Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 8 hari yang lalu
lidah-penghunus: 10 hari yang lalu
muslimin23: 18 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: adat melayu=adat hindu?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» adat melayu=adat hindu?

Please Mendaftar To Post


Oleh adat melayu=adat hindu?

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 12:28


assalamualaikum

mungkin topic ini sensitif..
dan mungkin juga akan jadi chipsmore..
kejab ada kejab takde....
apapun..sebagai manusia saya akan terus sampaikan apa yg saya rasakan salah disisi agama....

umum mengetahui org melayu mula masuk islam pada 1411 dimelaka.maka islam tersebar hingga keseluruh pelusuk tanahair hingga sudah termaktub dlm perlembagaan bahawa melayu itu islam dan islam itu melayu.sejak dahulu hingga sekarang ummat islam berpuasa,sembahyang berzakat menunaikan haji mengikut acuan islam yg sebenar.tapi adat hindu masih sebati.kita lihat 3 contoh dlm adat melayu ini...

1.perkahwinan...
bersanding,wang hantaran,menitik inai....

2.kelahiran....
berlenggang perut,cukur kepala(rantai dan kelapa serta kemenyan)

3.kematian....
kenduri 3 hari,7hari,40 hari dan seratus hari
kemenyan dibakar....

sedar2 tak sedar..
pasti ramai yg telah melaluinya..
yg pastinya....kite org islam...
ikut acuan kita..jgn ikut acuan agama lain..
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri..

p/s..biar mati adat..jgn mati iman..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 26-06-03 13:06


Assalamualaikum

sebelum ini ana pernah memberi penerangan berkenaan isu ini.

ini merupakan latar belakang pekara tersebut.


Jenis Amalan Beragama Orang-Orang Melayu Sebelum Islam.

Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-

1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa
2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi
3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. ( Animisme )

Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga."

Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.

Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.

Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.

Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan,mereka semata-mata sahaja..












-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-06-03 14:19


memang betul tu, adat org melayu banyak di pengaruhi org2 hindu ini kerana sebelum tanah melayu menerima islam kebanyakkan org sini menganut agama hindu.... klu adat org2 hindu tak bertentangan dgn agama islam saya rasa tak salah... lagi pun lain bangsa lain adatnya... cuma yang perlu di pertikaikan sama adat itu bercanggah atau tak dgn agama Islam itu yang penting....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 26-06-03 21:23


tak salah sebelum datangnya islam...ramai melayu mengganut agama hindu...jadi mungkin banyak pengaruh datang dari situ kot.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 27-06-03 17:05


just copy n paste mengenai topik yg sama..

----- Original Message -----


HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU

Assalaamu 'alaikum wr wb

Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya
akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada
darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu
sahaja,
tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian
diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu
di
sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.
Orang
Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak
dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu
zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi
pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah
perlu
ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada
logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu
akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga
menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan
Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar
dan
melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak
dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada
padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja
semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga
hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan
anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan
Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala
Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak
bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah
tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang
salah.
Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis
akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah
dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan
nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang
bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti
semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah
mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di
atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas
mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur,
bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati
adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana
mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang
betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti
bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:

"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.

Semuga bermanfaat.

Wassalam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 14:22


Inilah kelemahan orang Melayu. Taqlid buta, hinggakan tidak sedar bahawa adat Melayu telah diterapkan dengan budaya² daripada agama Hindu dan selainnya...

Malangnya, adat² yang dipetik dari pelbagai sumber ini kadangkalanya bertentangan dengan syariat Islam, dan tidak keterlaluan sekiranya dikatakan ada yang menyumbang pada perbuatan syirik dan khurafat ! NauzubiLlahi min zalik...

Adat Melayu sewajarnya diselaraskan dengan hukum-hakam Islam. Islam telah lengkap (rujuk Al-Maaidah : 3), dan tidak perlu ditokok tambah dengan adat² yang dikatakan kononnya sebahagian dari Islam. Sememangnya Islam menghormati 'uruf, tetapi dengan syarat TIDAK MELANGGAR BATASAN SYARAK samada dari sudut Aqidah, Syariah, Fiqh serta cabang² Deen yang lain...

Dalam melaksanakan suatu adat, sebaiknya kita perhatikan dahulu samada perbuatan tersebut bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau pun tidak. Sekiranya ya, maka WAJIB ditinggalkan, dan sekiranya tidak, laksanakanlah dengan wasathiyah tanpa berlebih-lebihan...

Janganlah kita beralasan bahawa "Ini adalah adat nenek moyang kita, jangan ditinggalkan." Alasan ini serupa alasan puak Arab jahiliyah. Ingatlah, di dalam Al-Quran telah termaktub larangan jangan mengikuti suatu golongan tanpa berlandaskan kalam Allah dan sunnah Rasul. Rujuk surah Al-An'aam : 116...

Sekilas pandangan dari ana dha'if jiddan...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 30-06-03 22:00


info yang menarik..
best ..semua ade pendapat..
hafiz takde la..hehe
tak pandai sangat..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

aniza
Warga Rasmi
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1924
Posting: 11
Dari: bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-07-03 16:37


assalamualaikum.....
pada pendapat ana perkara ini tidak salah dilakukan jika ia tidak bercanggah dengan hukum hakam islam...spt kenduri selepas orang meninggal adakah salah....sebab orang kita kenduri..kenduri arwah..bukannya kenduri ntah apa2..........
saya tidak lah tahu sangat mengenai ini tapi ...adalah tau sikit2 je....cuma saya tak paham dengan apa2 yang di cakapkan oleh saudara...[yang mula2 citer pasal nie] okalah...kalau ada salah betulkanlah ye.kerana semua orang memang ada melakukan kesilapan....
assalamualaikum....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anizaProfil   Hantar PM kepada aniza   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-03 16:57


waalaikumussalam...
kpd aniza...ana ingin memperbetulakn apa yg ana kata...
menurut mazhab Imam Syafie...amalan kenduri arwah merupakan satu perbuatan bida'ah yg x pernah dipraktikkan oleh RASULULLAH S.A.W. dan para sahabat....malah IMAM SYAFIE dan IMAM NAWAWI menghukumnya sbg haram...
jikalau musykil,sila rujuk kitab2 yg dikarang oleh IMAM SYAFIE atau kpd alim ulama'....

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

yeopmi_in-team
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 164
Posting: 104
Dari: Perak Darul Ridzuan

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-03 17:22


tq info tue .......

-----------------
[img]http://ukhwah.com/gallery/gallery/Art/yeopmi_in-team.gif[/img]

SALAM UKHWAH & SALAM PERSAUDARAAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopmi_in-teamProfil   Hantar PM kepada yeopmi_in-team   Pergi ke yeopmi_in-team's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-07-03 10:29


mmmmmmmmm...
kalo nak wat kenduri boleh...
tak salah....
tapi biar ikut kemampuan...
yg menjadi masalahnya adalah..
ada hari2 tertentu..
ada masa2 tertentu ...
dan tarikh2 tertentu..
itu yg tak boleh...
3hari-7hari-40hari-100 hari...
ini org hindu je yg buat....
tapi disebabkan adat ini adat turun temurun...
ia seperti sudah jadi satu kewajiban...

lagipun..terfikirkah kita...
dah waris yg ditinggalkan hilang tempat bergantung
masih dirundung kesedihan...
nak berbelanja lagi..ish ish ish....
sepatutnya kita yg hidup ni la nak bantu waris2..
bukan nak menyusahkan lagi...
inilah adat yg mengelirukan...
satu adat yg saudara2 kena lihat...
bila org kawin...kite beri duit...
bile org mati..waris lak bagi duit kat kubur..
perasan tak...

p/s.....berabad...berkurun...
mungkin dah sebati...
insaflah jgn dibawa sampai mati..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

aniza
Warga Rasmi
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1924
Posting: 11
Dari: bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-07-03 15:38


assalamualaikum.....
tima kasih....tapi ana masih ragu2 lagi...adakah salah membuat kenduri arwah....selepas orang itu meninggal..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anizaProfil   Hantar PM kepada aniza   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 08:43


by: Firdaus_Azimi

!!! QUOTE !!!


umum mengetahui org melayu mula masuk islam pada 1411 dimelaka.maka
islam tersebar hingga keseluruh pelusuk tanahair hingga sudah termaktub
dalam perlembagaan bahawa melayu itu islam dan islam itu melayu.sejak
dahulu hingga sekarang ummat islam berpuasa,sembahyang berzakat menunaikan
haji mengikut acuan islam yang sebenar.tapi adat hindu masih sebati.kita
lihat 3 contoh dalam adat melayu ini...

HUURRMM... 1411. Dah lama rupanya ummat Melayu tinggal di sini dan
memeluk Islam yeerr. Yang tak tahan, bila kemenyan dibakar ketika
kematian tuue. Addeehh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113761 saat. Lajunya....