Oleh |
TIPS...ANDA YANG BARU PUTUS CINTA... |
TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.11.2004 Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK
|
Posting pada: 12-01-05 09:18
Bila hati sudah kecewa memang agak sukar untuk dipulihkan semula. Perasaan untuk bercinta sekali lagi sudah tidak wujud di dalam hati. Hati sudah berasa tawar ibarat lauk yang tidak bergaram dan air bandung tanpa perisa. Begitulah pahitnya bila anda sudah dikecewakan oleh insan yang dicintai selama ini. Tapi cuba fikir secara waras, tengah anda meratap sedih dengan perpisahan ini namun sidia pula bersuka ria dan mungkin tengah mentertawakan anda kerana masih bersedih diatas apa yang telah berlaku. Ini ada sedikit tips untuk anda yang masih meratapi akan kecurangan sidia walaupun perpisahan itu sudah lama berlaku. Jangan selalu letakkan semua kesalahan itu dibahu anda, memang jikalau difikir semula pasti ada kesalahan yang pernah anda lakukan kepada sidia. Tapi tiada manusia didunia ini yang sempurna, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan termasuk anda sendiri. PERTAMA... Jangan menonton filem atau mendengar lagu yang sedih! Ini akan membuatkan hati anda bertambah sedih lagi. Jikalau sebelum ini anda memang suka menonton filem yang sedih, apa kata tukar seketika kepada rancangan yang lebih lawak ataupun yang boleh membuatkan anda ketawa. Banyak rancangan sebegitu yang boleh anda pilih contohnya seperti rancangan kartun, ataupun senario. Jangan hanya melayan sedih, kerana hidup ini masih panjang dan banyak lagi yang perlu anda lakukan selain daripada bersedih. KEDUA... Jangan membeli belah semasa anda bersedih! Ini kerana anda tidak akan menyedari berapa banyak wang yang sudah dibelanjakan untuk membeli barang. Jikalau anda hendak membeli-belah sekalipun tunggu sehingga kesedihan anda reda. Tidak sukar untuk mengenali orang yang tengah bersedih! Ini kerana anda akan kerap membeli barang yang berwarna ungu selain daripada warna lain. Walaupun anda tengah bersedih, jangan tunjukkan dengan orang lain terutamanya bekas kekasih anda, tunjukkan yang anda masih boleh hidup walaupun tanpa dirinya disisi. KETIGA... Pada saat inilah sahabat perlu ada disisi bagi menemani anda yang berada didalam kesedihan. Luahkan sahaja apa yang terbuku dihati anda dan menangislah jikalau itu perlu. Pinjam seketika bahu sahabat anda dan pastinya kesedihan akan berkurangan kerana ia boleh mengurangkan kesedihan dan rasailah keberkesanannya nanti. KEEMPAT.. Apa kata anda berseronok dengan rakan-rakan yang lain? Mungkin sebelum ini anda terlalu sibuk dengan buah hati sehingga melupakan sahabat yang lain, namun kini anda sudah solo jadi sudah tidak ada halangan lagi jikalau hendak keluar bersiar-siar dengan sahabat. Tapi jangan pula keluar berseronok itu sehingga lupa diri, jagalah adab dan tertib anda sebagai orang timur. Apa yang paling penting jangan sampai menconteng arang dimuka orang tua anda. KELIMA... Tidak salah jikalau anda jatuh cinta sekali lagi! Lagipun anda masih muda dan apa salahnya mencuba sekali lagi. Jangan tahan keinginan apabila seseorang cuba untuk mengetuk pintu hati anda sekali lagi. Mungkin sidia adalah prince charming yang anda cari selama ini. Memang agak sukar untuk melupakan cinta yang terdahulu, lebih-lebih jikalau itu cinta pertama. Tapi anda harus fikir sampai bila hendak bersedih sedangkan orang lain bergembira? Anggaplah apa yang telah berlaku diantara anda dan sidia hanya sebagai sebuah memori yang indah, kalau ada jodoh pasti akan bertemu semula. Takkan lari gunung dikejar, apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya yang mungkin telah mematangkan anda dalam mengenal erti sebenar kehidupan.
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 12-01-05 10:43
emm, tepuk dada tanya iman???... (Manusia yang berada dalam kasih sayang Allah) Allah memberikan sedikit kelemahan...disusuli sedikit kekuatan, Allah memberikan sedikit kesusahan... disusuli sedikit kesenangan, Allah memberikan sedikit kesakitan... disusuli beribu kebaikan... kerana Allah tidak mahu hambanya lupa diri... Cinta Agung hanya pada Allah...
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 12-01-05 16:51
tapi bila hadapi masalah mcm ni,pertama sekali mesti kita cari kawan,masatu barulah kenal kawan.masa time bercinta,kawan diketepikan.kadang2,ibu bapa diketepikan,hmm..mcmana tu? apa2pun bila bercinta jgn ketepikan ibu bapa dan kwn2 sebab bila dah putus cinta,diorang ni le yang dicari... buat apa nak sedih? kau kata hai,aku kata bye!!!
|
anggerik_desa
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.03.2004 Ahli No: 7794
Posting: 60
|
Posting pada: 15-01-05 03:01
cewwwah...byk ajer tips saudara Haiqal ni?pernah aplikasikan dlm kehidupan ker?soalan cepu perak... DIARI MUSLIMAH HIASI PERIBADI
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 15-01-05 09:21
tq tengkuHaiqal ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 15-01-05 10:58
tepat pukul 2 pagi, merayaplah anda ke bilik air.. berwudhuk, lalu dirikanlah solat sunat. perhambakan dirimu serendahnya kepada pemilik Cinta Agung.. -----------------
|