Oleh |
website bukan Islam Liberal |
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-01-05 20:39
Hafiz Firdaus" Date: Mon, 17 Jan 2005 22:49:04 -0800 (PST) Subject: [fikrah] Laman Web Baru: Bukan Islam Liberal !
warahmatullah,
Alhamdulillah, sukacita diumumkan penubuhan sebuah
laman web terbaru yang khusus untuk menangani aliran
Islam Liberal.
Aliran Islam Liberal ialah satu aliran atau kefahaman
yang sedang menyerang Islam dan umatnya masa kini.
Tokoh-tokoh mereka mendapat tempat untuk menulis dalam
akhbar-akhbar harian dan ia banyak meyakinkan orang
ramai.
Kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Sebelum ini
alhamdulillah Majalah i terbitan Karangkraf telah
mengambil inisiatif yang berani untuk membongkar
kewujudan aliran ini.
Ia kemudian diikuti dengan buku saya "Himpunan Risalah
Dalam Beberapa Persoalan Ummah" yang khusus
menghimpunkan risalah serta artikel ilmiah dalam
rangka menjawab tulisan-tulisan aliran Islam Liberal,
khasnya tulisan Astora Jabat dan Sisters in Islam.
Kini kita melangkah setapak lagi ke depan dengan
penubuhan sebuah laman web khas. Penubuhan laman web
ini adalah penting untuk memudahkan umat Islam membaca
artikel-artikel yang menjawab aliran Islam Liberal
secara percuma. Lebih dari itu ia juga dapat dirujuk
oleh umat Islam di serata dunia.
Alamat laman web ini ialah:
http://www.bukanliberal.org
Sila forwardkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan
forum yang lain agar sama-sama kita peroleh
manfaatnya.
wassalam.
-----------------

|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 18-01-05 23:05
Syukran jazilan ummimq untuk info yang cukup berguna...
Alhamdulillah, laman web tersebut nampak begitu bagus. InsyaAllah, akan ana dalami dalam masa yang terdekat. Apa pun, kewujudan laman web seperti ini memang penting dalam usaha untuk menangani fahaman Islam liberal yang cukup meluas masa kini...
Mungkin inilah antara platform dalam usaha untuk memurnikan ajaran Islam yang sebenar. Yang pasti, saluran-saluran seperti ini amat terhad berbanding saluran yang disediakan buat ideologi liberalisme...
Tahniah kepada Ustaz Hafiz Firdaus. Semoga lebih ramai di antara kita akan mengikut jejak langkah Ustaz Hafiz demi memelihara Islam hakiki dari terus dipijak-pijak...
Allahu Ta'ala a'lam... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 20-01-05 14:36
harap-harap bukanislamliberal bukan jugak islamextreme...
biarlah ke arah kasih sayang,silaturahim dan ukhwah....
bertunjangkan prinsip tasawuf yg menjaga rohani kita,insya-allah...
kerana kita semua hidup kerana NUR MUHAMMAD yg allah kurniakan sebagai rahmat semesta alam.
|
nawwal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.
|
Posting pada: 24-01-05 23:51
 ..
maaf,topik ni ana alih ke Bincang Agama...
wassalam ----------------- Andai bertemu..sapalah aku Andai tersilap..bimbinglah aku Andai berduka..khabarkan padaku Andai berpisah..kenangilah aku Andai Khaliq m
|
menj
Warga Rasmi Menyertai: 25.05.2004 Ahli No: 9160
Posting: 2
Dari: BTHO
|
Posting pada: 05-02-05 12:30
Quote:
| kerana kita semua hidup kerana NUR MUHAMMAD yg allah kurniakan sebagai rahmat semesta alam.
|
|  ,
Hadis mengenai "nur muhammad" adalah hadis palsu, harap maklum Wassalam.
- MENJ
|