Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pelangi muncul selepas Jemaah selesai melontar


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pelangi muncul selepas Jemaah selesai melontar

Please Mendaftar To Post


Oleh Pelangi muncul selepas Jemaah selesai melontar

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 14:46


Pelangi muncul selepas Jemaah selesai melontar


MAKKAH: Sepuluh peratus daripada jemaah haji Malaysia yang melakukan nafar awal selesai melakukan ibadah haji dengan melakukan kerja melontar di ketiga jamrah Ula, Wusta dan Aqabah di Mina sebaik saja masuk waktu subuh semalam.



Antara jemaah haji yang menyelesaikannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Abdullah Md Zin, Setiausaha Parlimen JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Zainol Mahmood.

Jemaah haji yang melakukan nafar awal hanya perlu melakukan kerja melontar pada hari pertama dan kedua tasyrik iaitu pada 11 Zulhijjah dan 12 Zulhijjah dan ia dilakukan kerana mereka mempunyai tujuan tertentu.

Turut kelihatan melakukan kerja melontar jamrah ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Sebaik saja jemaah haji bergerak keluar daripada kawasan Mina selepas selesai kerja melontar itu, petir sabung menyabung kelihatan di langit Makkah diikuti hujan renyai.

Jemaah haji dari seluruh dunia yang berjalan pulang ke tempat penginapan kemudian mula berdoa serta melaungkan “Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!.”

Hujan menjadi lebat seketika dan apabila sinaran matahari kembali menerangi suasana bumi, dua pelangi kelihatan menjelma serentak di langit Mekah untuk beberapa minit.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr Azmi Ahmad berkata penjelmaan kedua-dua pelangi yang selari di langit itu dan hujan yang turun pada masa itu jarang-jarang berlaku.

“Perkara ini jarang berlaku dan ini menunjukkan rahmat Allah,” katanya,

Katanya, 90 peratus lagi jemaah haji Malaysia akan terus bermalam di Mina untuk menyelesaikan kerja melontar di ketiga jamrah buat kali terakhir pagi esok sebelum kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sae haji serta bertahallul atau bercukur. – Bernama

Katanya, jemaah haji akan mula membuat persiapan pulang ke tanah air mulai 28 Januari.

Menurutnya setakat ini operasi haji di kalangan jemaah Malaysia berjalan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. –

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 23-01-05 17:17


pelangi ? biasalah pelangi muncul selepas hujan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 21:38


mmg lah biase..tp ni dah 2 pelangi..huhu..kuasa Tuhan....

tp paperhal pun..rasenyer bende ni leh gak dikaitkan dgn tanda tanda kiamat..koT..mesti ada something wrong dekat molekul2 di langit

Wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

izzatuljannah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13674
Posting: 9
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 22:49


smua ni mnunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha Hebat...cume kite ni yang perlu dperingatkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzatuljannahProfil   Hantar PM kepada izzatuljannah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 19:02


--- salafi2sunnah wrote:

>
> --- In [email protected], siti hajar mohsin
>
> wrote:
> > Pelangi muncul selepas Jemaah selesai melontar
> >
> >
> > MAKKAH: > Hujan menjadi lebat seketika dan apabila
> sinaran
> > matahari kembali menerangi suasana bumi, dua
> pelangi
> > kelihatan menjelma serentak di langit Mekah untuk
> > beberapa minit.
> >
> > Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr Azmi Ahmad
> > berkata penjelmaan kedua-dua pelangi yang selari
> di
> > langit itu dan hujan yang turun pada masa itu
> > jarang-jarang berlaku.
> >
> > "Perkara ini jarang berlaku dan ini menunjukkan
> rahmat
> > Allah," katanya,
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
>
> he he he tak habis2 dgn khurafat orang melayu kita
> ni...
>
> orang melayu memang anih dgn misteri pelangi. orang
> kelantan
> menamakan pelangi ni teganu. ia berada di kaki
> langit. Siapa yg
> mengejar pelangi dan sampai ke kakinya akan menemui
> harta karun.
>
> Mina mengalami hujan lebat sekitar satu jam dan ada
> banjir kilat
> berlaku. Bila hujan reda dan matahari keluar, maka
> terbentuklah
> pelangi.
>
> Pelangi bukanlah suatu misteri. Tanya anak-anak kita
> dalam pelajaran
> Sains, mereka akan dapat menghuraikan apa itu
> Pelangi.
>
> Ini khurafat kedua selepas khabar angin pintu
> Ka'abah gagal dibuka
> pada awal bulan Zulhijjah oleh Khadam dua Tanah
> Suci.
>
> s2s
>



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 24-01-05 19:09




Quote:
he he he tak habis2 dgn khurafat orang melayu kita ni...



maaf yer ummi, tp ana nak tanya sket.. tang mana yg khurafat tu..?? salah ker andai kita ckp pelangi yg keluar tu sbg rahmat Allah.. takkan dah dikira khurafat kot..

Allahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 21:12




subhanallah...

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 21:12




subhanallah...

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 22:55


Bukankah semuanya itu adalah rahmat Allah.....subhanaalah.....

firman Allah s.w.t

"....dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.....(surah Ali-imran :191..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 23:01


Kalau kita teliti dan hayati apakah sebenarnya makna khurafat...adakah tanda-tanda seperti itu dinamakan khuarafat..????. :-

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 23:05


MasyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-01-05 01:26


yg dimaksudkan oleh ummi bukan ttg pelangi tu tp pemikiran yg bukan2. menganggap pelangi di mekah sbg tanda2 kiamat tu bkn perkara yg betul. tidak ada dalil yg menyebut hal sedemikian. xkan semua perkara pelik dikaitkan dgn kiamat. tidak salah mengingati hari kiamat asalkan tidak keterlaluan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 25-01-05 01:49




betul ker cam tu, kasihmu-amanahku..?? ana tak nampak apa yg silap pd penyataan asal dr. azmi tu.. lg pun bila syeikh s2s kata mende tu khurafat, sbnrnya tak der kaitan dgn apa yg islamic_prince cakapkan.. coz it was taken from another forum..

apa yg kita faham ttg khurafat..?? mengatakan hal2 yg jrg terjadi sbg tanda rahmat Allah SWT, adakah dikira khurafat?? jgn terlalu mudah keluarkan hukum..

Allahu a'lam..


[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2005-01-25 01:52 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-01-05 03:14


saya tidak mengatakan kenyataan yg dibuat oleh dr azmi itu suatu perkara khurafat. tetapi,bila islamic prince mengatakan bahawa ianya boleh dikaitkan ngn tanda2 kiamat.....bkn ke pelik namanya? x semestinya yg jarang berlaku itu tanda2 kiamat. jgnlah berfikiran negatif krn tiap sesuatu yg berlaku,ada sebabnya.jgn terlalu cepat membuat andaian sedemikian krna ianya boleh mengelirukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 25-01-05 11:00


Alhamdulillah dengan rahmat Allah swt...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-01-05 12:20


betul kata kasihku-amanahku ..kita jgn cepat menyangka tentang perkara yg pelik ..dan membuat andaian terlalu gopah...kalau org yang tak berilmu mungkin dia tahu cerita nih mula la dia takut...tanpa ada nas dan dalil yg kukuh ... seperti pintu kaabah terbuka ..banyak sms di forwardkan memberi gambaran buruk untuk menakutkan ummat islam ...tetapi ia merupakan satu fitnah..bersesuaian dengan tanda kiamat ..fitnah akan berleluasa ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

orchidesa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12928
Posting: 133
Dari: perak-selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 08:51


subahanallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For orchidesaProfil   Hantar PM kepada orchidesa   Pergi ke orchidesa's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 23:08


Walaupun kita mempunyai ilmu tapi tak sepatutnya kita terlalu mudah menghukum.......!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-02-05 23:32




saya nampak gini...

kita bayangkan dunia nie mcm org tua...

org tua biasanya akan nampak pd keadaannya stgh2 perkara yang pelik2...cthnya tak pernah marah2...tetiba marah2...byklah cth...

jadi biler pelangi dua timbul di mina selepas jemaah melontar,suatu perkara yg mmg setakat yg saya ingat tak pernah berlaku...maka kita harus waspada...

sepertimana salji turun di tabuk dan dubai...itu semua jadi peringatan pd kita bahawa dunia makin tua...dan kiamat semakin dekat...

jadi jgnlaa kita kata benda2 nie khurafat....

kdg2 saya heran dan kesal, knp golongan pro-salafi terlalu cepat memandang negatif perkara2 yg ghaib....anda takut kenyataan atau ape sebenarnya?...

lagi satu banjir di mina dan madinah bg saya menunjukkan ia adalah peringatan dari allah terhadap org2 di sana yg semakin lupakan allah....
mana taknya tak beramal dgn zikir dan majlis zikir....ingat allah mase solat je....doa lepas solat pun tak nak beramal...

cuba kak ummi & co. baca dan lihat tafsiran ayat 189-191 surah Ali 'Imran...dan hayatilah...dan kembalilah kepada kami Ahli Sunnah Wal Jama'ah Asya'irah dan tinggalkan aliran Salafi yang semakin kering dengan idea dan metod....dan semakin ditolak oleh penduduk Arab Saudi dan Arab Teluk....tak percaya,tgklah rancangan Awlawiyat di ART...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109292 saat. Lajunya....