Oleh |
Anda wanita:sila baca! |
addawami_muqaffa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.01.2005 Ahli No: 13915
Posting: 75
Dari: ::sg petani::
|
Posting pada: 15-02-05 10:22
Oleh : Norsiah Binti Karim 1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang. 2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur. 3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut. 4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim. 5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat. 6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya. 7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya. 8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja? 9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik ...................................................................
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 15-02-05 11:05
Very good information! *Ya Allah..masih byk kekurangan diriku yg kerdil ini disisi mu Ya Allah...
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 15-02-05 11:20
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-02-05 11:28
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah sekedar copy & paste untuk memberi sokongan pada artikel anakanda. . yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ... seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan Ćlmu, si teman bicara, dialah Ćishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah . seorang gadis itu ... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh Ć”qidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ... seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ... seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia! seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai Ć”bidah, daĆyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ... seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI! -----------------
|
pena_sufi
Warga 5 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah
|
Posting pada: 15-02-05 12:12
syukran addawami_muqaffa wa ummimq susah nak jadi muslimah solehah namun stp kesukaran itu pasti ada hikmah disebaliknya wallahualam ----------------- Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah
|
puteri_kk
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11389
Posting: 129
Dari: healthy campus
|
Posting pada: 15-02-05 12:17
Jazakallah atas nasihat dan peringatan tu. sama2 lah kita memperbaiki diri. erm, ana ada kemusykilan. Dalam situasiseorang pelajar atau mahasiswa, kita banyak berhubung dan bergaul ngan macam2 jenis makhluk Allah. Kalau suara kita memang sejak kecil lagi macam suara 'keanak-anak' kan, macam maner nak berbincang dengan kaum adam? Dah banyak kali kena tegur, tapi dah Allah kurniakan kita macam tu..??
|
azzahra_safiah
Warga Rasmi Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14374
Posting: 3
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 15-02-05 12:58
InsyaAllah..saya cuba untuk sama2 menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh ukhti kita.puteri kk.. Mmg benar..dlm hidup kita seharian,kita banyak berhubung dgn macam2 jenis orang,sama ada melalui percakapan secara direct,telefon dan sebagainya...mmg kita xdapat elak..itu tiada masalah,kan? Yg jadi masalahnya bila ukhti kita kata bnk kali kena tegur sebab suaranya yg mcm keanak-anakn...tul? Begini..pada pandangan saya yg dhaif nie..pertamanya..sebaik2nya ukhti mencuba sedaya upaya utk bersuara dgn nada atau cara yg tidak mendatangkan fitnah..mungkin sebelum ni ukhti ditegur sbb suara yg agk keanak2an dan mungkin juga blh menarik org lain(terutamanya yg berlainan jantina)..ternyata ukhti nampaknya sudah berusaha ke arah itu..tapi masih xberjaya..jgn risau...jgn salahkan diri sendiri..jgn salahkan sesiapa...yg penting syukurilah nikmat yg Allah beri...suara yg keanak2an tu..bukannya 1 kekurangan pd diri ukhti..jgn sekali2 merasa rendah diri disebabkan itu..k.. Yg jelasnya di sini ukhti tidak berniat menggunakan suara yg keanak2an itu utk menarik perhatian ssiapa,malah ikhti cuba utk mengelak dan cuba utk berhubung dgn sebaiknya bagi menjaga diri dari fitnah.. Mungkin lagi 1 perkara yang perlu dijaga oleh ukhti ialah mengelak dr bercakap atau berhubung dgn lelaki jk tiada perkara penting utk dibincgkan.sememangnya begitu la kan,xkan sengaja nk berhubung,kan? Selain itu,jk ukhti khuatir suara ukhti blh mengganggu emosi ukhti sendiri atau org lain,elakkan berbual dlm telefon jk boleh..bkn xblh bercakap mel telefon,tp ringankan masalah dgn menggunakan msg shj...cdgn sj..jk blh buat,baguslah..sy pun xalami oerkara tu..mgkn juga ssh nak buat...tp jk kt cuba,apa salahnya kan? Masalah ini xtimbul jk berhubung sesama jantina..yg jd masalahnya bila berhubung berlainan jantina...kalau x,saya yakin masalah ni xdiutarakan di sini...tul x ukhti?kalau salah tolong betulkan ya... ok,itu sekadar pandangan dr saya..mungkin sahabat2 kita yg lain blh bagi komen dan pandangan lbh bernas utk bantu selesaikan mslh ukhti....ok,maafkan saya jk tersilap kata... Salam ukhwah...
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 15-02-05 16:17
syukran atas peringatan yang diberikan sungguh berharga ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
AsFaRiNa
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.02.2005 Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi
|
Posting pada: 15-02-05 16:49
wanita dinilai dr akhlaknya dilihat dari kelembutannya ditinjau dari ketabahannya wanita itu ...... dicipta dari tulang rusuk adam dilahir utk menjadi suri dilahirkan utk berada di sisi adam dicipta utk meramaikan umat nabi..... wanita penyejuk mata penawar hati seindah hiasan adlh wanita solehah sesungguhnya wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga.. wallahua'alam
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 15-02-05 17:49
wanita mampu jadi air mampu jadi api mampu jadi penunjuk jalan syurga mampu jadi pembawa arah neraka...
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-02-05 16:59
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah semoga wanita yang membaca mesej di sini akan berlapang dada dengan apa yang bakal umi paparkan. Ada kaitan dengan tajuk di atas tu. Kita semua sedar bahawa ramai wanita yang tidak berkawin walau sudah lanjut usia. Macam-macam alasan dan sebab namun yang jelas ialah tidak ramai lelaki yang soleh dan beriman serta bertaqwa. Kita kembali pada zaman Rasulullah saw dulu bahawa dalam keadaan yang masih sedikit lelaki beriman maka wanitanya sanggup bermadu demi melihat generasi Islam akan datang terus berkembang. Sekiranya ramai wanita yang faham Islam tidak sanggup bermadu atau meredhakan suami berkawin lain maka di mana letaknya konsep wanita acuan Al-Quran atau wanita yang sanggup berkorban demi agama? Perkataan madu sememangnya digeruni oleh ramai wanita namun demi melihat generasi Islam berterusan maka kawinlah dengan nawaitu yang ikhlas untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah serta didik mereka agar menjadi rijal dan juga wanita yang meneruskan menegakkan Islam di muka bumi ini. maafkan umi sekiranya menyakitkan hati sesiapa yang berkenaan. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - poligami itu adalah diizinkan Allah SWT dan terdapat tentangnya dalam Al-Quran. -----------------
|
ninja
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah
|
Posting pada: 19-02-05 03:35
wanita....sehebat hebat mane laki tu..pasti lemah kerana wanita...mesti cairrrr punyerrr la...walau pon setinggi mane amalan... so...guyz...ingat..remember..tanam dalam minda... secantik mane gurl tu... secute mane pon die.. secomel mane pon die.... sebenarnye..tu sume cume tipu daya dunie je tu... Allah dah ciptakan korang bidadari bidadari.....yang korang sendiri maklum kecantikan bidadari ni..... so...janganla kejar kecantikan dunia.. lame lame..mesti akan rase bosan... kejarla kecantikan syurga.. jangan risau...di syurga..nikmat semakin hari..semakin bertambah... ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: ninja cume bgth ape yang ninja tahu..karang ade yang kate ninja anti wanita lak... :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 19-02-05 09:45
Alhamdulilla, sajak yang Ummimq berikan sangat bernas buat semua gadis...syuqran. Benar, kecantikan seseorang adalah Pakej, ia tak akan kekal lama. Jika, seseorang lelaki mencintai seseorang kerana mata dikaburi oleh kecantaikan sahaja, tidak pandang pada budi pekerti, iman dan adab sopannya, Masyaallah hancur la dunia akan datang!!! Sebab, kecantikan wanita pd Zaman MODERN ni jarang yg asli sangat.... remaja yg tak kahwin dah skrg ni, cukur bulu kening, rambut dah color kuning, suara buat2 mcm kucing, Lelaki, cair sampai pening2...Masyaalla, Ana kekadang tegas sangat bila bercakap and kurang bergaul sangat, sekali pandang org lelaki akan kate, SOMBONG sangat, tue yang takder nak dekat... dah tak reti, nak bergaul...ana, mesra pd org yang rapat je, kdg org lain sekadar rasa hormat, secara realitinya... [ Posting ini telah di edit oleh: farhanna pada 2005-02-19 09:46 ]
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 21-02-05 12:48
thnaks for good info... YA ALLAH!!!! jadikanlah aku wanita yang solehah.. yang dapat memelihara akhlaq dan tubuh badanku sebaik yang mungkin... jauhkanlah aku dari dogaan syaitaan... dan kuatkanlah imanku..... Maqbulkanlah doa hambaMu yang kerdil ini.... aminnnnnnnnn....
|
Pu3Dla
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 8977
Posting: 76
Dari: Johor ke N9
|
Posting pada: 21-02-05 15:02
amiin.. thanx 4 da info... insyaAllah...sesama la kita berhati2 dalam setiap perlakuan seharian.. Semoga Allah sentiasa melindungi kite smua..insyaAllah
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 21-02-05 16:22
.. wanita akan sentiasa cantik di sisi Allah selagi dier menjaga akhlak dan juga kehormatannya... ana harap ana mampu memiliki title MUSLIMAH SEJATI.. amin...
|
Wardah_Muslimah
Warga Rasmi Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14018
Posting: 5
Dari: KISDAR
|
Posting pada: 21-02-05 16:30
...wbt.....Ana pun rasa diri ana masih byk kekurangan...mmg banyak sangat rasanya.......Ya Allah,bukakan lah pintu hati ini untuk memperbaiki segala kelemahan yg ada....."ENGKAU BUNGA DI TAMAN.....LARANGAN,MEKARMU DIPAGARI...DARI SUCINYA HATI...SEORG WANITA..TERPELIHARA...."wassalam
|
wardatunnajah
Warga Rasmi Menyertai: 15.02.2004 Ahli No: 7293
Posting: 7
|
Posting pada: 22-02-05 11:24
moga kita sama2 menjadi wanita solehah yang taat pd agama dan PENCIPTA.. amin... sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan..dan seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah...
|
ilhaniey
Warga Rasmi Menyertai: 01.10.2004 Ahli No: 11539
Posting: 1
|
Posting pada: 22-02-05 11:37
very Good information!!! memberi kesedaran
|
suz
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2004 Ahli No: 13406
Posting: 122
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 22-02-05 12:00
... terima kasih banyak banyak diatas nasihat ummimq dan kawan semua.semoga kita,para wanita berusaha untuk menjadi wanita solehah. Jadilah spt bunga cempaka, rupanya tiada tp wangi baunya... jangan jadi spt bunga raya, rupanya cantik tp tidak berbau... hati ini milk Allah diciptakan oleh Allah hanya untuk menyintai Allah
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 22-02-05 17:06
menarik juga dr umimmq... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
zinnirah_balqis
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.07.2004 Ahli No: 9756
Posting: 75
Dari: kolej mara banting, selangor, malaysia
|
Posting pada: 24-02-05 15:25
ALHAMDULILLAH.syukran..mmg itu yg spttnya akhawat sume..itu sbg peringatan kpd kite sume agar menjadi muslimah solehah yg diberkati Allah..sesungguhnya seseorg wanita itu begitu senang untuk ke syurga-taat kepada suaminya,menagmalkan yg ma'ruf dan menjauhi kemungkaran...wallahua'lam
|
ninja
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-02-05 17:49
nak cari wanita solehah... kalau buleh hafizah... insyaallah.. diri ini sentiasa berubah... hehehehehe
|
fathy
Warga Rasmi Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14153
Posting: 15
Dari: ....di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung...
|
Posting pada: 24-02-05 18:29
..... thanks atas peringatan utk kami yg bernama 'MUSLIMAH'.....begitulah kita berpegang ngan firman Allah "WA ZAKKIR FA INNAZ ZiKRO TANFA'UL MUKMININ"....dan sy sokong pendapat ummimq usah perangi poligami....tp perangilah monogami...kembali memartabatkan konsep kekeluargaan Islam....tak ade salahnya kita jd isteri yg kedua @ ketiga @ keempat....
|
yuniky_dabest
Warga Rasmi Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14013
Posting: 9
|
Posting pada: 24-02-05 21:31
hassanta! syukur la masih ade insan yg sukakn kebaikan. syukran jazilan....
|
qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.03.2004 Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 24-02-05 23:51
terima kasih... akan ku pastikan...ia membawa harapan abadi.. ke syurga Impian TAKBIR!!!
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 25-02-05 12:10
wbt... info yg sgt menginsafkan... thanks a lot...
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 25-02-05 12:11
wbt... info yg sgt menginsafkan... thanks a lot...
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 25-02-05 12:11
wbt... info yg sgt menginsafkan... thanks a lot...
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 25-02-05 12:12
wbt... info yg sgt menginsafkan... thanks a lot...
|
imansyazwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2005 Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 01-07-05 09:49
Assalamu'alaikum.... mmm.... baru iman faham...apa yang dikatakan oleh kawan iman...yang mahu mencari wanita dan bukannya perempuan sebagai pasangan hidup.. perbezaan antara perempuan dan wanita.... terima kasih... addawami_mugaffa di atas info ini..
|
mierza
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9895
Posting: 36
Dari: kedah
|
Posting pada: 01-07-05 10:31
Thank's....good artikel, kepada diri ini dan kaum hawa ambillah sebagai pengetahuan dan pedoman. Seindah hiasan adalah wanita solehah.
|
annur83
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 01-07-05 12:01
assalamualaikum... erm..thanks 4 everything... memang diri ini bnyak kekurangan..banyak yang perlu dibaiki..ermm..terlalu jauh rasanya...moga kita semua berubah ke arah yang diredhiNya..
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 06-07-05 13:52
wanita yang tinggi nilainya umpama mutiara yang tersimpan dalam suatu bekas yang tertutup berbanding dengan mutiara yang terdedah untuk tatapan umum.. p/s: moga ana dan muslimah lain begitu.
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 06-07-05 14:43
|