Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
Daeng_Jati: 5 hari yang lalu
skater: 7 hari yang lalu
HIKAL: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kuliah Dhuha Ustaz Zulkifli Ismail


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kuliah Dhuha Ustaz Zulkifli Ismail

Please Mendaftar To Post


Oleh Kuliah Dhuha Ustaz Zulkifli Ismail

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-05 22:52


Hadis Rasulullah (s.a.w), mafhumnya: Beristiqamahlah kamu, dan bahawa sebaik-baik istiqamah dan seelok-elok amal kamu itu ialah sembahyang, dan tiada yang sentiasa berwuduk itu melainkan mukmin yang kamil. (riwayat Ibnu Majah)



Huraian dan perbincangan hadis.



Di dalam membincangkan hadis di atas, Ustaz Zul menerangkan tentang kepentingan untuk kita beristiqamah dalam hal2 yang telah diperintahkan dan di dalam mengerjakan hal2 yang sunat. Sesungguhnya, orang2 yang Mustaqim (iaitu orang2 yang tetap dan beristiqamah), adalah orang2 yang tidak mengelakkan diri di dalam mentaati perintah Allah. Ustaz menerangkan tentang sifat manusia, yang sering mencari2 hujah untuk membenarkan apa yang kita hajati dan kita buat, walaupun perkara yang kita lakukan itu telah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, untuk mendapatkan nilai takwa yang sebenar, kita mesti mencuba untuk menjadi mukmin yang sentiasa yakin dengan segala yang telah ditetapkan, walaupun amat pahit untuk diterima dan diamalkan.



Namun begitu, untuk menjadi insan Mustaqim dan beristiqamah dengan sebenarnya adalah amat payah dan hampir mustahil. Saidina Umar Al Khattab, pernah ditanya oleh seorang sahabat, apakah maksud takwa yang sebenarnya? Lantas Saidina Umar menjawab, takwa itu adalah seperti berjalan di tengah2 duri yang tajam, dan untuk kita berjalan melaluinya, mestilah kita berhati2 sebelum melangkah (teliti bersungguh2 sebelum melakukan sesuatu). Maksudnya, konsep takwa dan istiqamah yang sebenar dalam berhati-hati dalam melakukan sesuatu seolah2 kita berjalan di tengah2 jalan yang berduri.



Namun, adalah menjadi sifat semulajadi manusia yang sering melakukan kesilapan dan lalai. Oleh itu, kita hendaklah mencuba bersungguh2 untuk beristiqamah dalam perkara2 yang kita mampu dan menurut keupayaan diri kita sendiri. Ustaz Zul menerangkan, membuat sesuatu perkara mengikut kemampuan dan keupayaan kita bukan bermaksud melakukan sesuatu secara sambil lewa dan main2, tetapi mencuba dengan bersungguh2, bersederhana dan beristiqamah dalam melakukan ketaatan, bukannya buat sikit2 jek. Salah satu sebab kenapa kita gagal untuk beristiqamah ialah kerana kita tidak bersederhana dalam beribadat dan melakukan amalan. Sebagai contoh, kadang2 tuh kita rasa macam nak sangat mengaji Al-Quran, sampai kita baca Al Quran 10 muka surat pun tak kisah. Tapi, pada hari lain, kita malas sangat nak baca Quran, kadang2 satu ayat Quran pun kita tak jenguk. Dalam Islam, bukan kuantiti ibadat yang penting, tetapi kualiti, kesempurnaan dan beristiqamah dalam ibadat yang menjadi keutamaan.



Ustaz Zul menerangkan, kunci kepada sifat istiqamah adalah jangan mengalah langsung kepada sifat2 hati yang jahat, dan melalaikan. Ustaz juga menerangkan, istiqamah dalam menunaikan solat adalah yang terpenting, dan sekiranya kita mampu beristiqamah dalam melakukan solat, Insya Allah mudah bagi kita untuk beristiqamah pada perkara2 yang lain kerana beristiqomah dalam melakukan solat adalah yang terberat . Konsep memelihara solat bukan sekadar mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, tetapi mencangkupi sifat bergegas untuk melakukan solat apabila masuk waktunya, menjaga adab solat, ikhlas, menjaga rukun, menjaga syarat sah solat, menjaga bacaan di dalam solat, dan macam2 lagi.



Kuliah 2: 20 sifat2 hati manusia (sambungan daripada perbincangan yang lepas)



Peringkat2 hasad ada 4 (tujuan Ulama’ membahagikan hasad kepada 4 peringkat adalah supaya kita dapat bermuhasabah dengan mudah).



Orang yang suka supaya hilang nikmat daripada orang lain (orang yang dihasadnya), walaupun dia sendiri tidak dapat nikmat tersebut.
Orang yang suka supaya hilang nikmat daripada orang lain (orang yang dihasadnya), kerana dia mahu supaya nikmat tersebut pergi kepadanya (contohnya konsep cantas-mencantas dalam organisasi)
Orang itu tidak kisah orang lain mendapat nikmat, tapi dia pun nak jugak nikmat yang sama. Kalau dia tengok orang lain dapat nikmat, tapi dia tak dapat nikmat yang sama, dia jadik jeles (hasad jugak namanya tuh). Contohnya, kita tengok kawan kita dapat bonus, tapi kita tak dapat. So, kita jadik jeles, walaupun kita taknak kawan kita tu hilang nikmatnya.
Orang itu terliur dengan nikmat yang dikurniakan pada orang lain, tetapi dia tak kisah kalau dia sendiri tak dapat nikmat tersebut. Contohnya, kita terliur tengok orang lain bawak kereta Mitsubishi Evo 8, tapi kita tak jeles pun pasal kita tau kita tak mampu. Sifat seperti ini adalah sifat hasad yang paling rendah.
Sekian, wassalam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096123 saat. Lajunya....