Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 1 hari, 44 minit yang lalu
Muslim1987: 7 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Israliyat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Israliyat

Please Mendaftar To Post


Oleh Israliyat

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 21:43




Pencemaran Ajaran Golongan yang Dilaknat Terhadap Ibadah dan Keyakinan Orang
Islam


Allah berfirman: "Tidak akan rela orang Yahudi dan Nasrani kepada
engkau (Muhammad) sehingga engkau turuti faham ajaran mereka."


Dari Abi Sa'id Al-Khudry R.A. bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Kamu
sekalian akan mengikuti jejak orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal
sehasta demi sehasta, sehingga walau pun mereka masuk ke lubang biawak pun
nescaya kamu menuruti jejaknya."
Kami bertanya, "Ya Rasulullah,
orang Yahudi dan Nasranikah?"
Jawab Nabi, "Siapa lagi?"


Dari ayat serta hadis di atas jelas bahawa kebanyakan dari umat Islam banyak
yang mengikuti ajaran-ajaran Yahudi, walau kebanyakan dari mereka tidak merasa
bahwa mereka telah mengikuti ajaran Yahudi tersebut, bahkan sebagiannya
menyakini bahwa itu adalah dari ajaran Islam.


Sedangkan Nabi Muhammad SAW melarang keras umatnya untuk mengikuti ajaran
faham Yahudi, walaupun hanya dalam bab keduniaan. Sebagai contoh, ketika orang
Yahudi berpuasa pada tanggal 10 Muharam maka Nabi Muhammad menganjurkan umatnya
untuk puasa pada tanggal 9 dan 10 nya, atau tanggal 10 dan 11 nya. Ketika Yahudi
solat menghadap Baitul Maqdis Nabi segera meminta kepada Allah untuk solat
menghadap ke Baitullah di Mekah, ketika Yahudi memelihara misai dan mencukur
janggut, Nabi justeru memelihara janggut dan mencukur misai dan lain sebagainya.
Nabi selalu berusaha untuk berbeza dengan Yahudi bahkan dalam masalah memakai
sandal pun Nabi berbeza dengan Yahudi. Sabdanya: "Berbezalah kalian
dengan Yahudi, berbezalah kalian dengan Yahudi. Dan barang siapa menyerupai
suatu kaum maka ia sebahagian dari kaum itu!!"


Maka di sini akan kami uraikan sebagian dari ajaran-ajaran dari Yahudi yang
masuk ke dalam agama Islam yang menurut sebagian umat Islam ini ajaran dari
Nabinya.


 



 


 

Menghias Kubur


 


Kuburan dibangun ada kalanya berbentuk sebuah gedung berkubah dan mewah
dengan kelambu yang berhias, lalu mereka (Yahudi) mengadakan upacara zikir yang
kemudian diikuti oleh orang Islam dengan membaca Qur'an, Shalawat dan menyajikan
sajian-sajian yang khas dalan kuburan yang mirip gedung itu. Sehingga kuburan
berubah menyerupai sebuah Masjid. Seperti Taj Mahal (India) misalnya yang
dibangun sebagai makam seorang permaisuri raja. Orang-orang jauh datang
menziarahi makam itu untuk memohon berkat, ada kalanya membakar kemenyan atau
mereka bertawaf mengelilingi kuburan itu.


Sabda Rasulullah SAW: "Allah melaknat Yahudi dan Nashrani karana
mereka menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai masjid."
(H.R.
Bukhari dan Muslim).


Sabda Nabi SAW: "Janganlah kamu shalat di atas kuburan dan jangan
duduk di atasnya."
(H.R. Muslim).


Sebagian umat Islam meletakkan batu nesan berukir di atas kubur dengan
tulisan nama dan tanggal kematian, dan ada kalanya dilengkapi dengan doa-doa
bagi si mati.


Dari Jabir R.A. "Sesungguhnya Nabi SAW. melarang melabur putih
kuburan atau menuliskan di atasnya ataupun menambah-nambah di atasnya."

(H.R. Abu Daud).


Sebahagian daripada orang Yahudi Farsi, menuruti upacara jahiliyyah dengan
menyembelih kurban di kuburan imamnya, lalu jejaknya itu, diikuti oleh sebagian
umat Islam sebagai pengantar pahala.


Dari Anas R.A. Sabda Rasulullah SAW. "Tidak ada sembelihan di kuburan
dalam Islam."
(H.R. Abu Daud).


 



 


 

Menjual Barang Haram


 


Orang Yahudi telah mengakui hukum haram binatang-binatang yang tercantum
dalam Taurat tetapi mereka memakan hasil penjualannya, lalu sebagian umat Islam
menuruti jejaknya dengan jual beli barang-barang yang haram.


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW. bersabda: "Allah melaknat orang
Yahudi karana diharamkan lemak atas mereka, tetapi mereka menjualnya dan memakan
hasil penjualannya. Dan sesungguhnya, jika Allah mengharamkan atas satu kaum
suatu barang maka Dia mengharamkan pula harganya."
(H.R. Ahmad dan Abu
Daud).


 



 


 

Dongeng Israiliyat


 


Kebanyakan dongeng-dongeng Israiliyat di bawa oleh orang Yahudi yang masuk
Islam. Dongeng Israiliyat itu terbagi dua:


 


     


     

  1. Dongeng-dongeng dari luar Bani Israil yang disadur jadi dongeng Israil.

     


     


  2. Dongeng tentang Nabi-Nabi yang berlebih-lebihan atau ada kalanya menghina
    Nabi sendiri.

     


     




 


Sebagai contoh:


Dongeng Bumi:


Bumi itu berbentuk semacam benda pipih dikelilingi oleh gunung Qol, bumi
mengambang di atas air, air terletak di atas batu karang yang besar dan cekung
yang berada di atas tanduk sapi betina dan sapi betina berdiri di atas punggung
ikan Nun, ikan Nun di atas titik hitam lalu pada titik hitam itulah berhenti
segala makhluk.


Dongeng Nabi-Nabi:


Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kekayaan lalu ia bermaksud menjamu seluruh
ikan di samudera, setelah makanan terkumpul datanglah ikan Nun yang menghabiskan
semua jamuan itu sehingga Nabi Sulaiman menginsafi dirinya.


Nabi Idris mendoakan malaikat penghela matahari dengan rantai besar yang
tampak letih. Doa Nabi Idris dikabulkan Allah, sehingga pekerjaan malaikat jadi
lebih ringan, malaikat berterima kasih pada Nabi Idris lalu dibawanya meninjau
syurga, Nabi Idris masuk syurga dan tidak mahu kembali.


 



 


 

Bersumpah dengan menjunjung Al-Qur'an


 


Semula orang-orang Yahudi bersumpah dengan menjunjung Taurat lalu orang-orang
Islam yang terpengaruh dengan cara itu bersumpah dengan menjunjung Al-Qur'an dan
akhirnya tersebar cara penyembahan ini. Dalam Islam, bersumpah dengan menjunjung
Al-Qur'an tidak pernah dilakukan pada masa sahabat, tabi'in atau tabi'ut tabi'in.
Tidak ada dalil yang menyuruh bersumpah dengan menjunjung Al-Qur'an.


Mengadakan ulang tahun untuk peristiwa yang dianggap penting


Dulu ada seorang Yahudi pernah datang pada Umar bin Khattab lalu berkata: "Wahai
Amirul mukminin ada satu ayat dalam Al-Qur'an yang kalian biasa membacanya, jika
sekiranya ayat itu turun pada kami bangsa Yahudi, niscaya kami jadikan hari
turunnya itu, bahagian dari hari besar kami."
(HSR Bukhari).


Kini sebahagian Umat Islam merayakan segala sesuatu yang dianggap penting
yang semuanya tidak ada contohnya dari Nabi saw dan para sahabatnya. Seperti
Nuzul Qur'an, Isra' mi'raj, perayaan satu muharram, maulidur Rasul dan
sebagainya







Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-02-05 23:37




Quote:
Kini sebahagian Umat Islam merayakan segala sesuatu yang dianggap penting
yang semuanya tidak ada contohnya dari Nabi saw dan para sahabatnya. Seperti
Nuzul Qur'an, Isra' mi'raj, perayaan satu muharram, maulidur Rasul dan
sebagainya




ooo...tak boleh yer....ooo kalau buat sambutan memperingati muhammad ibn abdul wahhab pengasas mazhab Salafi Wahabi mcm yang dibuat di Arab Saudi tu......itu boleh yer.....

ooooooooooo.....mcm tu....

patutlah org-org 'salafi' atau mustaslif mcm enta sibuk2 sgt nak perangi 'bid'ah' tp yg mungkar terang2 mcm puja muhd ibn abd wahhab tu tak per pulak yerrrr....



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-02-05 23:38




ooo yer...lagi satu...

lagu kebangsaan arab saudi tu tak bid'ah ker tu...?

rasulullah tak pernah ajar kita buat lagu kebangsaan pulak....

komenla skit....



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 08-02-05 23:58


Quote:

On 2005-02-08 23:38, ABg_IMaM wrote:


ooo yer...lagi satu...

lagu kebangsaan arab saudi tu tak bid'ah ker tu...?

rasulullah tak pernah ajar kita buat lagu kebangsaan pulak....

komenla skit....





aslm wbt...
bidaah ialah inovasi dlm agama...

1)Maknanya, setiap perkara yang dilakukan didalam ibadat mesti ada dalil! Jika tidak ada dalil, hukumnya adalah terhenti = dilarang/tak boleh buat. Adalah menjadi sunnah untuk kita meninggalkan apa yang Nabi saw tidak buat didalam soal-soal ibadat. Contohnya didalam solat, selepas membaca surah Al-Fatihah dan sebelum membaca "Amin", dibaca dahulu "Rabbrigfirli...". Amalan ini tiada nas, maka ia amalan ini adalah terhenti = tidak boleh dilakukan.

Segala ibadat yang telah dilakukan oleh Nabi saw, adalah menjadi sunnah untuk mengekalnya sebagaimana sedia adanya / secara original. Ibadat mesti bersifat original atau authentik. Ia tidak boleh ditokok tambahkan.

2) Bukan ibadat khusus

spt guna kereta. minum milo. pakai komputer..jd fikirlah lagu kebangsaan tu tang mana...

kategori pertama terlarang bakan itulah bidaah...sdgkan yg kedua bukanlah bidaah yg dimaksudkan dr segi syara'




[ Posting ini telah di edit oleh: masri pada 2005-02-09 00:15 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-02-05 18:33




ooo itu mcm ka...

mcm mane pulak dgn penyokong pasukan bola Saudi meniup trumpet dan serunai di stadium...?

itu tak bid'ah ker?...

sebenarnya anta dah sempitkan makna ibadah tu sendiri...

inilah perangai mustaslifun....sama je mcm syi'ah...

baiklah masri dan islamic_prince88 & co. bertaubat sebelum ditaubatkan oleh pegawai-pegawai Pusat Pemulihan Akidah dan Cawangan Khas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 11-02-05 18:40


Quote:

On 2005-02-11 18:33, ABg_IMaM wrote:


ooo itu mcm ka...

mcm mane pulak dgn penyokong pasukan bola Saudi meniup trumpet dan serunai di stadium...?

itu tak bid'ah ker?...

sebenarnya anta dah sempitkan makna ibadah tu sendiri...

inilah perangai mustaslifun....sama je mcm syi'ah...

baiklah masri dan islamic_prince88 & co. bertaubat sebelum ditaubatkan oleh pegawai-pegawai Pusat Pemulihan Akidah dan Cawangan Khas...



aslm wbt..ana dah terang kat atas...apa itu bidaah...kalau bab tiup tromper tu dah khilaf lak..ada yang kata boleh ada yang kata tidak....bkn sbb alat muzik tu bidaah tp sbb hukum muzik tu yg khilaf...

terima kasih kerana ingatkan saya untuk bertaubat....
aslm wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-05 22:20


asal kaitkan ana n masri dgn Arab Saudi lak



Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-05 22:24


Arab Saudi apa barangggg~~~~~~~~~~~

Abg_Imam..kalau ana ditangkap disebabkan topic 'Israliyat' nih..maknanya org org kat tutor.com.my pun akan ditangkap laa.....~~

coz 'Israliyat 'yg ana post ni...ana dapat dr tutor.com.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-05 22:26


Quote:

On 2005-02-11 18:33, ABg_IMaM wrote:
baiklah masri dan islamic_prince88 & co. bertaubat sebelum ditaubatkan oleh pegawai-pegawai Pusat Pemulihan Akidah dan Cawangan Khas...



Lawak...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2005-02-11 22:26 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 01:41




Bid'ah (Secara umum menurut pemahaman masri) atau bid'ah dholalah (di sisi imam Syafie) adalah sesuatu yang baharu di dalam agama yang tiada asas atau dalil syarie.

Anda pasti ke contoh2 yg disebut tu semua takde dalil? Juga bacaan rabbighfirli tu betul ke xde dalil? Khatam dah ke semua hadis yang berkaitan hukum ni? Atau sekadar kerana anda tidak menjumpainya anda menyatakan ia bid'ah? Adakah boleh kita menyatakan sesuatu itu salah jika kita belum mengetahui asasnya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 02:36


(memang x mahir)

Harap Rahabiah dapat beri kan dalil2 atau nas2 ...kongsi la sama2 ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 11:39




OK kalau da tau tak mahir tu merupakan satu permulaan yang baik bagi yang ingin mencari kebenaran. Oleh itu ana ulang sekali lagi, jangan dibuat posting gini. Taukan anda tidak mahir. Jadi janganlah membuat posting sebegitu. Juga kalau tidak mengetahui jangan menghentam.

Ingin menerangkan satu persatu amat panjang huraian dan dalil2nya, yang ana rasakan di sini bukanlah tempatnya. Perayaan menyambut Nuzul Quran, maulid nabi, israk mikraj, awal muharram semuanya ada asas di sisi agama. Kalau nak tau lebih lanjut sila bertanya kepada Mufti masing2. Bukannya dengan menhentam sedemikian ajer.

Jangan sempitkan skop asas hukum kepada zahir alquran dan hadis sahaja ya. Asas dalam hukum banyak lagi.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 13:45


Quote:
Nuzul Quran, maulid nabi, israk mikraj



Perayaan ni x salah kalau kita sambut dgn adakan ceramah etc.
Cuma yang salah apabila ada TETAPan amalan di waktu tersebut,spt bacaan2 dll.



Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada
suruhan Kami, maka ianya ditolak" (Riwayat Ahmad dan Muslim).
Maybe Rahabiah ada pendapat lain?? kongsi la




[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-12 13:49 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-02-05 15:07




ya akhil aziz salafian...

Quote:
Lawak...

Allahu Ta'ala a'lam...





selalunya benda lawak atau yang dilawakkan itu akan jadi betul akhirnya...

org2 mcm anda,islamic_prince,masri dll. penyokong Wahabi dalam pemerhatian mereka...

saya cakap je...

jgn nanti baru nak menyesal....

sila rujuk ke surah as-Sajdah ayat pertama dari m/s kedua...."walau taro...."



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 15:23


Tak pernah di satu planet pun yang mentapkan cara tertentu bagi satu perayaan tersebut. Hatta kat malaysia pun bertukar2 tiap2 tahun. Yang penting tak melanggar syarak.

Betullah kalau benda tu takde dalil kita tolak, tapi adakah kalau baca sirah nabi waktu hari kelahiran baginda jadi tertolak pulak? Kan bagus baca sirah nabi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 15:36


Quote:
Betullah kalau benda tu takde dalil kita tolak, tapi adakah kalau baca sirah nabi waktu hari kelahiran baginda jadi tertolak pulak? Kan bagus baca sirah nabi..



bende tue tak de la bidaah..

[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-12 15:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 16:00


Betullah bukan bid'ah kerana ia ada sandaran. Jadi mengapa penulis asal artikel tu telah meletakkan sambutan2 tersebut sebagai sesuatu yang tertolak dalam agama, sedangkan ada asasnya? Tentu sekali kerana beliau beranggapan bahawa sambutan2 tu takde asasnya, dan ini menunjukkan bahawa beliau bercakap tanpa ilmu yang cukup. Jangan kita menghentam sesuatu amalan tanpa kita ada ilmu yang cukup tentang asas amalan tersebut.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 21:43


Perayaan2 tersebut,jikalau disambut berlebih-lebihan ditakuti akan tercampur dgn perkara2 yg x sepatutnya.

Bagi ana,lebih baik ambil jalan tengah
Kalau perayaan tersebut disambut ala ala giitu spt adanya ceramah etc.Rasanya x menjadi masalah ....

Yang menjadi masalah apabila disambut secara berlebih-lebihan,dan ditakuti menjd spt org yahudi sepertimana dalam ayat ni.

Dulu ada seorang Yahudi pernah datang pada Umar bin Khattab lalu berkata: "Wahai
Amirul mukminin ada satu ayat dalam Al-Qur'an yang kalian biasa membacanya, jika
sekiranya ayat itu turun pada kami bangsa Yahudi, niscaya kami jadikan hari
turunnya itu, bahagian dari hari besar kami." (HSR Bukhari).



[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-12 21:50 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 12-02-05 21:56


Quote:

On 2005-02-12 13:45, Islamic_prince88 wrote:
[quote] Nuzul Quran, maulid nabi, israk mikraj

Perayaan ni x salah kalau kita sambut dgn adakan ceramah etc.
Cuma yang salah apabila ada TETAPan amalan di waktu tersebut,spt bacaan2 dll.



Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada
suruhan Kami, maka ianya ditolak" (Riwayat Ahmad dan Muslim).
Maybe Rahabiah ada pendapat lain?? kongsi la




[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-12 13:49 ]



kalau camtu kita sambut maulidur rasul 1 Jan setiap tahun la camtu leh tak? tak pun sambut nuzul al quran tu waktu 10 zul hijjah .

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-02-12 21:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 22:20


kalau sambutan hari besar sesuatu kaum,takde la bidaah.contohnya seperti sambutan hari perkahwinan,dan masa tu dibolehkan bermain rebana.


[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-12 22:23 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Islamic_prince88 pada 2005-02-13 21:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 23:41




-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 13-02-05 13:46


Salam.
nk menjelah sket.
Bidaah dr segi bahasa bermakna sesuatu yang baru yg tiada pada sebelumnya,manakala dr segi syarak : sesuatu yg tidak dinaskan oleh al-quran dan hadist.
(takrifan Imam Abdary).

Bukanlah kesemua yg dilakukan tidak dinaskan oleh al-quran atau hadist agar beramal dgnnya dikira bid'aah yg sesat.Byk perkara yg tidak dinaskan tetapi dikira dlm syariat sprti azan kedua pd solat jumaat,meletak titik pd huruf dlm mashaf,selawat keatas nabi muhammad secara jahr selepas azan dan sebagainya.

Ini semua dilakukan berdalilkan dr makna ayat atau hadist walaupun tidak dinaskan secara jelas supaya dilakukan perbuatan trsebut.

Kerana inilah ulama membahagikan bidaah itu ade yg baik ade yg buruk krn bidaah dr segi syarak adalah sesuatu yg tidak dinaskan, dan sesuatu yg tidak dinaskan itu ada yg baik ade yg buruk, mana yg tidak selari&tidak bertepatan dgn syarak maka dikira sesuatu perkara baru yg buruk, manakala yg bertepatn dgn syarak iaitu ada dalilnya walaupun tidak dinaskan secara jelas dikira sebagai sesuatu perkara baru yg baik, dan setiap perkara baru yg baik (berdalilkan dgn nas) maka dikira sebagai amalan dlm syariatul islam.
Akan tetapi kebykn bidah (sesuatu yg baru dlm agama) adalah buruk tetapi bukan kesemuanya.

Jgn membid'ahkan org lain jika tak fhm makna bid'ah dan cara menghukum org lain.

wallahu a'alam wa a'la

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 18:12


Quote:

Jgn membid'ahkan org lain jika tak fhm makna bid'ah dan cara menghukum org lain.


, ana setuju dgn kata
ainul_qalby tu...





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116232 saat. Lajunya....