Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Daeng_Jati: 5 hari yang lalu
skater: 7 hari yang lalu
HIKAL: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Soal jawab surat wasiat (surat berantai)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Soal jawab surat wasiat (surat berantai)

Please Mendaftar To Post


Oleh Soal jawab surat wasiat (surat berantai)

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-05 22:44


Ustaz, saya ada menerima surat berantai
yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir
surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana
tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan
ustaz?

Soalan
kedua

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi
surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim
dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya
supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau
niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang
buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan
membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet.
Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini
supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih
mengedarkan risalah ini.


color=#8b0000>Jawapan

Setelah diamati,
ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari
segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad
bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya.
Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah
terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah
sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau
ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau
AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya
bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka
secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira
kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu,
warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat
berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad
yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah
kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang
memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya.60,000 orang akan mati
tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman?
Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat
baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan,
mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi
surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,
diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.


Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu
saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh
sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan
dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan
dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan
keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita
sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita
edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah
berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi
Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan
surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap
akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah
beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh
tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat
wasiat tersebut adalah haram. Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu
dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad
yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan
dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK
AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD Majlis Fatwa Kebangsaan
1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings
of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat
Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa,
seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas
penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).Dia pernah bertugas
di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai
mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam
usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881
hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed
Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya
Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi
Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin
Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia
1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed
Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.Peristiwa
ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia.Bekas Kadi Daerah
Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur
syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor
mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa
dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak
mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik
perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).


Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris
Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini
"termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T.dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra)serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan
niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat
Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana
menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan
baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan
murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar
jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan
sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam
lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya
dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa disedari oleh
si-pengirim.


Wallahualam.


color=#333399>"JANGAN MUDAH TERPENGARUH SEKIRANYA ANDA MENERIMA WASIAT
YANG SESAT SEPERTI INI. DELETE SEGERA SEBELUM ANDA TERMASUK KEDALAM
GOLONGAN YANG DIMURKAI ALLAH NAUZUBILLAH!!  JANGAN TERLALU MUDAH
MENERIMA SESUATU ILMU TANPA USUL PERIKSA"

Semuga kita semua
diampuni oleh Allah jua hendaknya....................


Jazakallah
Khairan Kathira,

x-last,

Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092002 saat. Lajunya....