1.TENANG....
Jika anda terlalu beria2.., ia boleh merosakkan semua 'niat baik' itu. Sebenarnya membuat wanita datang pada anda lebih dulu bukan perkara rumit! Anda hanya perlu tampil seadanya pada wanita yang anda suka. Tunjukkan bahawa anda seorang yang sederhana, jujur, sopan, sekali gus 'charming'. Semua itu akan membuat wanita terpikat pada anda.
2.BERSEMANGAT ....
Terutama ketika mendengar cerita2nya (walaupun itu hanya cerita2 biasa yang sebenarnya kurang menarik). Wanita dapat melihat bahawa anda seorang yang boleh diajak bicara. Jangan lupa untuk selalu memberikan tanggapan, saranan, nasihat, ataupun kata2 yang positif ketika wanita meminta pendapat anda atau ketika wanita bertanya tentang suatu masalah pada anda.
3.JANGAN MEMILIH ....
Jika selama ini anda termasuk seorang yang punya 'selera' tinggi dalam memilih teman wanita, mulai sekarang cubalah untuk tidak terlalu menetapkan kriteria rumit untuk mendapatkan calon kekasih. Perkara ini sebenarnya merupakan kebiasaan jelik yang banyak dilakukan lelaki atau pun wanita. Apalagi jika mereka merasa bahawa status sosialnya mulai meningkat. Anda perlu sentiasa ingat bahawa 'tiada siapa pun yang bersifat sempurna'.
4.JANGAN BERFIKIRAN NEGATIF ....
Ini akan membuat wanita kurang senang terutama jika dia merasakan dirinya dibandingkan dengan wanita lain.
5.JANGAN MENGONGKONG
Anda boleh memperlihatkan perasaan suka anda, sekali gus berharap wanita akan menyukai anda. Tetapi itu tidak memberi anda hak untuk mengongkong, apalagi sampai mengikatnya. Wanita punya kebebasan yang sama seperti lelaki dalam bergaul atau pun beraktiviti bersama teman2nya.
6.PINTAR MEMBACA SITUASI....
Jangan halangi dan sempitkan ruang geraknya. Jangan pula sentiasa berada dekatnya. Jangan biarkan dia berfikir segala kegiatan yang dilakukannya harus dilakukan atas izin anda. Jika anda begitu, wanita akan berfikir apa akan jadi dengan dirinya nanti jika anda jadi kekasihnya???
7.BIARKAN WANITA MENEKA ...
Buat wanita meneka2 di mana anda berada sekarang, apa yang sedang anda lakukan, dan dengan siapa anda berada. Dengan tiu wanita akan waswas, khuatir, cemas, bercampur rindu atas ketidakhadiran anda ini.
8.SEDIA MEMBANTU ....
Ketika dia dalam kesusahan atau ada masalah , perlihatkan bahawa diri anda terbuka untuk mendengar dan bersedia memberi saranan agar masalahnya cepat selesai.
9.SENYUM
Para ahli pun menyarankan banyak senyum untuk merefleksikan diri anda agar orang lain dapat berfikir bahawa diri anda mempunyai fikiran positif dan stabil. Dan jangan ragu2 untuk menularkan kebiasaan tersenyum pada wanita. Caranya mudah, ketika anda sedang berduaan, buatlah jenaka atau kegiatan lain yang dapat membuatnya tersenyum dan tertawa. Percayalah, empat dari lima wanita lebih memilih kekasih yang punya humor tinggi.
10.JANGAN KERAS KEPALA ....
Jangan sekali2 anda keras kepala di depannya. beri dia ruang untuk mengekspresikan dirinya. Berikan ia ruang untuk membuat anda senyum.
11.JADI TERBAIK UNTUKNYA ...
Tapi jangan anda memaksakan diri anda untuk melakukan perkara yang tidak dapat anda lakukan. Hanya lakukan yang terbaik dan jadilah diri anda sendiri; maka semuanya akan berjalan lancar.
12.JAGA PENAMPILAN ....
Penampilan yang rapi dan bersih (apalagi harum) sangat digemari wanita. Usahakan untuk menjaga nafas anda supaya tetap segar, kerana wanita boleh pengsan ketika secara tidak sengaja mencium bau 'tong sampah' yang keluar dari mulut anda!
13.JANGAN AGRESIF ...
Cuba tahan keinginan untuk bertindak terlalu agresif, seperti menelefon lebih 10 kali sehari, mengirim SMS sebanyak 90-100 kali sehari yang isi2nya terlalu memperkatakan cinta mahupun rayuan. Sebaliknya, buatlah agar diri anda jarang menelefon, jarang hantar e-mel, jarang bertemu, ataupun hantar SMS. Itu akan terus membuat anda mempesona, tidak membosankan, dan yang pasti, membuat wanita rindu pada anda.
14.JANGAN MENURUTI KEINGINANNYA ...
Usahakan untuk sedikit menjaga imej dengan selalu tampil 'cool' di depannya.
15.MISTERI ....
Buatlah diri anda se misteri mungkin. Wanita sebenarnya suka perkara yang berbau misteri. Tak percaya? Cuba anda jarang bertemu atau menelefon. Pasti wanita mencari-cari anda.