Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kerajaan Minta Fatwa Tentang Kelab Malam


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kerajaan Minta Fatwa Tentang Kelab Malam

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerajaan Minta Fatwa Tentang Kelab Malam

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 23:26








> The Syariah must be clear for the public. Many are

> asking if it is illegal to go to the nightclub. If

> it is illegal, JAWI should announce it.

>

> Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum.

> Ramai yang bertanya adakah salah untuk mengunjungi

> kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut

> mengisytiharkannya.

>

> Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita

> Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis

> Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung

> di dalam THE MALAY MAIL hari ini.

>

>

>

> Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI

> yang menyerbu sebuah kelab malam di KL baru-baru ini

> dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang

> mana 50 peratus terdiri daripada wanita.

>

> Ramai masih mempersoalkan samada benar ataupun tidak

> para pegawai JAWI pada malam tersebut telah

> bertindak kasar dan diluar batasan kuasa mereka.

> Setakat ini kenyataan dan aduan hanya diperolehi

> dari mangsa ataupun tertuduh yang ditahan.

> Termasuklah pimpinan Umno yang kononnya

> mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak

> mengeluarkan sebarang kenyataan.

>

> Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang

> dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya rasa sebelum

> JAWI mengeluarkan kenyataan kita boleh tanya siapa

> sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah

> Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri bagaimanakah

> rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL

> sebenarnya?

>

> Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata

> menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat

> samada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ

> berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan

> selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan

> separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan

> percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan

> bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana

> muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta

> kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat

> sehinggalah menjelang subuh.

>

> Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan

> Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya samada

> salah ataupun tidak dari segi syarak mengunjungi

> kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert

> Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan

> pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat dan

> menyesatkan sahaja baunya.

>

> Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya

> pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan nasib dan

> masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang

> seumpama ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi

> kita dari angkara melampau mereka.






Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-02-05 00:13


.... persoalan yg dikemukakn kamelia tu bukan saja patut dijawab oleh JAWI tp pd pemimpin yg melaungkn ISLAM HADHARI ... bak kata halim othman dulu2.."inilah yg mereka cari..".. seorg Islam mmpersoalkn status kelab malam.. agak susah gak JAWI nak menjawab melainkn fatwa dr ulamak ISLAM HARI-HARI jer kot... dunia akhir zaman...

...........................................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 08:48


ape nak jadi laa... ishhhkkk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 05-02-05 15:01


aslm wbt..
maafye dah lama x posting di ukhwah..knp perlu fatwa sdgkan benda dah jelas haram.....lainlah kalau bab ijtihadiyah spt rokok, klon etc itu semua perlukan fatwa majlis fatwa n mufti..masalah skrg bila dikeluar fatwa adakah akan dikuatkuasa.....umat islam malaysia kena jwb ni...

antara ciri2 negara islam di malaysia yg sering diluangkan ialah umat islamdpt mengamal ajarn islam dgn aman..skrg JAWI cegah maksiat, apa kerajaan mahu backup JAWI...maka dgn ini maksud negara islam yg govt selalu laung-laungkan itu telah dilanggar oleh govt sendiri..krn apa? krn govt gagal menangani sebarang serangan pemikiran kpd umat islam melalui media walau govt mempunyai akta2 yg boleh diguna dlm hal ini spt ISA n OSA...
kalau diikut definisi islamic state PAS, mmg malaysia dah terkelaur dr list..tp cuba lihat ciri2 negara islam yg govt selalu laung..adakah malaysia termasuk di dalamnya?????
tepuk dada tanya iman...
bg ana ciri2 negara islam yg govt slalu war-warkan dah ok tp adakah govt ikut ciri2...?


Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 20:35




islam hadhri itu sendiri masih diisukan..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 05-02-05 21:32




Tsunami masih tidak menginsafkan...Tsunami

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 22:08





ISLAM
DISERANG LANTARAN KEJAHILAN KITA



ROSLAN SMS


 


Pernahkah kita terfikir betapa kadangkala tindakan,
perlakuan ataupun kenyataan kita samada disedari ataupun tidak sebenarnya
membuka ruang bagi musuh-musuh kita untuk menyerang kita kembali?



Sebagai seorang Islam contohnya kita sewajarnya sensitif dalam memastikan yang
musuh Islam tidak akan mengunakan apa saja ruang untuk menyerang agama kita
yang dicintai apalagi lantaran tindakan kita sendiri. Siapa sahaja kita, apa
sahaja fahaman kita, PAS ataupun Umno, konservatif maupun liberal, janganlah
sampai tergamak membuka pintu pagar bagi memudahkan musuh masuk untuk
menyerang dan mempersendakan kita.



Islam di alaf baru ini dilihat dengan penuh curiga dan serong oleh kebanyakan
yang tidak mengenalinya. Lalu apabila kita sendiri menokok-tambah lagi ruang
kecurigaan tadi sudah pastilah apa sahaja yang dibuat atas nama Islam menjadi
semakin dipersoalkan. Label Islam Taliban, Islam ekstrim, Islam radikal,
semuanya menjadi popular lantaran penganut Islam sendiri mengunakannya untuk
melabel sesama Islam lantaran kebencian atapun buruk sangka sesama mereka.



Baru-baru ini di KL tindakan para pegawai JAWI menahan beberapa pengunjung
kelab malam yang beragama Islam kerana melanggar undag-undang dan peraturan
enakmen syariah telah disensasikan ke seluruh pelusuk dunia. Kenyataan mereka
yang ditahan kononnya telah diaib dan dilayani secara biadap oleh para pegawai
JAWI telah diberi liputan meluas tanpa ada ruang bagi JAWI memberikan
kenyataan rasmi malah para pemimpin masyarakat dari kalangan menteri dan
ketua-ketua politik turut menyebelahi pihak yang ditahan tanpa usul-periksa
secara teliti.



Kalaulah benar para pegawai JAWI itu bertindak kasar dan biadap dalam
menjalankan tugas maka sewajarnyalah mereka itu diambil tindakan. Namun jangan
kerana sikap mereka itu maka kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang
ditahan dilepaskan begitu sahaja!



Yang menyedihkan apabila kita mensensasikan isu ini atau dalam erti kata lain
membuka ruang, mereka yang tidak terlibat termasuklah yang bukan Islam turut
berebut mahu mengulas dan mengeluarkan kenyataan.



Kita barangkali tidak sedar tetapi ruang yang kita buka ini telah mereka
gunakan untuk menyerang dan memperlekehkan Islam itu sendiri, agama yang kita
anuti dan cintai!







Cuba kita tatapi satu komen yang diberikan oleh sebuah laman web anti Islam
dari Barat http://clarity.............




One wonders if the treatment of women
in Islam will ever make it
out
of the middle ages
.
They denied one woman’s request to go to the toilet, forcing her to
relieve herself in her pants, it said.




Those rounded up in the nightclub raid were charged with indecent behaviour
and could be fined of up to 1,000 ($26) ringgit in a sharia court, The Star
said.




This is despicable. What the heck
does Allah have against women anyway?




Saya tidak tergamak menterjemahkan baris akhir komen
biadap dan kurang ajar ini tapi demikianlah yang kita terima apabila kita
membuka ruang lantaran kelemahan kita sendiri!



Seorang penulis yang mahu dikenali sebagai Holocaust
Rememberer
menulis di dalam malaysiakini



I see those 100 Muslims detained in
the raid as moderate Muslims and it is they who form a shield of sorts between
extremist Muslims and non-Muslims. In Malaysia, once the moderate Muslims are
gone, the non-Muslims will be in peril.




Therefore, the KL club raid is
definitely a cause of concern for non-Muslims contrary to what some have
articulated. In fact, non-Muslims should come out and support these moderate
Muslims and voice their common concern because they are the shield



Seorang lagi penulis menulis:



Religious authority arrogance once
again. The Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
raided
a nightspot

in Kuala Lumpur and, like the Gestapo hunting the Jews, asked non-Muslim
patrons to move to another room while their Muslim friends were subjected to
ill-treatment, abuse and such.




Hentikanlah segera polemik ini terutama bagi mereka yang
memulakannya. Buatlah kenyataan yang memelihara maruah dan nama baik Islam.
Janganlah menjadi suara mempertahankan mereka yang mungkar dan maksiat.



Islam hanya akan terpelihara maruahnya apabila pemimpinnya memegang teguh
kebenaran dan berlepas diri dari kejahatan. Saya tidak menyalahkan yang bukan
Islam kerana mereka rata-rata tidak mengerti, yang salahnya adalah umat Islam
sendiri apabila ghairah memelihara kepentingan dan kedudukan masing-masing
walaupun ketika berhadapan dengan kebatilan.







Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 23:59



SAPA YANG SOKONG KERAJAAN PEMERINTAH HARI NI LAGI, TAK TAULAH

1. Dulu, Mufti Selangor lawan Ratu Cantik anak melayu yang berbikini tayang tubuh, Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dipecat MAHATIR ( ORANG YANG PECAT ANWAR IBRAHIM )

2. Badan Pencegah Maksiat (BADAR) dengan kerjasama JAIS serbu PUB The Ship, menahan beberapa orang melayu islam yang terlibat dengan arak. Pak Lah (masa tu belum jadi PM) kata tindakan JAIS TAK TEPAT...

3. Ini yang terbaru, JAWI pulak....yang buat maksiat dipertahankan, YANG MEMERANGI MAKSIAT PULA DISALAHKAN.....

ISLAM HADHARI MEMPERTAHAN KEMUNGKARAN ?

WALLAHU TAALA A'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 14:49





Sepanjang minggu pelbagai komen dilontarkan terhadap kes
serbuan anggota

penguatkuasa JAWI di sebuah kelab malam eksklusif di Jalan Ampang Kuala

Lumpur pada 20 Januari baru-baru ini. Hampir 100 orang penganut Islam

termasuk hampir 50 peratus wanita telah ditahan kerana dikatakan

berpakaian tidak senonoh dan meminum arak.





Isu ini menjadi sensasi kerana kebanyakan yang ditahan melalui kenalan

dan keluarga masing-masing yang rata-rata merupakan golongan elit dan

berpendapatan tinggi di KL telah membuat bantahan dengan memberikan

pelbagai reaksi buruk melalui saluran media terhadap para pegawai JAWI

yang telah menjalankan tugas.





Maka akhbar media perdana termasuklah beberapa laman web khususnya yang

berbahasa Inggeris telah memberikan liputan menyeluruh terhadap kejadian

ini termasuklah memuatkan komen dari tokoh-tokoh politik yang membela

dan mempertahankan mereka yang ditahan, kebanyakannya tokoh-tokoh Umno

belaka.

Yang memberikan komen termasuklah Shahrizat Jalil, Noraini Ahmad Ketua

Puteri Umno Malaysia, Rais Yatim, Shahril Samad dan lain-lain.





Siang tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab

dalam hal ehwal Islam Dr Abdullah Mohd Zain akhirnya bersuara. Dan dari

kenyataan beliau maka ketahuilah kita bahawa kejadian tersebut berlaku

di ZOUK CLUB.

Untuk makluman, di Zouk Club inilah satu ketika dahulu beberapa penari

wanita Melayu pernah ditahan kerana menari separuh bogel dalam program

anjuran kelab maksiat tersebut.





Kata Abdullah pihak JAWI bertindak kerana mendapat aduan orang-ramai

lantaran PESTA ARAK yang dianjurkan pada malam tersebut di kelab itu.Dan

tambah Abdullah lagi para pegawai JAWI telah bertindak berdasarkan

pemahaman mereka terhadap enakmen ataupun undang-undang yang sedia ada!





Soal samada benar ataupun tidak para pegawai JAWI bertindak kasar

ataupun diluar batasan undang-undang bagi saya adalah soal kedua. Yang

utama yang perlu diperhatian adalah PESTA ARAK itu sendiri yang

dianjurkan oleh kelab yang memang memiliki rekod melanggar peraturan

yang ada. Tambahan PESTA ARAK itu dihadiri pula oleh penganut Islam yang

menurut Abdullah sendiri adalah salah.





Mengapa pemimpin Umno seumpama Shahrizat, Noraini, Rais dan Shahril

membela umat Islam yang bermasalah ini? Tahukah mereka bahawa yang

tertuduh menghadiri PESTA ARAK yang sah bertentangan dengan Islam, agama

anutan orang-orang Umno juga? Mengapa JAWI yang diserang? Sehinggakan

ada pihak NGO yang terkenal keliru iaitu Sisters in Islam mengeluarkan

kenyataan bahawa perlakuan individu Islam adalah masalah mereka sendiri

bukannya satu jenayah sebagaimana yang dipaparkan oleh akhbar THE STAR 2

Febuari lalu di bawah tajuk:



kenapa jaslina hashim sanggup buat kenyataan yang menggoyahkan imannya pasal...hukum
hakam pulak tur, dosa ngan pahala dia anggap sama jer...dia buat statement
camtu nampak benor jahilnya dia...

moga2 Allah memberi hidayah kepadanya...Amin

PERSONAL SIN NOT CRIMINAL: SISTERS IN ISLAM





Jika tidak silap saya Dewan Bandaraya KL pernah satu ketika dahulu

menggantung lesen kelab bedebah ini, tapi kini ia masih beroperasi dan

lebih mewah dan berani lagi.





Kini isu ini menjadi semakin kusut dan bercelaru. Akhbar THE STAR hari

ini cuba mengalihkan hakikat dengan membuat laporan di bawah tajuk:





UMNO AND PAS SPLIT OVER DISCO RAID





Memang PAS melalui Dewan Pemudanya telah mengeluarkan kenyataan

menyokong tindakan JAWI khususnya dalam hal pembenterasan maksiat ini.

Namun yang sebenarnya bercelaru dan berselisih pendapat adalah sesama

Umno sendiri.

Menteri Agama kata tindakan JAWI berasas, Menteri Wanita pula kata JAWI

keterlaluan. Rais Yatim pula kata nahi mungkar adalah kerja anggota

keluarga masing-masing.





Pada waktu yang sama Pak Lah pengasas Islam Hadhari pula berucap di

Langkawi meminta supaya umat Islam memberikan tumpuan mempertahankan

imej masing-masing di mata dunia. Mana satu yang betul ni?





Dalam keadaan maksiat berlaku di depan mata pun kita masih

berdolak-dalik mempersendakan hukum Allah. Kita membela maksiat mencela

pencegah maksiat.

Inikah yang dikatakan ULIL AMRI MINKUM, wallahualam.




 


BUKAN BERMAKSUD POLITIK..BUKAN BERMAKSUD MENYEBELAHI
MANA MANA PIHAK,TETAPI RASANYA SETIAP ORANG BELAJAR PENDIDIKAN ISLAM,BOLE TAHU
MANA BAIK DAN BURUK,SEKADAR UNTUK MENGAJAK BERFIKIR YANG MANA BAIK DAN
BURUK,APAKAH KITA TIDAK BOLE BERFIKIR SECARA ILMIAH DIUSIA YANG DIANGGAP
MUDA,SEDANGKAN SAIDINA ALI BOLE,IMAM SYAFI'E BOLE,MENGAPA KITA TIDAK BOLE?








Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 14:51


PERSONAL SIN NOT CRIMINAL

<-- uishh...dose peribadi bukan 1 jenayah.. ..akta jenayah dunia yg sekular..maybe la koT~..akta jenayah islam dan AKHIRAT??..

Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

ruhul_islami
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 15:49


Benda dah jelas, masih dipersoalkan lagi. Apabila yang haram menjadi halal, barula tak dipersoalkan. Nazubillahi min zalik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ruhul_islamiProfil   Hantar PM kepada ruhul_islami   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11457 saat. Lajunya....