Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: CARSLBERG SUBUR DI BUMI ISLAM HADHARI


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» CARSLBERG SUBUR DI BUMI ISLAM HADHARI

Please Mendaftar To Post


Oleh CARSLBERG SUBUR DI BUMI ISLAM HADHARI

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-02-05 02:55




Menurut sebuah kajian, bir Carlsberg yang berasal dari Denmark merupakan salah satu jenama bir yang paling laris di dunia. Salah sebuah negara dimana bir ini dikilang dan dijual secara meluas untuk pasaran Asia Tenggara adalah Malaysia. Malah syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia dan diniagakan pada harga RM10.60 se unit yang meletakkannya di kategori saham mewah.

Menerusi kilangnya yang terletak di Shah Alam Carlsberg menghasilkan produk birnya yang jualannya untuk tahun 2003 sahaja mencecah RM900 juta. Menurut Pengarah Urusannya sebagaimana dilaporkan di THE STAR hari ini hasil pendapatan dari jualan ini mencecah RM100 juta setahun iaitu satu pencapaian terbaik yang tidak dapat ditandingi oleh para pesaingnya yang lain.

Demikianlah betapa industri yang menghasilkan produk yang diharamkan oleh Islam maju, subur dan berjaya di dalam negara kita yang kononnya mahu kembali kepada Islam. Mungkin ada yang mengatakan bahawa bir ini dibenarkan lantaran ianya diminum cuma oleh rakyat Malaysia yang bukan Islam, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini ekoran peristiwa serbuan JAWI di Zouk baru-baru ini?

Industri yang diharamkan oleh Islam ini selain dari produknya turut dinikmati oleh masyarakat Islam, tiada larangan terhadap umat Islam untuk bekerja di syarikat dan kilangnya. Malah sahamnya yang diniagakan di Bursa Malaysia boleh dibeli oleh mana-mana individu atau badan korporat Islam tanpa larangan. Orang Islam juga boleh menjadi pengarah syarikat ini.

Sikap keterbukaan Malaysia turut menyaksikan anak-anak Melayu Islam dibenarkan menjadi pengarah dan pemegang saham disampin pekerja diindustri perjudian satu lagi industri yang jelas haramnya disisi Islam.

Yang membimbangkan kadangkala dalam usahanya meraih publisiti syarikat-syarikat ini termasuklah Carlsberg turut dibenarkan terlibat dalam kerja-kerja amal, membantu masyarakat miskin, anak-anak yatim termasuklah yang beragama Islam! Terus sahaja hasil mungkar ini dijolok ke dalam tembolok anak-anak serta masyarakat Islam yang dalam kesusahan kononnya atas alasan kebajikan dan kerja amal.

Kesimpulannya bagaimana kita mahu bercakap berkenaan agenda Islam dalam maupun luar negara sedangkan kita secara sedar memikul dibelakang bahu kita kerja-kerja kotor yang dilarang dan dilaknat oleh Allah swt. Carlsberg saya yakin akan terus subur dan meraih keuntungan dan kita akan terus bertanggungjawab di hadapan Allah swt oleh kerana tangan yang Allah kurniakan kepada kita telah kita gunakan untuk memungkinkan syarikat ini terus maju dan makmur.

Article asal

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-02-05 03:19




Ehsan drpd article asal

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 08-02-05 09:07



entahlah!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-05 14:50


malaysia oh malaysia.


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

aSoToKo
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12564
Posting: 9
Dari: universiti teknologi petronas

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-02-05 02:42


itulah dia malaysia kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For aSoToKoProfil   Hantar PM kepada aSoToKo   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-02-05 11:02




Baguih Dok Ada Malaysia!!!!!

Syabas Malaysia! MALAYSIA BOLEH !!!!

ISLAM HADHARI RAKYAT BESTARI (Bestari benor yeee)....

Tengoklah berapa banyak Tax yang Carlsberg Malaysia bayar kat kerajaan... Then duit tu buat bangunkan negara.......

Di sini

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-02-05 14:12


Quote:
tiada larangan terhadap umat Islam untuk bekerja di syarikat dan kilangnya.



Kita ada IKIM, kita ada Pusat Islam, kita ada JAKIM....kita ada majlis fatwa kebangsaan.

Suatu ketika dulu bermusyawarahlah puak-puak ni untuk tidak membenarkan penggunaan perkataan islam pada parti politik atau apa2 pertubuhan.

Nak buang nama islam boleh pulak buat mesyuarat ?

Kenapa tak buat mesyuarat dan minta majlis fatwa kebangsaan keluarkan fatwa untuk TIDAK MEMBENARKAN ORANG MELAYU KERJA DI KILANG ARAK, KERJA DI PUB2 DAN DISKO YANG BERBAUR ARAK NI.....

APA KEJADAHNYA PUAK-PUAK NI ?



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 10-02-05 18:52




ha!!! masalah org melayu kerja kilang arak ni dan yg seangkatan dgnnya .. dah la x de pengharaman oleh pihak yg bertanggung jawab ..

nie org melayu(islam) sendiri x reti nak bezakan halal dan haram.. bukanya x reti tp buat2 x reti...
tue la islam atas nama je...

lagi satu klu simpan duit kat bank ni.. suka makan duit bunga yg haram tue . bukan nak simpan dlm bank islam .. cuba tgk2 balik simpanan kita tue kat mana.. ade ke unsur yg x dihalalkan dlm islam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

miss_simple
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13462
Posting: 13

Selangor  


posticon Posting pada: 12-02-05 11:34



nk buat cam ne, dah rakyat pilih pemimpin yg kurang arif ttg Islam.kalau arif pn x melaksanakan hukum Islam yg sepatutnya.
'Manusia hari ini lbh takut pd org yg b'kuasa
(t'utamanya dr segi undang2, kepakaran dan ekonomi)drpd Allah yang Maha Kuasa'
Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_simpleProfil   Hantar PM kepada miss_simple   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-02-05 15:29




masalahnya skrg nie....

Majlis Mufti,JAKIM,IKIM dan Jab. Agama Islam negeri2 semuanya seumpama mentimun...

menggolek luka,digolek lagilah luka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-02-05 18:57


Quote:
masalahnya skrg nie....

Majlis Mufti,JAKIM,IKIM dan Jab. Agama Islam negeri2 semuanya seumpama mentimun...

menggolek luka,digolek lagilah luka....



Takde ker yg berani macam Saidina Umar al-Khattab r.a....atau berani macam Tun Salleh Abbas dan Dato' Ishak Baharom??

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106439 saat. Lajunya....