghalau jin dan sebagainya. tapi apapun, berapa harga kayu kokka ?? bukan apa, ana nak beli, ana suka kumpul benda2 mcm ni. especially kalau dalam bentuk tasbih tu..alhamdulillah. baguslah sgt. kalau tahu, bagitahu ana ye. nanti ana balik malaysia, boleh ana beli.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 23-02-05 08:58
Nampaknya ramai para hartawan yg berminat memiliki produk kayu kokka ini... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 23-02-05 08:59
Berikut adalah mahar bagi barangan Kayu Kokka: -------------------------------------------------------------------- Mahar bagi TASBIH ; 33 biji jenis BULAT kecil - RM 500.00 99 biji jenis BULAT Kecil - RM 900.00 ( Kayu Kokka besar Biji Saga ) 99 biji jenis BULAT besar - RM 1,200.00 ( Kayu Kokka besar sedikit dari Biji Saga ) 33 biji jenis BUJUR kecil - RM 700.00 33 biji jenis BUJUR sedang - RM 900.00 33 biji jenis BUJUR Besar - RM 1,500.00 --------------------------------------------------------------------------------- Mahar bagi CINCIN ; Kayu Kecil RM 150.00 Kayu Sedang RM 200.00 ( Kayu Kokka sebesar Kacang Tanah ) Kayu Besar RM 250.00 Cincin Perak untuk Lelaki. Nyatakan sais jari anda contoh ukuran 15, 19, 21 atau seterusnya. Dapatkan ukuran sais di kedai emas langganan anda. Tidak perlu ditanggalkan bila ke bilik air. Pakainya pada jari tangan kanan untuk mengelakkan dari terkena najis. --------------------------------------------------------------------------------- Mahar bagi LOKET ; Kayu Kecil P - RM 60 & E - RM 150.00 Kayu Sedang P - RM 100 & E - RM 200.00 ( Kayu Kokka sebesar Kacang Tanah ) Kayu Besar P - RM 160 & E - RM 250.00 [P (perak) & E (emas).] Memakainya harus sentuh kulit. Tidak perlu ditanggalkan bila ke bilik air, kerana ianya jauh dari kemungkinan terkena najis. --------------------------------------------------------------------------------- Mahar bagi GELANG ; ukuran pergelangan tangan dalam 'cm' GK1 - 14 hingga 16 cm - RM 400.00 ( Kayu Kokka sebesar Kacang Tanah ber+ Kecil ) GK2 - 15 hingga 17 cm - RM 500.00 ( Kayu Kokka sebesar Kacang Tanah ber+ Kecil ) GK3 - 16 hingga 19 cm - RM 600.00 ( Kayu Kokka sebesar Kacang Tanah ber+ Kecil ) Menggunakan tali getah 'elastik' yang boleh mengembang. Gelang juga boleh berfungsi sebagai tasbih untuk berzikir. --------------------------------------------------------------------------------- Minyak Urut Kokka: Botol kecil 20ml - RM 50.00 Botol besar 40ml - RM 100.00 Untuk bisa badan, sengal otok, sakit tulang, angin, sihir dan sebagainya. (Bagi kegunaan luaran sahaja.) ----------------------------------------------------------------------- Terhad & tiada wakil, ragu tiruan. Milikinya di pejabat Darul Nu'man . ----------------------------------------------------------------------- Buku mengenainya: Rahsia & Kelebihan KAYU KOKKA - Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh & Tongkat Nabi Musa AS. Penulis: Fathur Rahman. Kod: DN 420. ISBN: 983-046-352-4. Tebal: 80 m.s. Harga: RM 5.00 -------------------------------------------------------------------- Untuk memilikinya; Nyatakan pilihan anda, emailkan nama penuh dan alamat berposkod. Online bayaran mahar bersama kos pengangkutan dari mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan Online TT (Telex Transfer) ke akaun kami di Maybank/MBB. Mahar tidak termasuk Kos Pengangkutan Pos Laju: RM 10.00. Terima dalam masa 1-2 hari, insya Allah. ------------------------------------------------------------------------------------- Atau sila ke lokasi kami di alamat berikut; Pejabat urusan DARUL NU'MAN, 16A-1, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur. Setiap hari 10 pagi hingga 5 petang kecuali Ahad. Sila rujuk Mohd Anaam H/P: 019 - 23 786 00 Harap maaf diatas segala kesulitan. Sekian, terima kasih. Wassalam... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 23-02-05 09:01
Harga telah diketahui. Siapa yg berminat tadi boleh la beli yea.... p/s: Amacam 'murah' tak.... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 23-02-05 16:41
terima kasih.
|
cruestasia
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.06.2003 Ahli No: 1791
Posting: 60
|
Posting pada: 24-02-05 09:15
Terima Kasih....sbnrnya saya buka topik ni sbb first time dgr nama kayu koka...mulanya rasa ragu kewujudan kayu tersebut..tapi skrg dah yakin....sbnrnya coach saya terkena sihir buatan org...dia tlh melakukan rawatan traditional dan pengamal perubatan tu minta dia carikan kayu kokka.....saya cuma membantu beliau shj.... Terima kasih kpd semua yg sudi berkongsi info....
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 06-03-05 15:06
kenapa jin takut ngan kayu nie?? kayu2 lain takleh jalan ke?? ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
siraj_alqalbi
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 741
Posting: 48
Dari: ipoh
|
Posting pada: 07-03-05 21:26
ermm...salam sy dapat maklumat...takde hadis yg sahih ttg kelebihan kayu ni.... wallahua'lam
|
mohm3
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia
|
Posting pada: 08-03-05 00:07
memang tiada hadis thabit tentang perkara ini..tetapi yg hakiki, kita percaya kepada Allah yg menentukan segalanya.. harga di darul nu'man mahal, jika kat kaherah, boleh dapat murah...cincin, tasbih
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 17-03-05 16:02
saya ingin kongsi dgn sahabat2 ttg perkara ni... Ust. Zaharuddin Abd. Rahman bagi tahu hadis yang dibawa utk melariskan jualan kayu kokka adalah hadis dhaif, yang direka-reka. Katanya lagi "Mempercayai kayu kokka boleh menyembuhkan penyakit adalah satu syirik, ini ditegaskan oleh bekas Mufti Mesir" TQ. ----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 17-03-05 16:13
Tul tu. Tiada apa yg boleh memberi manfaat & mudarat melainkan Allah. Bukan kayu kokka. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 17-03-05 17:26
salam tak sangka mahal harganya.. buat masa sekarang x mampu nak miliki...
|
aKujErr
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::
|
Posting pada: 22-04-05 20:35
kayu kokka' erk.. hehe.. nak ker.. sini byk..kalo nk boley jerk.. kalo nk..emel kan ana .. hehe.. ana carik kan.. ade yg tongkat.. ade lak yg tasbieh.. bykk..huhu salam ukhwah
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 22-04-05 20:39
hadis tu adalah hadis dhaif utk melariskan jualannya.... Bekas Mufti Mesir mengatakan "Mempercayai kuasa kayu Kokka adalah SYIRIK" (Dipetik daripada Kuliah Kupasan Fiqh Aulawiyyat [siri 1] oleh Ust. Zaharudin Abd. Rahman) tq. ----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
|
ahmad_azhar
WARGA SETIA Menyertai: 10.12.2003 Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~
|
Posting pada: 26-04-05 12:25
|
cahaya82
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.07.2005 Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 26-09-05 10:07
koka...koka.... keranamu koka.... ku jelajahi hussein...demi koka... ingatlah...tiada yang lebih berkuasa selain Allah Taala.... tak salah guna koka..tapi tawakal kepada Allah.... *p/s:saya pun ada gelang kokka..... ________________________________ INDaH HIDUP BeRSAMA ILmU... saya aDALAh saya SEKaRaNG... BIaR TERBUaNG TETaP BERjUanG..... [ Telah diedit oleh: cahaya82 pada 26-09-05 10:08 ]
|
stitch
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16190
Posting: 24
Dari: singapore
|
Posting pada: 19-10-05 22:35
Pada 23-02-05 08:59 , suhaimi_sr posting:!!! QUOTE !!! Berikut adalah mahar bagi barangan Kayu Kokka:
mahal sangat tu stitch dapat kan dari teman stitch yang belajar di mesir tak semahal tu ... dan lagi kebanyakkan yang ada di malaysia ada yang tiruan ... hati2 teman bila membelinya..... nasihat seorang ulamak dari mesir ...jangan terlalu percaya ... akan koka dan saya dinasihatkan sendiri oleh seorang ulamak kerana dia pernah lihat tasbih koka saya.... "tasbih koka hanya lah sekadar perantaraan bagi membersihkan hati jangan terlalu mempercayai ia punya kuasa kecuali sekadar perantaraan membersihkan hati dengan zikir2 kita itu yang utama" maafkan saya andai saya punya silap apa yang saya mahu sekadar teman2 berhati-hati.. koka mempunyai mutu yang berbeza. hanya yang ahli sahaja dapat membezakannya... sesiapa yang ingin membelinya.... harap berhati-hati beli dengan mereka yang arif dan jika dapatkan sendiri dari mesir atau turki(jenis dari turki yang termahal, mengapa ia mahal ada dalam sejarah bahtera nabi noh lain kali stitch cerita ok) mutu yang terbaik bagi tasbih 100 bulat RM380 dan ia akan berubah mengikut pertukaran wang kerana mesir mengunakan L.E namun bezanya tak lah banyak sangat sekadar berapa puluh sahaja.. batu cincin koka pula seingat stitch harganya RM 50 mutu yang terbaik namun kalau beli di mesir harga costnya sekadar L.E 35 andai ditukarkan in RM 42 mengikut rate pada bulan Aug yang lalu. semua harga di atas stitch dapatkan dari teman stitch yang ahli dalam kayu koka.
|
kilauansyifa
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir
|
Posting pada: 19-10-05 22:59
emm...begitu...jadi..lpas ni marila ramai2 ke husin...hehehe
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 19-10-05 23:12
sebut pasa kayu kokka.......... saya ada miliki.....kawan kat mesir belikan sebagai hadiah, alhamdullillah............... kan kat dalam ukwah.com, ramai kenalan kita kat Mesir, apa kata minta tolong kat diaorang..syed kaa, en Firdaus ka........ .. Saya dengar kat Mesir murah, tapi Kalau tak ada pun, minta kat Allah..kita akan selamat juga.insyaallah
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 20-10-05 10:12
kayu kokka... Tidak Ada Daya dan Kekuatan Selain Allah
|
huffaz_85
Warga Rasmi Menyertai: 04.11.2005 Ahli No: 20219
Posting: 11
Dari: cairo, egypt
|
Posting pada: 06-11-05 19:57
" mmm ana dari cairo ni...... baru sampai sini sebulan....... ana tengok kat mesir kayu kokka sini saaaangat murah... kalau tasbih baru 20-40 geneh (RM 15-30 ), cincin pulak yang kecik baru 5 geneh (RM 4 ), dan besar 10 geneh (RM 7)....... ana tak pasti Kenapa kayu kokka kat Malaysia mahal sangat... sampai beratus-ratus......... tak pasti pula kalau ada yang asli atau tidak...... tapi itulah hakikatnya...... mungkin kos import agaknya... Wallahua'lam. [email protected]
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 07-11-05 00:06
ada seorang kat tempat kerja saya ada jual kayu kokka ni, dia didatangkan dalam macam2 bentuk. tasbih, cincin, gelang tangan. harga dia memang mahal, sebentuk cincin belah rotan saja dalam 30 ringgit begitu. tasbih lagi la, sampai seratus lebih
|
Subuhku
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8613
Posting: 209
|
Posting pada: 07-11-05 00:19
Emm saya dapat kayu ni besar macam kacang tanah rm30 tapi kawan tu beli kat timur tengah kat kilang dia so dapat murah bila samapi sini tu yang jual bagai nak mam... hehe tapi sbenarnya kayu koka tu tak nas dari hadis yang soheh tentang kayu itu cuma cerita menyatakan bahwa Allah telah perintahkan Nabi Nuh membuat bahtera dari kayu koka tersebut tu saja
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 13-11-05 02:13
assalamualaikum... apa yang saya tau, kita tkleh percaya sangat kat kayu kokka ni...sebab boleh membawa kepada syirik...jadi berhati2lah kepada sesiapa yang ada membelinya.... ianya adalah kayu semata2...tiada dalil sohih yang mengatakan bahawa kayu kokka adala kayu yang digunakan tuk buat bahtera nabi nuh serta tongkat nabi musa..... apa yang saya tau,kayu kokka terdapat dalam pelbagai versi...ada yang dari buatan mesir,syria,lubnan,dan sebagainya dari kalangan negara arab....dan yang paling murah adalah dari mesir..... itu saja maklumat yang ada... wasalam
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 13-11-05 06:30
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alkisah rupanya ada juga kisah kayu kokka di sini ya. Satu kisah yang boleh dijadikan tauladan ialah kata-kata Umar Al Khattab @ al Faruqi setelah mencium hajar aswad. Katanya lebihkurang bahawa sekiranya tidak kerana Rasulullah saw yang menciumnya tidaklah dia akan mencium batu hitam tersebut. Ini bermakna ciuman hajar aswad bukan kerana batu itu ada sebarang kelebihan tetapi hanya kerana ia diciumi oleh baginda Rasulullah saw. Jadi sekiranya kayu kokka ni dikatakan kayu yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh maka sekiranya kita ingin memilikinya maka sekedar memiliki untuk dijadikan ingatan bahawa Allah SWT memerintahkan agar bahtera yang hebat tersebut dibuat dari kayu koka. full stop. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - the highest wisdom lies in holding this life most precious and spendin it in the way of the Lord.
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 13-11-05 08:13
betul tu..kayu kokka hanya satu kelebihan..saya sendiri ada koleksi dari kayu koka ni..tak adalah mahal sangat sahabat yang jualkan..dan membeli pun sebagai buat simpanan semata-mata..
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 03-03-06 12:43
saya dah baca semuanya kat sini... saya rasa apa yang ummiq bagitau tu dah cukup lengkap... kalau nak miliki kayu dari jenis bahtera Nabi Nuh tak salah beli atau simpan kayu koka ni... tentu ada kelebihannya dari kayu lain...sebab tu Allah perintahkan Nuh a.s. gunakan kayu ni buat bahtera... jangan yakin pada kayu tapi yakinlah pada Allah s.w.t Pencipta kayu tersebut dan sekalian makhluk.... - tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah
|
huffaz85
Warga Rasmi Menyertai: 24.02.2006 Ahli No: 22954
Posting: 13
Dari: Cairo, Egypt
|
Posting pada: 04-03-06 07:07
Ana nak jst nak berpesan pada sahabat2 semua... dalam kita mendengar atau membaca kisah2 yang berkaitan tentang kisah2 anbia' alaihimussolatu wassalam.. kita perlu hati-hati kerana di sana wujudnya banyak kisah2 "Israieliyyat" yang tidak pasti kesahihannya dan kebanyakannya di riwayatkan daripada golongan ahli kitab... jadi jangan sekali2 kita terus mempercayai bulat2 kisah yang tak bersumber Qur'an @ hadis dan supaya kita lebih berhati2... ana juga pernah mendengar sahabat2 ana mengatakan bahawa sejarah kayu Kokka merupakan Israieliyyat (di reka-reka @ diriwayatkan oleh ahli kitab). kononnya tongkat Nabi Musa dan bahtera Nabi Nuh di buat dari kayu kokka... dan kononnya syaitan sangat takut pada kayu ini... terpulang pada hati dan niat masing2 nak memakai dan memilikinyanya... yang penting jangan sampai kita terjebak dalam 'Syirik' yang kita tidak sedari... contohnya terlalu yakin dengan kemujaraban dan kesaktian kayu ini menjaga tuan pemiliknya dari makhluk halus, menyembuh, atau sebagainya. sehinggakan ada sebahagian sahabat2 kita yang begitu bersungguh2 untuk mendapatkan kayu ini demi "khasiatnya" er jika ana tersalah, ana berharap ada sahabat2 yang membetulkan. Wallahu a'lam
|
huffaz85
Warga Rasmi Menyertai: 24.02.2006 Ahli No: 22954
Posting: 13
Dari: Cairo, Egypt
|
Posting pada: 04-03-06 07:09
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 04-03-06 10:19
ana pernah dengar tentang kayu ini....tapi tak tau la pula yang harga dia tu......mahal sapa begitu mo lalu........ ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 11-03-06 21:04
nak kata kokka ni yang buat bahtera nabi nuh a.s pun saya kurang pasti..sebab tasbih dll itu sebenarnya diperbuat daripada buah..buahnya serupa buah pinang..tapi besar sikit..tak tahulah sahih ke tak..saya pernag juga tanya arab yang jual kokka ni, dia kata bukan..entahlah.. xpala..kita hanya berusaha Allah yang menyembuhkan.. nak kata mahal xdalah mahal..murah2 juga..ala biasalah beli di mesir bila balik melesia mahallah jadinya.. kokka paling baik ialah kokka turki..harga memang mahal..mencecah 100usd..banyak terdapat di syiria..mesir payah nak jumpa..
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 12-03-06 03:07
sapa2 ada nak jual murah2 pm ana....
|
aKujErr
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::
|
Posting pada: 12-03-06 05:43
murah jah benda ni.. hok mahal2 tu..xsoh beli la.. koka' loni turun harga doh.. oghe dop jual doh mahal2 ni.. suka ddemo jual mahal ni.. tasbih_30 nok koka' ke.. beres..ambo kiro anda demo.. mesej kawe. pah kawe ata ddemo. salam ukhwah untuk semua
|
Howling_wolf
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.12.2003 Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan
|
Posting pada: 26-03-06 03:21
siapa boleh bagi ana hadis walaupun yang dhaif sekalipun bahawa kokka ini daripada bahtera ni nuh atau tongkat nabi musa?bahakan dalam cerita israiliyat sekalipun tidak mengatakan bahawa bahtera nabi nuh diperbuat daripada kokka.jangan kita main sandarkan sesuatu yang kita tidak tahu asal-usulnya. dan Kenapa mempercayai kayu boleh memberi manfaat?bukankah itu tanda kesyirikan terhadap Allah SWT.ana yakin yang menjual kokka ini hanya nak mengaut keuntungan semata2.harganya di mesir tidak lebih sedinar tapi dijual sehingga ribuan ringgit di malaysia.bukan sahaja menyebabkan masyarakat terjerumus kepada syirik, hasil daripada jualan tu pun kita tak tahu halal atau haramnya kerana menyandarkan sesuatu yang nabi tidak pernah sebut wallahua3lam
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 28-03-06 02:46
ada orang kata bahawa kayu koka' ni adalah tongkat nabi musa,ada juga yang menyatakan ianya adalah kayu yang diguna tuk membuat bahtera nabi nuh..ianya dijual dengan harga yang cukup2 mahal... betul ke semua ini????
|
fizanaiy
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.01.2005 Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....
|
Posting pada: 03-08-06 01:41
Alahamdulillah saya baru saja dapat ole2 dari pak mertua saya tasbih kayu kokka....di mekah snaa murah...lah
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-10-07 11:43
Kayu Kokka & Masalah Aqidah Ramai bertanya kepada saya berkenaan keajaiban kayu kokka. Sebenarnya saya telah lama menyatakan berkenaan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan penjual utama kayu kokka semasa berada Jordan. Selepas perbincangan, penjual ini mengakui bahawa tiada sebarang hujjah yang boleh dipakai untuk mendakwa kesohihan dakwaan sejarah kayu ini. Saya juga telah berusaha mencari apa jua hadith dari beratus buah kitab-kitab hadith berkenaan kayu ini, malangnya tiada satu pun hadith berkenaannya. Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada tahun 2004. Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah orang-orang yang jahil. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah. Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan ghaib kayu yang boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan, ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik. Dari sudut hukum jual beli Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, menurut hukum Shariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfunsgi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib. Penjual kayu ini juga sama ada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada saiapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :- Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi) Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya. Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Shariah kerana gharar. Kayu atau orang yang bermasalah? Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara'i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik). Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya. Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi) Kempen ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :- Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun. Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi. Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup). Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah. Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita. Sumber : http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ). Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran. Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan ) Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') : Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia. Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik. Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat Sekian, Zaharuddin Abd Rahman ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 16-10-07 11:46
Awasi unsur syirik jika guna kayu koka Dato' Dr Haron Din Thu | Jun 14, 07 | 01:09:13 PM Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka. Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah? Abu Bakar Zakaria, Damansara, Selangor Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan. Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka. Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka. Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras. Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul. Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam. Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih) Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan. Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan. Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya. Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah. Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja. Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya. Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit. Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat. Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan. Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu. Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain. Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan. Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya. Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT. Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab .a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang. Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian." Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit." Wallahua'lam. - lanh
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-10-07 12:07
em.. tak pernah dengar juga.. kalau kolget kayu sugi ada lah dengar...
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 22-10-07 14:32
saya ada guna kayu koka ini,buat gelang... omi dengan nenek saya bgk,buat tasbih,cincin,loket... siap buat koleksi barang-barang perhiasan koka lagi sebab nenek dengan tokwan selalu pergi mekah... beli kat mekah or mesir tak lah mahal sangat macam beli kat melaysia... so sapa nak beli,kirim2 lah kat sesiapa yang nak pergi mekah or mesir...
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 24-10-07 10:58
Pada 22-02-05 10:04 , suhaimi_sr posting:!!! QUOTE !!! Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Jika ada makhluk yang berkuasa itu adalah kurniaan Allah dan ianya terbatas. salam.. betul tu, ada bukti ke kayu koka elok.ada orang kata pada saya..jangan percaya sangat pada kayu koka nii tapi entahlah.waallaualam ----------------- don't forget to say THANK YOU ALLAH
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 24-10-07 11:01
Pada 13-11-05 08:13 , RuMaishaaa posting:!!! QUOTE !!!
betul tu..kayu kokka hanya satu kelebihan..saya sendiri ada koleksi dari kayu koka ni..tak adalah mahal sangat sahabat yang jualkan..dan membeli pun sebagai buat simpanan semata-mata..
betul tu kak rumaishaaa.simpanan semata22 tak mengapa lah ----------------- don't forget to say THANK YOU ALLAH
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 24-10-07 11:24
Pada 23-02-05 08:59 , suhaimi_sr posting:!!! QUOTE !!! Berikut adalah mahar bagi barangan Kayu Kokka:
ish..semua beratus hargany...mahal betul...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-10-07 14:30
mahalnya.saya manalah ada duit nak beli
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 29-10-07 10:10
saya suka gelang 'friends' kayu koka... harganya RM38 saja... =)
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 29-10-07 15:30
macam mana 2 gelang 'friends' 2????
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 29-10-07 21:10
Setiap apa yang ALLah jadikan ada khasiatnya. Tapi bukan bermaksud kayu itu memberi kesan. ALLah lah yang memberi kesan pada tiap-tiap sesuatu seperti kita yakin ubat panadol menghilangkan pening, yang hilangkan hakikatnya adalah ALLah sebagai maha penyembuh. Ubat itu hanya sebagai usaha. Jika ALlah izinkan maka sembuhlah, dan jika ALlah tidak izinkan maka tiada kesembuhan. Kita? Berusaha..berdoa, bertawakal.
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 30-10-07 12:50
Pada 29-10-07 15:30 , raihan2004 posting:!!! QUOTE !!! macam mana 2 gelang 'friends' 2???? gelang tu dinamakan 'friends' sebab kita memang tak boleh nak pakai sendiri..kena org jugak pakaikan.. tapi gelang tu memang cantik..sesuai muslimah pakai.. unik... -----------------
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 30-10-07 13:26
bismillahhirrahmanirrahim teringin jugak nak miliki tasbih,gelang,loket kayu koka ni..tapi belum ada rezeki untuk beli..
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 30-10-07 13:27
nabi ada pernah buat ke benda ni sebelum ini............
|