Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 212
Ahli: 0
Jumlah: 212




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: TAKKAN KUTINGGALKAN SINAR YANG INDAH


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» TAKKAN KUTINGGALKAN SINAR YANG INDAH

Please Mendaftar To Post


Oleh TAKKAN KUTINGGALKAN SINAR YANG INDAH

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 11:26


Aku dilahirkan dalam satu keluarga mewah berbangsa
>Cina. Apabila aku tamat dalam SPMku, ayahku begitu
>berminat untuk menghantarku menyambung pelajaran ke
>Jepun di bidang kejuruteraan. Segala perbelanjaan
>ditanggung sendiri oleh ayah. Apabila aku tamat nanti,
>dia mahu aku membantunya dalam perniagaan. Setelah
>sampai masanya, dan jawapan menyatakan aku telah
>diterima untuk belajar di sana, jamuan secara
>besar-besaran telah diadakan di rumahku. Kesemua sanak
>saudara dan sahabat handai telah dijemput oleh ayah.
>
>Esoknya, aku ditemani sendiri oleh ayah berangkat ke
>Jepun dan diiringi oleh sanak saudara hingga ke
>lapangan terbang. Ayah turut sama ke Jepun dengan
>tujuan di samping menghantarku, ia juga menguruskan
>perniagaannya. Setelah ayah menguruskan tempat
>tinggalku dan pendaftaran di Universiti tempat aku
>belajar, barulah ayah berani meninggalkan aku
>bersendirian.
>
>Setelah dua hari aku belajar di situ, aku telah
>berkenalan dengan seorang pemuda Jepun yang sangat
>kacak rupanya dan beragama Islam. Bukan tidak ada
>pelajar Malaysia untuk aku bergaul, malah memang
>ramai, tapi entah mengapa pemuda Jepun itulah yang
>menarik minatku. namun pemuda Jepun itu sendiri memang
>suka bergaul dengan pelajar Malaysia terutama yang
>berbangsa Melayu dan beragama Islam. Katanya, orang
>Melayu lemah lembut, sopan santun dan pandai mengambil
>hati orang.
>
>Masa terus berlalu. Setelah agak lama berkenalan
>dengannya, lama kelamaan aku begitu berminat terhadap
>agama yang dianutinya, hingga aku suka bertanyakan itu
>dan ini tentang Islam kepadanya. Manakala dia pula
>begitu berminat untuk menceritakan kepadaku pelbagai
>perkara tentang Islam, termasuklah tentang ke-Esaan
>Allah. Memang agama yang aku anuti pada masa itu jauh
>berbeza, malah aku merasakan agama Islam itu lebih
>indah dan lebih cantik. Dan terasa agama yang kuanuti
>itu banyak salah dan silapnya.
>
>Akhirnya, aku tunduk dan mengakui ke Islamanku di
>hadapannya. Pada hari yang ditentukan, aku telah
>mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan
>pelajar-pelajar Malaysia. Tetapi pengIslamanku itu
>tidak aku ceritakan kepada keluargaku. Aku merahsiakan
>segala-galanya.
>
>Seperti biasa apabila tiba akhir tahun, aku pulang ke
>Malaysia untuk menemui keluargaku. Kepulanganku tidak
>menimbulkan apa-apa syak wasangka kepada mereka.
>Ketika itu, pakaianku masih belum berubah. Aku masih
>kelihatan biasa dan seperti dulu juga. Soal makanan
>tidak merunsingkanku, kerana keluargaku tidak suka
>makan babi. hanya yang merungsingkan, ayah begitu suka
>memelihara anjing. Dan dulu pun, aku suka memanjakan
>anjing yang dipelihara oleh ayah.
>
>Namun setelah beberapa hari berlalu, ibu mula
>mengesyaki sesuatu. Setiap kali suara azan kedengaran
>dari masjid, ibuku sering mendapati aku mengurungkan
>diri di bilik. Perubahan paling besar, aku tidak suka
>kepada anjing peliharaan ayah. Bila ibuku mengajak aku
>ke rumah ibadah, aku sering menolak dengan
>bermacam-macam alasan.
>
>Hinggalah menjelangnya Tahun Baru Cina, segala-galanya
>telah terbongkar apabila ayah memanggilku untuk
>meraikan Tuhan mereka pada malam tahun Baru Cina itu.
>Aku enggan pergi. Bila ayahku bertanya, aku katakan
>tidak sihat.
>
>Tetapi tiba-tiba ibu menjawab, "Ah! Dia tu setiap kali
>diajak ke rumah ibadah, dia selalu buat alasan. Tak
>sihatlah, nak studylah, letihlah, mengantuklah,
>macam-macam. Dulu takpun macam ni, ini mesti ada
>sesuatu. Aku dah lama nak sampaikan pada kau perkara
>ini, tapi kau selalu sibuk."
>
>Ayah merenungku dalam-dalam. Kemudian kakinya
>melangkah masuk ke bilikku dan menghampiriku dalam
>keadaan terbaring di katil. "Apa kau sudah membenci
>agamamu Swee Eng?" Soal ayah.
>
>Aku terdiam kaku.
>
>"Kau dah jadi free-thinker ke?" Begitulah yang ayah
>faham. Ayah tahu, ramai anak muda yang ke luar negeri
>tidak mempercayai Tuhan.
>
>Aku hanya menggelengkan kepada.
>
>"Habis? Kau sudah tukar agamamu? Kau telah Kristian
>Ke?"
>
>Aku gelengkan kepala. Melihatkan keadaanku, ayahku
>lantas menuju ke almari pakaianku. Ayah jadi terkejut
>bila melihat dalam almariku tersimpan sepasang
>telekung.
>
>"Swee Eng…. Apa benarkah ini!?" Jerit ayah. Aku lihat
>ibuku juga turut terkejut.
>
>"Swee Eng!!!" Jerit ibuku.
>
>Pada malam itu sisi keluarga berkumpul di bilikku.
>Termasuk abang dan kakakku.
>
>"Swee Eng….. usia kau belum dua puluh satu tahun lagi,
>kau belum boleh diberi kunci lagi untuk berlaku bebas
>dalam rumah ini!" Herdik ayah tak dapat menahan sabar
>lagi.. Dia mengangkat tangannya untuk menamparku.
>Ibuku menangis sambil dipujuk oleh kakakku. Aku
>terpaku di katilku sambil merenung bantal dan hanya
>mampu menitiskan air mata. Dalam hati ku berdoa,
>semoga Allah selamatkan diriku. Aku sudah cintakan
>Islam dan tidak mahu tinggalkan agama yang suci ini.
>
>"Ayah, sabarlah ayah. Berilah dia tempoh untuk
>berfikir," pujuk abangku.
>
>"Baik! Aku beri kau masa untuk berfikir. Bila kau
>pulang ke Jepun nanti, kau fikirkanlah perkara ini
>masak-masak. Bila kau dan bertukar fikiran, kau
>kirimlah surat untuk kami di sini. Atau bila ayah ke
>Jepun nanti, kau beritahulah ayah. Dan ayah harap, kau
>jangan tinggalkan untuk sambut Tahun baru bersama-sama
>esok.' kata ayah dan terus meninggalkan bilikku.
>Kemudian seorang demi seorang meninggalkan bilikku.
>
>Akhir sekali meninggalkan bilikku ialah abangku.
>
>"Kau fikirlah seadil-adilnya Swee Eng, kerana kau
>berhak menentukan masa depanmu sendiri," kata abang.
>Kata-kata abang itu dapatlah menenangkan sedikit
>fikiranku yang kusut apabila mendengar amaran ayah
>tadi.
>
>Esoknya, Tahun Baru Cina, aku tetap berdegil tidak
>mahu keluar dari bilik meskipun dipujuk oleh ayah dan
>ibu sendiri. Hingga ayahku menyumpah-nyumpah dengan
>kata-kata yang sungguh menyakitkan hati.
>
>"Anak sial. tak bawa untung. Kita suruh dia belajar di
>luar negeri untuk bantu kita, dia buat perangai pula.
>Nantilah dia, nanti dia tau siapa aku. Ingat. Kalau
>kau masih tak kembali kepada agama datuk nenek kau,
>aku bukan ayahmu lagi. Hari ini berkurunglah kau dalam
>bilik ini, anak sialan! Letih ibumu melahirkanmu. Tak
>ada hasil….. Bawa celaka……" Kemudian ayahku berlalu.
>
>Pada hari itu, aku hanya mengurugkan diriku di bilik.
>Suara riuh di ruang tamu rumahku benar-benar
>membingitkan telingaku. Maklumlah, pada hari itu ayah
>mengadakan hari terbuka, kerana ayah adalah seorang
>yang berpangkat Datuk.
>
>Dari awal pagi lagi aku tidak memasukkan apa-apa ke
>dalam perutku. Aku terpaksa berpuasa pada kerana semua
>masakan yang dimasak oleh ibu benar-benar tidak lagi
>menyelerakanku. Walaupun keluargaku tidak suka makan
>daging babi, tapi aku tahu masakan ibu pasti
>memasukkan juga sedikit minyaknya. Ini menyebabkan
>tekakku menolaknya dari menerima makanan tersebut.
>
> Bila hari hampir menjelang Maghrib, aku memohon izin
>dari ayah untuk pergi ke rumah sahabatku. Pada mulanya
>ayah enggan mengizinkan aku ke mana-mana hari itu.
>tapi atas pujukan abangku, akhirnya ayah melepaskan
>juga aku pergi.
>
>"Daripada dia lari, baiklah dia pergi dalam
>pengetahuan kita ayah. Lepaskanlah derita hatinya,
>mudah-mudahan, dia dapat berfikir dengan tenang dan
>kambali kepada Tuhan kita," pujuk abang.
>
>Aku terus ke rumah Marlia, sahabat Melayuku untuk
>berbuka puasa pada hari itu. Beliau kasihan mendengar
>ceritaku, dan mempelawa aku untuk tinggal di rumahnya
>sepanjang cutiku ini. Tapi aku enggan. Aku memberi
>alasan. "Tak apalah dulu Marlia, selagi aku boleh
>mempertahankan imanku, selagi itulah aku akan tinggal
>di rumah. Kerana kalau aku lari dari mereka, ia lebih
>menyakitkan hati mereka," jawabku.
>
>Setelah habis cuti aku kembali ke Jepun. Pemergianku
>kali ini tidak lagi diiringi oleh sanak saudara, jauh
>sekali ayahku. Cuma abangku saja yang simpati padaku.
>Dialah yang menghantarkan aku ke lapangan terbang dan
>dia jugalah yang memberikan perangsang untukku terus
>belajar tanpa putus asa.
>
>Setelah tiga bulan, ayahku datang sendiri ke Jepun
>untuk menemuiku. Kalau dulu soalan yang pertama yang
>selalu ditanyakan oleh ayah adalah, "Apa khabar Swee
>Eng?", tetapi kali ini yang ditanya oleh ayah,
>"Bagaimana, kau sudah fikirkan masak-masak masa
>depanmu?"
>
>"Sudah ayah," jawabku sepatah.
>
>"Kalau begitu, bagaimana pilihanmu? Masihkah engkau
>membenci agama datuk nenekmu?"
>
>Aku menjawab, "Ayah, saya lebih sukakan Islam. Dan
>saya lebih kasih dan cintakan Islam daripada
>segala-galanya, ayah."
>
>"Cih sial! Betul-betul kau kena sihir. Mana orang yang
>bertanggungjawab meng-Islaman kau? Aku mahu jumpa.
>Kalau boleh aku mahu bunuh dia!" Marah ayahku.
>
>"Dalam hal ini ayah tak boleh menyalahkan sesiapa, ini
>semua atas kehendak Swee Eng sendiri ayah," kataku.
>
>"Baiklah, kalau atas kehendak engkau, kautinggallah di
>sini. Aku benci kau. Apa nak jadi dengan kau, jadilah.
>Kau bukan anakku lagi. Jangan harap duit untuk kau
>akan sampai. Aku tak akan mengirimkan walau sesen
>pun!" Itulah keputusan ayah. Dan dengan itu ayah terus
>pergi meninggalkanku. Tinggallah dan keseorangan dalam
>kesedihan.
>
>Tika itu aku merasakan dunia ini terlalu sepi, tiada
>siapa tempat untuk aku mengadu. Tiada siapa yang dapat
>aku minta pertolongan. Apakah sahabat-sahabatku yang
>dulunya di waktu aku senang, sudi menolongku? Oh
>Tuhanku! Apakah hikmah kejadian ini? Aku benar-benar
>buntu, tiada tempat untukku mengadu. Segala-galanya
>aku serahkan kepada Allah.
>
>Lalu aku mengadu pada Tuhanku, "Tuhan! Selalunya orang
>yang mempertahankan kebenaran itu akan dihina dan
>disisih. Biasanya dia dalam kemiskinan dan kesepian
>kerana dibenci. Tapi Tuhan! Aku yakin dengan kemurahan
>dan kekuasaan-Mu. Oleh itu wahai Tuhan, pada-Mu
>sajalah yang aku harapkan agar Kau bantulah aku dan
>tolonglah aku."
>
>Apa yang tinggal padaku hanyalah wang simpanan dalam
>buku akaunku. tapi ia hanya cukup untuk tambang pulang
>ke Malaysia dan tidak mencukupi untukku tinggal
>setahun di sini. Aku serba salah untuk menceritakan
>perkara ini kepada rakan-rakanku kerana aku sendiri
>faham masalah kami pelajar-pelajar yang tinggal di
>luar negeri.
>
>Dalam aku kebuntuan itu, tiba-tiba aku mendapat
>sepucuk surat dari abangku. Abang faham kedudukanku,
>setelah diceritakan oleh ayah sewaktu pulang dari
>Jepun. Abang begitu simpati dengan nasibku dan
>menyuruh aku meneruskan pelajaranku dan berjanji akan
>membantuku.
>
>Menurut abangku, dia juga berminat untuk memeluk
>Islam, tapi belum masanya kerana dia mahu anak-anak
>dan isterinya turut sama memeluk agama Islam.
>
>Namun begitu, pertolongan abang tidak lama. Ayah
>akhirnya dapat tahu apa yang dilakukan oleh abang.
>Ayah melarang abang dari membantuku.
>
>Rasa-rasanya di saat itu ingin saja aku berhenti dari
>belajar dan pulang saja ke Malaysia. Siap lagi yang
>mahu menolongku untuk aku meneruskan pelajaranku? Aku
>benar-benar gelisah. Wang yang ada padaku hanya
>benar-benar cukup untuk tambang balik ke Malaysia.
>Tapi di Malaysia pun, di mana aku mahu pergi? Di
>mana??? mana ada saudara maraku yang beragama Islam?
>Mohon pertolongan pada kawan-kawan? Sudikah mereka
>menolongku? Rasa-rasanya di ketika itu ingin aku
>kembali menukarkan agamaku ke agama asal.
>
>Tapi lama kelamaan, keresahan hatiku dapat juga dibaca
>oleh rakan karibku iaitu pemuda Jepun itu. Dia mahu
>aku meneruskan pelajaranku dan mahu mengambilku
>sebagai isterinya agar aku mendapat perlindungan dan
>bimbingan dalam Islam, kerana keluarganya kesemuanya
>beragama Islam. Setelah berfikir panjang, aku setuju
>menjadi isterinya.
>
>Di saat itu, barulah aku terasa dunia yang gelap ini
>kembali cerah dan bersinar kembali. Setelah aku
>berkahwin, aku kembali ke Malaysia dengan membawa
>suamiku untuk aku perkenalkan kepada keluarga. Ayah
>tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana aku sudah
>menjadi milik orang. ibu hanya meraung melihat
>perubahan sikapku. manakala abangku hanya berkata
>kepadaku, "Semoga kau bahagia."
>
>Ketika itu betapa syukurnya aku kerana Allah telah
>melepaskan aku dari segala kedukaan dan kebuntuan.
>
>Begitulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah swt.
>Setiap mehnah yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya
>hanyalah untuk menguji sejauh manakah kesabaran kita
>dalam menghadapi ujian-ujian yang ditentukan-Nya.
>Allah yang maha Penyayang tidak akan membiarkan
>hamba-hamba-Nya terus dalam penderitaan. Setelah hati
>benar-benar berserah dan memohon pada-nya, Dia akan
>berikan bantuan tanpa diduga-duga. Sesungguhnya Allah
>tidak kejam. Setiap penderitaan akan sentiasa
>diselang-seli dengan kegembiraan.
>
>Andainya hamba itu seorang yang bersyukur bukan saja
>kegembiraan itu Allah berikan di dunia ini, malah di
>Akhirat lebih-lebih lagi. Itulah keadilan Allah dan
>bijaksananya Allah. Oh Tuhan! Kaulah Maha Penyayang
>yang melepaskan penderitaan ini. Semoga kau akan
>sentiasa membantu dan menolongku wahai Tuhan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-01-05 08:38


a nice story thank u for sharing.

Alhamdulillah, abg dia ada utk tolong dia sedikit sebanyak...
macam mana pula yg takde orang utk bela?? hanya Allah tempat bergantung. dalam keadaan sebegini, sbg manusia kita pasti akan memerlukan pertolongan, dorongan & sokongan manusia lain.. we can only pray and trust that Allah s.w.t. akan kurniakan kekuatan & ketabahan untuk kita menghadapi ancaman kuffar.

may Allah be with us and help us in reviving the Muslim ummah. Allahu Akbar!

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-02-06 23:32


Alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09575 saat. Lajunya....