Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hari valentine


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hari valentine

Please Mendaftar To Post


Oleh Hari valentine

Nasrul
Warga Rasmi
Menyertai: 26.06.2003
Ahli No: 1721
Posting: 1
Dari: bumi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-06-03 17:41


Assalamualaikum

Just nak kepastian,is it realy true yg hari valentine disambut kerana islam dikalahkan.
apa hukum merayakanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For NasrulProfil   Hantar PM kepada Nasrul   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 26-06-03 17:49


Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.


Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati kemenangan tersebut

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh(haram)orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih; pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya; kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

"Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka." (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

"Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.


-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 26-06-03 18:50


saya yg sedih...everytime birthday kena celebrate one day after it....pasal birthday jatuh pada valentine day....sedih... tapi apa saya dengar time kekalahan islam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-06-03 00:10


memang betul, valentine di sambut tanda kasihnya raja kristian terhadap valentino kerana berjaya menewaskan org islam...


p/s: bagi pakwe/makwe anda yg celebrate valentine, sesungguhnya anda seorg yg malang kerana dihargai hanya satu hari dari 365 hari... bagi saya hari kasih sayang, hari ibu dan hari bapa setiap hari bukan hanya 1 hari yg tertentu aje...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 00:44


syukran jazilan kathira muttaqin.... akak harap persoalan nasrul tu dah terjawab... dan kepada yg lain2 yg masih x tau dan masih tertanya2, keliru and so on... akak rasa penjelasan muttaqin dah cukup jelas....

err, akak sokong ape yg izdham kata... lagipon, lebih utama kita mengingat Al-Khaliq.... Yg paling layak kita cinta dan kasih sepenuh hati....pasti takkan hampa.... terjamin bahagia dunia dan akhirat.... memang naluri, fitrah manusia perlukan kasih sayang sesama manusia, dgn syarat ia x menyebabkan kita lalai dr mengingati Allah.... jgn sampai terikut2 budaya org kafir... beringat2 sentiasa.... ok?


-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 08:15


Assalamualaikum wbt.

Hari Valentine ini ada sejarahnya tersendiri ,Valentine Day sebenarnya terdapat pelbagai pendapat ttg asalnya.Sesetengah pakar menyatakan bahawa ia bermula dari Saint Valentine,seorang berbangsa Rom yang mati mempertahankan agama kristian.Beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Februari 269M.

Selain dari itu ada sebuah lagenda mengatakan bahawa Saint Valentine telah meninggalkan nota utk mengucapkan selamat tinggal kpd seorang anak perempuan pegawai penjara yg telah menjadi sahabatnya.Beliau telah menandatangani nota tersebut dengan kata2 "Daripada Valentine anda"

Kisah tersebut turut mengatakan bahawa Saint Valentine telah berkhidmat sebagai seorang paderi di gereja semasa pemerintahan Maharaja Claudius.Claudius telah memenjarakan Valentine krn mengingkarinya.Dalam tahun 496M Pope Gelasius telah memperuntukkan tarikh 14 Februari bagi menghormati Saint Valentine.

Ana harap dengan sedikit sejarah yg ana sebutkan tadi,remaja Islam perlulah sedari dan insafilah apakah sebenarnya yang diraikan sempena Valentine Day ini.Fikirkanlah dengan fikiran dan hati yg rasional,adakah wajar ianya disambut dikalangan masyarakat Islam?Sesungguhnya agama Islam ada cara2 yang tersendiri dalam memperlihatkan kasih sayang dan memilih jodoh.Al-Quran dan Hadis junjungan besar Nabi Muhammad saw telah memberi garis panduan tentang perkara ini.

Allahu SWT A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

amad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland

usa  


posticon Posting pada: 29-06-03 11:43


Assalamualaiakum...

ana sedih juga melihat remaja2 sekarang nih...betapa berjayanya pengaruh kristian terhadap pemikiran umat Islam sekarang...kita harus sebar2kan...

adalah haram kita meraikan apa2 perayaan sekalipun yang melibatkan agama lain...termasuklah valentine's day nih...tidak salah sekadar kita menghormati mereka yang meraikannya..tapi kita tidak seharusnya meraikan bersama...

berkasihlah kerana Allah...insyaAllah akan diredhai dan diberkati...segala apa dalam hidup ini telah pun ditetapkan batasnya..

wallahua'lam..

-----------------
~berjalan, melihat, mentafsir..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For amadProfil   Hantar PM kepada amad   Pergi ke amad's Website   Quote dan BalasQuote

ucop
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1457
Posting: 56

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-07-03 19:19


Assalamualaikum..........

Maaflah ana kurang skit pengetahuan dalam hal2 seperti ini.....

Memang kita sebagai umat islam sepatutnya berfikir pangjang sebelum melakukan sesuatu yang berkaitan dengan perayaan2 yang dianjurkan oleh agama lain.

Kadang2 tujuan mereka megadakannya adalah untuk menyesatkan akidah umat islam....

Ingatlah Allah,InsyaAllah kita akan dilindungiNya

Wassalam

-----------------
BUAT SELAGI BOLEH ,USAHA SELAGI MAMPU
AGI IDUP AGI NGELABAN.
ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucopProfil   Hantar PM kepada ucop   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 04-07-03 17:29


assalammualaikum..
ana setuju dengan Muttaqin...
sejarah Valentine's Day memang kebanyakkan dah tahu..tapi kenape tah suke gak sambut..
Islam tue agame kasih sayang..kite kene tunjukkan sayang dan perhatian tue setiap hari bukannye sehari dalam setahun...
Wasalam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112038 saat. Lajunya....