Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru
menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil
memerhatikan suasana di sekitar mereka.
Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.
Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, "Nak,
apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi
mengulangi soalan yang sama.
Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu
menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalanyang sama. Si
anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama
diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"
Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi
mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar
dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si
ayah, "Gagak la ayah.......".
Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka
mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak
benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima
kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan
jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung
gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu
marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang
terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan
sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang
masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau
baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.
Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini
aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun.
Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus
menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku
menjawab, "Burung gagak".
Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan
setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali
anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus
menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya
menjadi suatu pendidikan yang berharga."
Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka
memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan
bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak
limakali, dan kau telah hilang sabar serta marah."
MORAL OF THE STORY:
"BERSAMA-SAMALAH JAGA HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI
MENGECILKAN HATI MEREKA"