Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55

  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu

Cerpen
Topik: berkorban demi cintaNya

Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» berkorban demi cintaNya

Please Mendaftar To Post

Oleh berkorban demi cintaNya

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-05 09:02

“ Dinar Emas adalah satu keyakinan pelaburan kepada dunia Islam khasnya. Seperti EURO yang diyakini akan kestabilan nilainya telah berupaya untuk standing dengan nilai dollar. Kesatuan antara semua Negara OIC ternyata akan mempengaruhi nilai pasaran Dinar Emas. Yang penting adalah kesatuan ummah..”

Konferen Persidangan bertajuk “Dinar Emas: Antara Realiti dan Angan-angan”, ternyata panas dan gamat. Sebentar tadi, pembentangan kertas kerja oleh pelajar tahun akhir Kuliyyah Iktisad, UUM. Kalau tidak kerana desakan Prof Dr. Yusuf Hambali pasti dia takkan menjejakkan kakinya ke sini. Masih banyak kerja-kerja penyelidikan yang perlu disudahkan. Beginilah rutin pelajar Phd di UKM. Bertemankan Syahid, dia cuba untuk memenuhi hasrat pensyarah yang menjadi mentor penyelidikannya itu.

Namun, tatkala ini dia tergamam. Suara itu seperti sudah lama dikenali. Namun lewat kebelakangan ini, ia sepi. Kini, dia di hadapan pentas. Menuturkan patah-patah bicara yang bernas. Diadun untuk mencerna minda. Benarkah dia?

Lengkap berseragamkan jubah biru tua, tudung putih berseri dan purdah lambang seorang muslimah yang berhati waja, ternyata gadis itu mampu menarik perhatian khalayak ilmuan itu.

“Diyakini akan keutuhan nilai sebagai antara wang perantaraan yang terbaik pernah digunakan. Perlukah kita menidakkan “keperkasaan” Dinar Emas”.

“ Perlukah kita mengagungkan EURO? Sedangkan di kalangan Negara anggota EU sendiri masih berbelah bahagi dan curiga mencurigai akan nilai yang diwarwarkan sebagai matawang terbaik dunia. OIC selaku badan berlahirkankan “Islam” mampu untuk memainkan peranan penting untuk menyatukan ikatan ummah Islam sedunia. Jika kita bergabung rasanya kita adalah kekuatan yang mampu menggoncang ekonomi dunia. Benarkah bahawa US adalah Negara yang paling stabil kedudukan ekonominya US adalah antara Negara yang menghadapi masalah krisis ekonomi dalaman yang teruk. Malah Nigeria rasanya masih mempunyai rekod status ekonomi yang stabil jika dibandingkan. Tapi, seanterio dunia telah ditipu dengan kata-kata “ US adalah kuasa dunia”. Dengan penyamaran sebagai kuasa dunia, maka US tidak ubah laksana badut di sarkas kehidupan”.

Di saat konferen itu berlangsung dengan pembentang kertas kerja yang lain, dia teruja dengan kenangan silam yang masih berbekas di hatinya. Lambang ketegasan seorang wanita mukmin dalam kelembutan sikapnya. Seorang gadis yang berdiri kukuh dengan perisai kebijaksanaan di hadapan pentas tadi, mengembalikan ingatannya pada sebuah kisah.

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-05 09:04

“ketika itu semua wanita mukmin akur dan taat dengan suruhannya. Yang menjadi kalut adalah Yahudi laknatullah. Terjadilah dalam kisah pemuda Yahudi mempermainkan hijab wanita mukmin sehingga mencetuskan kemarahan pemuda Islam.” Seketika dia terdiam, mungkin sedang ligat memikirkan buah hujah untuk dibentangkan di hadapanku.

“Hanya betis yang terselak dan ia meningkatkan kemarahan pemuda Islam pada zaman itu. Cuba awak lihat zaman sekarang, bukan setakat betis malah jika seluruh anggota badan wanita mukmin itu terbuka tiada siapa pun yang akan mempersoalkannya. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa orang Islam sendiri yang menyelak pakaian wanita Islam”.

Ternyata pandanganku mengenai “pembaharuan” yang dikenakan oleh tunanganku ini mengundang khutbah panjang lewat pertemuan rembang sesudah asar. Ditemani dengan temanbaiknya, aku mengatur pertemuan. Hanya untuk menyampaikan kiriman umiku kepadanya. Nah, inilah balasan yang kuterima. Kedatangannya dengan “purdah” menyebabkan aku kurang selesa. Risau jika dia terlibat dengan sebarang gerakan dakwah songsang. Akhir-akhir ini aku dikhabarkan, tunanganku ini semakin aktif dengan jemaah. Kebimbangan bertamu di hati. Keresahan itu terjawab dengan penampilannya petang itu.

“Bukankah memakai purdah adalah salah satu daripada tuntutan wajib? Ringkasnya, aurat mempunyai 2 pengertian iaitu yang pertama adalah harga diri dan yang kedua aurat tubuh badan. Menutup aurat itu adalah wajib kepada seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi,jika muka dan tapak tangan itu boleh menimbulkan fitnah,maka saya rasakan bahawa jatuh hokum wajib untuk menutup muka dan tapak tangan itu”.

“saya rasa tiada apa yang perlu dibimbangkan. Begitu juga dengan awak. Saya memperjuangkan apa yang penting untuk kehormatan saya sebagai wanita Islam”. Kulihat wajahnya merona menahan panasnya mentari petang. Bagai kelopak mawar di pagi hari,walaupun dilitupi purdah.

“ Siapa awak untuk mempersoalkan tentang saya? Rasanya sebagai tunang, ia belum lagi memberikan apa-apa hak kepada awak untuk mempersoalkan tindakan saya, selagi perbuatan saya ini tidak melanggar syariat. Malah, awak patut memberikan sokongan. Benar, amal saya masih belum sempurna. Masih banyak lagi amalan Islam yang perlu saya bangunkan dalam diri saya ini. Saya tidakmengatakan bahawa dengan pemakaian saya kini adalah selengkapnya dan ia melambangkan bahawa ilmu saya sudah cukup. Ilmu setiap manusia itu takkan cukup hatta saat dia menghembuskan nafsnya yang terakhir. Saya akan berusaha dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan dalam diri saya. Malah, tidak keterlaluan saya katakana saya juga mengharapkan awak sentiasa muhasabahkan diri ke arah kebaikan”.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

posticon Posting pada: 01-02-05 09:06

Aku sedikit terkesan dengan bicara tunanganku ini. Rentetan kisah-kisah lewat 80-an tergambar dengan jelas di mindaku ini. Tatkala, isu pemakaian purdah di kalangan siswi kampus begitu mengundang kontroversi. 16 orang siswi yang digantung pengajian di USM pada sesi pengajian 1985/1986. Pekeliling Kementerian pada 29 Mac 1985, disebarkan untuk tindakan NC UKM, UM, UTM, UUM, USM dan Pengarah ITM dan UPM. Ia menyatakan tindakan akan diambil ke atas pelajar yang mengenakan pakaian menutup muka. Aku tidak ingin kejadian seumpama itu terjadi lagi. Terutama buat insan yang aku sayangi. Aku tidak ingin melihat dia terkandas dalam pengajiannya. Ku luahkan jua kerisauanku ini.

“Awak begitu yakin? Ada dalil atau nas yang sahih? Bukankah Islam itu mementingkan kesederhanaan?”, sebagai pelajar Kejuruteraan Mekanikal aku tahu ilmu aku terbatas, tapi yang pastinya aku perlu tegaskan pendirian aku. Dia tersenyum barangkali mendengar kata-kataku.

“Mengapa masyarakat yang dikatakan terbuka pemikirannya kini, memikirkan soal remeh dan meributkan perintah ini. Semasa turunnya perintah Allah mengenai hijab dalam surah al-Ahzab ayat 59,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin,’Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu.”

“kalimah Jilbab mengikut ulamak Turmizi, adalah tutup kepala dan tutup muka, bermakna kesemua wanita mukmin perlu menutup muka dan kepala mereka. Dalam kitab tafsir Al bahrumuhidh karangan Abu Hayyan, pada juzuk 10 muka surat 280 menghuraikan ayat tersebut, muka adalah anggota yang perlu ditutup. Kitab tafsir karangan Abu Sa’ud juga ada menegaskan perkara yang sama. Awak juga boleh mencari pendapat dan kupasan dalam kitab-kitab Jalaian oleh Ibnu Abbas dan kitab tafsir Ahkam. “

“Pernahkah awak terdengar potongan hadith ini, ‘wahai Ali, kalau kamu sudah terpandang kepada perempuan, jangan teruskan pandangan kamu itu. Terpandang yang kali pertama itu adalah untuk kamu.”
“apa yang saya bimbangkan adalah jika terjadi fitnah ke atas saya. Jangan risau, purdah ini boleh dibuka jika berlaku keadaan darurat. Sesuai dengan kata-kata … dalam keadaan darurat, dia adalah diharuskan kepada perkara-perkara yang diharamkan”.

“Saya tahu muka saya boleh menimbulkan fitnah, sudah lupakah awak tentang kejadian sebulan yang lepas?”.

Masakan aku boleh melupainya. Tidak kunafikan benar kata-katanya, mukanya telah menimbulkan fitnah. Kerana itu aku telah melepaskan penumbuk sulungku kepada seorang pemuda kampung yang cuba untuk melakukan perkara kurang sopan kepada tunanganku ini semasa dia menunggu bas untuk ke Maahad. Masih tergambar jelas.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 01-02-05 09:09

Perdebatan kami tidak terhenti di situ sahaja. Ternyata aku begitu kurang menyenanginya. Perlukah berpurdah sedangkan untuk menjaga diri dia masih boleh menggunakan jalan lain antaranya belajar ilmu mempertahankan diri. Namun saranan aku tidak berbekas di hatinya. Dua kali pertemuanku di rumahnya bersaksikan keluarganya aku meminta dia mempertimbangkan hal ini. Akhirnya kali kedua, dia telah memberikan keputusan yang langsung tidak pernah aku jangkakan.

“ Awak, saya sanggup berkorban demi cinta. Tapi, cintaNya lebih saya agungkan berbanding cinta awak. Saya sanggup kehilangan cinta awak daripada cintaNya. Rasanya pertunangan ini sampai di sini sahajalah. Saya tidak sanggup kehilangan cinta Allah”, aku terpana. Titik noktah telah diberikan.

Itulah sejarah 5 tahun dahulu. Aku membawa diri ke UK menyambung pelajaran. Di sana barulah aku termangu-mangu kerana melepaskan “mutiara iman” yang paling berharga. Aku belajar tentang ilmu agama daripada ustaz-ustaz di sana. Rupanya banyak yang aku tidak tahu. Tidak kunafikan, semakin aku belajar semakin banyak yang aku tidak tahu. 5 tahun aku menghambakan diri di sana, selepas master aku memohon untuk mengambil Ijazah Kedua tapi dalam bidang yang berlainan. Islamic studies. Alhamdulillah, Allah permudahkan laluanku untuk menutut ilmuNya. Setiap kata-kata bekas tunanganku itu kuterjemahkan melalui ilmu pengajianku. Benar. Ya Allah, akukah yang buta?

Sentuhan Syahid di sebelah mengejutkan dia daripada lamunan yang panjang. Dia meraup mukanya. Majlis telah usai rupanya. Syahid mengajak untuk menemankan dia berjumpa dengan tunangannya. Kad undangan walimah Syahid masih tersimpan kemas di laci. Masih belum terusik.

“Hai, takkan tak sempat nak tunggu seminggu lagi,”
“Ana nak bagi barang la,”
“Naufal, kenalkan ini tunangan ana, Nurul Iman,”

Malam itu, selepas solat insya’ bermunajat lama, berteleku di atas sejadah, memuliakan QalamNya. Melindungi kesedihan hati.

Nurul Iman, itulah gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Dan itulah juga gadis yang bakal melangsungkan pernikahan dengan sahabat baiknya, Syahid.

Tinta hati : Raudhahtul_ilmi

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar

posticon Posting pada: 13-02-05 06:50

subhanallah..bagus sekali cerpennya...

mampukah ana nk jadik camtuh? ish...

-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 16-02-05 21:03

insyaAllah, kita akan mampu jika kita yakin dgnNya..

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 16-02-05 21:03

BERKORBAN DEMI CINTA

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

[ Posting ini telah di edit oleh: ismi_safiza pada 2005-02-17 19:19 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nudrasyafini
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4597
Posting: 19
Dari: pahang

Pahang  

posticon Posting pada: 16-02-05 21:44

cerpen yg punyai msg utk difikirkan...

Bookmark and Share

  Member Information For nudrasyafiniProfil   Hantar PM kepada nudrasyafini   Pergi ke nudrasyafini's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 17-02-05 11:32

alhamdulillah...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

beecological
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14621
Posting: 250

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 06-03-05 22:32

lorh gantung kat sini je ke ismi_safizah ade sambungan tak

Bookmark and Share

  Member Information For beecologicalProfil   Hantar PM kepada beecological   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 14-03-05 10:23

nak sambungannya ker?
erm, citer dia setakat ini sahaja. dh tak reti nk sambung2 lagi..tgklah kalau ada idea.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  

posticon Posting pada: 03-02-06 22:46

Assalamualaikum.....

apa yang patut ana katakan?

Naufal yang jahil
@
Syahid yang dirasakan tidak setiakawan?

Bookmark and Share

  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 03-02-06 23:00

hmmmm..........

Bookmark and Share

  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.102535 saat. Lajunya....