Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: kurniaan sifat malu pada wanita...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kurniaan sifat malu pada wanita...

Please Mendaftar To Post


Oleh kurniaan sifat malu pada wanita...

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 26-06-03 16:22


“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Petikan : Muslimah, m/s 9 (bil.183)


-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-06-03 23:36


besarnya nikmat Allah pada manusia.....tapi masih ada org yg tidak mensyukurinya

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 28-06-03 00:24


assalammualaikum....

sifat malu .....sebenarnya kalau kite adedan pegang konsep muraqabatullah .insya allah sifat malu ada ..tak kira pada wnita atau lelaki ....malu untuk membuat perkara mungkar dan maksiat kerana tahu dan percaya ALLAH dekat dan melhat serta mengetahui segala perbuatan yang kita laakukan ...insya allah sama 2lah kita tadbiqkan ...waalahualam ...
wassalam ...

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-03 17:30


wanita dihiasi dgn pelbagai keistimewaan..alangkah ruginya jika wanita itu sendiri tidak dapat menghargainya sebaik mungkin...malu yg ada pada waniata itu adalah lebih baik dr ada pd lelaki..hargailah...



-----------------
"Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

ucop
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1457
Posting: 56

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-07-03 19:13


Assalamualaikum.........

Sememangnya didunia ini terdapat kaum lelaki dan wanita.......
Seperti yang Ummu kata,setiap manusia ada sifat malunya tak kira malu terhadap apapun......
Walaubagaimanapun,wanita mempunyai kelebihannya...
sifat malu untuk melakukan perkara2 yang akan menarik perhatian orang.....

Malangnya,terdapat juga wanita yang tidak mempunyai sifat itu..Zaman serba moden ini sememangnya setiap insan ingin mengikuti arus peredaran zaman sehinggakan sifat yang ada pada mereka hilang ditelan zaman.

Cuba kita lihat kebanyakan wanita zaman sekarang.Sifat pemalu mereka telah hilang.Mereka lebih suka menarik perhatian orang disekeliling mereka.Ingin menunjakkan bahawa mereka juga mampu melakukan seperti yang mampu dilakukan oleh kaum lelaki.Kalau ia kearah kebaikan tidaklah mengapa.

Tetapi,wanita yang sanggup untuk melawan sifat malu untuk memajukan diri mereka itu sepatutnya diberikan galakan agar kaum wanita tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden ini...
Elakkan peristiwa di zaman jahilliyah berulang kembali........

Wassalam

-----------------
BUAT SELAGI BOLEH ,USAHA SELAGI MAMPU
AGI IDUP AGI NGELABAN.
ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucopProfil   Hantar PM kepada ucop   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-03 17:03


as'kum...sesungguhnya sifat malu itu adalah pakaian muslimah solehah..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 09-07-03 18:03


beruntunglah mereka yang dapat menjaga sifat malu yang ada..

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.192031 saat. Lajunya....