Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Karya Agung
Topik: Tasawuf: Kritik atas kritik (Review buku)


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Tasawuf: Kritik atas kritik (Review buku)

Please Mendaftar To Post


Oleh Tasawuf: Kritik atas kritik (Review buku)

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-05 18:47


Perkara lain yang bermanfaat dalam buku ini ialah, diterangkan juga kedudukan sebenar Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang ilmu tasawuf. Banyak orang yang salah faham dalam bab ini sehingga menyebabkan mereka membenci Ibn Taimiyyah. Kebencian ini menyebabkan mereka membuat pelbagai fitnah ke atas beliau, sebahagiannya sehingga ke tahap pengkafiran. Yang benar Ibn Taimiyyah bukan penentang tasawuf tetapi penegaknya. Bezanya beliau menegakkan tasawuf yang tulen tanpa bercampur aduk dengan amalan syirik, bid’ah dan kurafat.

Tasawuf Syar'i: Kritik atas kritik


Tasawuf Syar'i: Kritik atas kritik


Judul buku: Tasawuf Syar’i: Kritik atas kritik.
Judul Asal: al-Tasawwuf al-Syar’i (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 2000)
Penulis: Sayyid Nur bin Sayyid Ali
Penterjemah: M. Yaniyullah
Penerbit: Hikmah, Jakarta 2003
Harga: RM25.80
Tebal: 240 ms.
Di mana: Pustakan Indonesia, Wisma Yakin, KL (03-26923940).


Ilmu tasawuf (Sufisme) di masa kini diberi hukuman yang sangat tidak adil oleh umat Islam. Jauh di
sebelah kanan terdapat segolongan umat Islam yang menyandarkan diri mereka sebagai pengamal ilmu tasawuf tetapi yang benar amalan mereka dipenuhi dengan syirik, bid’ah dan kurafat. Jauh di sebelah kiri pula terdapat segolongan umat Islam yang menentang habis-habisan ilmu tasawuf. Mereka berkata tasawuf bukan ilmu tetapi hanya syirik, bid’ah dan kurafat.

Yang benar adalah segolongan umat Islam yang berada di tengah. Iaitu mereka yang terdiri daripada para peneliti (muhaqqiqin) yang sentiasa mengkaji dan menganalisa dengan minda yang terbuka dan hati yang ikhlas. Mereka mengiktiraf kebenaran ilmu tasawuf berdasarkan nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Di waktu yang sama mereka berusaha gigih membersihkan ilmu tasawuf daripada pencemaran yang dilakukan oleh sebahagian besar pembid’ah masa kini yang menyandarkan diri mereka sebagai “ahli tasawuf.” Mereka juga bekerja keras menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh para penentang ilmu tasawuf.

Salah seorang yang berada di “pertengahan” ini ialah Syaikh Sayyid Nur bin Sayyid Ali. Alhamdulillah,
bukunya yang sangat bermanfaat telah diterjemahkan dengan judul: Tasawuf Syar’i: Kritik atas kritik.

Buku ini dimulakan dengan menerangkan apakah itu tasawuf dan kepentingannya kepada umat Islam. Kemudian disusuli dengan jawapan bagi menolak hujah mereka yang beranggapan tasawuf adalah satu bid’ah di dalam Islam.

Setelah itu dibahas dan diterangkan maksud sebenar beberapa subjek khusus di dalam tasawuf yang sering berlaku salah faham terhadapnya. Subjek tersebut ialah:

1. Syathahat (ucapan kata-kata yang ganjil).
2. Wali dan darjat kewalian.
3. Tarikat.
4. Bai’at.
5. Khalwat.
6. Mukasyafah.
7. Fana’.
8. Wahdah al-Wujud.

Perkara lain yang bermanfaat dalam buku ini ialah, diterangkan juga kedudukan sebenar Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang ilmu tasawuf. Banyak orang yang salah faham dalam bab ini sehingga menyebabkan mereka membenci Ibn Taimiyyah. Kebencian ini menyebabkan mereka membuat pelbagai fitnah ke atas beliau, sebahagiannya sehingga ke tahap pengkafiran. Yang benar Ibn Taimiyyah bukan penentang tasawuf tetapi penegaknya. Bezanya beliau menegakkan tasawuf yang tulen tanpa bercampur aduk dengan amalan syirik, bid’ah dan kurafat.

Saya sangat menganjurkan buku ini kepada para netters supaya mereka yang meminati tasawuf dapat beramal dengan ilmu tasawuf yang sebenar dan mereka yang menentang tasawuf dapat membetulkan semula presepsi mereka tentang ilmu tasawuf.

Sekian wassalam.


Added: Thursday, April 15, 2004
Reviewer: Hafiz Firdaus
Score:
hits: 118
Language: eng

http://al-firdaus.com/modules.php?op=modload&name=Reviews&file=index&req=showcontent&id=11


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-01-05 12:19




betul ker kak ummmiq?...

saya harap kak bersedia memohon bahan-bahan dari Jabatan Mufti NS berkenaan Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan tahun lepas...

moga kak ummimq tidak jadi mangsa permainan orang-orang yang ingin memecah-belah umat Islam atas nama al-Quran dan as-Sunnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 20-01-05 18:08


aslm wbt..

tasawwuf kita apa yg diajar rasulullah saw..tariqat kita apa yg ditempuh rasulullah saw......ityulah jalan terbaik..jalan yg ditempuh salafussoleh..segala perkara yg berlawanan dgn sunnah, awalaupun dihias dgn perkataan yg cantik spt taswwuf n thoriqat mesti diperangi.....Rasulullah saw ikutan kami...
sunnah ikutan kami...
bidaah musuh kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-01-05 18:39


Quote:

On 2005-01-08 18:47, ummimq wrote:
1. Syathahat (ucapan kata-kata yang ganjil).
2. Wali dan darjat kewalian.
3. Tarikat.
4. Bai’at.
5. Khalwat.
6. Mukasyafah.
7. Fana’.
8. Wahdah al-Wujud.



Contoh fahaman yang menyesatkan, entah dari mana sumber asalnya. Yang pastinya, bukan dari ajaran Islam yang HAKIKI dan TULEN, tanpa pengaruh dari ajaran agama lain...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-01-05 16:47




akh salafian...

ana cadangkan enta mohon bahan-bahan kertas kerja Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004 anjuran Jabatan Mufti NS, sebelum membuat komentar-komentar yg mengelirukan...lagipun enta pd peringkat masih mendalami ilmu-ilmu islam carilah dari guru yang mursyid dan faqih serta beramal dengan ilmunya,jgnla amik dari guru yg semata-mata nak tunjuk hebat sahaja...wa 'iyadzu billah...

begitu juga pd kak ummimq....nak faham tasawuf mesti jumpe ahlinya....mcm nak faham ilmu perubatan,mesti jumpe ahlinya...

jgnlah kita kata tariqat sesat tp tak pernah masuk bergaul dengan ahli tariqat...

lagi satu, ana cadangkan enta dan kak ummimq jumpe sendiri SS Dato Mufti NS dan adik beliau Syeikh Faiz di Kg Pondok Rasah,Seremban untuk mengenal tariqat dengan lebih mendalam.

jgnlaa sekadar ikut dr. asri sahaja....dan dengar dari dia shj....dengarlah dari pendokong dan pembawa tariqat sufi nie...

lagi satu ana cadangkan kak ummimq mohon dari Jabatan Mufti NS bahan-bahan berkenaan konsep wahdatul wujud yg dibawa ibnu Arabi...ana dah baca dah...

ingatlah....kita semua wujud kerana NUR MUHAMMAD...tanpa NUR MUHAMMAD siapalah diri kita nie...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 22-01-05 16:55


Quote:
segala perkara yg berlawanan dgn sunnah, awalaupun dihias dgn perkataan yg cantik spt taswwuf n thoriqat mesti diperangi





tak tahu la pulak ilmu tasawwuf tu berlawanan dgn sunnah.. akh. masri kena ngaji lagi ni, bkn main cakap lepas jer..

Allahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 17:12


Quote:

On 2005-01-22 16:47, ABg_IMaM wrote:
lagipun enta pd peringkat masih mendalami ilmu-ilmu islam carilah dari guru yang mursyid dan faqih serta beramal dengan ilmunya,jgnla amik dari guru yg semata-mata nak tunjuk hebat sahaja...wa 'iyadzu billah...



Alhamdulillah, memang ana masih dalam usaha untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Ana tidak sehebat Akhi ABg_IMaM yang kefahaman Islamnya sudah cukup mendalam. Cuma ana tertanya-tanya, siapa agaknya guru yang semata-mata hendak tunjuk hebat. Bukankah kita mesti bersangka baik dengan orang lain, dan bukankah ini merupakan sebahagian dari akhlak RasuluLlah SAW...

Quote:

On 2005-01-22 16:47, ABg_IMaM wrote:
na cadangkan enta mohon bahan-bahan kertas kerja Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004 anjuran Jabatan Mufti NS, sebelum membuat komentar-komentar yg mengelirukan...



Quote:

On 2005-01-22 16:47, ABg_IMaM wrote:
ingatlah....kita semua wujud kerana NUR MUHAMMAD...tanpa NUR MUHAMMAD siapalah diri kita nie...



Ana pun mencadangkan Akhi ABg_IMaM untuk membaca buku berjudul Martabat Tujuh, karangan Abdul Fatah Haron keluaran JAKIM. sebelum berkongsi dengan sahabat-sahabat di sini dengan ajaran Nur Muhammad yang mengelirukan. Kitab tersebut memang bagus untuk dijadikan rujukan. Satu harus diingat, tidak semestinya pihak yang berauthoriti (Jabatan Mufti Negeri Sembilan) adalah betul. Apa pun, Al-Quran dan As-Sunnah tetap menjadi rujukan utama kita...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 23-01-05 00:57


Quote:

On 2005-01-22 16:55, alea13 wrote:
[quote]segala perkara yg berlawanan dgn sunnah, awalaupun dihias dgn perkataan yg cantik spt taswwuf n thoriqat mesti diperangi





tak tahu la pulak ilmu tasawwuf tu berlawanan dgn sunnah.. akh. masri kena ngaji lagi ni, bkn main cakap lepas jer..

Allahua'lam..
[/quote]

aslm wbt..
ni salah phm ni..apa yg ana maksudkan sesetangah pihak menggunakan kalimah2 yg cantil spt tasawwuf,thoriqat n lain2 bg menutup kesesatan ajaran mrk...bukan tasawwuf tu sesat..sebaliknya sesetenagh pihak yg menyalah guna perkataan taswwuf tu demi kepentingan dan kesesatan mrk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 23-01-05 00:59


Quote:

On 2005-01-22 16:47, ABg_IMaM wrote:


akh salafian...

ana cadangkan enta mohon bahan-bahan kertas kerja Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004 anjuran Jabatan Mufti NS, sebelum membuat komentar-komentar yg mengelirukan...lagipun enta pd peringkat masih mendalami ilmu-ilmu islam carilah dari guru yang mursyid dan faqih serta beramal dengan ilmunya,jgnla amik dari guru yg semata-mata nak tunjuk hebat sahaja...wa 'iyadzu billah...

begitu juga pd kak ummimq....nak faham tasawuf mesti jumpe ahlinya....mcm nak faham ilmu perubatan,mesti jumpe ahlinya...

jgnlah kita kata tariqat sesat tp tak pernah masuk bergaul dengan ahli tariqat...

lagi satu, ana cadangkan enta dan kak ummimq jumpe sendiri SS Dato Mufti NS dan adik beliau Syeikh Faiz di Kg Pondok Rasah,Seremban untuk mengenal tariqat dengan lebih mendalam.

jgnlaa sekadar ikut dr. asri sahaja....dan dengar dari dia shj....dengarlah dari pendokong dan pembawa tariqat sufi nie...

lagi satu ana cadangkan kak ummimq mohon dari Jabatan Mufti NS bahan-bahan berkenaan konsep wahdatul wujud yg dibawa ibnu Arabi...ana dah baca dah...

ingatlah....kita semua wujud kerana NUR MUHAMMAD...tanpa NUR MUHAMMAD siapalah diri kita nie...





point satu: kesesatan yg nyata..kita wujud krn nur muhammad.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 07:30


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah Rasulullah saw adalah ahli sufi terulung tetapi Baginda saw tidak pernah sebut tentang nur muhammad walau namanya Muhammad.

Akhlaknya adalah Al Quran begitulah ungkapan isterinya yang juga ummul mukminin serta separuh ilmu dikatakan bersumber darinya iaitu Sayiddatina Aisyah ra.

Dan yang paling authentic ialah bai'ah serta Rukun Islam pertama adalah Mengucap dua kalimah syahadat di mana sebutannya dalam bahasa Malaysia adalah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah SWT dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Jadi kepada siapa setiap Muslim harus jadikan model contoh tentang semua aspek kehidupan kalau bukan kepada Baginda saw?

Jadi sekiranya ada mereka yang sengaja memisahkan tasawuf dengan kehidupan Islam yang syumul ini maka perlu dihalang dan dibanteras serta dibongkar segala penyelewengannya kerana merbahaya kepada kefahaman Islam generasi akandatang.

Marilah anak-anak yang jelas akan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kita teruskan berusaha ke arah membersihkan dan memurnikan aqidah kita agar tidak tercemar dengan fahaman mereka yang mencari 'short cut' dalam beramal kepada Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps -Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dunia itu tercela, dan tercelalah apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali berzikir kepada Allah, tolong menolong padanya orang yang berilmu dan orang-orang yang mempelajari ilmu."
(Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah)


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 24-01-05 00:25


Apakah Nabi Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang pertama dan bahwa beliau diciptakan dari cahaya?

Jawapan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi:
Telah diketahui bahwa hadith-hadith yang menyatakan bahwa makhluk pertama adalah itu atau ini... dan seterusnya tidak ada satupun yang shahih. sebagaimana yang ditetapkan oleh ulama' Sunnah.

Oleh kerana itu kami dapati sebahagian bertentangan dengan sebahagian yang lain. Sebuah hadith mengatakan "Bahwa yang pertama diciptakan oleh Allah adalah pena."
Hadith lain menyatakan "Yang pertama kali diciptakan Allah adalah akal." Telah tersiar di antara orang awam dari kisah-kisah mawlid yang seriing dibacakan bahwa Allah menggenggam cahaya-Nya. lalu berfirman."Jadilah engkau Muhammad." Maka berkata mereka bahwa dia adalah makhluk yang pertama kali dicipta Allah, dan dari situ diciptakan langit, bumi dan seterusnya. dari situ tersiar kalimat: "Selawat dan salam bagimu wahai makhluk Allah yang pertama". Perkataan itu tidak sah riwayatnya dan tidak dibenarkan akal, tidak akan mengangkat agama, dan tidak pula bermanfaat bagi perkembangan dari peradaban dunia.

Keawalan Nabi Muhammad SAW sebagai makhluk Allah yang pertama tidak terbukti, seandainya terbukti tidaklah berpengaruh pada keutamaanya dan kedudukannya di sisi Allah. Tatkala Allah SWT memujinya dalam Kitab-Nya, maka Allah SWT memuji dengan alsan keutamaan yang sebenarnya; Allah berfirman: Dan sesungguhnya kamu benar-benar oarang yang berbudi pekerti agung (al-Qalam:4)

Hal itu terbukti dan ditetapkan secara Mutawatir. nabi kita Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib al-Hasyimi al-Quraisy yang dilahirkan lantaran kedua orang tuanya, Abdullah bin Abdul Muthalib dan Aminah binti Wahb, di Mekah pada tahun Gajah. Beliau dilahirkan sebagaimana manusia dibesarkan. beliau diutus sebagaimana para Nabi dan Rasul sebelumnya diutus, dan bukan Rasul yang pertama di antara rasul. Beliau hidup dalam keadaan waktu yang terbatas, kemudian Allah memanggilnya kembali kepada-Nya: Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati(pula) (Az-Zumar:30). Beliau akan ditanya pada hari Qiamat sebagaimana para Rasul ditanya: Ingatlah di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka), "Apa jawapan kaummu terhadap (seruan)mu?" Para Rasul menjawab, "Tidak ada penegtahuan kami (tentang itu), sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib". (Al-Maidah:109)

Al-Quran telah menegaskan kemanusiaan Muhammad SAW di berbagai tempat dan Allah memerintahkan menyampaikan hal ini kepada orang-orang dalam berbagai surat, antara lain: Katakanlah sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku,bahwa sesungguhnya tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa (Al-Kahfi:110). Katakanlah Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul (al-Isra':93)

Ayat di atas menunjukkan bahawa beliau adalah manusia seperti manusia-manusia lain yang tidak memiliki keistimewaan kecuali dengan wahyu dan risalah. Nabi SAW menegaskan kemanusiaannya dan penghambaannya terhadap Allah, dan memperingatkan agar kita tidak mengikuti kebiasaan-kebiasaan dari orang-orang sebelum kita, iaitu penganut agama-agama terdahulu dalam hal memuja dan menyanjung: Janganlah kamu sekalian memnyanjungku sebagaimana kaum nasrani menyanjung Isa putra Maryam. Sesungguhnya aku adaalh hamba Allah dan Rasulnya (H.R Bukhari)

Nabi SAW yang agung ini adalah manusia seperti manusia yang lain dan tidak diciptakan daripada cahaya mahupun emas, tetapi diciptakan daripadaair yang memancar dan keluar dari tulang sulbi laki-laki dan tulang rusuk wanita sebagai bahan penciptaan Muhammad SAW.

Adapun dari segi risalah dan hidayat-Nya, maka beliau adalah cahaya allah dan pelita yang amat terang. Al-Quran menyatakan hal ini dan berbicara kepada Nabi SAW: " Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi dan pembawa kabar gembira serta pemberi peringatan. Untul menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi (Al-Ahzab:45-46)

Allah berfirman yang ditujukan kepada ahlulkitab: Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan(Al-Maidah:15).

'Cahaya' dalam ayat itu adalah rasulullah SAW, sebagaimana Al-Quran yang diturunkan kepada beliau adalah juga cahaya. Allah SWT berfirman: Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya serta cahaya (al-quran) yang telah kami turunkan (at-Taghaabun:. ..dan telah kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang (an-Nisa':174)

Allah telah menetukan tugasnya dengan firmannya: Supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang benderang...(Ibrahim:1)

Doa Nabi SAW:
Ya Allah berilah aku cahaya di dalam hatiku, berilah aku cahaya dalam pendengaranku dan berilah ku cahaya dalam penglihatanku, berilah aku cahaya dalam rambutku. berilah aku cahaya disebelah kanan dan kiriku, di depan dan di belakangku (Muttafaq Alaih)

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

nurilanwar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2003
Ahli No: 3035
Posting: 54

Perak  


posticon Posting pada: 24-01-05 10:36




maaf, nak mencelah...

Quote:
kita semua wujud kerana NUR MUHAMMAD...tanpa NUR MUHAMMAD siapalah diri kita nie



minta Abang Imam jelaskan apa yg dipahami dengan konsep Nur Muhammad ???

Terima kasih yea...

Wallahu A'lam



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilanwarProfil   Hantar PM kepada nurilanwar   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 13:10


hmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

zirkonsofis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9789
Posting: 54
Dari: Chaah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 05:13


...masalah timbul bila semua org rasa dia yg paling tahu pasal islam..ilmu tak seberapa..tapi dh berani nk snggah pendapat org2 yg alim mcm mufti n ulamak2 lain yg dah berguru dgn ramai alim ulamak n dh faham byk kitab2 karya agung alim ulamak dgn hanya bersumber dgn ilmu yg diperolehi dr buku/artikel yg dibaca tanpa rujukan pada mana2 guru yg mursyid...berhati2 bila nk keluar sbrg kenyataan..klu x pasti..baik diam...jgn sng2 nk kat org lain sesat n sbagainya...

ps: pd sesiapa yg terasa...harap maaf..ana pun bukan org yg hebat...masih lagi belajar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zirkonsofisProfil   Hantar PM kepada zirkonsofis   Pergi ke zirkonsofis's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 08:49




Sekadar Mencelah..
Belajarlah Dengan Yang Lebih Tahu
saya syor dapatkan buku2 di

http://kidipm.cjb.net/

Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 10-05-05 10:32


,
Masya Allah...masih wujud kekeliruan dalam mempelajari ilmu Islam.Sebenarnya ilmu tasawuf itu membetulkan adab,akhlaq dan etika kita sebagai hamba ALLAH.Saya pernah dan sedang menuntut ilmu tasawuf dan usuluddin sehingga kini..Banyak isi kandungannya membicarakan tentang moral kita.Ini yang sebaik-baiknya untuk membantu kita mengenali ALLAH sebagai kenal yang yaqin.Maaf saya tidak membicarakan tentang ilmu usuluddin.Tuan guru saya pernah menyatakan muridnya tidak wajar membincangkan ilmu ini sehingga genap 24 tahun pengajiannya..tu pun termasuk siang dan malam.Memang banyak wujud komentar-komentar berkenaan ilmu ini.Bagi yang biasa menuntutnya sama ada di pondok-pondok agama dan masjid-masjid,memang bertuah menuntut ilmu ini.Ilmu ini mendekatkan diri kita kepada ALLAH melalui pengukuhan akhlaq yang berkesan dalam hidup.Mungkin ada salah-tafsiran terhadap fungsi ilmu ini,martabatnya atau sulur-galurnya sehinggakan wujud perasaan untuk menjauhi ilmu ini.Carilah guru-guru agama yang faqih untuk meminta penjelasan tentang ilmu ini.Kita sepatutnya mengkaji dahulu sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat yang mampu mempengaruhi orang lain....

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.421333 saat. Lajunya....