Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kenapa Kita Suka Melengah-lengahkan Sholat


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kenapa Kita Suka Melengah-lengahkan Sholat

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Kita Suka Melengah-lengahkan Sholat

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 23:01


....

Firman allah s.w.t"...Wahai sekalian orang-orang yang beriman!mintalah bantuan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sholat...."

Jika hidup kita diliputi ketakutan,dihimpit kesedihan dan dicekik kerisauan maka segeralah bangkit untuk bersembahyang,nescaya jiwa dan hati kita akan tenteram dan tenang semula,

Sesungguhnya sembahyang itu mempunyai kesan untuk membuang atau menghilangkan rasa kerisauan dan kesedihan. Setiap kali ditimpa kesusahaan,Baginda Rasul s.a.w selalu meminta kepada Bilal bin Rabah:....Tenangkan kami dengan sembahyang,wahai bilal...(hadis)

Demikianlah sembahyang itu merupakan penyejuk hati dan penawar kebahagiaan kepada Baginda Rasul s.a.w.

Kalau kita membaca dan melihat lipatan sejarah atau kisah hidup beberapa Tokoh,mereka adalah sama dalam satu hal,iaitu semasa dihimpit banyak masalah dan menghadapi banyak dugaan,mereka menadah tangan dan memohon pertolongan kepada Allah melalui sembahyang dengan hati yang khusyuk dan ianya juga adalah merupakan jalan penyelasaian sehingga menimbulkan rasa kekuatan,semangat dan azam untuk pulih semula dalam meneruskan Baki-baki kehidupan.

Sembahyang Khauf di suruh untuk dikerjakan pada masa-masa genting iaitu ketika nyawa terancam dengan tebasan pedang lawan yang dapat menyebabkan kekalahaan.Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan pententeram hati adalah sembahyang dengan hati yang khusyuk.

Bagi generasi umat manusia yang sering menghadapi penyakit kejiwaan,hendaklah rajin mendatangi masjid dan merapatkan keningnya di atas lantai tempat sujud untuk mencapai keridhaan ilahi.

Oleh itu necaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan bencana,akan tetapi kalau ia tidak segera mengerjakan kedua-dua hal tadi,nescaya air matanya akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya,maka menjadi semakin jelas bahawa seseorang tidak mempunyai kekuatan apa pun yang dapat menghantarnya kepada ketenangan dan ketenteraman hati selain sembahyang.

Salah satu nikmat allah yang paling besar,jika kita mahu berfikir ialah bahawa sembahyang wajib yan g lima waktu dalam sehari semalam dapat menebus dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita disisi tuhan kita,lebih dari itu,sembahyang lima waktu juga dapat menjadi penawar dan ubat paling mujarab untuk mengubati pelbagai kekalutan yang kita hadapi dan juga untuk bermacam-macam penyakit yang kita alami serta mampu menghadirkan sifat keikhlasan dan kejernihan iman ke dalam lubuk hati,sehingga hati sellau ridha dengan apa sahaja ketentuan Allah s.w.t.

Berbeza dengan orang menjauhi masjid dan meninggalkan sembahyang,mereka akan sentiasa hidup dalam kesusahaan kepada satu kesusahaan yang lain,dari kegoncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain.dari satu kesengsaraan ke kesengsaraan yang lain tidak ada henti-hentinya.

Dan sebaliknya orang-orang kafir maka kecelakaan bagi mereka,dan allah mensia-siakan amal mereka(surah muhammad :

Fikir-fikiranlah!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 09:28




Sangat bagus bila berbicara mengenai kepentingan memelihara solat dan juga kepentingan mengutamakan solat.

Sesungguhnya solat adalah penyeri dan penyegar kehidupan. Dengan sentiasa solat hati akan menjadi tenang.....

Namun apabila bukak tajuk sebegini, biasanya kurang sambutan berbanding bila tajuk2 cinta dibuka... (betulkan jika silap fakta)....

P/S: Peliharalah solatmu duhai sahabatku!

Wallahu a'lam




-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 12:19


ramai yg mengambil ringan bab solat.
terutama sekali ttg bab melengah2kan solat.
paling suka bila dengaq ayat, ala solat insya' kan boleh dilewatkan, sunat kan?
setahu ana yg masih belajar ini, sunat dilewatkan hanya jika ada majlis ilmu agama, bukan sekadar suka2 utk melewat2kannya.
utk memelihara solat bukanlah perkara yg mudah.
kadangkala kita akan terasa solat tak dapat nk ditumpukan, mungkin asbab cara amik wudhu.
malah, cuba tanya berapa ramai yg hafal makna surah al-fatihah?

solat itu adalah tiang agama,
melengah2kan solat bermakna tiang agama dlm diri pun tak teguh,

*peringatan buat diriku yg sering lupa...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 12:27




Berdasarkan pengalaman ana, cabaran utama untuk menjaga solat adalah ketika waktu kerja, terutama ketika bekerja bersama dengan orang2 yang bukan Islam..... Perlu kepada ketegasan di dalam diri.

Sediakanlah diri anda sebelum menempuhi ujian dariNya....

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 16:11


Quote:
Salah satu nikmat allah yang paling besar,jika kita mahu berfikir ialah bahawa sembahyang wajib yan g lima waktu dalam sehari semalam dapat menebus dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita disisi tuhan kita,lebih dari itu,sembahyang lima waktu juga dapat menjadi penawar dan ubat paling mujarab untuk mengubati pelbagai kekalutan yang kita hadapi dan juga untuk bermacam-macam penyakit yang kita alami serta mampu menghadirkan sifat keikhlasan dan kejernihan iman ke dalam lubuk hati,sehingga hati sellau ridha dengan apa sahaja ketentuan Allah s.w.t.



sukar untuk kita manusia memperoleh nikmat solat, melainkan mereka yang khusyuk..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 06-02-05 19:45



Displin yang tinggi dalam diri perlu bagi diri kita utk mematuhi waktu solat.Tak salah saya klu melengah2kan solat itu sama sahaja seperti kita tidak bersolat(betulkan klu salah).sebab ustazah saya pernah berkata ada balasan diakhirat klu kita suka melengah2 kan waktu solat.Betulkan saya klu sayalah yer.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 20:01


kenape kita suka lengah2kan solat...????kenape kita lengahkan solat??
kadang2 mungkin terlupa..
kadang2 mungkin ade masyaqaah..
kadang2 ade saje2 yg buat gitu..
kadang2 yg pertama dan yg kedua tu di maafkan oleh syarak...ttp yg ketiga tu..cukup d benci syarak..dalilny ape??baik...mafhum daripada firman Allah SWT" maka celakalah bagi org yg bersembahyang..yg mana mereka lalai dalam solatnya"..
ibnu abbas semasa mentafsirkan ayat tersebut mengatakan.org yg lalai dalam solatnya ialah org yg melengah2kan solatnya..

ikhwah dan akhwat sekelaian...

jangan kita selalu lengahkan solat..memang masih dalam waktunya..ttp..dah basi kan..kita juga tak suka makan bende2 yg basi..takkan kita nak hadiahkan solat kita yg dah basi pada Allah SWt??


fikir2kanlah

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 20:02 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 20:03 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 20:47


.Kalau kita perhatikan mafhum daripada firman Allah SWT" maka celakalah bagi org yg bersembahyang..yg mana mereka lalai dalam solatnya"..
ibnu abbas semasa mentafsirkan ayat tersebut mengatakan.org yg lalai dalam solatnya ialah org yg melengah2kan solatnya..


Salah satu sikap yang baik adalah dengan cara amalan bermuhasabah diri,ianya sewajarnya dijadikan satu amalan seharian yang wajib dalam diari hidup seseorang Muslim.

Ini kerana tidak ada pun seorang insan di muka bumi ini yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru, setiap daripada kita sudah pasti akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah, baik yang disengajakan atau sebaliknya, sama ada kesalahan besar mahupun yang kecil.Apatah lagi kita yang sering alpa dan suka melengah-lengahkan sholat.

Malah, tidak ada pun seorang manusia yang boleh mendakwa dirinya maksum iaitu terpelihara daripada melakukan sebarang dosa atau kesalahan.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat. (Hadis riwayat Tirmizi & Ibnu Majah)



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 22:30


Terima kasih kerana meningatkan perkara2 ini sesama muslim..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 07-02-05 15:59





Alhamdulillah, ada gak orang tolong ingatkan pd orang yang leka dan lalai mcm ana ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-02-05 01:36


Kenapa??
1.Kurang didikan agama (sesapa yg ada ambil PMR,/SPM ..kalau ada soalan mcm kat atas tue..jawab lah jawapan ni.4 SURE BETUL!! )

hehehe..

Insya ALlah..kalau kita tau..
Apa Kelebihan tunaikan solat awal...dan apa AZAB NYA kalau melengah-lengahkan solat..
Insya Allah kita akan terhindar dari masalah nih...

Alhamdulillah..dgn posting camni mesti dapat menusuk jiwa jiwa mereka yang suka melengah-lengahkan solat spt ana nih

Semoga kita semua dapat menjd seorg abid yg soleh wa mosleh.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  


posticon Posting pada: 08-02-05 08:52


Kenapa kita suka melengah2kan solat?

Sebab utama ialah masalah iman...
Iman berkait langsung dengan amal...
Bila iman meningkat amalan juga meningkat...

Oleh itu penting kita kena usahakan atas iman kita...
macamana?
Nabi SAW pernah bersabda kepada para sahabat "perbaharuilah iman kamu" sahabat bertanya "bagaimana kai nak perbaharui iman kami?""Perbanyakkanlah La ila ha illa allah"...
Ulama tafsirkan maksudkan perbanyakkan di sini bukanlah setakat zikirkan atau ucapkan sahaja tetapi sentiasa cakap, dengar, lihat dan fikir tentang kehebatan dan kebesaran ALLAH SWT...

Penting hari ini kita kena ada fikir risau macamana iman kita dapat disempurnakan dalam diri kita dan setiap umat manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 08-02-05 09:02



Tajuk menarik..masalah yg lebih besar sekarang ni ramai yg tidak solat langsung......


Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-05 09:12


kalau kita lengahkan solah kerana pemerintahan maka kita akan dibangkit diakhirat bersama Firaun

kalau kita lengahkan solah kerana kementerian maka kita akan dibangkit diakhirat bersama Haman

kalau kita lengahkan solah kerana perniagaan maka kita akan dibangkit diakhirat bersama Ubai Bin Khalaf

wuallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

abu
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14187
Posting: 20
Dari: Alam Dunia ke Alam Akhirat

blank  


posticon Posting pada: 08-02-05 09:18


Sebab apa perkara ini berlaku?
Kerana rasa cinta pada amalan telah hilang dalam jiwa setiap orang islam..sebab apa hilang?
Sebab usaha pengorbanan ke atas amalan agama tidak dibuat...

Cth: hari ni kita kumpul duit utk beli motor, setelah berbulan barulah terkumpul duit utuk beli motor, satu hari motor kita dicalar oleh orang, apa perasaan kita? kita akan marah, sedih...

Sebab apa bila motor kita tercalar kita sedih sedangkan bila tak sembahyang takde rasa apa2?
Kerana utk motor kita dah buat pengorbanan harta, diri dan masa kita semata2 utk kumpul duit sedangkan utk sembahyang apa pengorbanan yang kita telah buat? Fikir2kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuProfil   Hantar PM kepada abu   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-02-05 10:08




Jika hidup kita diliputi ketakutan,dihimpit kesedihan dan dicekik kerisauan maka segeralah bangkit untuk bersembahyang,nescaya jiwa dan hati kita akan tenteram dan tenang semula,

Sesungguhnya sembahyang itu mempunyai kesan untuk membuang atau menghilangkan rasa kerisauan dan kesedihan. Setiap kali ditimpa kesusahaan,Baginda Rasul s.a.w selalu meminta kepada Bilal bin Rabah:....Tenangkan kami dengan sembahyang,wahai bilal...(hadis)

Solat itu tiang agama....

manusia sekarang nie lebih banyak membuang masa terhadap duniawi saja... sungguh berat masa 5 minit itu untuk mengerjakan solat... sedangkan masa 5 minit itula bakal membahagiakan ia di sana kelak...

wallahu alam.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 07:46


kalau kita baca dan taddabur ayat al-quran.kita dapat banyak pengajaran tentang orang-orang dahulu.....

Firman Allah s.w.t.....Apa yang telah memasukkn kamu kedalam neraka saqar,mereka menjawab,kami dahulu tidak termasuk dalam golongan yang mengerjakn sholat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 07:44


..

Terjadi tak perkara macam ni????..hanya sahabat-sahabat ukhwah yang dapat menjawabnya...

Jadilah seorang mukmin yang boleh mmenjadi cermin ur manfaat kepada mukmin yang lain...wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 00:58


mungkin kalau kita tengok posting ni.....kita terasa janggal...secara tak langsung bila kita bz dengan chatting...sholat akan tak terfikir...kalau terfikir..mungkin kita buek waktu lewat....gunakanlah masa sebaik-baik mungkin..ajal maut tak mengira masa.....mana tahu tiba-tiba saja nyawa dicabut..sholat pun tak dapat ditunaikn....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 27-07-05 01:41


3 Perkara Berat Tentang Solat
    
"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'

Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.

Berat ada 3 peringkat

A. Berat sebelum melakukan sembahyang

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

Contoh - contoh berat sebelum sembahyang :
1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada' maka tidak khusyuklah solat.
4. Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan.
5. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
6. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
7. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.


Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

B. Berat semasa sembahyang

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang.

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.


-----------------
..::: Kehidupan berasaskan Al-Quran dan Hadis menjamin kebahagiaan didunia dan diakhirat :::..
[ Telah diedit oleh: al_khair pada 27-07-05 01:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-07-05 02:50


alaa...setakat solat saja, apa nak dihiraukan.

ps: saja nak mengundang bala.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-05 03:01


Assalamualaikum...betul apa yang sahabat kita nyatakan diatas tu...

Sama-samalah kita perbaiki mutu solat kita...

:roll:


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12239 saat. Lajunya....