Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: luahan hati PAKLAH ade ke yg nak dengar!!??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» luahan hati PAKLAH ade ke yg nak dengar!!??

Please Mendaftar To Post


Oleh luahan hati PAKLAH ade ke yg nak dengar!!??

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 19:01


Apa nak jadi?
Oleh Mutazar Abd Ghani dan Mohd Anwar Patho Rohman


Penjenayah tak hirau hukuman


Jenayah semakin berleluasa

GEORGETOWN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) kecewa dan kesal dengan kejadian jenayah yang berlaku kebelakangan ini sehingga mendorong pihak berkuasa memperkenal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum mereka.

Perdana Menteri berkata: "Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi sekarang... semua nak undang-undang yang lebih keras, nak hukuman yang berat. Apa nak jadi pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah seolah-olah `tidak takut' kepada undang-undang sedia ada.

"Banyak sangat kes kegiatan jenayah sehingga kita akan menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai negara yang ada hukuman yang cukup berat. Tapi apa boleh buat. Kalau tak ada hukuman berat, mereka masih lakukan dan tidak ada sesuatu yang boleh menghalang mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Bandar Siber Pulau Pinang 1 (PCC1) dan My Malaysia, MyMSC @ Penang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), dekat sini semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), Tan Sri Abdul Halim Ali.

Abdullah mengulas cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini yang mahu peniaga cakera pada video (VCD) haram dan cetak rompak dikenakan hukuman penjara.

Menterinya, Datuk Mohd Shafie Apdal, dipetik sebagai berkata undang-undang mungkin dipinda untuk memasukkan hukuman penjara kerana tindakan itu lebih berkesan daripada denda dan kompaun.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap mengambil kira pandangan rakyat untuk menentukan sama ada cadangan mewujudkan undang-undang yang berat itu sesuai atau tidak.

"Tengok macam mana. Kena tengok apa reaksi orang ramai. Wartawan kena tanya pendapat orang ramai. Pasal kemalangan pun nak hukum berat, pasal rotan pelajar pun nak hukum berat. Semua nak hukum berat.

"Kita sudah beri nasihat, tapi mereka tak peduli. Apa yang mereka buat ikut kehendak dan suka hati mereka," katanya lagi.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, kerajaan mempunyai banyak pendekatan, selain langkah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, langkah mengenakan hukuman berat adalah bertujuan supaya golongan yang sering melakukan kesalahan itu tidak mengulanginya.

"Dengan itu sesiapa yang merancang melakukan sesuatu akan dapat memahami dan dengan itu dia akan rasa tidak boleh lakukan kerana tak berbaloi sebab hukuman berat tetapi dapat sikit (hasil)," katanya.

Berikut di antara kes jenayah yang menyebabkan Perdana Menteri kecewa dan kesal:


Rompakan bersenjata:

28 Januari 2005: Empat lelaki bersenjatakan dua pistol dan kapak mengambil kesempatan merompak sebuah kedai emas di Taman Orkid, Bukit Sentosa ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1.30 petang.

Ketika kejadian pemilik kedai berserta lima ahli keluarga sedang menikmati makan tengah hari sebelum dihampiri empat lelaki yang kemudian mengacu pistol ke arah mukanya.

Perompak mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM300,000.


VCD cetak rompak:

27 Januari 2005: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan satu sindiket mencetak video cakera padat (VCD) secara haram yang beroperasi dalam satu bilik menyerupai pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Cherakah, Shah Alam.

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Abdullah Nawawi Mohamed, berkata sindiket yang dipercayai beroperasi sejak kira-kira dua tahun lalu itu, dikatakan membina bilik berkenaan di sebuah kilang kosong untuk mengaburi mata pihak berkuasa.


Samseng jalan raya:

25 Januari 2005: Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Cawangan Jalan Kenanga, Cheras, meninggal dunia selepas kira-kira 17 jam bertarung nyawa kerana cedera, dipercayai dipukul samseng jalan raya di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.

Muhammad Nazri Ismail, 28, juruteknik komputer di sebuah syarikat di Shah Alam, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1.30 pagi. Kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi kelmarin ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar isterinya.


Pengedaran dadah:

23 Januari 2005: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket dadah terbesar selepas menyerbu sebuah makmal di Balakong dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM13 juta serta menahan 11 orang dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kajang.

Sindiket itu dipercayai menjadi pembekal utama dadah untuk pasaran Lembah Klang, Johor dan Sarawak. Semua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 37 tahun termasuk dua wanita.

Dalam kejayaan itu, polis turut merampas empat senjata api iaitu sepucuk pistol jenis Colt, Astra Revolver dan dua jenis Browning serta menyita lima kenderaan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah.


Rogol dan bunuh:

22 Disember 2004: Seorang kanak-kanak, Siti Syazwani Ahmad Dusuki, menjadi mangsa rogol dan bunuh, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Rhu Fasa 3, Sungai Petani selepas menghadiri kelas al-Quran.

Mayat Siti Syazwani dijumpai kira-kira jam 9.15 pagi di dalam parit di ladang kelapa sawit dekat rumahnya pada 22 Disember lalu, dipercayai dirogol dan dibunuh.

17 Januari 2004: Seorang kanak-kanak, Nurulhuda Abdul Ghani, menjadi mangsa seksual apabila dirogol hingga mati di pondok pengawal TNB di Tanjung Kupang, Johor, pada 17 Januari lalu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian, tapi tidak pulang ke rumah.


sedih sekali kalau kita fikirkan masalah negara kita sekarang ini..se;agi hukum Allah belum terlaksana selagi itu jenayah dan kemungkaran akan berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

amirulreza
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.01.2005
Ahli No: 13978
Posting: 42
Dari: Pasir Puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-01-05 20:05




luahan hati Pak Lah pasti ada yang dengar, tapi kaedah yang digunapakai untuk membenteras penjenayah yang tak takut undang-undang tu yang tiada.....

Kesimpulanya, kita kena balik kepada fitrah kita iaitu berdasarkan al-quran dan As-Sunnah.. belek kitabullah tu elok-elok gunapakai apa yang telah disyariatkan... barula penjenayah tu takut undang-undang... Jika sistem undang-undang Lord Reid masih digunakan ... maka makin menjadi-jadilah jenayah yang 'terlampau'...

Wallahuaqlam.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For amirulrezaProfil   Hantar PM kepada amirulreza   Pergi ke amirulreza's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 20:05




Luahlah rasa terkilan tu hingga keluar air mata darah pun (tiada gunanya), selagi tak tegakkan HUKUM ALLAH, maka sampai bila2 pun ALLAH tak akan beri jaminan 'NAKALAN MIN ALLAH' (AL-MAAIDAH, ayat 3

so, jika manusia nak tunjuk pandai nak buat hukum sendiri, maka ALLAH serahkan kpd manusia utk menyaksikan kegagalan demimkegagalan daripada hukum dan peraturan yg dicipta oleh manusia.

TQ.


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 20:08




PEMBETULAN....

'NAKALAN MIN ALLAH' ....AL-MAAIDAH, ayat 38

Ps: kecacatan dlm teks di atas tu amat2 dikesali.

TQ.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 23:02


assalamualaikumm................

luahan paklah....tak payah dengar la.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-01-05 03:37


luahan PAK LAH...

PAK LAH kena dengar kata hati, bukan bujukan nafsu..

woiiii!!!! DENGARLAH PM KITA CAKAP TU!
SEDIH SIUT!

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-01-05 05:36


hemm kritikan kita kadang2 ade yg benar..ttp jangan d lupa paklah kan ulul amri kita..jadi sedetik di hati dia mengenang ape yg berlaku d negara bawah kawalan dan seliaanya..kita kena ikut sama mengambil berat..bukan asyik mengata ...saya mmg bukan penyokong paklah 100% ttp saya rase penyesalan yg lahir dari hatinya itu benar2 menguris jiwa....
ala kulli hal..saya selaku rakyat malaysia mengalu2kan pak lah..memikir dan mengubah undang2 dah pilihlah hukuman yg telah Allah tetapkan...wasslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-01-05 19:53




"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.

Allah menciptakan langit dan bumi dengan hak. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang mu'min. " Al- Ankabuut 29:41-44


Semoga Pak Lah cepat insaf dan kembali kepada undang2 ciptaan Yang Maha Mencipta....

Wallahu a'lam




-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-02-05 14:18


alah..konon anti pak lah...pergi pasar che' ye tu..tengok...islamic sgt ke....nak tegakkan org,,,tengok kaki sendiri..bengkok ke tegak...malas aku nak cakap......kebersihan separuh dari iman..gi toilet McD kat kelantan....bersih sgt ke..NAK MUNTAH AKU!!!!....benda cam tu pun takleh bendung....nak sound org...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 15:26


JOSHUA..ckp biarlah berlapit..dah nama dah pasar takkan nak bersih mcm kat masjid lak..ape ingat kelantan je ke yg kotor..ape sebab enta ckp mcm tu??relevanlah skit kalau nak ckp pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-02-05 12:00


lama tak jumpa joshua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 12:56


Ini dah macam lari pada topik je nie...ingat ulul amri kita..selagi dia tidak menyuruh kita buat perkara melanggar syariat agama kita..follow jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 12:56


Quote:

On 2005-01-31 05:36, syed wrote:
hemm kritikan kita kadang2 ade yg benar..ttp jangan d lupa paklah kan ulul amri kita..jadi sedetik di hati dia mengenang ape yg berlaku d negara bawah kawalan dan seliaanya..kita kena ikut sama mengambil berat..bukan asyik mengata ...saya mmg bukan penyokong paklah 100% ttp saya rase penyesalan yg lahir dari hatinya itu benar2 menguris jiwa....
ala kulli hal..saya selaku rakyat malaysia mengalu2kan pak lah..memikir dan mengubah undang2 dah pilihlah hukuman yg telah Allah tetapkan...wasslam



ana setuju 100%!
harap sume amik perhatian!!!
bkn asyik mengata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-02-05 16:46


berlapik ya.....buat apa nak berlapik bukan aku org kelantan...i admitt kelantan as a most pure islamic country...but since dah jejak sana...ermmm...kalau dah McD pun kotor..apa jadik...gi McD Batu Pahat,tengok kotor ke tak..kalau tak najis terapung bersama tisu dlm baldi..tu bukan nama PENGOTOR NAMANYA!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 23:31


emmmmm....

pelik jugak ye manusia ni....tak habis2 nak di fokuskan dekat kelantan...tapi diri sendiri tak sedarr dekat tempat sendiri lagi belambak tandas yang kotor....kenapa tak nak dedahkan....malau ye????

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 05-02-05 09:38


mahu pulang tp sudah t'lupe jln.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

islamicgirl85
Warga Rasmi
Menyertai: 01.09.2004
Ahli No: 10851
Posting: 5
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 05-02-05 10:58




Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicgirl85Profil   Hantar PM kepada islamicgirl85   Pergi ke islamicgirl85's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 12:18



Khusus ku tujukan buat saudaraku Joshua Isfahan, semoga anda memahami dan mengerti tulisan seorang Alim Ulama, Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat.

MINTA SAUDARA BACA DENGAN TELITI DAN SAMPAI HABIS. JANGAN JADI MACAM RTM

Jenayah: Apa nak jadi Malaysia
Wednesday, February 02 @ 19:03:47 MYT


Oleh NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saya rasa, kita boleh mudah memahami kekecewaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan trend peningkatan kes-kes jenayah. “Apa nak jadi pada negara kita.” (Berita Minggu 30 Januari 2005).

Beliau selanjutnya mengeluh dengan kata-kata “seolah-seolah penjenayah tidak takut kepada undang-undang sedia ada.” Selaras dengan inilah, Perdana Menteri mahu kaji kemungkinan mewujudkan undang-undang yang lebih berat.
Pada saya, undang-undang yang ada sekarang memang tidak berkesan. Jika ia berkesan, sudah lama gejala sosial dan jenayah dapat dipantau, dikawal dan ditangani. Keluhan berat Perdana Menteri mengenai kes-kes rompakan bersenjata, rogol, bunuh, zina, sumbang mahram, pengedaran dadah, samseng jalan raya, penipuan dan VCD cetak rompak (Berita Minggu 30 Januari 2005) mengesahkan perihal gagalnya sistem keadilan ciptaan manusia tajaan Umno yang berkuatkuasa di Malaysia.

Kita kena faham yang dunia dan segala makhluk yang dibenarkan hidup di atas muka bumi ini adalah ciptaan Allah S.W.T. Dia lebih mengetahui kaedah terbaik untuk melahirkan kesejahteraan. Agama Islam yang diturunkan adalah satu-satunya manual yang sah. Mematuhinya dengan lengkap dalam satu sistem yang menyeluruh akan menjadikan seluruh ciptaanNya bergerak mengikut fitrah yang saling membantu, saling membangun dan saling menyelamat.

Inilah puncanya PAS jadikan mottonya yang berbunyi “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. Kita akan makmur dengan pembangunan kebendaan dan akan terus aman. Seperti yang kita sebutkan tadi, Islam wajib dilaksanakan keseluruhan. Setiap komponen yang meliputi peranan ibu bapa, guru-guru, kurikulum pendidikan, media massa, institusi penghulu, penggawa, seluruh penjawat awam, kod-kod etika yang menjadi teras perkhidmatan, menteri dan pemimpin masyarakat keseluruhan wajib dicorakkan oleh Al-Quran dan Hadith. Ertinya, seluruh aspek hidup meliputi pembangunan ekonomi, akhlak individu dan warga negara di segenap sektor seperti pendidikan, sosial seni, hiburan, sains dan kebudayaan wajib diselaraskan dengan kehendak Islam.

Mustahil jenayah rogol, zina, sumbang mahram dan khalwat boleh dibendung jika lesen nite club, pusat-pusat khidmat GRO, gedung-gedung judi dan majalah separuh lucah dibenarkan terus beroperasi dengan bebas. Nampaknya di sini, pemimpin UMNO di dalam kerajaan seolah-olah membuat usaha promosi dan penggalakan. Kira-kira dua minggu lalu, Perdana Menteri juga ada melancarkan kempen hidup berbudi. Itu baguslah tetapi kempen rakyat supaya berbudi sahaja tidak cukup jika pemimpin asyik gemar meluluskan kegiatan-kegiatan yang menyuburkan maksiat.

Saya masih ingat lagi bagaimana pegawai-pegawai pencegah maksiat dari JAWI menangkap 100 orang pelanggan pusat hiburan di Kuala Lumpur. Di sini, siapa yang meluluskan lesen? Saya boleh faham jika ia beroperasi secara haram tetapi jika ia memiliki premis yang sah dan ‘dihalalkan’ oleh undang-undang, maka bagaimana?

Banyak terdapat contoh-contoh melampau yang boleh disebutkan. Pusat judi di Genting Highlands? Jualan arak tanpa kawalan. Pertandingan akhir Akademi Fantasia. Sure Heboh. Malaysia Idol. Konsert Scorpion. Mariah Carey. Ini semua kegiatan-kegiatan hiburan yang terang-terang menggalakkan remaja bergaul dan berpakaian bebas tanpa batas. Ia anehnya ditaja oleh kerajaan. Kerajaan itu yang kempen rakyat agar hidup berbudi tetapi kerajaan itu jugalah yang buat tidak faham jika remaja menunjukkan “body” baik depan atau belakang. Sekali mahu semai kesopanan dan kesusilaan seperti yang dirukunkan dalam rukun negara tetapi di satu ketika yang sama beri racun yang boleh melalai dan menghanyutkan.

Berkaitan dengan cadangan untuk mengetatkan lagi hukuman, tentulah ia sesuatu yang baik bagi Malaysia. Akan tetapi undang-undang mana? Jika undang-undang yang hendak diperketatkan adalah masih berteraskan undang-undang manusia, maka saya tidak nampak. Sudah berdekad-dekad, Malaysia telah mencubanya. Hasilnya? Inilah hasilnya. Kita masih mendengar keluhan demi keluhan.

Dalam konteks ini, tidak terlintas sedikitkah untuk kembali kepada Hukum Allah S.W.T. Belum tibakah keyakinan dan keimanan yang Hukum Hudud itu adalah hukum terbaik? Perlu tunggu apa lagi jika sudah yakin dengan kebaikannya. Tarik balik saman seorang peguam yang terlebih handal, yang menjadi Wakil Parlimen UMNO itu ke atas pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu dan bermulalah dari sekarang untuk mencari jalan ke arah melaksanakan hukum Allah S.W.T. Percayalah, selagi perintah Allah S.W.T. itu dinafikan penguatkuasaannya, tidak akan ada jawapan mudah mengenai formula menangani kejadian jenayah di Malaysia.

Jika Datuk Seri Perdana Menteri bertanya “apa nak jadi dengan negara kita”, maka saya boleh meneka jawapannya iaitu, “Malausia akan binasa.”. Saya tidak mahu ini berlaku tetapi apalah daya kita untuk menolak bala yang bakal ditimpa ke atas kita oleh Allah S.W.T. Bagaikan tsunami yang diturunkan Allah S.W.T. pada 26 Disember 2004, demikianlah juga bentuk binasa yang bakal didatangi jika kita masih menolak hukumNya. Jika tidak esok, lusa!

“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan.”

“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan Al-Quran, yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka.”
(Surah Al-Maidah; Ayat 65 dan 66)

Di sini, tidak syak lagi yang kita meniru Eropah. Proses sekularisasi yang memisahkan negara dengan gereja pada abad ke 12 dan 13 telah diimport dan diterima masuk oleh pemimpin sekular kita daripada UMNO yang berteraskan faham kebangsaan. Dalam konteks Malaysia, kita letakkan negara dengan Islam dalam dua entiti yang terpisah. Ini jelas dalam Perkara 4 Ceraian 1 Perlembagaan Persekutuan. Inilah punca yang menjadikan Malaysia seolah-olah dibiarkan membawa diri untuk terus berjauhan dari agama.

Kita boleh bercakap soal kegawatan sosial dan keruntuhan akhlak tetapi kita masih boleh melupai agama sebagai formula penawarnya. Alangkah kroniknya penyakit kita. Pertanyaan yang berbunyi , “apa nak jadi” sebenarnya cukup melambangkan perihal jauh tersesatnya kita memilih jalan. Dalam menggambarkan keadaan sebegini, Ibn. Taimiyyah ada mengumpamakan kisah seorang yang menuju ke lorong gelap. Apabila jauh berada dalam kegelapan, maka terus dipadam pelitanya. Maka sempurnalah sebuah kesesatan.

Jika Perdana Menteri mengeluh, “apa nak jadi”, maka saya akan jawab: ENTAH!

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Quran).”
(Surah An-Nisaa’: Ayat 174)

Bertarikh : 21 Zulhijjah 1425/
1 Februari 2005




Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-05 19:47


hebat betul kupasandari tuk guru...kalau kita tak ambil istifadah daripadanya tak ade guna...
bagi saya..baik..mengenai kekotoran yg berlaku ..kalau kita tinjau2..bukan kat kelantan jer..kat ibu kotakita..dulu..terminal pudu..masyaAllahlah..kotor..org pancar kencing merata2..kalau kita yg tak jaga kebersihan..takkan nak mengaharapkan kerajaan je..kena ubah diri dulu...tak gitu joshua...lame saya tak tgj komen awak ni...hehe..oklah..ala kulli hal..wassslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126331 saat. Lajunya....