Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 237
Ahli: 0
Jumlah: 237




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: cinta terakhir


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» cinta terakhir

Please Mendaftar To Post


Oleh cinta terakhir

cahaya_safi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11314
Posting: 137
Dari: sarawak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 20:56


Tangan kasarnya pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kawasan kubur itu. Suasana sepi dan sayu menyelubungi persekitaran tanah perkuburan, lantas air mata sayu bercucuran jatuh ke pipi. Bacaan surah Yasin kedengaran sayup-sayup di pendengaran disusuli dengan bacaan doa. "Zura... Abang datang sayang. Abang benar-benar rindukan Zura." Zack tidak mampu membendung rasa sedihnya lagi. Matanya yang berkaca merenung lemah batu nisan di kuburan itu. Pandangannya kosong, fikirannya melayang dan mengimbau peristiwa sepuluh tahun yang lalu.


*************************************************************************************************


Sepuluh Tahun Yang Lalu..

Tangan Zack menggenggam erat jemari Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak sedikit pun tidak dihiraukan oleh pasangan ini. Zack terus merenung Azura tanpa rasa jemu.

“Abang, kenapa pandang Zura macam tu?”

Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi?” Jawab Zack.

“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Abang jangan risau la...”

Zack hanya tersenyum mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.

“Tapi, abang kena janji. Jangan lupakan Zura tau!” Bicara Azura sambil tersenyum.

“Abang janji sayang,” balas Zack dengan penuh kesungguhan. Ternyata rasa kasihnya pada gadis itu semakin bertambah saban hari. Sesungguhnya dia tidak merelakan perpisahan walaupun untuk seketika. “Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.

“Mmm... Abang pun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” balas Azura kembali. Azura memandang ke arah Zack. Dengan pantas Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. "Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang!"

Itulah kata-kata akhir Azura sebelum meninggalkan Zack. Bas yang dinaiki Zura bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. Hatinya tidak keruan, mungkin inilah yang dinamakan cinta. Sehari berpisah, rindu yang ditanggung sungguh tidak tertanggung rasanya.

Ketika berada di rumah debaran hatinya semakin memuncak. Zack kegelisahan memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Masanya banyak dihabiskan dengan termenung... Kerisauan terus menerjah di benaknya, bingkas Zack bangun dan terus menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, Zack ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sejadah dibentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum bertekad melelapkan matanya untuk menghilangkan segala kerisauan dan debaran yang dibebaninya ketika itu.

Ternyata Zack silap, matanya sedikit pun tidak menunjukkan rasa mengantuk sebaliknya fikirannya makin ligat memikirkan Azura.


*************************************************************************************************


Azan subuh berkumandang memecah keheningan suasana pagi. Lantas Zack bangun dan menunaikan solat Subuh. Setelah selesai memanjatkan doa di akhir solatnya, Zack terus menuju ke dapur untuk menikmati hidangan sarapan pagi bersama-sama ibu dan ayahnya. Begitulah kelazimannya jika sesekali pulang ke kampung. Zack merindui nasi lemak perahan tangan ibunya. Nasi lemak ayam panas cukup membuka seleranya, apatah lagi bila berpeluang menikmati sarapan pagi bersama ibu dan ayah tersayang. Terubat juga rasa rindu setelah sekian lama tidak pulang ke kampung. Deringan telefon bimbit kepunyaan Zack membuatkan tiga beranak yang rancak berbual tadi, sepi seketika. Lantas, Zack mencapai telefon bimbitnya di almari berhampiran. Nombor yang tertera di ‘LCD’ telefon bimbitnya itu direnung. Panggilan jauh. Dari Kelantan... Bisik Zack.

“Hello. ?” Jawab Zack spontan.

“, Abang Zack ye?” Balas si pemanggil di hujung talian. “Ini adik Zura, Mira?” Tambah si pemanggil, memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, maaf kiranya mengganggu... Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada. Bas kak Zura kemalangan di Kota Baharu,” Mira tersedu-sedu di hujung talian. Tidak mampu lagi dirinya meneruskan bicara.

Zack tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Zack terduduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan.

“Astaghfirullah hal azim... Ya Allah Ya Tuhanku!”

Hanya perkataan itu sahaja yang mampu diucakannya. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya.

“Mak, Zura dah tiada... mak. Zura dah tiada!" Ujar Zack dalam tangisnya. Suaranya tersekat-sekat menahan sebak. Ternyata, ibunya juga bagaikan kehilangan kata-kata. Peristiwa yang berlaku bagaikan sekelip mata, sukar menerima kenyataan yang datang mengejut sebegini.

“Mak, ayah... Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan. Hari ini juga," pinta Zack pada ibubapanya.

“Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack.

“Tak mengapalah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa," jawab Zack.

“Baiklah Zack. Tapi hati-hati... jangan kau terlalu mengikutkan perasaan sedih tu. Yang pergi biarkanlah ia pergi dengan tenang. Kita yang hidup ni perlu banyak bersabar dan terimalah segala ketentuan Tuhan ini dengan reda,” pesan ayah Zack.

Mendengar keizinan yang diberi oleh orang tuanya itu, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Dengan pantas Zack terus mendapatkan Motosikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya. Sekali lagi kenangan manis bersama Azura terlintas di benaknya apabila menunggang motor tersebut.

Enjin motosikal milik Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapanya. Jelas kelihatan riak wajah bimbang pasangan tua itu. Hanya doa yang mengiri pemergian anak lelaki mereka, semoga Tuhan melindungi perjalanan anak lelaki kesayangan mereka.


*************************************************************************************************


Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motosikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan lelaki tua itu. Dengan linangan airmata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack!” Ujar ayah Zura spontan. “Mari nak... naik ke atas,” pelawa ayah Zura dengan suara tersekat-sekat menahan sedih.

Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi dengan kain batik lepas. Suasana sayu menyelubungi di segenap ruang rumah tersebut. Kelihatan seorang ibu tua berteleku di sisi tubuh Azura.

Suasana di rasakan cukup sayu... apatah lagi bila melihat wajah Zura yang bagikan sedang lena tidur dibuai mimpi. Wajah kaku itu cukup menyentuh perasaannya, air mata jatuh bercucuran manakala mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Melihat kehadiran Zack, ibu Azura terus menangis teresak-esak. Tiada kata yang dapat diluahkannya pada ketika itu.

Zack turut sama mengusung jenazah Azura ke tanah perkuburan. Hujan renyai-renyai mengiringi suasana pilu ketika itu. Alam bagaikan mengerti kepiluan dan kesedihan yang melanda. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika di kuburan yang kini menjadi persinggahan abadi kekasihnya itu. Tinggallah Zack seorang diri melutut dan menangis di sisi kubur Azura.

Titisan air dari langit yang turun sedikit pun tidak dihiraukannya. Linangan air matanya jatuh seiring dengan titisan hujan yang membasahi bumi. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah pada Zura.”

Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulut Zack setelah sekian lama membisu kerana melayan perasaan sedihnya itu. “Abang sangka hubungan kita akan berakhir dengan kebahagiaan tapi takdir telah menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack dalam tangisnya.

“Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang. Abang akan tepati janji abang itu walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir,” linangan air mata dan sedu Zack makin menjadi-jadi.


*************************************************************************************************


Kicauan burung menghentikan lamunannya. Hari pun sudah menjelang tengah hari. Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Abang akan tetap mengingati Zura sampai bila-bila. Janji Abang terhadap Azura masih terpateri kukuh. Tangannya terus menabur kelopak dan kuntuman bunga mekar mewangi di tanah kuburan Azura.

Setelah selesai, Zack bangun sambil membetulkan baju Melayu yang dipakainya. Zack menuju ke arah motornya. Motor pemberian ayahnya itu dijaga dengan rapi dan masih elok digunakan hingga ke hari ini. Zack bertekad untuk menjaga dan memelihara motor tersebut sehingga ke akhir hayatnya. Motor kesayangannya itu tersimpan 1001 kenangan manis antara dia dengan Azura suatu ketika dahulu.

Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasihnya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak.

Tubuh Zack tercampak jauh. Darah merah mengalir membasahi dahi Zack dan mengalir dengan banyaknya. Tubuh Zack terbaring kaku di jalanan. Pandangan Zack gelap, mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan.

Zack telah pergi buat selama-lamanya... Zack pergi meninggalkan dunia yang fana ini, tidak jauh dari kubur Azura. Mungkinkah permintaan Zack untuk mengasihi dan menyayangi Azura hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir telah dikotakan...





Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_safiProfil   Hantar PM kepada cahaya_safi   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 21:38


em..sedih...tersentuh baca....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 17-02-05 09:59




eemm, syahdunya... napa jadik cam tu lak?



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-02-05 11:41




syahdu siotttttttttt........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Cahaya_kasih85
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3267
Posting: 11
Dari: muar

Johor  


posticon Posting pada: 17-02-05 11:58


ehm,macam penah baca je ek?tapi di mana ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cahaya_kasih85Profil   Hantar PM kepada Cahaya_kasih85   Pergi ke Cahaya_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 17-02-05 15:08


ermm... sedihnya..
macam kisah ana jer..
tapi lain skit sbb kekasih ana sakit..
dan ana masih dipanjangkan umur..
namun kisah ana tak sampai 2 tahun berlalu..

Dari Allah kita datang
kepada Allah kita kembali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

niknif
Warga Rasmi
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13954
Posting: 6
Dari: malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 17:12


pergh mmg menyedihkan skali.


Bookmark and Share

    


  Member Information For niknifProfil   Hantar PM kepada niknif   Quote dan BalasQuote

cahaya_safi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11314
Posting: 137
Dari: sarawak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 13:01


memang sodeh!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_safiProfil   Hantar PM kepada cahaya_safi   Quote dan BalasQuote

BaItI
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12542
Posting: 32
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 22:04


masya-Allah.sedihnya cerita ni...sampai nak nangis saya baca....takdir Allah takde sapa boleh halang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BaItIProfil   Hantar PM kepada BaItI   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 22:06


..

memang sedih. tersentuh jiwa ana apabila membacanya. pilu dan tak sangka ana boleh menistiskan airmata.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 12:23



setiap yang bertemu pasti adanya perpisahan,
setiap yang bermula pasti berakhir,
setiap yang hidup pasti akan mati,
semuanya berlaku atas kehendak yang ESA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093852 saat. Lajunya....