Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Tuhan Boleh Dihiburkan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Tuhan Boleh Dihiburkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Tuhan Boleh Dihiburkan

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 09:29


Tuhan boleh dihiburkan:
Tuhan boleh dihiburkan? Janggal bunyinya bukan. Inilah yang menjadi
tandatanya sesetengah orang. Mana mungkin Tuhan boleh dihiburkan,
itulah
kata orang yang tidak faham. Samada menghiburkan Tuhan atau
menggembirakanNya, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik. Kenapa pula
manusia
tidak boleh menghibur atau menggembirakan Tuhan. Tetapi kita kena
faham,
istilah yang sama bila digunakan untuk manusia jauh beza dengan
digunakan
untuk Tuhan. Menghiburkan manusia dengan menghiburkan Tuhan, istilah
yang
sama, tetapi mengandungi maksud dan peranan yang berbeza. Samalah kalau
kita
kata kita cinta Tuhan. Apakah sama cinta Tuhan dengan cinta manusia?
Bolehkah kita menyamakan peranan cinta tersebut? Cinta Tuhan ada
caranya.
Cinta manusia pula ada cara yang lain pula. Jadi, berbalik kepada
istilah
menghiburkan Tuhan, ada kaedahnya.

Kalau kita ambil bulat-bulat istilah menghiburkan itu dan kita kaitkan
dengan cara yang kita selalu lakukan pada manusia, memanglah salah.
Ataupun
timbul persoalan apakah Tuhan perlu dihiburkan? Memang sahlah Tuhan
tidak
perlukan hiburan dari kita. Samalah juga Tuhan perlu dicintai. Apa
Tuhan
perlu pada cinta kita? Samalah juga dengan Tuhan wajib disembah. Apa
Tuhan
perlu sangat dengan sembahan kita? Tidak, Tuhan tidak perlu kepada
semua
itu. Kita sembah Tuhan atau tidak, ia tak menjejaskan kebesaran Tuhan.
Tuhan
sudah sedia sempurna. Samalah dengan yang lain. Cinta Tuhan atau tidak,
Takut Tuhan atau tidak, Menggembirakan Tuhan atau tidak, kita buat atau
tidak buat, tak menjejaskan Tuhan. Tinggal lagi Tuhan tuntut kita buat
semua
itu adalah untuk kita juga. Untuk keselamatan dan kesejahteraan kita
juga.
Sebab side-effectnya nanti adalah kepada manusia. Yang dapat
pulangannya,
adalah manusia. Natijahnya, dunia akan aman damai, bebas dari krisis,
peperangan, perpecahan dan persengketaan. Manusia akan hidup harmoni
dalam
suasana berkasih sayang, bertolak ansur, bertolong bantu dan
maaf-bermaafan.
Begitulah indahnya percaturan Tuhan.

Jadi, dalam menghiburkan Tuhan ini, apa kaedahnya boleh kita hiburkan
Tuhan?
Ia adalah dengan kaedah menghiburkan makhluk Tuhan termasuk manusia.
Contoh,
pada manusia, kalau dapat kita hiburkan manusia lain, itu secara tidak
langsung menghiburkan Tuhan. Tuhan suka dengan perbuatan kita itu.
Tuhan
gembira dengan kebaikan yang kita lakukan itu. Banyak caralah boleh
kita
hiburkan manusia ini. Pergi ke pasar, kalau boleh, belikan lebih sayur
atau
ikan untuk dihadiahkan pada jiran. Bila mendapat tahu ada orang miskin
berhutang, ikut kemampuan kita, usahakan bayarkan untuk mereka. Bila
makan
di restoran, waktu membayar, bayarkanlah sekali untuk orang di kiri dan
kanan kita. Di jalanraya, berilah laluan untuk kenderaan lain. Orang
yang
bersalah dengan kita, maafkalah sahaja. Bila ada tetamu yang
mengunjungi
kita, raikalah dengan penuh kemesraan. Begitulah beberapa contoh
caramana
boleh kita hiburkan manusia. Yang mana secara tidak langsung itulah
juga
cara kita dapat menghiburkan Tuhan. Sebab kita telah menghiburkan
makhukNya.
Sekian.

(petikan drp www.rufaqa.com)

Orang yang mengenal Tuhannya:
Bukan mudah-mudah dengan hanya memberikan hujah Al-Quran dan hadis
tentang
Tuhan, sudah kita anggap orang itu kenal Tuhan. Bukan sebegitu mudah.
Belum
lagi kenal Tuhan untuk orang seperti itu. Walaupun hebat hujahnya, ada
dalil
dan nas sekali, dibawa pula pendapat ulamak muktabar, namun dalam soal
mengenal Tuhan, itu bukan ukuran. Memang ilmu itu perlu ada dalam kita
mengenal Tuhan, tetapi ia tak boleh dijadikan ukuran seseorang itu
mengenal
Tuhan. Orang seperti itu baru boleh kita katakan, tahu tentang Tuhan.
Atau
boleh kita panggil dia, ada ilmu tentang Tuhan. Dalam ertikata lain,
mereka
ini adalah “Alimbillah”. Jika, persoalan Tuhan baru di akal, baru
bermain-main di fikiran, itu belum cukup syarat mengenal Tuhan.

Bila cukup syaratnya? Bila Tuhan itu sudah dihayati sifat-sifatnya,
dijiwai
dan dirasai sungguh-sungguh di hati. Malah dari situlah timbul pelbagai
rasa
dengan Tuhan yang antaranya rasa cinta dan takut Tuhan. Kalau ini
berlaku,
orang seperti ini layak kita gelar “Arifbillah”. Dari rasa-rasa inilah
yang
mendorong orang ini untuk beribadah kepada Tuhan. Dari rasa-rasa inilah
yang
meningkatkan taqwa mereka. Biar kurang hujahnya, biar kurang nak
bercakap
sangat tentang ilmu Tuhan, tetapi dia boleh merasa. Kemudian dari rasa
ini,
terdorong baginya untuk amalkan segala suruhan dan tinggalkan segala
larangan Tuhan. Dari perilaku seharian, membuktikan yang dia ini
sungguh
mengenal Tuhannya. Apakah kita sudah jadi orang seperti ini? Apakah
kita
hanya takat boleh bercakap sahaja tentang Tuhan? Atau hanya boleh
berfikir-fikir tentangNya sahaja? Jika belum, sungguh hati kita perlu
dipimpin untuk itu.

(petikan drp www.rufaqa.com)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 16-02-05 11:04


.....

Thanks diatas tazkirah nie...
banyak manfaat yang boleh diperolehi...

p/s: kembali menghayati rukun iman dan rukun islam....*****

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 13:06


Assalamu-alaikum

ooooooo..... www.rufaqa.com.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 16-02-05 13:29



Tazkirah yang baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 16-02-05 14:05


assalamualaikum..
sahabat_ingatan..syukran sbb sudi paste tarbiyah tu..

Tuhan penghibur agung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 16-02-05 16:41



terima kasih kepade sahabat_ingat kerana memberi kesedaran kepada ana ..Alhamdullilah...Wassalam


Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 24-02-05 00:57


Alhamdulillah...

-----------------
try to be nice, smart, fun & helpful...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 00:59




syukur kepada tuhan..alhamdulillah. thank you for your tazkirah. it means a lot to us.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-05 01:51


... ooo amik dlm rufaqa'.. nasihat yg bagus tp ana rasa lebih baik kalu perkataan Tuhan tue diganti dgn Allah...ana rasa bih afdhal...

.................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 08:58


Laaaa..... kan dah bagi tahu Rufaqa ni sangat alergik dengan perkataan Allah. Dalam kamus mereka hanya ada "Tuhan" (Kata am, bukan kata khas). Slogan mereka pun, Tuhan Cinta Agung. Kan ke lebih tepat: Allah Cinta Agung.

Tazkirah yang bagus dari pertubuhan yang tak berapa agus.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106595 saat. Lajunya....