Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Berhenti Merokok:Nak atau tak nak?????


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Berhenti Merokok:Nak atau tak nak?????

Please Mendaftar To Post


Oleh Berhenti Merokok:Nak atau tak nak?????

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 23:25


......

Kata orang....Kalau hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih,Hanya usaha yang berterusan dan berkat kesabaran yang tinggi dapat membuahkan kejyaan,Tentunya kata-kata nasihat tentang merokok sudah jelas didengar oleh perokok.Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan,sebarang bentuk amaran biasanya tidak akan diendahkan oleh mereka apatah lagi merasa takut.

Ada pula yang makin ditegur menjadi-jadipenagih rokok bukannya tidak sedar padah yang bakal diterima tetapi tidak upaya untuk berhenti,Sebenarnya 95 peratus penagih rokok cuba menghentikan tabiat buruk mereka itu tetapi sering kali gagal.Malah ada di kalangan mufti-mufti di malaysia,sering tak sehaluan dalam mengeluarkan hukum tentang rokok,Ada yang berpendapat haram dan ada yang mengatakan makruh....

Kalau kita renung dan fikirkan dari sudut akal...apakah kita mahu sentiasa dalam keadaan makruh selama-lamanya......????

Dan mengapa sukar untuk berhenti dan apakah yang perlu dilakukan oleh mereka....????



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 30-01-05 00:34




sy dah masuk 6 bulan berenti rokok,
susah giler....
kene istiqamah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 01:18


pokok pangkal nye terpulang pd diri sendiri sebenarnye..sudah tau benda tu merosakkan diri..kenape masih lakukan lagi..

sy byk lihat..apabila sakit..sakit jantung..dah doc kate tak leh merokok lagi baru le nak berhenti..

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 16:02




memang bagus la kempen tak nak merokok ni tapi nampaknya kempen tak nak merokok ni lebih hebat dari kempen tak nak alkohol dan judi yg lebih merosakkan bukan sahaja umat islam tetapi semua manusia.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 31-01-05 08:41


wooo..ingat senang ker..dapat tahan 3 hari..hehehe..jadilah dari takde..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 20:30




usaha... usaha... dan terus berusaha...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 22:22


Bab2 rokok nie agak nyer No Komen boleh tak dari aku..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 22:25




tak payah la merokok nih... buang duit je..

ana nak ucapakan tahinah pada yang berhenti merokok... dan yang tak berhenti tuh x tahniah la ..

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 03-02-05 10:02




merokok yer? yang ana tau, ana tak suka laki merokok...dah ler bibir gelap, cam orang tak sihat aje.



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-05 18:36


w.b.t
Ana nak kongsi satu cerita tentang merokok nih.. citer yang datang dari pengalaman lecturer ana sendiri.. lecturer ana dulu adalah seorang yang kuat merokok..dah lama berhenti merokok pada tahun 1983. Nak dikisahkan cerita, lecturer saya pergi ke klinik baru-baru ini untuk test darah... selepas chek darah, doktor itu panggil lecturer dan tanya, pernah merokok tak?nak tahu selanjutnya.. meremang bulu roma lecturer tu apabila doktor tersebut mengatakan dalam darah lecturer tersebut mengandungi kandungan nakotin yang boleh mengundang kepada pelbagai penyakit yang lain termasuklah diabetis....... BAYANGKAN sahabat sekelian.... sudah 21 tahun berhenti merokok TETAPI KESANNYA MASIH ADA SAMPAI TUA.. nak tahu apa lecturer ana analogikan penghisap rokok?? disebelahnya asap dan disebelahnya pula "FOOL"... bayangkan jika yang berkeluarga.... kesian anak2 dan isteri yang menjadi mangsa.. yang mana kesannya lebih besar kepada orang di sekeliling...sayangilah keluarga dan bakal anak2 kita. Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-02-05 00:19




Bagus cerite drpd ibnu_muaz tue...

Rasenye macam nielah...kpd yg merokok dan ingin berhenti merokok tapi sangat susah sbb dah jadi ketagih.... ape kate pegi jumpe doctor and buat medical check up.

Then tgk report yg doctor bagi....penyakit ape yg bakal dihidapi...maybe stroke, cardiopulmonary diseases,diabetis melitus and etc...then tanye doctor secara details ape penyakit2 kat atas tue...then tanye jugak kat doctor bape lame lagi dijangka dpt hidup kat dunia nie.

Mudah-mudahan....dgn wujudnya this fear feeling, a very strong stimulation or pemangkin...dptlah kirenye membuka hati smoke-addict nie utk berhenti merokok.

Yg masih mude maybe akan fikir..."aku tak kahwin lagi, mane boleh mati awal"

Yg dah berkeluarga, ade anak dan isteri...bolehlah fikir cam nie..."kalau aku dpt penyakit nnt, mampukah aku utk rawat penyakit2 tue sedangkan aku ade isteri dan anak2 yg perlu ditanggung"

Juga utk yg dah berkeluarga..cube fikir cam nie pulak..."kalau aku hisap rokok, sape pulak yg hisap asap2 rokok yg banyak tue???....aaahh, isteri dan anak2 akulah....then, diorg pun maybe akan jatuh sakit jugak...kalau diorg pun buat medical check up nie, sure diorg akan benci kat aku sbb aku yg hisap rokok dan menyebabkan diorg jatuh sakit"

GOOD LUCK!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-02-05 00:27


Tambahan....

Kpd perokok yg masih mude dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan...maka fikirlah cam nie pulak:

"aku baru je kahwin...kalau aku mati awal disbbkan stroke..atau cancer peparu...ape yg akan terjadi kpd isteri aku yg cantik tue...adakah dia akan kahwin lain??....sape yg akan kahwin dgn dia???....adakah kawan rapat aku yg akan kahwin dgn dia???

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

norhanan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-02-05 09:00



Pada pandangan seorg kaunselor yg saya kenali...beliau katakan seseorg yg nak berhenti merokok nie kalau dia pegi jumpa kaunselor...kaunselor akan dua cara..cara yg pertama...si perokok nie akan diberikan berbtg-btg rokok sampai dia sendiri naik muntah nak hisap rokok lg mungkin 2 hingga 3 kotak hisap sekaligus kot..ha..ha..dan cara yg kedua..pengurangan jumlah btg rokok yg dihisap..mungkin dari pukul 8-9pg perokok akan hisap 2 btg rokok esok dikurangkan jadi satu..lusa tak hisap langsung...begitulah dikurangkan mungkin hari ini hisap lima btg esok jadi 2 btg..lusa tak hisap langsung...namun begitu kesabaran drpd perokok itu sendiri perlu ada...betulkan niat,tanam tekad dan beri tekanan utk berhenti rokok... macam Dr H.M Tuah la pulak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhananProfil   Hantar PM kepada norhanan   Quote dan BalasQuote

cincai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14080
Posting: 135
Dari: stairway to heaven

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 09:11


dulu jadi perokok tegar, skrg tidak lg....
saya berhenti sbb makwe saya yg suruh...
tp sbnrnya saya berhenti sbb rokok makin mahal, duit buat main sms lg best, ade gak hasil.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cincaiProfil   Hantar PM kepada cincai   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 21:17


Petua atasi keinginan merokok (amalan 8M)



Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.




Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.


Minum air galian atau masak dengan banyak.


Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.


Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.


Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.


Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).


Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok.


Hidup lebih lama.

Mencegah penyakit.

Kulit lebih sihat.

Melindungi orang lain.

Anak-anak lebih sihat.

Menjadi teladan yang baik.

Melindungi alam sekitar.

Meningkatkan kecergasan.

Meningkatkan deria rasa dan bau.

Lebih sihat.

Gigi lebih putih.

Rambut dan pakaian tidak berbau.

Kesuburan meningkat.

Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok


Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.


Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.


Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.


Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.


Ulser peptik dan gastritis.


Penyakit kulit seperti ekszema.


Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.


Penyakit tulang.


Rambut cepat beruban.


Kulit cepat berkedut.


Luka lambat sembuh.


Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.


Kesuburan berkurangan.


Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.


Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.


Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Fikir-fikirkanlah............

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-03-05 05:27


Ummu Salamah r.a. telah berkata: "RASULULLAH MELARANG DARI
MENGAMBIL SETIAP BAHAN YANG MEMABUKKAN (muskir) DAN YANG
MELEMAHKAN BADAN (muftir)."
- ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )

BBC News bertarikh 8 Februari 2002 melaporkan, Pakar-Pakar
perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar
pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal
ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat
didalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang
setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang
menghisap rokok, dadah nikotin akan menyerap masuk ke dalam darah
-nya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila
amalan ini berterusan, ketagihan akan menguasai dirinya. Kanak-
kanak yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko tinggi
untuk menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang
saluran nafas (bronchitis), radang tonsil (tonsillitis) dan
infeksi telinga. Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar (EPA) di-
Amerika menganggarkan lebih kurang 150,000 - 300,000 kanak-kanak
yang berumur 18 bulan ke bawah menghidap pendedahan kepada asap
rokok.


Sumber: Buku "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden"
oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 19:33


Tabiat merokok sejak 50 tahun lalu sudah mengorbankan 6.3 juta penduduk
di England dan Wales, jumlah yang hampir sama dengan bilangan penduduk
London ketika ini, menurut sebuah pertubuhan kebajikan barah semalam.


Empat puluh dua peratus kematian lelaki berusia 35 hingga 69 tahun dan
16 peratus wanita adalah akibat merokok antara tahun 1950 dan 2000,
menurut perangkaan yang diumumkan oleh badan kebajikan, Penyelidikan Barah
UK.

Bagaimanapun pakar epidemiologi Universiti Oxford, Profesor Richard
Peto yang menghimpunkan perangkaan itu berkata, sejak kebelakangan ini
semakin ramai yang berhenti merokok dan ia menyumbang kepada penurunan
ketara bilangan kematian akibat tembakau.

“Secara purata, mereka yang meneruskan tabiat merokok akan kerugian 10
tahun daripada umur masing-masing tetapi tindakan berhenti merokok
ketika usia 60, 50, 40 atau 30, mendapat memanjangkan usia antara tiga
hingga 10 tahun.

“Bagaimanapun bagi mereka yang terus merokok, separuh akan mati akibat
tabiat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Perangkaan yang dikeluarkan menjelang Hari Tanpa Rokok pada Rabu depan,
menunjukkan kematian golongan lelaki akibat merokok memuncak pada tahun
1960-an manakala kematian golongan wanita yang terpengaruh dengan
tabiat lelaki, mencatatkan paras tertinggi pada 1980-an.






Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 21:35




"wakaifa tasbiru 'ala maa lam tuhith bihi khubra"
bagaimana kamu boleh bersabar dengan apa2 yg aku tidak khabarkan kepadamu (perkara yg pelik pd pendapatmu)?

maka dijawab nabi Isa: "Kamu akan mendapatiku (dgn Izin Allah) aku tergolong dari golongan orang2 yg sabar"

Inilah pertanyaan Nabi Khaidir kpd Nabi Musa dalam surah al-Kahfi.

So soalan ni kalau ditanya kpd ana..... jawabnya mcm mana nak jawab ye? Pasal ana tak kan merokok....dan bagaimana nak henti merokok kalau dah x merokok?

PS:
1. Ana janji tak NAK MEROKOK time darjah 3 lagi. Alhamdulillah ana masih pegang dan ingat ikrar tu.

2. Dalam hal rokok ni jangan pula anda buat eksperimen dgn cuba-cuba untuk merokok dan kemudian berusaha pula utk berhenti merokok kerana apabila dah ketagih rokok, memang sukar nak tinggalkan melainkan anda betul2 kuat utk tahan dugaan 'ketagihan' nak henti merokok.
JGN SEKALI-KALI CUBA MEROKOK.

TQ.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-03-05 22:26


perokok nih takleh nak paksa.macammana tips you all bagipun..bukan dier nak ikut.jap lagi lepas depan pc nih...then kuar...jumpa kedailak..rokok di jual tersusun rapi..
bang!!dunhill 14 satu...ok dik..nantik dtg kedi abang lagi yer"takkanleh berhenti kecuali kezaman yg tinggi bagi perokok tuh sendiri,sebab banyak perokok memang ketagihan tapi ketagihan punca daripada nafsu.nafsu dari hati..dari hati ada niat..
jadi.."wa innama likullim riim manawa"hadis umar sahih...ko akan dpt apa yg ko niat..
so bagi perokok...korang sendiri pengubatnyer.,..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 23:28


wahai pengembara firdausi...Kalau kita fikirkan dengan akal yang waras mengenai bab rokok ini..mana yang lebih banyak kebaikan kah atau keburukan...

Mengenai hadis ibnu umar...persoalannya kurang tepat dengan topik bab rokok..sepatutnya yang jelas dalam firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud..Sesungghnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah mereka sendiri.."

sepatutnya kita sebagai orang muda mampu berhenti,ini tak..cuba kita lihat kisah seorang tua yg mampu berhenti merokok......ikutilah citernya...??/



DengaR LAH Petua seorang tua bagaimana berhenti merokok

SAYA telah merokok hampir 34 tahun dan telah membakar wang hampir RM40,000. Sejak 10 tahun lalu saya berusaha untuk berhenti dari tabiat buruk itu. Berbagai-bagai orang telah saya temui dan pelbagai cara telah saya lakukan, namun sia-sia belaka.

Setiap tahun baru, saya berazam tetapi tinggal azam sahaja. Pada suatu hari pada 16 Mac, 2004 secara kebetulan saya bertemu seorang tua (OT) di sebuah wakaf lalu berbual-bual dengannya.

Saya menceritakan masalah dan azam saya yang tidak pernah tercapai. Beliau menceritakan kepada saya beliau seorang perokok tegar selama 40 tahun tetapi telah berhenti sejak 10 tahun lalu. Beliau berumur 65 tahun.

Saya tertarik dengan kejayaannya itu dan bertanyakan petuanya. Alhamdulillah saya telah berjaya dan tidak lagi merokok sejak dari hari itu hingga kini.

Kepada saudara-saudara yang ingin berhenti merokok, saya perturunkan di sini nasihat beliau dalam bentuk dialog.

P: Saya ingin mendapat petua pakcik bagaimana berjaya berhenti merokok.

OT: Sebenarnya tidak ada apa-apa petua. Saya ingin bertanya kenapa awak merokok dan kenapa awak tidak boleh berhenti merokok.

P: Saya merokok kerana mendapat kepuasan dan keseronokan, tetapi tidak boleh berhenti kerana ketagih.

OT: Jawapan awak salah. Merokok sedikit pun tidak mendatangkan keseronokan tetapi memeningkan dan tidak juga mendatangkan kepuasan tetapi meloyakan selepas menghisapnya.

Awak tidak boleh berhenti bukan kerana ketagihan. Sebenarnya awak merokok kerana awak ada duit dalam poket dan tidak boleh berhenti kerana mental awak lemah, tidak kuat.

P: Saya kurang jelas dengan maksud pakcik.

OT: Begini. Awak berniat hendak berhenti merokok tetapi dalam poket awak sentiasa ada duit, jadi awak akan membelinya bila saja teringin. Jika dalam poket awak tidak ada duit, walau bagaimana teringin sekalipun awak tidak akan mendapat rokok kerana poket awak kosong.

P: Tetapi masalah juga pakcik kalau poket kosong, manalah tahu semasa berjalan saya terjumpa warung kopi, kempunan saya dibuatnya.

OT: Kalau awak ada 60 sen cukup untuk secawan kopi, awak sanggup tidak minum asalkan dapat dua batang rokok. Betul atau tidak.

P: Betul, tetapi masalah juga bagi orang bekerja, tentu perlukan duit untuk waktu rehat dan perbelanjaan ke tempat kerja.

OT: Kalau duit untuk perbelanjaan ke tempat kerja sahaja tidak apalah, sebab awak tidak akan sampai ke tempat kerja atau tidak dapat balik rumah jika duit itu digunakan untuk rokok. Maksud saya ialah jangan ada duit untuk makan sekali pun kerana duit itu akan bertukar dengan rokok juga akhirnya, kerana awak akan sanggup tidak makan.

P: Teruk juga pakcik nak berhenti merokok, sampai kena berhenti makan minum, poket pun kena kosong selalu.

OT: Tidak teruk, proses ini hanya 14 hari saja, lagi pun awak bukan tidak makan minum sepanjang hari, di rumah awak boleh makan minum sesuka hati awak, tetapi ingatlah, dalam poket tetap mesti kosong, kerana dekat rumah awak pun ada kedai jual rokok juga. Di sinilah yang saya katakan tadi mental kena kuat dan ingatlah bahawa di negara kita ini belum ada lagi orang mati kerana tidak makan, tetapi banyak yang mati kerana makan.

Orang paling miskin pun belum ada yang mati tidak makan, tetapi orang kaya dah ramai yang mati kerana merokok. Kuatkan mental awak di sini, insya Allah awak akan berjaya.

Lihat apa terjadi pada awak, apakah hasil yang awak dapat dari membakar duit sebanyak itu selain dari batuk, sakit dada, paru-paru dan jantung.

Jangan biarkan gas beracun menyelubungi rumah awak dan disedut oleh keluarga awak. Berhentilah.

Itulah sahaja caranya yang dapat saya nasihatkan kepada awak untuk menyelamatkan diri dan keluarga awak dan yang pentingnya menyelamatkan duit awak daripada terbakar begitu sahaja


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 23:35


assalamualaikum.....

dalam masalah ni....kita x boleh nak slah kan sape2..yg penting diri individu itu sendiri...adakah dia mahu berhenti atau sebaliknye...kita buat la motivasi ke atau ape2 la...sy rasa masuk telinga kanan kluar telinga kiri....sekadar dengar...

jd klu betul2 nak berhenti,seseorang itu mesti ade keazaman yg kuat...jgn ckp jer kat mulut tp buat lg...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

khairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 920
Posting: 147
Dari: ::selatan semenanjung::

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 00:04


berhenti merokok...saya sebagai bekasa perokok rase sebenarnya kalau nak berenti memang memerlukan keazaman yang tinggi. bukan mudah sebab bila dah ketagih rase kalau x meroko tu bende lain semua x boleh buat..tapi kenape mase bulan puase kita boleh tahan keinginan tu?? itu apa yang saya pikir masa nak berenti. xakan masa puase je kita boleh tahan dan masa lain kit ax boleh..so mase mula2 cubalah bawak berpuiase sunat..bila malam pula kita cubalah cari bende lain bila terasa nak merokok. banyakkan minum air kosong sebab air kosong bagus untuk sejukkan badan..erm yg lain nanti saya lagi...skang ni xde idea...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairiProfil   Hantar PM kepada khairi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 30-03-05 01:04


,
Isu yang agak panas. Diulas daripada bermacam segi.
Izinkan ana masuk campur. Mungkin bukan daripada sudaut agama atau perubatan, tetapi daripada pengalaman seorang saudara baru yang pernah diceritakannya pada ana...
Rasanya nama dan tempat bukan persoalan.
Percaya atau tidak, dia berhenti mengambil alkohol dan d***h pada bulan Ramadhan? Subhanallah, kata ana pada diri sendiri apabila mengetahui bahawa masa itu dia belum lagi memeluk Islam.
Agak menakjubkan. Dia mula berfikir tentang berhenti mengambil alkohol ketika dia minum bersama temannya(muslim) di sebuah cafe. Katanya, mana boleh dia minum sedangkan temannya tidak.
Dia mengambil alkohol dan dadah untuk mencari ketenangan.Dan, dia memang kaki botol yang agak kronik.
Bayangkan bagaimana seorang kaki botol yang agak kronik dan masih belum ISLAM dapat berhenti pada bulan Ramadhan.
Walaupun masih belum berhenti merokok, tetapi katanya, dia akan cuba berhenti pada Ramadhan mendatang. Mungkin agak pelik bagi anda, tapi, orang Perancis memang agak terkenal dengan kuat merokok!
Petuanya? Menurutnya, dia kuatkan hati untuk berhenti. Apabila dia ingin berhenti, tiada lagi istilah "ni yang last."Stok lama pun, sayonara!
Lagi, katanya, dia akan cuba ingatkan diri dengan janjinya yang telah dibuat dengan seorang rakan. Sesekali teringat, dia akan cuba ingatkan dirinya tentang temannya. Itulah yang telah dilakukannya suatu ketika dahulu, ketika belum Islam. Bagi kita yang Muslim, tentu sekali ALLAH swt sudah cukup sebagai saksi...

Semoga ALLAH swt memberikan hidayah pada kita semua untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat,juga mengurniakan inayah-NYA untuk membantu para perokok berhenti merokok.Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 23:09


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) sudah lama menggesa kerajaan mengharamkan penjualan rokok dalam kotak kecil iaitu berisi kurang 20 batang. Ia usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan apabila keputusan dibuat bagi mengharamkan penjualan kotak kecil pada 1 Julai ini.



CAP amat terkejut apabila mendapati pengharaman itu ditangguhkan kepada Jun 2006. Menurut laporan, penangguhan itu melegakan industri tembakau yang bimbang keuntungan mereka akan merosot dan merendahkan jualan.

Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, dipetik sebagai berkata “Ada rayuan daripada beberapa pengusaha dalam sektor ini dan menteri mengambil kira untuk pertimbangan ini.”

Di Malaysia, 50 kanak-kanak mula merokok setiap hari. Kira-kira 20 peratus daripada enam juta perokok di negara ini berusia antara 12 hingga 18 tahun.


-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-05-05 14:31


MENTERI Kesihatan baru-baru ini mendakwa banyak pihak berpendapat Kempen Tak Nak yang dilancarkan pada bulan Februari 2004 tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak berkesan.

Persoalan yang timbul, bagaimana kempen yang dianggap salah satu daripada kempen mega yang menelan jutaan ringgit boleh diluluskan dan dilaksanakan sebelum kajian yang terperinci mengenai arah tuju dan matlamatnya dipersetujui dan diluluskan terlebih dahulu? Bukankah ini akan merujuk kepada kelemahan dari kementerian itu sendiri?

Bagaimanapun saya pasti pelaksanaan kempen ini telah melalui berbagai-bagai proses yang sama seperti mana-mana kempen kerajaan yang lain.

Kementerian Kesihatan juga merupakan salah sebuah kementerian yang agak aktif dengan berbagai-bagai kempen pengiklanan yang telah dan sedang dijalankan. Oleh itu, agak mustahil kempen ini dapat dilancarkan dan dilaksanakan tanpa mengambil kira arah tuju, matlamat dan program susulan kempen tersebut.

Sebagaimana yang diketahui ramai, kempen ini merupakan kempen media, di mana matlamat kempen media adalah untuk mengukur sejauh mana keberkesanan kempen tersebut dalam mencapai sasarannya. Ini dapat dinilai dari segi tahap kesedaran orang ramai mengenai kempen tersebut.

Kempen ini secara sedar atau tidak, telah berjaya menarik perhatian masyarakat. Pelbagai komen dan pendapat yang diterima ini, dengan jelas menunjukkan kempen ini berjaya dalam mencapai matlamat asalnya.

Matlamat asalnya adalah untuk memberi kesedaran. Kesedaran ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Pertama, kesedaran tentang adanya kempen seumpama ini dijalankan.

Kedua, kesedaran dari segi memberi pendidikan dan maklumat mengenai bahaya merokok dan perkara yang berkaitan dengan merokok.

Ketiga, kesedaran dari segi mendapatkan maklum balas daripada masyarakat ke arah membantu perokok dalam usaha mereka untuk berhenti dari merokok.

Keempat, kempen kesedaran ini juga akan memberi tekanan secara langsung kepada syarikat-syarikat pengeluar rokok, dalam usaha mereka yang terus menerus mempromosikan barangan mereka.

Usaha kerajaan ini dilihat sebagai satu halangan kepada mereka, di mana ekoran daripada kempen ini, pelbagai usaha telah dipersetujui dan dijalankan, seperti menyekat dan mengurangkan aktiviti promosi mereka, menaikkan cukai ke atas tembakau, menghentikan penjualan rokok bersaiz kecil, menambahkan lagi kawasan larangan merokok di tempat awam, dan meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap undang-undang berkaitan dengan rokok yang sedia ada.

Kesimpulannya, saya berpendapat kempen seumpama ini perlu diteruskan, dalam usaha untuk memastikan maklumat tepat dan terkini, terutamanya mengenai kajian, penyelidikan dan kaedah-kaedah baru untuk membantu perokok dalam memberi kesedaran yang berterusan


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 14:22


assalamualaikum

marilah kita pakat hisap rokok belako...x soh dok bg la cara2 berhenti rokok....ore merokok ni bg sejuto sbb pon dia hisap jg...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12965 saat. Lajunya....